Mat Dan Junior! Itu nama timangan yang diberikan peminat kepada anak lelaki personaliti televisyen dan pengacara rancangan Haramain Backpackers, Mat Dan.
Berkongsi kegembiraannya setelah pertama kali bergelar bapa, menerusi instagram dia telah berkongsikan dengan peminat, isterinya telah selamat menimang anak lelaki sulung pada 5 Mei lalu.
Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah juga telah memuat naik foto bayi dengan kapsyen yang cukup mengambarkan dia sangat bersyukur dengan kehadiran permata sulungnya..
“Alhamdulillah, pada 5 Mei lalu, jam 6.43 petang, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami.
Ads
“Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga,” tulis Mat Dan diruangan kapsyen.
Malah diruangan komennya juga, semua peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk baby boy Mat Dan supaya membesar menjadi anak yang soleh dan sihat.
Ads
Ads
Paling lucu ada juga yang memuji anak Mat Dan dengan menggelarkan ‘Anak Smart Macam Abah’.
Bila dah ada anak, nak bergambar dengan suami bukanlah senang. Anak cemburu dan ingin turut serta dalam foto bersama ibu ayah, itulah cabarannya.
Hanya ibu ayah yang tahu betapa susahnya nak bergambar berdua bila sudah memiliki cahaya mata. Apa yang dimuatnaik Ramona Zam Zam ini comel sangat. Reaksi bayinya, Ivanna Alashkar, 9 bulan yang sedang tertidur tapi boleh terjaga daripada tidurnya bila Ramona dan suami cuba bergambar bersama.
Ibaratnya anak ada deria keenam untuk mengesan apa yang dilakukan mommy dan daddy. Jom tengok gambar ini mengikut urutan, lucu sangat!
Rupanya ada terdapat teknik yang ibu bapa perlu ambil peduli supaya bayi cepat merangkak. Secara umumnya apabila mempunyai anak tentu anda teruja untuk melihat perkembangannya. Ia termasuk melihat anak boleh merangkak. Sebenarnya kemampuan bayi untuk merangkak biasanya berlaku ketika usia mereka sekitar enam hingga 10 bulan. Ketika anak mula merangkak, lengan dan kakinya akan menampung badan di atas lantai sekali gus melatih kemampuan motorik halus bayi. Merangkak merupakan fasa yang dilalui si kecil sebelum berjalan. Dengan merangkak anak anda mempersiapkan diri untuk berjalan bahkan dengan merangkak juga dapat memperkuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk mengangkat beban tubuhnya.
Selain usia yang berbeza untuk perkembangan setiap anak, cara mereka merangkak juga ada yang berbeza-beza. Kebanyakan bayi menggunakan tangan dan kaki untuk merangkak, ada pula bayi yang merangkak dengan cara bergeser dengan perut dan ada juga merangkak dengan menggunakan bahagian pinggul dan kaki.
Tidak dapat merangkak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Berikut adalah antaranya:
*Bayi mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan
*Kekurangan nutrisi
*Kurang simulasi merangkak
*Gangguan keseimbangan
6 tip merangsang bayi cepat merangkak
1.Sering meniarapkan bayi sejak awal merupakan rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
2.Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
3.Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
4.Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.
5.Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
6.Ada kalanya simulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak. Oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.
Kebaikan merangkak
a)Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
b)Menguatkan otot besar dan kecil, melatih kemampuan motorik kasar dan halus.
c)Koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan dan juga keterampilan jari.
d)Melatih fungsi otak kanan dan kiri.
e)Merangsang kepekaan. Dengan merangkak ia merangsang kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh dan dekat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betullah orang cakap, kehadiran anak ini mampu mengubah kehidupan jadi lebih baik. Begitu juga yang dirasai oleh Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau Mat Dan dan isterinya Nadifa Adnan.
Sejak kehadiran permata hati mereka, Muhammad Zayne Danial, 7 bulan semuanya berubah. Mat Dan yang ditemui bersama isterinya ketika sesi fotografi cover Majalah Pa&Ma isu Februari berkongsi keterujaan mereka melihat Zayne membesar.
Sama seperti ibu bapa lain yang pertama kali dikurniakan anak, begitulah apa yang kami rasa. Mat Dan akui paling ketara perubahan hidupnya dan isteri adalah waktu tidur yang tak seperti dulu lagi.
Sebelum ada anak, kami bebas nak tidur jam berapa dan boleh rehat yang cukup. Namun bila ada Zayne, dengar je dia menangis atau terjaga tengah malam, kami tak boleh buat tak tahu.
“Nak mudah saya akan bangun bantu isteri dan buat apa yang patut. Contoh tukar lampin atau bagi susu. Biar kami sama-sama dapat rasai momen ini,” katanya.Lagi satu bila ada anak, apa yang nak dilakukan kena fikirkan anak dulu. Contoh jika nak keluar rumah persiapan kelengkapan Zayne paling utama. Ada ketikanya bila dah plan nak keluar tiba-tiba Zayne tidur, niat itu terpaksa dibatalkan.
Mat Dan juga tak boleh berpisah lama dengan anak dan cepat rindu bila terpaksa berjauhan lama dengan anak.
Nak merancang jadual kerja juga saya dahulukan Zayne. Lebih-lebih lagi kalau terpaksa kerja luar kawasan dalam tempoh yang lama. Semuanya saya susun semula dan fikirkan keutamaan Zayne. Semua ini memberikan pengalaman berbeza buat saya dan isteri.
Zayne tak banyak karenah
Anak kacukan Mat Saleh dan Melayu ini juga nampaknya dah makin membesar dengan sihat. Kini beratnya dah hampir mencecah 9 kilogram.
Nadifa jelaskan Zayne mula meniarap pada usianya lima bulan dan kini semakin kerap ketawa bila diagah. Dia juga sudah pandai mencapai semua barang yang ada di hadapannya dan terus memasukkannya ke dalam mulut.
“Zayne sememangnya mudah dijaga malah dia tidak banyak kerenah. Cuma dia tidak boleh berenggang lama dengan saya. Sebolehnya dia mahu saya sentiasa ada disebelahnya,” katanya.
Bila dah semakin besar, nampaknya Zayne kecenderungan Zayne adalah dia suka buku. Mungkin juga semasa usianya dua bulan saya rangsang mindanya dengan flashcard yang saya buat sendiri untuk Zayne. Teruja nak siapkan flashcard sendiri dengan pelbagai karektor berwarna untuk Zayne. Kini setiap hari saya bacakan buku cerita untuk Zayne. Dia nampak berminat dan matanya fokus dengan apa yang saya tunjukkan walaupun masih belum memahaminya.
“Lagipun masa saya dirumah pun hanya dengan dia. Jadi banyaklah aktiviti boleh dibuat jika Mat Dan keluar bekerja. Seronok melihat setiap aksinya,” kongsinya yang banyak belajar tip keibubapaan dan mendidik anak melalui Dr Sheikh Muzaphar.
Walaupun berbeza adat, Mat Dan dan Nadifa bersepakat untuk memberikan yang terbaik buat anak tersayang.
Mat Dan jelaskan dia dan isteri nak Zayne belajar adat dan budaya keluarga mereka serta bahasa ibunda mereka selain bahasa Melayu. Rugilah kalau hadkan pada satu bahasa sahaja. Kelebihan ini saya akan biasakan pada Zayne dari awal tapi tidaklah terlalu memaksa.
“Biar dia belajar ikut perkembangannya dan kami akan sentiasa menyokong mana yang terbaik buatnya,”akhirinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Squishy Dumpling didakwa mengandungi benzena melebihi had selamat sehingga ditarik balik di UK. Ketahui risiko kepada kanak-kanak dan langkah yang perlu diambil oleh ibu ayah.