Doktor selebriti, Dr Say Shazril yang mempunyai seorang nak autisme turut berkongsi kerisauan hatinya dan isteri akan kebarangkalian anak ketiganya yang dikhuatiri turut mempunyai masalah yang sama.
Melalui Instagramnya, Dr Say tampil berkongsi ilmu mengenai anak autisme yang cenderung berlaku kepada anak lelaki sekaligus berkongsi kisah anak ketiganya yang turut dikhuatiri mempunyai masalah sama.
“Seperti dijanjikan ini kisah Zeq. Bulan ni dia 4 bulan. Saya sangat berharap Zeq is normal sebab terus terang cerita pernah ada anak autism.
Penat merisaukan what the future might hold for them. Tapi sekiranya memang itu ketentuan Ilahi, saya terima seadanya.
Masa saya tahu yang kandungan ketiga adalah boy terduduk kami dibuatnya. Bukan terduduk sebab tak dapat baby girl tapi tapi risau dengan kebarangkalian empat kali ganda dan 20 peratus lagi risiko jika anak ada yang turut mempunyai autism.
Lepas anak ketiga kami lahir kami pantau betul-betul setiap perkembangannya, dia tengok muka kami ke tak, senyum tak bila kami senyum dekat dia, ada bunyi lain tak selain menangis masa dia dua bulan and sadly dia tak buat semua itu.
Masa appoitment vaksin dua bulan dengan pakar neurologi kanak-kanak, Dr Sofia di SJMC, kami beritahu kerisauan kami dan Dr cakap “Zeq is not responding according to his development”.
Tapi perkembangan Zeq sebiji macam Ace masa dia dua bulan and family members kami pun ada yang perasan benda ni. Zeq melilau je bila pandang muka dia.
Ads
Bila diagah-agah pun tak senyum. Tapi Dr tenangkan kami dan minta kami lebihkan interact dengan dia sebab children’s brain is malleable pada usia ni. Jadi go and out,” kongsinya menerusi sebuah video di Instagram.
Tambah Dr Say lagi, dia dan isteri bagaimanapun mampu menarik nafas lega seketika bila mana doktor memberitahu perkembangan terkini mengenai anaknya. Malah usahanya dan isteri dilihat membuahkan hasil.
“Lepas seminggu appoitment tu kami ambil helper dari Indonesia khusus untuk interact dengan Zeq dan masak sahaja sebab masa kami busy, kami mahukan interaction berterusan buat Zeq.
Mujur helper Indonesia kami ni cukup sukakan budak-budak. 7 Mei baru-baru ini appoitment dengan Dr Sofia dan isteri beritahu “Dr Sofia cakap Zeq progress is up to date.
Ads
Dia dah ada social smile, ada good eye contact, senyum bila kena agah, banyak babble, development lain pun up to date. Alhamdulillah saya rasa lega sikit.
Tapi adakah ini bermaksud Zeq bebas dari autism? Tidak sama sekali sebab perkembangan kanak-kanak yang ada autism ni boleh regress, hari ini mungkin boleh senyum lebar, esok lusa atau minggu seterusnya senyuman itu mungkin hilang.
Selalunya dignosis dibuat pada umur bayi setahun enam bulan jadi kami ada masa yang lama lagi untuk kami tarik nafas lega. Kami masih berjaga-jaga bukan kerana kami paranoid tapi supaya kami lebih bersedia mentally, physcially and financially. Apa-apa pun minta jasa baik korang doakan baby Zeq ye peeps?,” katanya panjang lebar.
Semoga Zeq menunjukkan perkembangan yang lebih baik dari hari ke hari.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Kami ingin bertanya kepada anda, adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak-anak anda sahaja? Berapakah jumlah ‘pemain’ yang ingin anda hasilkan? Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kelihatan mudah, tetapi anda belum tentu bersedia dengan sebarang kemungkinan sehinggalah anda memiliki anak yang kedua dalam keluaraga. Apakah cabaran yang sering dialami oleh ibu bapa apabila anak kedua telah dilahirkan?
Reaksi anak pertama anda
Anak pertama anda mungkin akan menunjukkan beberapa perubahan kelakuan disebabkan oleh kelahiran adiknya yang baharu. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memberikan terlalu banyak perhatian terhadap kelakuannya, tetapi ambil sedikit masa untuk bercakap dengannya. Anak pertama anda mungkin akan memberikan reaksi dengan cara memicit-micit lengan anak kedua atau mungkin juga mencucuk matanya. Katakan kepada anak pertama anda secara lembut bahawa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan. Galakkan anak pertama anda berinteraksi dengan anak kedua dengan cara yang lebih baik yang ditunjukkan oleh anda.
Masa bersama dengan anak
Jika dahulu, anda hanya menghabiskan masa melayan kehendak anak pertama anda, tetapi kini tidak lagi. Anda mempunyai tanggungjawab untuk membahagikan masa dengan baik untuk kedua-dua anak anda. Ketika mana anda sedang menyuapkan makanan kepada anak pertama anda, anak kedua anda pula merengek meminta untuk disusukan. Anda perlu bijak untuk menangani situasi yang berlaku. Mungkin anda boleh meminta saudara terekat untuk menjaga anak pertama anda sementara anda menyusukan anak kedua.
Waktu napping
Kedua-dua anak anda pasti akan mempunyai waktu nap mereka pada waktu tengah hari. Pada ketika ini, anda boleh menenangkan diri anda sebentar ketika mereka sedang tidur. Walau bagaimanapun, waktu nap juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Anda akan mempunyai kesukaran untuk merancang sebarang aktiviti dan keluar dari rumah.
Begitu juga sekiranya salah seorang daripada mereka terjaga daripada tidur dan merengek. Rengekan yang kuat pasti akan mengejutkan anak anda yang lain daripada tidurnya.
Keluar dari rumah
Sekiranya anda rasa bahawa keluar dengan seorang bayi sudah cukup sukar, anda belum tentu dapat membayangkan bagaimana untuk keluar dari rumah bersama dua orang anak. Anda memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap dan mempersiapkan kedua-dua anak anda. Selain itu, trip yang jauh amatlah tidak sesuai sekiranya kedua-dua anak anda masih kecil. Apatah lagi sekiranya anda perlu bersedia untuk menukar lampin dan memberi makan keduanya semasa anda dalam perjalanan.
Waktu tidur anda
Anda menidurkan kedua-dua anak anda pada waktu malam, tetapi belum pasti anda akan turut tidur dengan nyenyak pada malam tersebut. Bayi kedua anda mungkin akan mudah terjaga pada waktu tengah malam disebabkan oleh kelaparan atau ketidakselesaan yang berpunca daripada lampin. Anda tidak mempunyai sebarang pilihan selain daripada bangun tidur dan menyusukan bayi anda.
Jangan pernah menganggap setiap kelahiran baharu itu sebagai beban kepada anda. Sekiranya tidak diuji dengan kelahiran baharu, bagaimana anda boleh mengetahui tahap kemahiran anda dalam pengurusan anak dan rumah tangga? Oleh itu, anggaplah kelahiran baharu ini sebagai satu landasan untuk anda mengasah kemahiran anda untuk menjadi lebih cekap, fokus dan efektif dalam melakukan sesuatu perkara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada antara korang yang plan nak travel bawa baby? atau pun nak travel dengan orang yang tengah mengandung? Ada sedikit tips berdasarkan pengalaman dikongsi oleh En.Mohd Amir Izzat.
Tips travel ke Seoul,Korea bersama Bayi dan Preggy Lady 32 week ( 7 bulan ) secara backpackers.
Alhamdulillah, kami baru sahaja pulang dari Bumi Korea tempoh hari, kami disana selama 5 hari 4 malam. Saya bersama isteri dan anak yang masih berusia 5 bulan manakala member saya, Nurhasbullah membawa isterinya yang sarat mengandung usia kandungan 32 week yakni 7 bulan serta anak mereka yang masih berusia 1 tahun 3 bulan.
Pada mulanya kami book tiket flight ke korea ni tahun lepas lagi, ketika itu isteri member aku ni belum pregnant lagi, tup tap awai tahun ni aku dapat tahu isteri dia pregnant, aku pun mula rasa cuak sebab boleh ke bini dia survive kat korea nanti, kang tak pasal-pasal terberanak kat situ naya ja, hahhha.. tambahan pula, depa ada anak sorang yang masih berusia 1 tahun lebih, macamna depa nak handle nanti. Macam – macam hal aku berpikir ketika itu.
Tapi Alhamdulillah la, sepanjang di korea bini dia memang cukup kuat even banyak berjalan ke sana ke mari naik turun tangga dan sebagainya. Berbakul bakul aku puji bini member aku ni. Memang tabik spring.
Oleh itu, aku tertarik untuk bertanya apa persediaan dia dan petua dia, maka inilah hasilnya yang aku dapat kongsikan.
Ini hanyalah Tips, bukan bermakna aku sarankan perempuan mengandung untuk travel, kalau boleh kita elakkan sebab kalau jadi apa-apa kat luar negara, insurance tak cover tau untuk kos bersalin. ingat tu !!
Jadi andaikata ampa nak pergi travel tapi bini ampa tengah pregnant dan dia nak ikut juga, haa inilah tips-tips yang ampa perlu ambil tahu okeh.. dan juga aku sertakan tips-tips travel bersama baby.
Pregnant from 1 week – 27 week tak perlu surat dari doktor, just perlu inform kepada staff airlines sahaja, nanti staff akan minta isi R&I Form.
Pregnant 28 week – 35 week wajib ada surat dari doktor dan R&I Form.
**kalau anak kembar just dibenarkan up to 32 week sahaja.
Mintak surat daripada doktor sebulan sebelum travel, TAK boleh mintak awal sangat sebab doktor nak memastikan kesihatan ibu dan kandungan itu sama ada benar benar sihat atau tidak.
Surat doktor ni hanya valid untuk travel selama 1 week sahaja kalau travel melebihi 1 week sila mintak another letter dari doktor.
Jika pregnant melebihi 35 week anda tidak dibenarkan untuk fly.
2-Bawa minyak urut dan ubat secukupnya
Biasalah perempuan mengandung jika ada merasa tak sedap badan, kaki lenguh, sakit belakang, pening kepala dan sebagainya. Oleh itu, bawalah minyak urut, minyak cap kapak, koyok, bag plastik jika terasa nak termuntah.
3- Bawa instant food dan bekalan air minuman secukupnya
Apabila travel memang ibu preggy ni akan cepat berasa lapar dan dahaga. jangan biarkan perut mereka kosong. kesian anak dalam kandungan tu .
4-Insurance Travel
Even insurance tak cover kos pregnant , sekurang2 ia boleh cover perkara lain.
5-Angkat punggung ketika flight nak landed
Ini petua dari doktor juga sebenarnya, time kapal nak landed mesti akan ada sedikit gegaran kann.. sebab itulah ibu preggy kena angkat sedikit punggung tu supaya kandungan tu tidak terjejas dek gegaran tu ye, suami kena ambil peranan saat ini untuk backup isteri.
6-Berjalan mundar mandir dalam flight
Jika penerbangan melebih 4 jam ke atas, jangan la duduk jer sampai landed, kena la bangun dan jalan-jalan makan angin dalam kapal tu, sebab duduk lama2 pun tak elok sebenarnya bagi kandungan tu.
7- Niat kita bermusafir untuk menikmati ciptaanNya dan baca Al-Quran
Hanya Allah yang menentukan segala hal, kita sebagai hambaNya kena sentiasa memohon dan memberikan kita kesihatan yang baik, mintaklah kita dijauhkan dari perkara yang tak diinggini , hanya padaNya kita berserah.. masa terluang bukalah apps Al-Quran dalam phone kita tu.. tak susah kan 😊
🔵Bayi berusia 2 tahun ke bawah
✅Perkara wajib yang hangpa perlu prepare ?
1-Pampers dan Baby Wipes ( wet tissue )
Ini saya akui pakaian baby adalah paling banyak yang kita perlu bawa dari pakaian kita, jadi pandai-pandailah hangpa bajet untuk pakaian hangpa kalau tak nak bawak bag banyak-banyak.
Perjalanan harian ketika travel bawalah satu bag kecik khas untuk kelengkapan bayi, dalam bag tu letak la pampers bajet la dalam 3-5 keping, tak perlu pun letak banyak-banyak sebab kita travel sehari pun paling lama 12 jam. satu pampers boleh tahan 4-6 jam, takkan la baby kerap berak kan , paling kerap pun 3-4 kali jer dalam sehari tu..
2- Minyak telon , pelembap bibir vaseline dan ubat secukupnya
Minyak telon juga sangat penting untuk keselasaan bayi, sebelum keluar dari hotel tu sapulah minyak telon tu di kaki, perut, belakang badan baby.. setiap kali nak tukar pampers letaklah minyak telon tu ye.. supaya bayi selesa dan tak meragam kesejukan tambah2 di korea waktu musim sejuk macam saya pergi ni.. cuaca hampir 16-10 degree celcius pada waktu siang manakala malam pula bawah 10 degree.
Sediakan payung sebelum hujan, ubat seperti ubat batuk, selsema, cool fever dan sebagainya perlulah ada takut kemungkinan anak kita dijangkiti demam ke batuk ke selsema ke so x perlu la risau. Lagipun nak beli ubat kat sana memang mahal.
Pelembap bibir wajib bawa ye, suhu kat korea tyme ni memang sejuk , kalau tak pakai boleh jadi pecah atau kering bibir tu.. mak ayah pun kena pakai juga okehh.
3- Baju dan seluar dan bag plastik
Sebab itu saya katakan tadi baju seluar baby memang perlu bawak lebih, dengan cuaca sejuk di korea kita kenalah pakaikan baby kita baju dua hingga tiga lapis, kesianlah anak kita nanti kalau mengigil kesejukan.. dan nak keluar hotel pergi jalan2 seharian tu jangan lupa bawa baju dan seluar bayi lebih 3 helai ye letak dalam bag khas, manalah tahu bayi kita berak tebus habis terkena seluar dan baju baby.. so kita boleh la tukar baju yang baru, baju yang terkena najis tu kita cuci kasi hilang bau dan letak dalam bag plastik dan ikat. balik rumah nanti cucilah.
4-Jaket dan snow cap
Haaa ini pun wajib pakai utk baby, ingat pakai 3 lapis baju baby dah ckup selesa panas? still sejuk tauu tambah2 kalau angin menyapa kuat perghh mengigil wehh, ibu abah dia pun terketaq ketaq apatah lagi baby sekecil nih.. so pakai je jaket untuk baby untuk menambah kehangatannya.. manakala snow cap plak pilihlah yang jenis boleh tutup sampai ke telinga tu, dengan cuaca sejuk macam tu kalau telinga baby x tutup memang boleh jadi pedih tau, kesian baby. telinga depa nipis lagi bukan telinga tebal macam kita ni.
5- Botol susu dan pek susu
Bagi baby yang bukan full breastfeeding pastikan bawa kelengkapan susu ni ye, air panas hangpa bleh dapatkan di Nursery room, restaurant, dan lain2.
6-Cover kain breastfeeding
Bagi baby yang full breastfeeding macam anak aku ni yang masih berusia 5 bulan, kain cover ni memang wajib bawak, sebab tiap 2 jam memang dia akan merengek nak menenen, dah kalau hangpa tyme tu dalam subway train xkan nak selak depan orang ramai, mau terbeliak mata orang korea even x nampak sangat terbeliak tu hahha.. jadi kain cover tu la penyelamat maruah bini angpa.
sebenarnya di dalam subway station ni memang disediakan nursery room, so jangan risaulah.
7- Baby stroller
Kat korea ni kalau ampa jenis travel berjimat sememangnya Subway Train pilihan paling tepat sebab ianya sangat murah. Tapi yang lecehnya ianya sedikit jauh la untuk transfer line train tu.. tambah2 kena hadap tangga huhuu.. dah la bawak stroller lagilah leceh nak angkat bagai..
Jangan risau jangan gusar, setiap subway station ada lift khas untuk warga emas, oku, ibu mengandung, baby stroller. So, hangpa naik turun je lift yang disediakan tu, kalau rasa lambat atau terlalu ramai orang beratur dalam lift tu bleh la gunakan esculator, tapi yang ni saya x galakkan la sebab ikutkan rule memang x boleh dan boleh jadi risiko lain. So terpulang pada hangpa la, saya sarankan guna je lift tu.. biar lambat asal selamat.
Setiap tempat menarik ke tempat menarik yang lain memang ada yang jauh jaraknya, baby stroller ni la yang sangat membantu ketika ini, xkan hangpa nk dukung baby tu sepanjang masa? tangan pun lenguh, belakang badan pun boleh sakit nanti, jadi letak ja baby tu kat stroller dan tolak. senang kan.
Baby stroller ini juga saya sarankan untuk mewajibkan, bukannya apa, ianya memang sangat2 membantu dan meringankan beban hangpa.. percayalah cakap aku. baby kita bileh tidur dengan selesa, maksudnya dia boleh tidur secara baring, bukannya tidur dalam dakapan hangpa ataupun dalam baby carrier.. kalau sekejap ja x pa, kalau dia duduk dalam baby carrier tu lama2 boleh menjadi masalah lain pula, bayangkan la kalau kita tidur tergantung macam tu dengan waktu yang lama apa perasaan hangpa? selesa ke? pikir2kan laa
Setiap tempat menarik di korea ni memang friendly baby stroller, maksudnya memang banyak kemudahan lane untuk baby stroller ni.. nak masuk dalam subway station pun ada pirority lane untuk baby stoller so x perlu beratur panjang2 atau berdiri lama2 dalam subway sebab ada tempat duduk khas untuk warga oku, warga emas, baby stoller dan ibu mengandung.
Percaya atau tidak, kalau warga emas korea ni melihat hangpa berdiri dalam train bawa baby stroller ni depa bangun dan memperlawakan hangpa untuk duduk okehh.. fuhh memang respect habis.. kita pula yang naik segan ye dak huhuu..
8- Bawa mainan atau patung teddy bear
Yang ni memang kena ada, sebab kalau dia duduk dalam stroller x dk mainan dia memang dia cepat bosan, so bagi ja toy untuk dia melepaskan geram dan bermain dengan toy tu.. kalau baby bosan konpem akan merengek, bila merengek paham2 lahh, kita yang susah..
9-Baby Carrier
Jujur saya cakap aku x pakai pun baby carrier tu sepanjang perjalanan kat korea ni, kalau dia merengek x nak duduk dalam stroller, dukung la dia jap, bukan berat sangat pun, lagipun agak leceh nak pakai dan nak buang baby carrier tu.. tapi kalau ampa nk pakai juga okay jaa, terpulang pada keselesaan ampa la. hehhe..
10-Pilih Flight waktu malam
Mostly aku bawak anak aku ni naik flight waktu malam, sebab masuk ja dalam kapal dia terus tidoq.. memang senang nak handle la, kita pun boleh tidur dengan aman. tapi kalau pilih flight petang atau pagi, haa hadaplah sendiri memang waktu dia berjaga dan aktif, kenalah melayan dia kang x layan dia merengek pula, kesian pesengger yang lain.
11-Tekanan Udara dalam flight
Semasa kapal nak terbang tu pasti akan terasa sedikit dengung kat telinga kan, anak kita pun tak terkecuali tau, saat itu sila bagi anak kita minum susu atau tutup telinganya.
12-Sabar dan berdoa
Karenah baby ni kadang2 boleh kita jadi bebal, jadi kalau kita tak sabar, jenis cepat serabut, harap sangat2 supaya mengawal emosi ampa tu, bersabarlah melayani karenah anak kita ye, sabar itu indah dan Allah bersama dengan orang yang bersabar.
Setakat ini sahaja tips yang aku dapat kongsikan semoga ianya bermanfaat dan menjadi rujukan pada travaller di luar sana.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan telah bermula sejak 18 Mac lalu dan kini memasuki fasa ketiga bermula 15 April sehingga 28 April ini ternyata memberi kesan kepada sesetengah masyarakat terutamanya pada yang bergaji hari.
Seorang suri rumah memanfaatkan tempoh PKP dengan menjual jeruk mangga bagi menampung perbelanjaan anak tunggalnya yang terlantar akibat menderita penyakit paru-paru kronik.
Norhayati Abdullah, 26, berkata dia terdetik untuk menjalankan perniagaan makanan ringan berkenaan untuk membantu suaminya Mohd Saiful Azrin Hazmi, 28, yang hanya bekerja sebagai buruh, mencari pendapatan tambahan.
“Sebelum tempoh pelaksanaan PKP, kami tiga beranak bergantung harap dengan pendapatan suami sebanyak RM350 seminggu, namun sejak perintah ini dilaksanakan kami kesempitan hidup disebabkan suami tidak dapat keluar bekerja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Sembilan di sini.
Anak Hidap Penyakit Paru-paru Kronik
Norhayati berkata anak tunggalnya Nur Amni Fatini Mohd Saiful Azrin, 4, disahkan menghidap penyakit paru-paru ketika berusia dua tahun selepas sering kali mengalami demam yang berpanjangan.
“Anak saya mengalami komplikasi kekurangan oksigen ke otaknya sejak lahir dan disebabkan itu hampir tiga bulan dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Nor Hayati berkata, Nur Amni Fatini terlantar sepanjang hari itu tidak boleh berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak lain seusianya dan hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas yang diberikan melalui tiub yang dipasang pada bahagian perutnya.
Diberi susu 6 kali sehari, setin hanya mampu bertahan selama seminggu
Beliau berkata Nur Amni Fatini diberikan susu enam kali sehari dan susu berkenaan yang berharga RM150 setin hanya mampu bertahan bagi tempoh seminggu.
“Walaupun saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, ia masih tidak mencukupi kerana untuk menyiapkan keperluan Nur Amni Fatini sahaja peruntukan sebanyak RM1,000 sebulan diperlukan untuk membeli susu khas sebanyak RM600 (empat tin) dan lampin pakai buang,” katanya.
Nor Hayati berkata beliau menjual jeruk dengan harga RM10 sebekas dan hasilnya mampu menampung kekurangan perbelanjaan mereka sekeluarga sekali gus membeli keperluan Nur Amni Fatini.
Jual Jeruk Mangga di Facebook
Ditanya bekalan mangga untuk dibuat jeruk, Nor Hayati berkata ia dibeli daripada penduduk di sekitar kawasan Bachok dengan harga RM2 sekilogram.
“Saya mempromosikan jeruk mangga ini di laman Facebook serta aplikasi WhatsApp saya dan pelanggan akan membuat tempahan sehari sebelum. Kebiasaannya, purata pendapatan harian yang diperoleh adalah sekitar RM70 bergantung kepada tempahan.
“Bagi pelanggan yang memesan untuk dihantar secara terus ke rumah, kos penghantaran akan dikenakan antara RM3 ke RM4 bergantung jarak perjalanan. Biasanya pelanggan saya terdiri daripada penduduk di sekitar Kota Bharu dan juga Bachok,” katanya.
Beliau yang juga penerima manfaat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan sebanyak RM1,600 yang diberikan kepada golongan isi rumah B40.
“Saya akan menggunakan bantuan ini sebaiknya bagi kegunaan keperluan harian selain untuk membeli susu dan lampin anak saya,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini boleh meyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Nor Hayati Abdullah bernombor 0300941000019491 atau menghubunginya di talian 011-25560464.
Semoga semua ini akan berakhir tidak lama lagi. Bantulah apa yang mampu untuk ringankan beban keluarga ini. Semoga urusan Norhayati dan keluarga dipermudahkan. Yang lain kekal berada di rumah dan putuskan penularan wabak ini untuk kesejahteraan kita bersama. Stay Safe, Stay At Home!
Di saat majoriti kanak-kanak zaman kini lebih terpesona dengan dunia digital dan gajet di tangan, muncul satu figura kecil yang mematahkan stereotaip itu dengan...