Kehamilan

Mawar Rashid Menanti Hari, Suami Imamkan Sendiri Solat Hajat. Doa Dipermudahkan Urusan Bersalin

Share

Menanti detik kelahiran bayi, suami Mawar Rashid mengimamkan sendiri solat hajat. Para peminat mendoakan agar proses bersalin akan berjalan lancar.

Suami Mawar, Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada Datuk Fazley mengimamkan sendiri solat hajat sempena majlis doa selamat yang diadakan sempena menyambut kelahiran bayi mereka.

Acara itu dimuatnaik Raf di Instagram dan mendoakan harapan agar urusan bersalin Mawar nanti lancar.

rafyaakob Sekitar majlis doa selamat semalam sempena @mawarashid yang sedang menanti hari.

Kami semua berdoa semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Insyaa’Allah. Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin.

Raf sudah mempunyai 2 anak iaitu Raden Ahmad Rayyan, 8, & Raden Seri Raysaa Chanela, 4 daripada perkahwinan terdahulu.

Mawar yang dijangka melahirkan pada Mac 2019. Para peminat mendoakan agar proses bersalin aktres ini berjalan lancar.

Sumber: rafyaakob mawarashid

IKLAN