Masuk 3 Bulan Anak Dalam Kandungan Sari Yanti Tak Bergerak. Belum Rezeki Eya Dapat Adik

Share

Penyampai radio dan pelawak Jep Sepahtu memaklumkan kandungan isterinya, Sari Yanti yang dah masuk 3 bulan tak dapat diselamatkan apabila anak keduanya disahkan tidak bergerak semasa membuat pemeriksaan baru-baru ini.

Menerusi entri di Instagramnya, Jep berkongsi kisah sedih itu kepada pengikutnya dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan isterinya.

“Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital nak tengok adik.

“Adik Eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doktor bagitau adik Eya tak bergerak lagi dah.

“Doakan mama Eya selamat operation harini ya. @sariyanti @dariyainaraofficial,” kongsinya semalam.

Apabila mendapat khabar dukacita ini, rata-rata peminat berharap agar segalanya dipermudahkan dan mendoakan kesihatan Sari Yanti yang menjalani pembedahan dan dapat pulih dengan cepat.

Bukan setakat mendoakan kesihatan Sari Yanti kembali pulih tetapi ada yang turut memberi semangat pada Jep.

Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang Allah aturkan perjalanannya dah cantik. Pasti rezeki lebih baik Allah dah aturkan.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak bernama Dariya Inara.

Sumber: ig Jepsepahtu

 

IKLAN