Menjadi kebiasaan kita anak-anak akan membelikan barangan untuk kegunaan ibu bapa di kampung. Tak kiralah dari sekecil-kecil barang hinggalah sebesar-besar barang. Memang niat kita untuk memberi kesenangan pada kedua ibu bapa kita.
Namun apabila mereka telah meninggal dunia, pasti kita merasakan barangan yang pernah kita berikan itu adalah hak milik kita bukan? Maka ramailah yang akan ambil kembali barang tersebut. Namun menurut perkongsian Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, haram jika kita mengambil kembali barang yang pernah kita berikan pada mereka kerana barang tersebut termasuk dalam harta pusaka peninggalan arwah.
Ads
“Periuk eletrik, peti ais, dapur, almari dan lain-lain perabot kita beli dan bagi kepada orang tua (ibu bapa).”
“Bila mereka meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu.”
Ads
“HARAM tu tuan-tuan.”
“Barang-barang tu dah jadi pusaka. Tidak boleh ambil sebelum mendapat keizinan semua waris. Jangan suka-suka kita main ambil balik sebab ada hak waris lain dalam harta pusaka tu. Barang yang dah bagi dekat orang bukan milik kita lagi. Lain keadaannya kalu kita hanya bagi orang tua pinjam.”
Ads
“Jika was-was dan bimbang termakan harta batil dari harta pusaka, lebih baik kita rujuk kepada yang pakar. Kami adalah syarikat amanah wasiyyah shoppe berhad adalah pakar dalam pengurusan harta pusaka.”
Jika kita pernah mengambil kembali barangan tersebut, minta ahli keluarga untuk halalkan bahagian yang telah kita ambil. Semoga rezeki kita semua sentiasa diberkati oleh-Nya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak mencoretkan penghargaan kepada doktor bedah Malaysia yang bertugas di London, Dr. Amalina Bakri.
Bapa kepada bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ini berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.
Safiuddin merakamkan ucapan terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ahmadsafiudinn.
“Tak tahu dah nak kata apa dekat Dr. Amalina ni. Kerana dia lah orang yang paling bersungguh-sungguh nak Ainul ke sini.
“Bermacam ujian dan dugaan nak bawa Ainul ke sini. Tapi dia tak putus asa, sentiasa cari jalan untuk bawa Ainul ke sini dengan kadar segera.
“Sehingga semalam, dia yang menemani Ainul sepanjang prosedur dijalankan. Now, usaha Dr. Amalina telah pun berjaya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya,” tulis Safiuddin.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut sama mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina atas budi baiknya membantu Ainul sekeluarga.
Pada 24 Mei lalu, Ainul bersama ibu dan bapanya terbang ke sana bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London.
Selepas mendapat rawatan dan berjaya melalui fasa pembedahan berisiko, kini adik Ainul dah sedar dan direhatkan buat sementara waktu untuk pemantauan rapi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh ibu bapa Ainul, anak syurga ini seolah gembira dan jelas menampakkan kecomelannya selaps tumor seberat 200 gram berjaya dikeluarkan.
Sumber: Astro Gempak, Ig Ahmad Safiuddin & Dr Amalina
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Villa yang dinamakan Rindu D’Villa Langkawi itu mengambil masa kira-kira tiga bulan pembinaan, selepas tercetusnya idea sejak Oktober lalu, ketika negara sedang melalui fasa peralihan ke endemik.”
Penyanyi Black Hanifah mengakui, usaha dan penat lelah selama tiga bulan berbaloi apabila villa impiannya di Pulau Langkawi, Kedah berjaya disiapkan sepenuhnya dalam masa ditetapkan.
Katanya, dia terlebih dahulu mengumpul maklumat, membuat kajian dan meneroka harga pasaran sebagai persiapan rapi memulakan projek terbabit, termasuk pembaharuan ditampilkan.
Menariknya, villa yang terletak di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu dibinanya sendiri, dibantu empat tukang yang dibawanya dari Kuala Lumpur.
“Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya memang ada perniagaan rumah sewa di sini (Langkawi), jadi terfikir pula hendak menambah aset dan mengembangkan lagi pendapatan.
“Itu yang timbul idea untuk bina villa pula, tetapi boleh diinap oleh pelancong yang berkunjung ke sini.
“Tidak membuang masa, sekitar Oktober lalu, kerja pembinaan dimulakan dan saya bawa sendiri tukang rumah seramai empat orang ke Langkawi.
“Saya bina villa ini bersama mereka, berulang-alik dari Kuala Lumpur memandu sendiri kereta membawa barang binaan. Apa yang boleh dikatakan, saya puas dengan hasilnya hari ini,” kata Black yang kini berada di pulau peranginan tersebut bersama keluarganya.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, berkata, dia juga teruja kerana villa tersebut merupakan yang pertama di Asia berkonsepkan lantai ‘glow in the dark’.
“Konsep lantai ‘glow in the dark’ itu dicadangkan seorang rakan pembekal barangan. Dia boleh sahkan villa saya yang pertama menggunakan konsep itu di Asia kerana barangan berkenaan memang miliknya.
“Alhamdulillah, Rindu D’Villa sudah bersedia untuk menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka untuk bulan Mac ini,” katanya.
Mengulas mengenai harga yang dikenakan, Black memberi jaminan ia akan mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan tersebut.
“Insya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini (Langkawi). Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.
“Villa ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 tetamu,” katanya.
Menurut Black, dia juga terlintas untuk menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa hadapan.
“Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.
“Villa itu saya namakan sempena nama anak. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” katanya.
Dalam pada itu, Black berkata, projek yang dirancang juga sebagai jaminan masa panjang buat keluarganya.
“Saya sedang mengumpul aset untuk anak-anak dan isteri. Semuanya demi masa depan kami anak-beranak.
“Saya pilih Langkawi kerana lokasi ini memang akan sentiasa menjadi tarikan pelancong dan pilihan tepat untuk bercuti,” katanya.
Memang tak mudah untuk menelan kenyataan ini. Bukan setakat suami dan anak-anak, ahli keluarga juga pastinya pilu menghadapi ujian ini disaat kita sedang menyiapkan pelbagai persiapan untuk menyambut Aidil Fitri.
Allahyarhamah Norliyana Roslan, ibu kepada dua cahaya mata ini menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas bertarung nyawa melahirkan bayi ketiganya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Melalui beberapa perkongsian abangnya, Redzuan Roslan dan juga adik, Izzati Roslan juga rakan-rakan dan kenalan, allahyarhamah dikatakan berjuang di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dikatakan pengsan sewaktu hendak bersalin.
“Innalillahiwainnailaihirojiunn. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang mendoakan adik abam. Jenazah baru dikebumikan sebentar tadi.
Sehingga ke akhir hayatnya kami menunggu result scan otak dari Dr, moga-moga ada keajaiban, tetapi Allah lebih menyayangi dia.
Organ sudah banyak yang rosak akibat dari komplikasi ketika pengsan waktu nak bersalin. Jantung terhenti semasa dalam ambulans menyebabkan oksigen terhenti ke otak.
Sedih sebab masih terkejut dengan apa yang berlaku. Kalau ingat gambar di kenduri titi gantung, baru bulan lepas balik jumpa, baru minggu lepas ada wasup, hari ni melihat sekujur tubuh kaku di depan mata.
Tak boleh nak bayangkan dengan keadaan anak yang masih kecil, menangis rindu mama diorang.
Walaupun masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku, Abam redho pemergian dia di bulan ramadan yang mulia. Moga syurga buat mu adikku. Tenanglah disana bersama baby di syurga. Syahid seorang ibu,” tulisnya.
Malah menerusi perkongsian adiknya, Izzati Roslan, bayi syurga, anak ketiga allahyarhamah juga meninggal dunia sebelum pemergian ibunya.
“Bersalin di dunia, berpantang di syurga🥺♥️.
“Selamat beristirehat di syurga bersama baby,” tulisnya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Baby tak dapat diselamatkan. Anak Kak Ana dah menghembuskan nafas terakhir jam 11 lebih tadi, dibulan yang mulia penuh keberkatan.
10 malam terakhir di bulan ramadhan perginya seorang putra. Syurga buat mu sayang,
Muhammad Amirul Faiz (nama yang Kak Ana nak bagi pada dia) Lahir 8 bulan cukup sifat (czer) Seberat 3.2kg
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.