Memasuki trimester kedua, selalunya alahan kehamilan akan beransur hilang. Namun ada sesetengah ibu masih mengalaminya.
Kandungan penyanyi Shila Amzah kini sudah pun menginjak ke trimester kedua. Shila dalam posting Instagram memaklumkan yang dia kini sudah pun memasuki trimester kedua namun ‘mabuk’ masih lagi terjadi.
Pelantun lagu Patah Seribu ini mengakui ‘melepek’ di sofa dan makan sedikit sahaja. Namun bagi memastikan pertumbuhan bayi tidak terganggu, Shila tetap memakan ubat-ubatan yang dibekalkan.
Shila turut berkongsi tip elak termuntah semasa memakan vitamin iaitu dengan memakannya dengan jus delima. Ia bertujuan memotong rasa nak muntah.
Dalam posting yang sama Shila juga turut bertanya tip tentang ibu hamil yang mempunyai masalah untuk mengambil ubat-ubatan seperti asid folik. Ia merupakan soalan yang diajukan oleh peminatnya. Ramai followers berkongsi tips dan pengalaman positif.
Shila juga turut mengakui suka memakan sajian jenis kering tidak berkuah. Sajian berkuah dielakkan kerana ia boleh menimbulkan rasa loya buat masa ini. Shila berkongsi foto hidangan sajian sambal ayam yang disediakannya.
Isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda dan percaya Allah sebaik-baik perancang untuknya dan suami dalam menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.
Aida berkongsi kisahnya yang sangat menyentuh hati itu menerusi video temu bualnya bersama majalah Nona baru-baru ini.
Video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Melalui kaedah tersebut, Aida akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay…
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aida dapat memperolehi zuriat seperti yang diidamkan selain memberikan kata-kata semangat.Foto: Instagram @aidayusof786 & @adiputra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim durian sememangnya menjadi kegemaran ramai, terutama bagi pencinta “raja buah” ini. Aroma yang menusuk hidung dan rasa manis lemak yang unik membuatkan ramai tidak sabar untuk menikmatinya.
Namun, bagi ibu hamil, durian bukanlah sekadar manisan yang menggoda. Terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira sebelum menyuap durian ke mulut. Persoalan tentang makan durian ketika hamil sering menimbulkan kebimbangan kerana ia melibatkan keselamatan ibu dan perkembangan bayi.
Durian terkenal dengan kandungan gula dan lemak yang tinggi. Setiap 100 gram durian mengandungi kira-kira 147 kalori, jauh lebih tinggi berbanding buah-buahan lain seperti epal atau oren. Bagi ibu hamil, pengambilan kalori yang berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang mendadak. Ini bukan sahaja memberi tekanan pada sendi dan tulang, malah boleh meningkatkan risiko diabetes gestasi, tekanan darah tinggi, dan komplikasi semasa bersalin. Inilah sebabnya ramai doktor menasihatkan ibu hamil supaya memantau kuantiti kalau mahu makan durian ketika hamil.
Dalam perubatan tradisional, durian dikategorikan sebagai “buah panas”. Maksudnya, buah ini boleh meningkatkan suhu badan jika diambil secara berlebihan. Bagi ibu hamil, suhu badan yang tinggi boleh menyebabkan ketidakselesaan seperti cepat penat, berpeluh, atau risiko dehidrasi. Jika dimakan terlalu banyak dalam masa singkat, peningkatan suhu badan juga boleh menjejaskan keselesaan dan kestabilan tubuh ibu.
Menurut Sunway Medical Centre, ibu hamil yang mengambil durian secara berlebihan berpotensi mengalami lonjakan gula dalam darah. Durian sebenarnya boleh dimakan oleh ibu hamil, tetapi kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi, ia disarankan untuk diambil secara sederhana. Memakan sedikit sahaja, contohnya 2–3 ulas kecil, adalah lebih baik daripada menghabiskan sekeping durian sepenuhnya.
Ini sangat berisiko bagi mereka yang mempunyai sejarah diabetes atau yang sedang mengandung anak pertama. Kadar gula yang tinggi bukan sahaja memberi tekanan pada pankreas, malah boleh meningkatkan risiko bayi lahir besar (macrosomia) atau mengalami masalah metabolik selepas kelahiran.
Durian juga tinggi serat dan lemak, yang boleh menyebabkan ibu hamil mengalami masalah penghadaman jika diambil berlebihan. Rasa kembung, pedih ulu hati, atau sembelit sering dialami sesetengah ibu selepas makan durian. Kombinasi durian dengan makanan lain yang “berat” seperti lemang, ketupat, atau pulut durian boleh memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan ketidakselesaan berpanjangan.
Bagaimana menurut Parenting Firstcry buah durian bukan sahaja terkenal dengan rasa lemak manisnya, malah mempunyai pelbagai nutrien penting untuk tubuh. Durian juga mempunyai sifat antimikrob, antibakteria, dan antifungal, yang boleh memberi manfaat tambahan kepada ibu hamil. Berikut adalah kebaikan durian untuk ibu mengandung:
1. Kaya Dengan Serat Ramai ibu hamil mengalami sembelit akibat perubahan hormon. Durian bertindak sebagai “laksatif semula jadi” yang membantu melancarkan pembuangan toksin dari usus. Kandungan seratnya juga melindungi membran mukus, mengurangkan pendedahan kepada bahan berbahaya.
2. Sumber Asid Folik Yang Baik Durian kaya dengan asid folik, yang penting untuk mencegah kecacatan pada bayi. Setiap 100 gram durian menyumbang kira-kira 9% daripada keperluan harian asid folik.
3. Kaya Dengan Vitamin B Durian mengandungi vitamin B seperti riboflavin, niasin, dan thiamine, yang penting untuk kesihatan keseluruhan ibu hamil.
4. Kaya Dengan Antioksidan Durian mengandungi zink, triptofan, dan organo-sulfur yang bersifat antioksidan. Nutrien ini membantu melindungi ibu dan janin daripada pencemaran dan radikal bebas.
5. Kaya Dengan Vitamin C Vitamin C bukan sahaja menguatkan sistem imun, malah membantu penyerapan kalsium dan zat besi untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
6. Mengandungi Pelbagai Mineral Durian juga kaya dengan mineral seperti zat besi, tembaga, mangan, dan magnesium. Mineral ini penting untuk meningkatkan pengeluaran darah dan menyokong pertumbuhan janin.
7. Mencegah Masalah Pedih Ulu Hati Durian mempunyai kandungan air yang tinggi dan bertindak seperti antasid semula jadi, membantu mencegah pedih ulu hati semasa kehamilan.
8. Membantu Mengurangkan Risiko Depresi Durian juga boleh membantu mengurangkan stres dan kemurungan semasa hamil serta selepas bersalin.
Musim durian memang menggoda, tapi ibu hamil perlu berhati-hati. Sementara durian memberikan rasa manis yang memikat, pengambilan berlebihan boleh mendatangkan risiko seperti kenaikan berat badan, gangguan gula dalam darah, dan masalah penghadaman. Nikmati durian secara sederhana dan bijak, supaya kegembiraan musim durian tidak bertukar menjadi pengalaman kurang menyenangkan semasa mengandung. Makan durian ketika hamil bukanlah sesuatu yang dilarang sepenuhnya, tetapi ia memerlukan kawalan dan kesedaran tentang keadaan tubuh sendiri.
Nota Tambahan: Selain durian, ibu hamil juga dinasihatkan berjaga-jaga dengan buah-buahan lain yang tinggi gula atau “panas” seperti mangga, nangka, atau cempedak. Sentiasa utamakan keseimbangan diet dan kesihatan diri serta bayi dalam kandungan. Jika ragu-ragu, bertanya kepada pakar adalah pilihan terbaik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hamil biasanya kurang peka dengan diet sihat yang perlu diikuti sepanjang tempoh mengandung. Kebanyakan ibu akan makan mengikut nafsu. Akibatnya berat badan akan naik mendadak dan berpotensi untuk menghidap diabetes. Pegawai Dietetik dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital, LAILA FADHILAH BINTI OMAR, berkongsi maklumat tentang isu kenaikan berat badan mendadak saat ketika hamil.
BERAPA BANYAK SEPATUTNYA BERAT NAIK?
Bagi memudahkan anda untuk memahami formula kenaikan berat badan ketika hamil, lihat info ini. Secara ringkas berat badan ibu hamil harus naik sebanyak:
Bagi wanita yang mempunyai BMI normal sebelum mengandung, jumlah peningkatan ketika trimester pertama adalah 5.2kg. Jumlah peningkatan yang baik setiap minggu adalah 0.40kg.
MANAKALA ibu yang hamil anak kembar pula perlu mendapatkan jumlah kenaikan berat badan antara 15kg – 20kg sepanjang tempoh mengandung iaitu lebih kurang 0.68kg seminggu.
Sebenarnya kenaikan berat badan semasa hamil berbeza mengikut BMI seorang wanita sebelum hamil. Namun secara keseluruhanya (bagi wanita BMI normal) adalah 11.5kg – 16kg.
KENAPA BERAT BADAN BOLEH NAIK?
Pertambahan berat badan yang naik mendadak adalah berpunca dari pengambilan makanan yang tinggi lemak, berminyak, gula, dan berkalori tinggi tanpa kawalan. Ada pendapat yang mengatakan faktor genetik menjadi penyebab kenaikan berat badan ibu hamil, namun tiada hasil kajian yang menyokongnya.
Semasa pemeriksaan bulanan dilakukan ke atas ibu hamil, doktor akan menyarankan ibu untuk minum air gula jika didapati beratnya naik terlalu banyak. Fungsi air gula adalah untuk mengetahui sama ada ibu mengandung itu menghidap gestatinal diabetic mellitus (kencing manis ketika hamil) atau tidak. Jika penyakit ini dapat dikesan dari awal, pemantauan kesihatan akan dibuat dengan lebih ketat dan si ibu akan diberikan diet seimbang yang harus dia ikuti.
RISIKO BERAT BADAN NAIK MENDADAK
Jika tidak diberi perhatian, ibu hamil mungkin menghidap kencing manis dan darah tinggi tanpa sedar. Si ibu akan berisiko untuk melahirkan melalui pembedahan atau bayi dalam kandungan bersaiz besar. Jika bayi terlebih berat, dia juga berkemungkinan menghidap hypoglycaemia (kurang glukosa dalam darah).
JAGA PEMAKANAN
Bagi mengelak berat badan naik secara mendadak adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, berminyak, banyak gula dan tinggi kandungan kalori.
Selain itu, si ibu perlu belajar untuk mengawal porsi makanan yang diambil. Susunan waktu makan yang teratur juga boleh membantu untuk mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak.
Apakah Pecahan Berat Badan Ketika Hamil? Adakah Semuanya Berat Ibu Dan Anak?
Tidak. Pecahan berat badan ini adalah pada bayi (3.55kg), uri (0.67kg), air ketuban (0.896kg), payudara (0.448kg), darah (1.34kg), cecair (3.2kg) dan pengembangan rahim (1.12kg).
Tiada diet yang terperinci ketika sedang mengandung, si ibu hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan memastikan setiap pemakanan yang diambil seimbang dengan porsi yang sederhana.
Pengambilan susu tidak menyumbang kepada peningkatan berat badan. Berat badan boleh naik jika anda minum susu bersama makanan yang tidak sihat. Jadi janganlah risau untuk minum susu ketika hamil kerana khuatir pertambahan berat badan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.