Bersalin secara normal tanpa penahan sakit bagi anak pertama, apa yang dilakuakn Mawar Rashid ini amat mengagumkan. Suaminya sebak mengenang kembali detik kelahiran kelahiran anak pertama mereka berdua.
Mawar melahirkan bayi pertama , Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. Suaminya, Raf Yaakob berkongsi momen bersalin Mawar. Dia yang sentiasa menemani Mawar sepanjang proses kelahiran mengakui Mawar tenang dan melalui kontraksi dengan zikir dan urutan.
Tak ambil epidural atau laughing gas. Sentiasa berada di samping Mawar sepanjang masa.
Lalui kontraksi dengan zikir, doa serta urutan pada kaki serta pinggang.
Setiap kali kontraksi sentiasa ingatkan yang kelahiran bayi semakin dekat.
Ads
Mawar isteri yang taat, ibu yang baik & anak yang patuh kepada ibu dan ibu mertua.
Mungkin sebab ini Allah permudahkan dia bersalin normal.
Salah satu sebab mengapa isteri amat perlukan me time dalam hidupnya kerana kurangnya masa rehat pada diri sendiri. Bebanan emosi juga antara penyebab isteri menjadi terlalu penat. Dalam hal ini suami kenalah fahami isteri, sekali-sekali bagi sokongan moral dan faham kepenatan yang dialami isteri.
Perkongsian Dr Taufiq Razif ini banyak benarnya. Suami kenalah kenal pasti bila isteri penat. Isteri selalunya tak pernah beritahu. Tapi kita kenalah ambil tahu, baru bahagia dunia akhirat.
Terkedu saya bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak.
Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.
Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.
Antaranya :
? Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa
? Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi
? Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab
? Mudah jatuh sakit
? Wajah jadi redup tak bermaya
? Jadi hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau
? Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak
? Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi
Cuba peluk si isteri tu sekali sekala dan mintak si isteri ceritakan masalah sebenar. Mintak si dia cerita daripada hati ke hati.
Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.
Percayalah, emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan fisiologi (physiological needs ) paling asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup tu kita tak pedulikan.
Kredit: Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah dengar mengenai bunga kembang semangkuk tak? Dengarnya khasiat kembang semangkuk ini dapat membantu mengatasi masalah anak batuk, betul ke?
Jom ketahui lebih lanjut mengenainya dalam perkongsian artikel ini. Moga bermanfaat!
Apa itu bunga kembang semangkuk?
Selain dikenali dengan nama saintifiknya Scaphium affine atau Sterculia lychnophora, kembang semangkuk turut dipanggil dengan nama Malva nut.
Ia merupakan spesies pokok malar hijau yang berasal dari Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo.
Dipercayai terdapat banyak khasiat kembang semangkuk terutamanya dalam bidang masakan dan perubatan tradisional.
Biji kembang semangkuk ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina sebagai penyejuk dan turut digunakan untuk merawat masalah berkaitan gastrousus serta memberi kelegaan kepada ketidakselesaan tekak.
Keajaiban tumbuhan ini adalah apabila direndamkan di dalam air, ia akan mengembang hingga 8x ganda dan membentuk jisim agar-agar berbentuk tidak sekata yang berwarna coklat kemerahan.
Khasiat kembang semangkuk untuk anak batuk dan sembelit
Bercakap mengenai ketidakselesaan tekak, jika anak mengalami batuk, sudah tentu sebagai ibu bapa, kita akan berasa susah hati. Biasanya jalan yang dipilih untuk merawat situasi tersebut adalah dengan memberikan ubat batuk.
Tetapi menerusi perkongsian hantaran di laman Facebook milik Dr Mazliana Mazlan, kembang semangkuk ini dikatakan cara yang dapat membantu menyembuhkan anak yang kerap batuk.
Menurutnya, kandungan bassorin dalam kembang semangkuk berperanan untuk membantu mengurangkan keradangan pada sel badan.
Pastinya anda akan tertanya, “Nak ke anak minum air rendaman kembang semangkuk ini?”. Jangan bimbang, kerana rasa air rendaman ini adalah sama seperti air kosong sahaja.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah merendamkan sebiji bunga kembang semangkuk ke dalam 1 jug air. Berikan anak minum air rendaman itu sedikit demi sedikit sehingga habis. Lakukannya setiap hari sehingga anak sembuh.
Air rendaman kembang semangkuk ini juga dipercayai boleh dijadikan air pelawas untuk anak yang kerap mengalami sembelit. Caranya sama seperti untuk merawat batuk tadi.
Tetapi adakah kegunaan kembang semangkuk hanya untuk batuk dan sembelit? Seperti yang dinyatakan sebelum ini, banyak khasiat kembang semangkuk, bukan hanya untuk mengubati batuk atau sembelit.
Jom ketahui lebih lanjut manfaat tumbuhan ini.
Bunga kembang semangkuk dalam perubatan
Perubatan tradisional Cina
Menurut perubatan tradisional Cina, penggunaan Malva nut adalah untuk:
Caranya dengan memasukkan 1 atau 2 biji kembang semangkuk ke dalam secawan besar air mendidih. Kemudian diminum airnya.
Juga, adalah menjadi kebiasaan dalam perubatan tradisional Cina untuk menggunakan kembang semangkuk sebagai sebahagian daripada formula herba untuk merawat individu.
Seperkara yang perlu anda ketahui, walaupun kembang semangkuk mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan, namun ia perlulah digunakan mengikut had yang ditetapkan.
Anda tidak boleh menggunakan lebih daripada 3 biji kembang semangkuk bagi setiap air minuman yang dididihkan. Jika berlebihan, boleh mengembangkan gejala seperti kahak berair putih, loya, batuk dan lidah bengkak.
Manakala bagi individu yang kerap mengalami masalah penghadaman, sakit perut atau cirit-birit harus mengelakkan pengambilan bunga kembang semangkuk sepenuhnya.
Biji bunga kembang semangkuk dalam Ayurveda
Dalam perubatan Ayurveda pula, kembang semangkuk dikenali sebagai Nirinjan Phal atau Umasmango.
Antara khasiat tumbuhan ini berkaitan Ayurveda adalah:
Memandangkan ia menyejukkan badan, kembang semangkuk disyorkan untuk:
Sebagai agen penyahtoksin, antiradang, dan antioksida:
Kegunaan lain bunga kembang semangkuk
Ingin cuba membuat teh kembang semangkuk? Pertama sekali anda perlu memprosesnya menjadi pulpa.
Rendamkan kembang semangkuk semalaman menggunakan air yang ditapis.
Ia akan mengembang 8x ganda daripada saiz asalnya. Anda boleh menambah air jika perlu bagi memastikan ia kembang sepenuhnya.
Saranan terbaik adalah untuk memasukkan bekas rendaman ini ke dalam peti ais.
Apabila sudah kembang, anda boleh mengeluarkan biji dan kulit keras yang terdapat pada ‘agar-agar’ kembang semangkuk.
Kemudian, masukkan ‘agar-agar’ tersebut dalam kain muslin dan picitkan.
Picitan tersebut akan menghasilkan pulpa halus yang boleh ditambah ke dalam minuman.
Resipi minuman kembang semangkuk
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang kesesuaian pengambilan bunga kembang semangkuk ini, terutamanya untuk mengubati batuk atau sebarang masalah kesihatan pada anak, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kisah ibu gigih yang berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak keduanya walaupun susu badannya tidak banyak. Tidak berputus asa, Asna Omar, berusaha tanpa henti untuk meneruskan misi menyusukan anaknya secara ekslusif. Kini anaknya itu sudah berusia 2 tahun 8 bulan dan sudah berjaya wean off sepenuhnya lima bulan lepas. Ketika ditanyakan tentang pengalamannya menyusukan Daiyan Hadif Mohd Razif, dia mengatakan ia tidak mudah.
Memulakan cerita, Asna memberitahu dia nekad untuk menyusukan anak keduanya secara ekslusif selepas terlepas peluang melakukannya untuk anak sulung. Ketika anak pertama, susu Asna sangat meriah. Bahkan ada masanya sehingga bajunya lencun dek susu. Memandangkan dia tiada ilmu tentang penyusuan ekslusif, dia sendiri telah berhenti menyusukan anak sulungnya pada usia anaknya lapan bulan.
“Ketika anak sulung, susu saya banyak. Sekali pam boleh dapat sehingga 10oz. Masa tu saya sibuk cara ilmu untuk penjagaan diri selepas bersalin. Ada juga mengikuti kelas, tetapi tak ada satu pun yang menceritakan tentang kepentingan menyusukan anak secara ekslusif,” kata Asna memulakan bicara. Ketika bersalinkan Daiyan, Asna sangat yakin yang susunya akan banyak seperti anak pertama. Rupanya dia tersilap. Kali ini, susunya sedikit. Sejurus selepas melahirkan, Asna terus memberi susu badan kepada Daiyan.
Anaknya itu nampak seperti pandai melekap tetapi semasa dalam tempoh berpantang, si kecil itu selalu nampak resah dan najisnya juga cair. Seminggu pertama, anaknya kerap menangis kelaparan dan memaksa suami Asna untuk memberi Daiyan minum susu formula.
“Waktu itu, saya fikirkan kerana pengambilan herba. Akhirya pada usianya tiga bulan, saya dah mula nak buat stok kerana anak akan dihantar ke nurseri bila saya mula bekerja semula. Bila lihat pada hasilnya memang stres, sebab hasilnya cuma 3oz untuk kedua-dua belah payudara,” tambah Asna.
Hasil perahan yang Asna perolehi ketika itu tidak cukup untuk satu kali sesi minum Daiyan. Ketika anaknya itu masuk usia empat bulan, Asna mula memperkenalkan teknik paced feeding kepada Daiyan. Untuk setiap sesi hanya 2oz susu akan diberikan tetapi Asna kerap menyusukan anaknya supaya Daiyan minum secukupnya.
Ketika Asna menghantar anaknya ke nurseri, mereka minta bekalan 15oz setiap hari. Pun begitu, Asna tidak mampu menyediakannya. Dalam sebulan, boleh dikatakan banyak kali pengasuh akan telefon dan beritahu susu tidak cukup. Disebabkan itu, Asna berulang kali terpaksa ke nurseri bagi menghantar stok susu. Semasa Daiyan berusia empat bulan, semua stok susu beku Asna yang disimpan juga habis.
Bagi mencari ilmu penyusuan, Asna menyertai sebuah grup ibu menyusu. Dalam grup inilah Asna belajar untuk mempraktikkan kaedah menyusukan sedikit tetapi kerap. “Pengasuh beri Daiyan minum 4oz setiap sesi. Memandangkan susu saya sedikit, saya minta jasa baiknya untuk kurangkan kuantiti susu tetapi kerap menyusukan Daiyan. Memandangkan kesukaran pengasuh untuk mengikut cara ini jadi saya tukarkan Daiyan ke nurseri lain,” kata Asna lagi.
Asna bersyukur kerana dipertemukan dengan ahli grup penyusuan yang semuanya sangat positif dan membantu. Dia mengikut nasihat kaunselor laktasi dengan mengepam susu setiap dua jam. Walaupun hasilnya cuma 2-2.5oz setiap kali mengepam, tetapi cukup untuk memenuhi keperluan Daiyan. “Paling banyak saya pernah dapat 4oz ketika mengepam untuk kedua-dua belah payudara, tapi itupun boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja, cerita Asna.
Memandangkan Daiyan sudah besar, permintaannya juga meningkat. Dari pagi ke petang dia dihantar ke nurseri, sekurang-kurangnya 10oz setiap hari. Mujurlah Daiyan sudah boleh makan, jadi Asna cuba dapatkan stok susu untuknya yang mana mampu. Biasanya stok susu yang dibuat, memang untuk kegunaan hari esok.
Kata Asna lagi, memang sukar kerana ibu yang low supply harus berusaha lebih gigih berbanding mereka yang mempunyai susu banyak. Tambah Asna lagi, ketika usia anaknya setahun, dia cuba beri minum susu segar tetapi Daiyan tidak mahu. Masuk usianya setahun setengah baharulah dia mahu minum susu segar tetapi masih diselang-seli dengan susu badan.
Asna memberitahu yang dia pernah merasa untuk putus asa. Tetapi kekuatannya adalah anak. Semasa menyusukan anaknya, Asna seronok melihat mata dan senyuman si manja dan itulah yang menjadi penguat semangat Asna. Memandangkan ketika anak sulung dahulu pernah buat kesilapan jadi tak mahu diulangi pada anak kedua. Sebab itulah Asna tidak henti-henti berusaha untuk terus menyusukan anaknya.
Kata Asna lagi, perjalanan untuk menyusukan anak tidak seharusnya dilakukan sendirian. Semua ibu memerlukan sokongan padu untuk terus semangat menyusukan anak biarpun kekuatan itu datangnya dari kawan-kawan alam maya.
“Saya lihat orang lain susunya meriah. Ada tu sampai terpaksa buang stok susu kerana sudah rosak. Itulah yang menjadi penguat semangat saya. Saya katakan pada diri, banyak mana susu saya, itulah rezeki anak saya. Sebagai ibu, kita harus yakin dan niatkan dalam diri untuk susukan anak. Usaha tanpa henti dan pilihlah untuk berada bersama orang yang akan memberi sokongan kepada anda.
Menyertai grup sokongan memang baik. Mereka sama seperti kita dan faham perjuangan ibu yang menyusukan anak. Ikut nasihat yang baik dan pratikkan ilmu yang kita dapat. Semua bu mampu menyusukan anak, positifkan diri. Luangkan masa untuk belajar lebih banyak supaya kita akan terus bersemangat untuk susukan anak,” kata Asna.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkembangan otak bayi dalam kandungan berlaku dengan sangat pesat. Ketahui 5 cara mudah yang ibu hamil boleh lakukan untuk merangsang pemikiran logik dan perkembangan otak bayi sejak dalam rahim.