Kehamilan

Masuk Trimester Ke-3 Badan Makin Berat, Nak Bangun Pun Susah. Puteri Sarah Mula Risau

Share

Pelakon Puteri Sarah akui mendapat arahan doktor untuk menghentikan pengambilan sarang burung sejak kandungannya memasuki minggu ke-31.

Sarah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik foto beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.

Kongsi Sarah, untuk proses kehamilan anak keduanya ini dia kerap mengalami sakit belakang serta kejang.

Malah berat badannya semakin bertambah sehinggakan agak sukar untuk Sarah bergerak.

Namun begitu, Sarah melahirkan rasa syukur kerana tidak mempunyai alahan seperti ketika anak pertamanya dulu, Syaikhul Islam.

“Sarah dah masuk 31 weeks pregnant so kena stop ambil birdnest atas arahan doktor.

“Nanti dalam pantang continue balik. Second pregnancy kali ni asyik sakit belakang, cramp lagi.

“Tapi alhamdulillah alahan takde sama masa syaikhul.

“Badan dah makin berat, nak bangun pun susah. Huhuhuhu.

“Syaikhul dulu gave birth 3.5kg. Kalini adik berapa kg pulak, berat semacam je ni! Hihihihi,” tulis Sarah.

Walaupun tengah sarat, rata-rata netizen memuji kecantikan Sarah ketika hamil serta mendoakan semoga urusannnya dipermudahkan.

Puteri Sarah dan Shamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syaikhul Islam yang kini berusia dua tahun.

Sumber: ig puterisarahliyana

IKLAN