Baru-baru ini tular video yang dimuat naik di TikTok Takara mengenai pakaian yang bertemakan Busana Pahlawan dikenakan pada seorang bayi.
Video yang meraih hampir 1 juta jumlah tontonan ini telah mendapat pujian netizen yang teruja melihat seorang bayi dipakaikan keris dan tengkolok mini mengikut tema Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, sebuah filem baharu arahan Syamsul Yusof.
Menurut Mohammad Zainin Zamanhuri, 35, atau lebih dikenali sebagai Takara Sakana, photoshoot sudah dilakukan pada bulan Mac yang lalu. Dia yang bertugas sebagai jurufoto bayi atau newborn photoshoot menjelaskan bahawa client memang mengimpikan konsep pahlawan melayu untuk photoshoot bayinya.
“Mengenai busana pahlawan itu, ia sudah digunakan pada Mac lalu semasa photoshoot di Kedah. Sekarang trending cerita Mat Kilau, kebetulan ada client saya yang berkenan prop tersebut. Lagu saya cari muzik awal serunai silat dan saya cantumkan dengan lagu Datuk M. Nasir dengan lagu Mentera Semerah Padi. Tak sangka boleh viral,”
Ads
“Pakaian bayi ini istimewa sikit sebab saiz kecil. Jadi saya terpaksa buat tempahan khas. Begitu juga dengan props. Kebanyakannya saya akan tempah dari luar seperti set baju dan prop-prop kecil, ada juga dari Malaysia seperti busana pahlawan yang direka khas.
Menjadikan aktiviti mengambil gambar sebagai kerjaya, Takara Sakana berkongsi mengenai tugasnya sebagai seorang jurufoto bayi.
Ads
Takara mengambil beberapa langkah bagi memastikan kerjanya menjadi mudah dan proses mengambil gambar bayi berjalan lancar. Apatah lagi bapa kepada tiga cahaya mata ini melakukannya secara bersendirian tanpa bantuan orang lain dalam menjayakan penghasilan gambar.
“Baby menangis itu biasa dalam erti kata lain kena sidai. Jadi saya akan pastikan sebelum photoshoot baby sihat dan tak meragam. Kalau semasa photoshoot baby menangis saya akan cuba pujuk sendiri dahulu, jika tidak boleh baru minta tolong ibu bayi.
“Lagipun hanya saya seorang sahaja yang pergi ke rumah client. Saya yang handle bayi dan saya jugalah photographer. Di negara kita pun jarang jumpa photographer lelaki ambil gambar bayi,” katanya.
Perkongsian daripada lelaki ini tentang pengalamannya menjaga anak selama 12 jam semasa isterinya tiada kerana bekerja. Baru tahu susahnya tu macam mana….
Firdaus Shakirin berkongsi mengenai pemgalamannya sendiri menjaga anak semasa isteri bekerja.
Bukan senang, tak mudah, serius stres. Masa tak ada anak masih boleh lagi. Tapi bila ada anak hidup tanpa pasangan sangat menguji & teruji.
Jaga anak time weekend. 12 jam sahaja. Kalau lelaki letih, orang perempuan?
Anak bangun dengan lampin penuh & lapar susu. Nak mandi letak anak depan bilik air, bimbang anak jatuh katil & pergi ke dapur.
Masa solat berapa kali berhenti, anak masuk dalam kain & letak mainan tempat sujud dan sebagainya.
Mandi, anak main air. Buai dalam buaian sejam baru tertidur.
Anak detect ayahnya bangun, kena hayun buaian lagi. Anak tidur baru boleh sarapan. Nak membuang air besar pun kena buang cepat-cepat sebelum anak bangun.
Anak sepahkan bilik masa ayahnya tertidur. Perkara ini diteruskan selama dua tiga tahun sebelum isteri berhenti kerja.
Kepada para suami, the struggle is real beb! Bagaimana isteri hadap semua seorang diri masa anda tiada? Dengan penat kerja, kerja rumah, masalah office dan sebagainya
Para suami kerapkanlah telefon isteri, bagi semangat. Bila balik rumah take over kerja dia. Bagi dia rehat. Jangan sampai isteri fikir ada suami dengan tak ada suami sama je…
“Sudah hujung-hujung.” Demikian perkongsian selebriti popular, Neelofa, 32, mengenai usia kandungannya, sekali gus memberi bayangan tarikh kelahiran zuriat sulungnya bakal tiba tidak lama lagi.
Menurut pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu, dia juga kini sedang menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan kelahiran bayi sulungnya.
“Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisioterapi yang dilakukan dua kali seminggu.
“Sudah hujung-hujung kan (bakal melahirkan). Semoga dapat membantu,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory baru-baru ini.
Difahamkan, senaman fisioterapi sangat berguna bagi setiap wanita hamil dan membantu mengurangkan serta memperbaiki posisi badan selain mengurangkan sakit belakang serta keletihan sepanjang tempoh kehamilan.
Terdahulu, sejak Julai lalu khabar angin mengenai bekas pengacara MeleTOP sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail hangat diperkatakan dalam media sosial.
Khabar angin tersebut semakin bertiup kencang selepas tersebar beberapa keping foto dia kerap memegang bahagian perut yang semakin membesar.
Namun, sehingga kini pasangan tersebut mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut dan tidak berkongsi lanjut mengenai berita kehamilan tersebut.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang wanita di Bogor, Indonesia mendakwa bayi yang ditatang bagai minyak yang penuh selama setahun bukan anak kandungnya.
Siti Mauliah mengesyaki bayinya tertukar akibat kecuaian petugas kesihatan selepas bersalin di Hospital Sentosa di Kecamatan Kemang.
Menurut wanita berusia 37 tahun itu, selepas bersalin dia sempat menyusukan bayinya dan menyedari bayi tersebut tidak mempunyai sebarang tanda lahir di badan.
Tambah Siti Mauliah, dia percaya bayi tertukar dengan bayi wanita yang beralamat di Tajur Halang.
“Saya sudah menemui keluarga wanita itu tetapi pihak mereka enggan melakukan ujian DNA.
“Saya tidak meminta apa-apa, cuma mahukan kepastian,” katanya yang terpaksa melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Siti Mauliah berkata, keadaan fizikal bayi tersebut menguatkan lagi firasatnya bahawa bayi tersebut bukan anak kandungnya.
“Warna kulit dan fizikalnya jauh berbeza dengan anak-anak saya yang lain,” katanya.
Sementara itu, pihak hospital berkata, keluarga wanita yang didakwa menjaga bayi Siti Mauliah enggan melakukan ujian DNA kerana masih belum bersedia daripada segi mental.
“Belum bersedia, itulah alasan diberikan pihak sebelah sana,” kata jurucakap Hospital Sentosa, Gregg Djako.
Difahamkan, kes tersebut disiasat sehingga ke akar umbi dan tindakan keras akan dikenakan kepada pihak yang cuai jika dakwaan Siti Mauliah ternyata benar. – Agensi
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.