Dalam peti sejuk juga boleh berlaku letupan walaupun rasanya tak ada benda yang memudaratkan. Murah ke mahal ke peti ais tersebut tetap akan berlaku letupan jika tiga benda ni disimpan di dalam peti ais.
Tiga benda ini yang dikenal pasti tidak selamat untuk diletakkan di dalam peti sejuk;
Minuman Bekarbonat
Minuman ni mengandungi karbon dioksida di dalamnya. Pada suhu yang sangat sejuk, karbon dioksida akan mengembang pada tekanan yang amat tinggi. Ini akan menyebabkan minuman dalam tin ini meletup bila tidak dapat lagi menampung tekanan.
Ais Kering
Ais kering juga terbentuk dari formasi pepejal karbon dioksida. Jika ia berada di dalam peti sejuk, suhu berada di bawah -18 darjah celcius, dan proses pemejaluwapan dipercepatkan pada tahap yang sangat pantas. Kalau pun ia x meletup di dalam ruang sejuk beku, peti sejuk akan termati dengan sendiri disebabkan suhunya yang jauh lebih rendah dari suhu peti sejuk anda.
Alkohol dan cecair mudah terbakar
Jika ia disimpan dalam ruang sejuk beku ia akan menyebabkan tekanan dan cecair dalam botol mengembang lalu menyebabkan letupan yang serius jika disimpan lama di ruang sejuk beku.
Jika anda tak pasti sama ada makanan dan minuman tu boleh diletak di dalam peti sejuk atau tak, boleh rujuk pada label pembungkusan.
Kita rasa diri kita dah susah, tetapi masih ada lagi yang lebih susah. Tambah lagi dengan keadaan sekarang yang semuanya memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan. Demi sesuap nasi, apa saja kerja yang boleh dilakukan, mesti akan fikirkan anak dulu.
Sama jugalah dengan situasi seorang ibu ini yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok apabila berkongsi video rider Foodpanda wanita yang bekerja sambil membawa anaknya.
Dalam video tersebut, memaparkan seorang ibu yang sedang mengendong anaknya dibahagian depan sambil menunggang motosikal. Melihat situasi tersebut pengguna TikTok dikenali sebagai @mamayayahumarsoleh berasa begitu sebak dan berharap dapat membantu wanita itu bagi meringankan beban yang sedang digalas.
Selepas video tersebut tular, terdapat salah seorang rider Foodpanda memberitahu dia mengenali wanita itu dan mengesahkan yang anak kecil itu selalu dibawa ketika ibunya bekerja.
Lebih menyedihkan, pengguna TikTok berkenaan memaklumkan yang anak wanita itu tidak berapa sihat kerana mengalami kecacatan pada kedua-dua belah matanya.
Disebabkan itu, ramai yang bertanya tentang lokasi wanita itu bekerja kerana ingin memberikan bantuan agar dapat membantu meringankan bebannya.
Difahamkan kakak rider FoodPanda ini sering kelihatan berada di sekitar Petronas Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Moga dipermudahkan urusan
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata berasa simpati dan sebak melihat video tersebut. Mereka juga berharap agar si ibu itu diberi kekuatan, kesabaran dan terus dimurahkan rezeki walaupun berada dalam keadaan yang agak sulit.
Semoga terus sentiasa diberi kesihatan yang baik agar boleh terus mencari rezeki buat diri dan anak tersayang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan suami isteri ini masih buntu untuk menyediakan sebanyak RM15,000 lagi bagi mencukupkan RM24,000 keperluan untuk menampung kos rawatan anaknya Noah Ulhaq, berusia dua tahun, yang menghidap penyakit tulang kaki bengkok.
Mohd Nor Hafiz Md Shari, 35, berkata anaknya yang turut menghidap lima komplikasi kesihatan lain iaitu sindrom noonan (kelainan genetik), jantung berlubang, angin pasang, jangkitan kuman dalam paru-paru dan talasemia, memerlukan rawatan lanjut.
Katanya, ketika ini anaknya yang mesra dipanggil Adam itu sedang menerima rawatan secara berperingkat di Hospital Antarabangsa Bumrungrad, Bangkok, Thailand.
“Saya jadi buntu kerana perlu menyediakan sekitar RM24,000 untuk meneruskan rawatan anak di hospital berkenaan di Bangkok.
“Setakat ini, wang terkumpul ada RM9,000 hasil wang simpanan dan bantuan daripada orang ramai dan masih kurang sebanyak RM15,000 lagi untuk menampung keperluan itu.
“Sehingga kini, Noah Ulhaq sudah menjalani rawatan sebanyak tiga kali di hospital berkenaan sejak awal tahun ini apabila doktor melakukan proses menyimen pada kedua-dua kaki anak saya bagi tujuan meluruskan tulang kaki yang bengkok.
“Noah Ulhaq dijadual akan menerima rawatan tiga peringkat lagi di hospital itu termasuk menjalani pembedahan kaki pada hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Nusa Intan Senawang, Seremban.
Mohd Nor Hafiz yang menjalankan perniagaan takoyaki di pasar malam dan tapak karnival berkata, dia dan isteri, Suhaila Suid, 35, tidak mampu menyediakan wang berkenaan kerana ia di luar kemampuannya.
“Saya terpaksa merayu bantuan orang ramai bagi membolehkan proses rawatan dan pembedahan anak tidak tergendala,” katanya.
Menurutnya, pada peringkat awal, anggaran kos rawatan termasuk perjalanan dan penginapan berjumlah sekitar RM33,000, tetapi selepas meneliti semula termasuk proses rawatan enam kali ditetapkan doktor, kos melebihi daripada itu.
Katanya, kadar pertukaran wang asing antara Ringgit Malaysia dengan Baht Thailand turut menjadi faktor pertambahan kos berkenaan.
“Saya dan isteri mengharapkan anak kami yang menghidap penyakit berkenaan sejak lahir, dapat pulih dan berjalan seperti kanak-kanak lain.
“Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi di talian 011-16650548,” katanya.
Sebelum ini kesukaran pasangan suami isteri ini untuk mendapatkan dana bagi rawatan anaknya itu pernah dilaporkan dan menerusi penyiaran kisahnya, orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah tampil membantu meringankan beban mereka.
Cuma kos itu masih belum mencukupi dan berharap ada lagi insan yang prihatin untuk membantu merealisasikan impian Noah untuk kembali sihat seperti kanak-kanak lain.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...