Semasa berpantang, ibu kena cukup makan untuk memastikan dirinya cukup tenaga untuk menyusukan bayi pula. Bukan itu saja, ibu yang makan dengan elok juga lebih mudah sembuh. Namun, mungkin ada sesetengah menu pantang membuatkan ibu kurang berselera.
Siapa kata kalau berpantang tak boleh makan sedap? Banyak pilihan menu yang sesuai untuk ibu selepas bersalin dan rasanya juga sedap. Kadang-kadang tu, yang tak bersalin pun suka makan masakan pantang.
Perkongsian dari Nanny Ammar melalui grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), yang menyediakan menu Kuah Perah Asam sesuai untuk ibu berpantang;
Buatkan lauk pantang utk mama si baby, lebihkan sekali utk atok sibaby..sbb atok pun feberet lauk ni. Tp atoknya letak cili. Kuah nmpk kurang cantik sbb less oil…Sayur rebus² utk org pantang, nanny baby pun nak jugak. Sayur goreng pulak atok nanny punya juga…
Atok tak sempat g pasar harini nak suh beli ikan tenggiri, so kita buat dgn ikan bilis jelah lauk tu. Xpe..esok².lah kita makan tggiri ya menantu…,ada 29 hari lagi nak berpantang ni…😃 harap nanny pun blh kurus makan lauk.pantang …Pantang nampak…😂
Edited: Kami panggil namanya Kuah Perah Asam
Ads
Bahan-bahan:
Ikan bilis segenggam (klu buat sikit, letak sikit jer) goreng garing terlebih dahulu
Bawang merah 5 ulas hiris + 3 ulas sebiji-biji atau belah 2.
Bawang putih 3 ulas hiris + 2 atau 3 ulas sebiji-sebiji
Halia sebesar ibu jari dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
2 cawan air (kalau nak lebih kuah, lebihkan. Kalau nak kurang kuah, kurangkan).
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis semua bawang (halia paling kemudian).
2. Letak air 2 cawan dan didihkan. Masukkan air asam jawa pekat sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan bilis yang siap digoreng tadi dan perasakan (pandai-pandailah balance asam dgn garam). Siap!
Kalau nak tambah cili padi boleh, terpulang. Saya tak masuk cuka sbb tak baik utk ibu yang sedang berpantang, so camni jelah resepi saya.
Selamat mencuba. Bismillahhirrahmanirrahim.
Ads
Sedap resipi ni, untuk kuatkan lagi rasa bolehlah ditambahkan dengan sedikit cuka dan boleh gantikan bilis dengan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Dimakan dengan nasi panas, memang terangkat!
Bulan puasa ini, kuih-kuih tradisionlah yang menjadi pembangkit selesa kala berbuka. Apa kata kali ini kita imbau momen berbuka di kampung dengan kuih Sagupal yang cukup popular di negeri Pantai Timur.
Apa lagi kuahnya pekat berlemak dan manis. Jom cuba kuih Sagupal yang dikongsikan oleh Zana Anuar. Memang terlebih sedap!
Sagupal. Kuih kegemaran orang Pantai Timur terutama orang Ganu dan Kelantan. Nak-nak bulan puasa ni, semua terliur. Selamat mencuba ya bagi yang nak cuba. By akk Zana.
Bahan-bahan:
Sagu -agak-agak untuk 12 biji
Kacang hijau -rebus sampai empuk
Nisan @ gula kerek
2 sb tepung gandum @ beras
Kuah Santan:
Santan
Garam
Halba
3 sb gula
Daun pandan
Rendam sagu 1/2 jam. Toskan air nya.
Inti kacang hijau. Masak kacang hijau hingga masak, tekan-tekan dengan garpu dan masukkan nisan@gula kerek dan 2 sudu tepung gandum@ beras. Kacau atas dapur hingga kental sedikit. Bila sejuk, bulat-bulatkan jadi bebola.
Puding roti antara pencuci mulut yang sangat mudah disediakan. Hanya guna beberapa bahan saja, tak perlu nak mixer atau guna sukatan pun dah boleh hidang pada ahli keluarga.
Biasanya puding roti ni menggunakan roti biasa je tapi kali ini menggunakan roti coklat dan susu coklat. Nak tahu macam mana step by step pembuatannya, ini resipi dikongsikan Munirah Jasamai.
Penyek roti dulu dalam dulang, kami lapik baking paper senang nak handle, nk bawak keluaq ka apa, tarik baking paper tu jaa
Hampa pukul 2 biji telur + 2 kotak susu coklat tu dengan apa pon buleh aih, jnji dia sebati semua pastu tuang atas roti dipenyek tadi
Biaq sat tak pa, biaq roti tu semua terendam kembang dlm susu yg dicurahkan
Boleh bakar dalam oven yang dah dipanaskan dulu dalam 10 minit suhu 180′, lepas dah panaskan oven baru bawa masuk yang dah ready dalam 30min suhu 180′, macam mana hampa nak tau dh masak, susu atas tu keras gitu, bau pon semerbak dah, cucuk pi dengan lidi tgk melekat ke dak pon buleh.
Dah lepas bakar, bagi sejuk, pastu masuk peti ais
Sos creamy
1tin susu cair
1 tin air hampa sukat dlm tin yg sama
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
5 sudu gula
Buka api perlahan je kacau sampai kental, dah siap hampa bagi sejuk letak dalam peti ais.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peminat tegar kudapan boleh cuba buat sendiri kudapan popia seaweed ni. Kalau dulu selalu beli, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula, lebih jimat dan lebih berbaloi. Cara mudah untuk hasilkan kudapan ni, jom buat!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad rupanya sudah mendidik anak sulungnya, Raja Urhan untuk makan sendiri biarpun terpaksa reda bila anak makan bersepah.