Mateen Dah Jadi Abang. Tahniah Ameera Zaini! Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Jumaat Lalu

Share

Sekitar November tahun lalu personaliti televisyen Ameera Zaini mendedahkan bahawa dirinya sedang hamil anak kedua. Dalam perkongsian yang dibuat melalui akaun Instagram miliknya, ibu kepada Mateen ini mengakui terpaksa menghadapi fasa trimester pertama yang sangat mencabar untuk kehamilan kali ini.

Posting terbaru milik suri hati, Hasnor Rozaini ini menyatakan dirinya sudahpun selamat bersalin anak kedua mereka pada hari Jumaat yang lalu.

Artikel menarik: Terdetik Rasa Nak Marah Anak, Mak Ayah Amalkan 8 Tip Ini. Cepatlah Hati Tenang

Dalam hantaran tersebut juga, Ameera turut berkongsi gambar yang menampakkan sebahagian wajah bayi yang baru dilahirkan itu.

“Alhamdullilah, It’s a boy

“8th May 2020, 9.29pm,” tulisnya di Instagram.

Perkhabaran gembira tersebut mendapat respon daripada rakan selebriti dan peminat yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan Ameera serta bayi yang baru dilahirkan itu.

Ameera dan suami, Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mateen.

Sumber: Gempak

Artikel menarik: Nampak Anak Nak Bangun Tidur, Cepat-cepat Cium. Mesti Sepanjang Hari Moodnya Ok

IKLAN