Jangan abaikan perihal berkaitan usia kandungan. Kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin atau overdue perlu diberikan perhatian ekstra & perlu dirujuk ke hospital segera. 7 Risikonya ini boleh menyebabkan impak besar kepada bayi & ibu.
Usia kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin memang mendebarkan para ibu. Tentunya kerisauan akan bermain di fikiran, memikirkan tentang diri dan tertanya-tanya bagaimana keadaan bayi, mudaratkah situasinya?
Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau berkongsi info bahawa keadaan hamil overdue ini banyak berlaku.
“Hanya kira-kira 5% sahaja ibu yang melahirkan tepat pada tarikh jangkaan. Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
“Sekiranya anda mencapai usia kehamilan 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi dan saiznya. Selain itu, bukaan serviks juga diperiksa untuk melihat sama ada ia sudah bersedia untuk proses kelahiran,” kata Dr Sharina.
BAHAYA KANDUNGAN LEBIH TEMPOH/ OVERDUE
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1.Bayi mati dalam kandungan.
2.Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3.Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke40.
Ads
4.Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
5.Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6.Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7.Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
KENAPA SERING MENGALAMI OVERDUE?
Menurut Dr Sharina, kehamilan yang melepasi tempoh jangkaan bersalin atau overdue ini banyak terjadi kepada wanita hamil yang mempunyai ciri-ciri ini;
Ads
1.Ibu tidak pasti tarikh hari pertama haid terakhir sebelum hamil.
2.Kehamilan pertama.
3.Ibu mempunyai sejarah overdue sebelum ini. Jadi tidak hairanlah jika seorang ibu mengalami beberapa kehamilan yang overdue.
4.Hamil bayi lelaki.
5.Ibu mempunyai berat badan berlebihan.
Ads
6.Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
CADANGAN SEKIRANYA IBU MENGALAMI OVERDUE
a)Indius pada 41 minggu.
b)Membrane sweeping daripada minggu ke 38 ke atas.
PERCEPATKAN KELAHIRAN
Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim.
Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Selain membrane sweep, berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asid Folik adalah salah satu vitamin yang diberikan kepada ibu hamil selain dari zat besi dan vitamin C. Puan Hazirah berkongsi pengalaman anak meninggal dalam kandungan apabila mengabaikan pengambilan asid folik.
PENTINGNYA ASID FOLIC
Dah sebulan 6 hari umur anak ibu jika anak ibu masih ada tapi tuhan lebih menyayangi Harraz Naufal. Anak ibu dah jadi anak syurga.
Masa pregnant kan Harraz Naufal ibu mmg ada alahan ibu makan muntah tapi 1st trimester je, 2nd trimester alahan ibu dh kurang cuma asyik batuk dan demam masa alahan tu ubat pun ibu xboleh mkn padahal ibu tahu ASID FOLIC tersangat penting tapi bnyak skip.
*Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Ibu check up KD kemumin kalau jumpa doktor ibu akan ke KK Pengkalan Chepa ibu ingat lagi tarikh ni 6.6.2018, tarikh membuatkan ibu down, airmata ibu dgn lajunyaa turun. Tarikh tu ibu kena jumpa doktor untuk ultrasound kali ke2 time ni ibu 19 minggu, ibu jumpa dgn doktor salwana. Tarikh tu sptut nya buatkan ibu dgn papa excited sbb masa scan kli prtma xnmpak pape lg scan kli2 berharap boleh bg khbar berita yg gembira untuk ibu dan papa.
“Apa yg sy nampak bby puan mcm ada masalah allahukhbar terkedu ibu dgn papa dada ibu turun naik turun naik berdebar untuk mendgr kata2 dktor seterusnya . kenapa doktor??? Tapi ni sy xboleh nk confirm lg apa yg sy nampak kepala dia mcm ada xkena laa, jntung dia pun sama! sy xboleh nk detect lg sbb baby masih kecik mngkin pembetukan dia xsempurna lg. Saya rasa kes puan ni kita akan refer pada pakar sy akan bt surat puan dan suami akan dgr pada pakar laa di HPRZII bahagian O&G.
Papa xpuah hti papa nk tahu jgk apa yg xkena dgn anak kami papa ajk ibu scan di klinik swasta primer lembah sireh. Skrin lebih jelas klinik swasta. ibu dgn papa xhenti2 berdoa harap anak ibu dgn papa xada masalah. Tapi… sekali lg kami dpt berita yg sama. Mmg baby ada masalah doktor bgthu harap ibu sabar dan tabah dgn kemungkinan yg akan berlaku tapi dktor bgtahu anak ibu aktif sngat. Ibu nangis.. nangis..nangis papa pun xboleh tenangkan ibu.
2.7.2018, hari ni ibu dan papa kena jumpa pakar O&G. 2 org doktor pakar check ibu scan lama sngt. Selesai scan doktor nk bercakap dgn ibu dan papa doktor bgthu anak ibu mmg ada masalah sama mcm dktor salwana bgtahu, (encaphalocoelle – ada ketulan dikepala dia ectopia cordis – jantung dia berada di luar bkn di dlm) ya allah berat sungguh ibu nk terima semua ni. Doktor bgtahu jgk kemungkinan yg akn berlaku baby meninggal dlm perut atau dia xakan hidup lama kalau ibu melahirkan anak ibu. Doktor ada bgthau jantina anak ibu boy. Dia aktif sangat.
Sejak pada tu tiada lg kegembiraan dlm diri ibu. Tiada lg gelak ketawa ibu dan papa. Ibu berdoa semoga ada keajaiban berlaku untuk anak ibu. Ibu check up sperti biasa di KD kemumin kak mas nurse ibu pun tahu psl ni. Semua nurse situ tahu dan bg semangat nasihat untuk ibu. Semua bertanyakan pasal ASID FOLIC doktor pakar aritu pun tanya pasal ASID FOLIC dan kemungkinan jd benda nim disebabkan ibu xmkn ubat tu ibu banyak skip ibu asyik muntah . Maafkan ibu sayang.
TIADA DENGUPAN JANTUNG
6.8.2018 hari ni ibu check up di KD kemumin, papa yg teman ibu hari ni ibu dh 29 minggu tapi dari semalam ibu rasa anak ibu kurang aktif hari nim kak mas xada jd kak nor yg akan check ibu. Siap check BP semua kak nor sruh masuk bilik nk check jantung baby. Ibu takot sbb degupan jantung xde kak nor pnggil kak la sruh cari degupan jntung xde jgk ya allah kenapa dgn ank ibu ni. Ibu rasa xsedap hati. Kak nor suruh pergi KK pengkalan chepa untuk scan kak nor bt surat papa tunggu kt luar papa pun xsedap hati tiba2 dia wasap ibu sbb lama sngt ibu kt dlm.
KEHILANGAN
Ibu terus pergi kt papa ibu xdpt cerita ibu sebak ibu nangis. Papa peluk ibu pujuk ibu. Sampai KK pc ibu masuk bilik 15 dktor bwk pergi scan. allahuakhbar. Subhanallah, anak ibu dah xada, anak ibu dah pergi tinggal kan ibu dan papa . perasaan ibu bercelaru . papa ,doktor peluk ibu . bg nasihat untuk ibu . ibu nangis . org ramai time tu semua tgk ibu .
11.30 pg ibu sampai HPRZII dewan bersalin dgn papa dan mil ibu. Ibu di masukkan wad 25 untuk pisahkan bby dlm perut. Ibu akan di induce esok pg. Semua dtg melawat ibu. umi dgn abah ibu pun ada. ibu penat sangat syg
7.8.2018 pagi2 lg lepas subuh ibu akan dimasukan ubat . hari pertama ibu xrasa sakit pun jln pun still xbuka . doktor bgthu susah sikit sbb anak sulong ibu kena sabar laa . 8.8.2018 . hari kedua ibu akan dimasukan ubat . harap jln terbuka laa . ibu rasa sakit tp sikit2 je . 9.8.2018 last ibu masukan ubat kalau masih xbuka jln dktor suruh ibu balik rehat dulu . dan akhirnya ibu terpksa balik rehat . bos ibu dh bg cuti smpai ibu bersalin dan berpantang 40 hari .
13.8.2018 ibu dimasukkan wad 11 untuk induce kali nim 5 kali ibu induce masih xbuka jln . ibu hbis ikthiar ibu takut bby lama2 dlm perut ibu mintak dktor operate tp dktor xnak sbb tu cara yg last klau btol2 jln xbuka . dan dktor suruh ibu balik lepas raya haji bru masuk balik . ibu balik org lain sibuk persiapan raya . tp ibu termenung menangis ibu xbleh trima lg anak ibu dah xada . ibu sakit sbb pagi ptg ibu kena seluk oleh dktor untuk check jln hari2 tp ibu mampu tahan . ibu xboleh tahan sakit kehilangan anak pertama ibu . allahukhbar
25.8.2018 ibu dah 31 minggu kali ke 3 dimasukan di wad . wad 11 jgk kli ni dktor dah xmasukan ubat tp sejenis alat untuk buka jln . bentuk dia mcm ranting kayu dan dktor bgtahu kli nim in shaa allah baby keluar . ibu kesian kt papa . ulang alik hospital sampai 2 minggu cuti tnpa gaji tp papa xprnah tinggal ibu spjg ibu kt hospital dia layan ibu mcm permaisuri . bukan time melawat pun dia masuk
26.8.2018 lepas subuh dktor akan masukan alat . pkul 8 ibu start sakit . perut ibu mengeras . ibu dah xada selera nk mkn ya allah sakit teramat . ibu nangis . ibu berdoa istifar nurse tgk ibu xtahan sakit dia tnya ibu nk ubt tahan sakit tak ibu ckp nak tp ubt tu memgantuk gila2 pukul 12 time melawat papa kejutkan ibu . ibu xbleh nk bkakkan mata papa urut kaki ibu umi pun sama urut kaki ibu . tubuh ibu sakit sangat2 pukul 2 waktu melawat habis semua dah keluar tinggal ibu kesakitan sorang2 ibu bangun ibu berdiri ibu duduk hbis gaya sakit sangat2 baru ibu rasa gini sakit nk bersalin . pukul 3.30 ibu turun air dktor check dh dah fully ibu akan ditolak ke labour room . ibu dh info kt papa . papa dh tngu kt depan labour room . dktor pakar check jln rupanya belum fully lg bru 3cm dktor pelatih yg check td kena marah hbis2 laa dia bt kesilapan . dktor suruh masuk ubat lagi allah makin sakit . nurse pnggil papa sruh temankan ibu . papa masuk tgk ibu tenangkan ibu . bca doa . pegang tgn ibu . ibu ada marahkan papa . sbb sakit sangat maafkan syg b . pukul 7.30 ibu rasa dah sampai masa ibu rasa ada bnda nk keluar . papa pnggil nurse dan dktor . dktor baru pakai hand glove anak syurga ibu dah keluar . ibu xtgk pun . ibu xnak ibu takut ibu teringat . papa bwk balik untuk dikebumikan di sabak . Alhamdulillah semua nyaa selesai .
xlama lg ibu dah nk habis pantang . ibu redha dan ibu anggap ini bukan rezeki ibu lagi ibu harap ibu kuat jalani hari2 ibu dan anak syurga ibu tenanglah kamu disana syg . semoga ada rezeki lain lg untuk ibu . mungkin ada hikmah di sebalik semua nim kita hanya merancang allah yg menentukan segala2nyaa . kepada ibu2 jgn laa skip ASID FOLIC jaga la kesihatan 3 bulan sebelum pregnant tu harus makan ASID FOLIC dan jgn laa biarkan tubuh ibu2 penat rehat laa secukupnya.
terima kasih pada suami ,umi abah ma ayah kakak2 ipar saudara mara bagi semangat dan nasihat .
Sama ada betul atau tidak kehamilan boleh berjangkit tak dapat dipastikan tetapi ia telah berlaku pada 14 jururawat di salah sebuah hospital di Amerika Syarikat apabila mereka semua mengandung hampir serentak.
Kelahiran pertama bayi pada awal Jun lalu
Semua jururawat neonatal itu berkhidmat di unit rawatan rapi neonatal (Nicu) dan bahagian perbidanan Saint Luke’s East Hospital di Kansas City.
Caitlin Hall menjadi jururawat pertama daripada kumpulan itu yang bersalin dan menyambut kelahiran anak perempuan pada 3 Jun lalu.
“Saya fikir hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk hamil dan ini adalah kehamilan pertama saya, jadi saya cuba merahsiakannya sehingga usia kandungan 12 minggu.
“Bagaimanapun selepas itu orang lain mula membuat pengumuman (hamil), jadi saya juga berkongsi perkara sama.
“Kemudian, setiap dua minggu, orang lain pula umumkan ‘saya mengandung’,” katanya kepada Fox News Digital.
Kini masih menunggu 13 kelahiran lagi
Hall berkata, dia kini lebih memahami perasaan dan kesakitan ditanggung ibu hamil kerana turut mengalaminya serta dapat menenangkan pesakitnya dengan lebih baik.
Hospital itu kini menunggu kelahiran 13 lagi dengan jururawatnya dijangka bersalin pada tarikh pelbagai sehingga Disember.
“Kami tidak sabar untuk menanti detik ini seperti mana yang berlaku untuk setiap kelahiran di hospital ini,” menurut kenyataan hospital berkenaan.
Seorang lagi jururawat yang hamil, Ellie Kongs berkata, dia tidak sabar dan teruja untuk berkongsi detik istimewa itu bersama rakan sepasukannya.
Doktor menjangkakan Kongs melahirkan anak pada penghujung Oktober ini.
“Kami mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kehamilan dan sebagai jururawat yang sudah mempunyai pengalaman ini adalah detik yang sangat mengujakan,” katanya.
Mungkin ramai yang teruja mendapatkan anak kembar dan melakukan pelbagai petua dengan harapan berjaya hamil kembar. Penerangan dari doktor ini memberikan penjelasan sebenar.
Perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi Abdullah ini diharapkan dapat merungkai persoalan dan keterujaan ibu bapa untuk memiliki anak kembar. Beliau juga turut berkongsi bagaimana tercetusnya hyperovulation (menghasilkan 2 telur dalam satu pusingan haid) yang menyebabkan terjadinya kembar tidak seiras (non-identical twin).
Beliau juga turut berkongsi pengalamannya mengendalikan pesakit 10 tahun mencuba untuk hamil, kecewa kandungannya bukan kembar.
Dah cuba makan itu makan ini & supplemen tradisional. Kecewa akak sebab banyak dah duit habis
Bersyukurlah dengan kandungan ini. Rezeki dari Allah. Tidak salah mencuba selagi tak memudaratkan. Tapi petua dan supplemen tiada bukti saintifik ia berkesan.
Petua yang tak elok & tiada kebenaran tak elok di kongsi.Testimoni hierarki ilmu paling rendah
Hyperovulation (penghasilkan 2 telur dalam satu pusingan haid) boleh terjadi. Genetik ibu, usia ibu 35 ke atas, ibu BMI lebih dari 30 tahun, penyusuan susu ibu antara faktor terjadinya hyperovulation.
Bangsa Nigerian cenderung dapat anak kembar sebab gaya hidup makan keladi dan lain-lain tapi tiada kajian konklusif.
Petua daripada pemerhatian ialah testimoni adakalanya menjadikan penyakit semakin teruk. Perlu kajian teliti dari segi sains dan perubatan.
Ilmu perlu digali, bukan agak-agak. Jika tidak ia seolah-olah memberi harapan palsu.
Cikgu dedahkan cara betul nyatakan alasan anak tidak hadir sekolah dalam sistem iDME. Ramai ibu bapa terkejut bila tahu “urusan keluarga” tak boleh ditulis sesuka hati.