Pempengaruh Youtube, Isa Isarb mendedahkan isterinya iaitu Lisa Nosra mengalami keguguran baru-baru ini.
Perkhabaran duka itu dikongsikan Isa sendiri menerusi media sosialnya malah tular beberapa hari ini.
Walaupun bersedih dengan kehilangan itu, namun kata Isa, dia dan isteri dalam keadaan yang baik malah lebih bersemangat untuk mencuba memiliki zuriat lagi.
“I rasa i nak beritahu semua penonton fasal yang mengandung hari itu dah gugur. Sebab hari itu kan kita beritahu mengandung. Lepas itu sekarang ni dah gugur.
“Tapi tak apa, kami kuat dan kita akan cuba lagi,” kata Isa.
Ads
Tambahnya lagi, dia juga akan lebih berwaspada untuk berkongsi mengenai hal itu malah mengakui kesalahannya kerana terlalu awal berkongsi dengan pengikutnya.
“Perasaan i sedihlah tapi itu adalah kesalahan kita la sebab kita post awal.
“Masa tu tengah excited, baru kahwin kan tiba-tiba dah double line. Lepas tu barulah kita tahu tak boleh beritahu awal-awal sehingga janin dah stabil.
Ads
“Insyalllah kali ini kita akan rahsiakan dulu kalau mengandung lagi,” katanya.
Kanak-kanak 8 tahun suka matematik, sudah boleh tahu istilah juta hingga ke novemtrigintilion. Jika kanak-kanak lain yang berusia 8 tahun, sudah tentu suka bermain, lain pula kisahnya dengan Muhammad Rayyan Hakeem Mohd Syazlan Amirudin. Kanak-kanak ini lebih suka menghabiskan masa dengan mendalami ilmu Matematik.
Ibunya, Nurul Dalinatul Aini Mohd Dali yang menetap di Sheffield, United Kingdom (UK) berkata, dia dan suami, Amirudin Bahardin, menyedari minat Rayyan dalam Matematik ketika anaknya itu berumur lima tahun.
Kanak-kanak yang mesra disapa Rayyan, boleh mencongak operasi tambah, tolak, darab dan bahagi membabitkan angka yang besar.
Katanya, minat itu adalah hasil inisiatif dan keinginan Rayyan untuk belajar.
“Rutin harian Rayyan sama seperti kanak-kanak lain iaitu ke sekolah. Cuma, seawal umur lima tahun, dia sudah menghafal sifir dua hingga 12.
“Nampak minatnya serius kerana mencongak angka besar selain gemar menonton video berkaitan angka di YouTube.
“Disebabkan itu, Rayyan boleh tahu istilah juta, bilion, trilion, quadrilion, quintilion sehingga ke novemtrigintilion,” katanya.
Menurut Nurul Dalinatul Aini, sejak Disember tahun lalu, Rayyan mula menunjukkan kemahiran mencongak angka berkuasa besar.
Nurul Dalinatul Aini berkata, Rayyan juga sering memintanya dan suami memberikan soalan berkaitan Matematik bagi menguji kemahirannya.
“Setakat ini, Rayyan berkebolehan untuk mencongak nombor 22 sehingga 209.
“Rayyan juga terkenal dalam kalangan rakan sebaya dan guru dengan kebolehan Matematik malah pernah mendapat ‘Head Teacher’s Award’ untuk kemahirannya itu.
“Menurut guru, Rayyan sering ke hadapan untuk menulis di papan hitam bagi menjawab soalan atau kuiz Matematik di sekolah.
“Selain itu, Rayyan ingat semua nama-nama kuasa, suka bermain kiub rubik dan tidak suka menyelesaikannya mengikut warna seperti orang lain, tetapi mengikut coraknya,” katanya.
Meskipun sedar kelebihan dimiliki Rayyan, Nurul Dalinatul Aini mahupun suaminya tidak pernah beri tekanan kepada anak mereka itu.
“Kami tak pernah memaksa sebaliknya beri kebebasan untuk Rayyan memilih apa diminatinya dan bagi sokongan.
“Cuma pernah terfikir jika dia dapat masuk universiti pada usia yang muda. Tapi, itu semua terpulang padanya dan kalau boleh, kami hendak beri Rayyan kebebasan kerana mahu dia membesar serta bermain seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Benarlah kata orang, menjaga anak perempuan tidak sama dengan anak lelaki. Anak perempuan perlu dijaga sebaiknya, dilentur agar patuh dengan agama dan adab, barulah mereka lebih terpelihara.
Perkongsian Dr Redza Zainol ini banyak benarnya, anak perempuan kita perlu dididik sejak kecil malah rasa percaya perlu dijaga sebaiknya diantara anak lelaki dan perempuan supaya segala permasalahan dapat dikongsikan sebaiknya.
Cuainya saya. Dulu pernah ada seorang jururawat minta tolong dari saya untuk azankan seorang bayi di wad bayi. Waktu tu dah malam dan saya kerja seorang. Ditakdirkan malam tu sibuk dengan beberapa kes yang serius. Banyaknya masa, saya tak bertanya sebab apa saya kena azankan sebab saya tahu bayi macam ni selalunya tak ada ayah.
Nak dijadikan cerita, saya pun lupa sampai balik ke rumah. Bila saya datang semula ke wad, saya pun dah tak ingat bayi dan jururawat yang mana satu.
Aduh, rasa bersalah tu datang berhari-hari dan sampai hari ni saya masih lagi rasa tak selesa bila teringat kecuaian saya tu. Teringat lagi beberapa tahun lepas. Masa kali pertama diminta azankan seorang bayi di bilik bersalin, saya tanya.
“Mana ayahnya kak?”
“Ni baby single marital status. Tak ada ayah. Tak ada doktor lain kat sini. Doktor je la tolong akak ya,” balas kak Ani.
Kak Ani tunjukkan bayi tu dan saya bawa ke sudut azan. Mata dia masih tertutup. Bila saya mula je azan, dia buka mata terkebil-kebil. Dia pandang je pada saya. Dia dengar dan sikit pun tak menangis. Lepas saya letakkan semula bayi tu, kak Ani panggil saya. Dia jururawat paling senior di situ.
“Bayi macam ni selalu ayahnya dah lari. Ada yang dibuang keluarga bila tahu anak mereka mengandung.”
Saya mengangguk perlahan. Dia pesan.
1) Ada anak perempuan, jangan ambil mudah. Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki.
2) Bila ada anak perempuan, jangan dibeli pakaian seksi. Ajar anak berpakaian sopan. Ajar anak erti malu.
3) Bila ada anak perempuan jangan dibiar tidur sana sini. Bahaya tu ada di mana-mana.
Jangan percaya kepada sesiapa walaupun saudara keluarga sendiri.
4) Bila ada anak perempuan, ajar mereka sentuhan selamat dan sentuhan yang tidak selamat.
5) Ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri.
6) Ajar anak lelaki, hormat pada wanita terutama pada ibu sendiri.
7) Ajar anak lelaki untuk sama-sama ada tanggungjawab di rumah. Bersihkan tandas, kutip sampah dan sidai baju juga kerja anak lelaki.
8 ) Ajar anak lelaki tentang cara nak selesaikan atau hadapi masalah dalam hidupnya.
9) Ajar anak lelaki tentang empati pada ahli keluarga dan pasangannya.
Kalau malu untuk berkongsi ilmu dengan anak, mereka akan cari juga di tempat lain.
Pesan dia yang terakhir ni yang buat saya betul-betul terkesan.
“Seorang ayah mesti jaga kepercayaan antara anak perempuan dan diri ayah. Barulah anak tu tak kekok nak mengadu apa-apa pada ayahnya.”
“Biarlah dia nak mengadu apa pun. Yang penting, ayah mesti jadi pendengar yang terbaik, walaupun sibuk dengan kerja harian.”
Bila anak perempuan mengadu, itulah tanda dia sangat percaya pada kita.
Redza Zainol Bukan ayah terbaik, tapi nak anak tahu kita dah usaha beri yang terbaik.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Shila Amzah dan Ubai yang mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama mereka semalam.
Menerusi satu perkongsian video, Ubai dan Shila berkongsi kisah gembira itu kepada pengikut setia mereka di Instagram.
Membuka tahun 2024 dengan khabar gembira, Ubai turut berkongsi cerita pelbagai kenangan pahit dan manis yang ditempuhnya termasuklah kehilangan adik dan ibu yang tercinta sebelum berkongsi kisah kehamilan itu.
“2024 ini kami buka dengan satu perkhabaran. Ada sebab kenapa kami baru bagitahu sekarang, untuk pastikan kandungan smooth (betul-betul kuat).
“Terima kasih yang terus mendoakan kami, semoga kandungan ini selamat dan dipermudahkan segalanya,” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan Ubai dan Shila, turut dikongsikan reaksi daripada rakan-rakan yang menerima perkhabaran gembira itu.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta mendoakan yang baik-baik buat Shila sepanjang kehamilan ini.
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.