Anak pertama pelakon, Emma Maembong, Shariq Gabriel cukup menarik perhatian ramai dengan wajah cukup segak dan ‘handsome’. Tambah comel bila mana Shariq memiliki mata berona kelabu kebiruaan yang lain dari yang lain.
Pun begitu, kehadiran anak kedua Emma, Shakil Aryan Shah juga tidak kurang segaknya malah menarik perhatian wargamaya.
Jika Shariq berwajah campuran Inggeris, lain pula dengan wajah Shakil yang berwajah seperti anak orang Korea dan Cina. Berkulit putih melepak dan gebu, namun memiliki mata yang sepet. Memang comel.
Menerusi Instagram anak kecil itu, Emma memuat naik gambar terbarunya bersama Shakil yang kini berusia dua bulan.
Rupanya Shakil banyak mewarisi wajah di sebelah neneknya yang merupakan seorang berbangsa Cina. Jadi tidak hairanlah apabila melihat wajah Shakil seperti anak Cina.
Ads
Meninjau diruangan komen rata-rata memuji wajah comel Shakil yang cukup comel seganding abangnya Shariq Gabriel.
Ada pula wargamaya yang bertanyakan jika Emma terkenan kerana menonton drama Korea.
“Kak emma selalu tengok drama Korea ke time pregnant 2nd baby.”
Ads
“Alhamdulilah comelnya hensem boy ni.”
“Gabriel macam mat saleh, adik macam Korea.”
Semoga Shakil Aryan Shah terus membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.
Terdahulu, Emma Maembong mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata, Shariq Arshan Gabriel dan Shakil Aryan Shah.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Dalam keadaan hari ini, gajet antara teknologi utama yang diperlukan. Bagaimanapun, jika di awal usia anak-anak, mereka didedahkan terlalu lama dengan gajet pakar berpendapat ada kesan sampingannya pada masa akan datang.
Lagipun dengan kaedah pembelajaran secara online untuk anak bersekolah, nak tak nak ibu bapa terpaksa terima hakikat anak perlu juga berdamping dengan gajet. Cumanya ada satu alternatif untuk kita cuba bantu anak hadkan penggunaannya.
Salah satunya adalah dengan cara ‘screen mirroring’. Anda boleh menggunakan telefon pintar dan disambung ke televisyen. Maksudnya, apa sahaja yang anda paparkan akan dapat dilihat secara terus di televisyen dalam resolusi yang lebih tinggi.
Bukan itu saja, bagi anak-anak yang belajar secara online dan guru berkongsi video, anak-anak boleh melihatnya di televisyen dengan paparan lebih jelas. Tiada lagi masalah skrin handphone kecil, tak nampak apa cikgu tunjuk.
Aku jakun sekejap sebab baru tahu wujub benda ni, kalau mu tahu doh diam la op, sebab yang aku kata ni “aku ni yang baru tahu bukan mu” jadi aku share laa yang mana sama macam aku yang baru tahu.
Duk pikir laa apa screen mirroring ni .. bila tekan terus naik nama tv aku …lepas tekan model tv dekat phone tu terus keluar passcode kat screen tv. Lepas keluar passcode dekat tv tu uols letak je dekat phone no passcode tu..(setiap kali masuk, no passcode beza-beza kaluar). Nanti lepas letak no passcode dekat phone,dia auto je jadi . Semua step & caption ni ada dekat bahagian gambar.
Bagi aku elok laa time macam ni anak nak belajar on9, duk google meet masuk kelas tak payah nak tengok screen phone yang kecik bagi yang takde laptop, so boleh laa tengok dekat screen tv je terus. Sekarang ni anak aku sibuk main game phone dekat tv.
Lepas ni ade homework cikgu bagi, nanti ibu pasang dekat tv je ,tak payah nak tengok phone sampai kecik mata-mata tengok screen kecik. Ni model smart tv, tv model lain aku tak tahu, maybe boleh try kot semua tv boleh and satu lagi selain iphone aku tak tahu nak cari screen mirroring tu dekat mana maybe uols boleh Google mcm mana cara. Mu semua taip je dekat google “SCREEN MIRRORING” nanti keluar semua.
Better p tengok Google la kot tak pun youtube cara-cara untuk model tv lain or sebagainya lagi jelas sikit banyak sis kongsi sikit-sikit bab ni. Janji ada kemudahan untuk cara lain anak nak belajar dekat rumah.
UPDATE! Kalau tv model biasa kena beli ada alat dia weh hapo eh namo “miraScreen” bukak dekat shopee atau baca komen-komen dekat dalam ni ade yang komen. Dan untuk bukan Iphone user pon dah ada yang komen..Hang jangan laa duk 24jam buat cara camni kang rosak bateri fon jangan nak salahkan sis. Sis hanya tumpukan kepada anak-anak nak belajar dekat rumah elok guna cara macam ni.
Ikut hampa laaa nak buat apa. Control dekat phone, mata tengok screen tv kalau nak jadi full screen dekat tv, tekan full screen dekat phone tu atau pusing body phone. Atas phone masing-masing la camne setting..nak slow kuat pun control dekat phone bukan dekat remote tv ok.
**Nak dapatkan barangan permainan anak pada harga yang cukup murah klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selamat menyambut kelahiran anak perempuan keduanya pada 25 Jun lalu, pelakon Fizo Omar tampil berkongsi nama cinta hati terbarunya itu kepada umum.
Memilih nama yang ringkas dan indah, Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai sepakat memilih nama Wan Khaleeda buat bayi sulung mereka.
Menerusi Instagramnya, Fizo turut memuat naik video ketika melakukan pendaftaran kelahiran bayinya itu. Tidak hanya menunjukkan sijil kelahiran dengan nama yang dipilih bahkan Fizo turut berkongsi senarai dan tip untuk proses mendaftarkan kelahiran anak.
“Wan Khaleeda binti Wan Hafizol ✅.
“Dah nak setahun dah kawen baru ambik sijil nikah. Ni pun sebab nak kena daftar kelahiran baby.
“Daddy baru nak up macam ni la. Daddy-daddy kat luar sana kena ingat pendaftaran kelahiran ni dalam tempoh 60 hari je. So bertindak cepat k,” kongsinya.
Bagi memudahkan ibu bapa baru lain untuk membuat pendaftaran, Fizo turut berkongsi dokumen yang perlu di bawa semasa mendaftar kelak.
“Abe Joe share pengalaman dan checklist apa yang daddy-daddy di luar sana perlu bawak untuk mendaftar kelahiran anak ni.
Ini check list yang disenaraikan Fizo untuk memudahkan semua.
* Ic bapa (original dan photostat) * Ic ibu (original dan photostat) * Sijil perkahwinan (original dan photostat) * Kad pranatel (check up baby sebelum bersalin)
Tempoh pendaftaran tak boleh melebihi 60 hari.
“Rasa-rasa macam tahun depan nak repeat datang JPN ni pulak la, boleh tak @ffezyranesry,” kongsi Fizo berseloroh.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Fizo di Instagram turut memuji nama ringkas tapi bermakna yang menjadi pilihan Fizo dan isteri. Ringkas tapi sedap kata wargamaya.
Terdahulu, Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai selamat menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada 25 Jun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri.
Kita bukan Superhero! Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Berdasarkan perkongsian dari Dr Rozanizam Zakaria, beliau ada memberikan tip yang boleh dilakukan dalam mengawal emosi bagi memastikan anda menjadi ibu bapa yang sentiasa tenang dan tak mudah rasa tertekan jika berdepan dengan sebarang masalah.
1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA – Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsive, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
2. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI – macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun profesional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
3. PERBETULKAN FOKUS ANDA – Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
4. FIKIR PANJANG – orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat lepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
5. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA – Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
6. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL – jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menjadi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
7. URUS MASA – bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempurna untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
8. CARI KAWAN – Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
9. BERKONGSI – setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
10. UBAH CARA FIKIR – cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
11. JANGAN TINGGAL RIADAH FIZIKAL – badan kita satu unit yang sama – emosi, fizikal, spiritual. Terabai satu bahagian, terabailah yang lainnya. Jangan pandang rendah impak bersenam pada emosi anda. Cubalah baru tahu.
12. JAUHI BAHAN TIDAK SIHAT – Pemakanan tidak sihat, kopi berlebihan, bahan terlarang semuanya ada kesan pada keseimbangan tubuh badan kita. Jangan ambil mudah.
13. DAPATKAN BANTUAN – Sekiranya tekanan anda berpanjangan, melarat dan beri kesan pada fungsi seharian. Jangan bertangguh dapatkan penilaian professional. Kemurungan, anxiety, psikosis, masalah ketagihan dan seangkatan dengannya semuanya bermula dari stres yang kecil.
14. TERIMA HAKIKAT – ANDA TIDAK AKAN JADI IBU BAPA YANG SEMPURNA – Jangan terlalu taksub untuk jadi sempurna dan takut untuk berbuat salah. Sedar kesilapan dan perbaiki keadaan adalah jalan terbaik menjadi ibu bapa yang ‘sempurna’ untuk anak-anak anda. Jangan bandingkan situasi anda dengan ilustrasi palsu drama bersiri dalam media.
15. JANGAN LUPA TUHAN – Anak adalah amanah Allah. Allah jualah sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.