Masuk trimester akhir kehamilan, penyanyi Liza Hanim berkongsi rasa berdebar dan tak sabar menunggu kelahiran bayi kelimanya.
Dia menyatakan sudah bersedia menanti bayi lelaki yang dijangka dalam masa terdekat.
Liza berkata, di usia 37 minggu kehamilannya ini, badan dan wajahnya mula bengkak dan rasa kurang selesa. Bagaimanapun, dia tetap teruja untuk menantikan bayi lelakinya itu.
Inilah pengorbanan seorang wanita hamil. Saat ini macam-macam perubahan badan akan kelihatan, Ada yang langsung tak berubah dan ada juga yang sangat ketara hingga rasa malu nak tengok di cermin. Apa-apa pun semua itu normal dan akan kembali seperti asal bila dah selamat melahirkan bayi.
Muka bengkak, hidung kembang, kaki tangan bengkak bergantung pada setiap orang. Bagaimanapun mengikut orang tua-tua dulu, jika tanda-tanda dah makin jelas bermakna tak lama lagi nak bersalin.
Ads
Penyanyi Siapa Sangka Siapa Menduga itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.“Saat ni macam-macam rasa badan ni… hahahaha
Ads
“Nak amik gambar muka kita dh bengkak sangat huhuhu siapa yang bila dihujung hujung pregnancy muka tak berubah… you are the lucky few!
“Boboi….. anytime ok. Mama and ayah is ready for you!” tulisnya.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata. Untuk mendapatkan cahaya mata tak semudah yang dijangka. Ia bergantung kepada rezeki dan nasib pasangan masing-masing.
Namun begitu anda tetap perlu berusaha dengan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat. Dr Zubaidi berkongsi beberapa tip boleh dilakukan untuk memudahkan setiap pasangan yang berkahwin untuk mendapatkan cahaya mata.
Selepas mengumumkan mengenai kehamilan bayi sulung mereka, akhirnya isteri kepada pemain bola sepak negera, Safawi Rashid, Syifa Melvin tampil berkongsi gambar terbarunya ketika hamil.
Menerusi Instagramnya, Syifa memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan baby bumpnya bersama suami ketika beraya semalam.
Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan zuriat dan memohon agar kehamilannya dipermudahkan.
“Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini.
“Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Eid Adha dari kami dua setengah,” tulis Syifa menerusi kapsyennya.
Syifa dan suami tampil cantik dengan temu warna ungu di pagi raya semalam namun apa menarik pastinya baby bump yang berusia enam bulan.
Malah bakal ibu ini dilihat makin cantik dan berseri-seri ketika hamil. Benarlah seri ibu mengandung.
Malah adik kepada Syatilla Melvin ini juga turut mendoakan ibu yang menanti zuriat dipermudahkan untuk menanti kehadiran cahaya mata mereka.
“Tak lama lagi yang menanti zuriat dari Allah swt akan mendapatkannya.
“Allah pasti makbulkan segala permintaan hambaNya yang selalu yakin dalam berdoa Aamin Ya Mujib.
“Kurniakan mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaranMu, Aamin❤,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Syifa dan Safawi Rashid mendirikan rumahtangga pada 28 November tahun lalu. Safawi mengumumkan isterinya hamil ketika memenangi perlawanan bola sepak baru-baru ini.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Jangan abaikan perihal berkaitan usia kandungan. Kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin atau overdue perlu diberikan perhatian ekstra & perlu dirujuk ke hospital segera. 7 Risikonya ini boleh menyebabkan impak besar kepada bayi & ibu.
Usia kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin memang mendebarkan para ibu. Tentunya kerisauan akan bermain di fikiran, memikirkan tentang diri dan tertanya-tanya bagaimana keadaan bayi, mudaratkah situasinya?
Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau berkongsi info bahawa keadaan hamil overdue ini banyak berlaku.
“Hanya kira-kira 5% sahaja ibu yang melahirkan tepat pada tarikh jangkaan. Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
“Sekiranya anda mencapai usia kehamilan 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi dan saiznya. Selain itu, bukaan serviks juga diperiksa untuk melihat sama ada ia sudah bersedia untuk proses kelahiran,” kata Dr Sharina.
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1.Bayi mati dalam kandungan.
2.Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3.Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke40.
4.Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
5.Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6.Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7.Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Menurut Dr Sharina, kehamilan yang melepasi tempoh jangkaan bersalin atau overdue ini banyak terjadi kepada wanita hamil yang mempunyai ciri-ciri ini;
1.Ibu tidak pasti tarikh hari pertama haid terakhir sebelum hamil.
2.Kehamilan pertama.
3.Ibu mempunyai sejarah overdue sebelum ini. Jadi tidak hairanlah jika seorang ibu mengalami beberapa kehamilan yang overdue.
4.Hamil bayi lelaki.
5.Ibu mempunyai berat badan berlebihan.
6.Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
a)Indius pada 41 minggu.
b)Membrane sweeping daripada minggu ke 38 ke atas.
Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim.
Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Selain membrane sweep, berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!