Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak, ditinggalkan di gerai tidak bernombor. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.
Mayat Bayi Lelaki Berbalut Kain Ditemui Dalam Kotak, Ditinggalkan Di Gerai Tidak Bernombor
Mayat tersebut ditemui sekitar jam 2 petang oleh orang awam yang kemudian segera memaklumkan kepada pihak polis mengenai kejadian itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, pihaknya kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dalam kes pembuangan bayi berkenaan.
“Bayi lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia ketika ditemui,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Gambar hiasan.
Tambah beliau lagi, mayat bayi telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.
Ads
Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini agar menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau hadir ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Penemuan tragis ini mula tersebar luas di media sosial sejak petang semalam.
Bayangkan kesedihan sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan mereka seorang wanita muda yang meninggalkan kampung halaman dengan harapan mencari rezeki dan masa depan yang lebih baik. Nur Afiyah Daeng Damin, 28, hanya mahu bekerja keras demi keluarganya. Namun, impian itu berakhir dalam penderitaan yang tidak terbayangkan.
Akhirnya, keadilan berpihak kepada mangsa.
Memetik laporan media, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap sepasang bekas suami isteri Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 44, dan Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 37 selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah, dalam kejadian tragis yang berlaku antara 8 hingga 11 Disember 2021 di sebuah kondominium di Penampang.
Untuk makluman, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd merupakan finalis MasterChef musim 2012.
Kisah ini bukan sekadar berita mahkamah, tetapi pengajaran mendalam tentang nilai nyawa, tanggungjawab, dan kesan kekejaman terhadap sebuah keluarga yang kini kehilangan selamanya. Di sebalik hukuman ini, terdapat luka yang tidak akan sembuh bagi keluarga Nur Afiyah, yang hanya dapat mengenal pasti jasadnya melalui gelang di pergelangan tangannya.
Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng memutuskan Ambree, seorang kontraktor, bukan sahaja perlu menjalani hukuman penjara, tetapi juga menerima 12 sebatan rotan. Sebaliknya, Etiqah, bekas finalis program realiti masakan, dikecualikan daripada hukuman sebatan atas faktor jantina, seperti diperuntukkan dalam Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah. Di kandang tertuduh, Ambree kelihatan tenang, tetapi Etiqah menundukkan kepala, menutup wajahnya, seolah-olah dibebani kesedihan atau penyesalan.
Kedua-dua tertuduh disabitkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dengan sekurang-kurangnya 12 sebatan jika hukuman mati tidak dijatuhkan. Hakim Lim menegaskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah, termasuk fakta bahawa Nur Afiyah meninggal akibat kecederaan yang disengajakan dengan niat bersama oleh kedua-dua tertuduh, seperti ditakrifkan dalam Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan. Pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap pertuduhan.
Kekejaman yang Menyayat Hati
Timbalan Pendakwa Raya, Dacia Jane Romanus, dalam hujahannya, meluahkan kekecewaan terhadap kekejaman yang dialami Nur Afiyah. Beliau berkata, “Si mati adalah seorang wanita muda yang berusaha mencari rezeki secara jujur semasa pandemik global. Ketika orang lain berlindung di rumah, dia pula menghadapi penderitaan berpanjangan di tempat kerja, yang akhirnya menjadi lokasi kematiannya.” Dacia menegaskan bahawa Ambree dan Etiqah, sebagai majikan, sepatutnya menyediakan perlindungan, tetapi sebaliknya menyeksa Nur Afiyah setiap hari, merampas hak asasinya, dan akhirnya nyawanya.
Namun, walaupun Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 telah berkuat kuasa, mahkamah memilih hukuman penjara 34 tahun, dengan alasan mengambil kira kekejaman yang dilakukan dan tempoh penderaan yang panjang. Hakim Lim menjelaskan bahawa walaupun peguam bela, Datuk Ram Singh (mewakili Ambree) dan Datuk Seri Rakhbir Singh (mewakili Etiqah), dengan hujahan rayuan, mahkamah tidak dapat mengabaikan penderitaan yang dialami mangsa.
Kedua-dua tertuduh, yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan, kini diperintahkan menjalani hukuman penjara serta-merta mulai hari ini. Kes ini bermula di mahkamah pada 29 Disember 2021, dengan tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan pada 17 November 2022. Namun, di sebalik fakta undang-undang, kisah ini meninggalkan pengajaran yang mendalam. Ia mengingatkan kita tentang pentingnya menghormati nyawa manusia, tanggungjawab sebagai majikan, dan akibat buruk daripada kehilangan kemanusiaan.
Nyata tiada hukuman yang dapat mengembalikan anak, isteri, atau adik mereka. Tetapi melalui kes ini, kita diingatkan untuk menghargai setiap insan di sekeliling kita, melindungi mereka yang lemah, dan memastikan tiada lagi keluarga yang perlu menanggung kesedihan sebegini. Semoga tragedi ini menjadi cermin bagi kita semua untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Seorang suami yang bertanggungjawab sanggup lakukan apa saja demi keluarga tersayang. Biarlah dirinya susah, tetapi tidak akan sesekali membenarkan isteri dan anak-anaknya merasai perkara yang sama. Pengorbanan seorang suami tidak terhitung nilainya.
Keselamatan isteri dan anak-anak adalah keutamaan apatah lagi ketika sedang sarat mengandung. Perkongsian oleh seorang isteri tentang suaminya sanggup menunggang motorsikal semata-mata untuk menemaninya yang menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dikongsikan oleh sitinuraishah, ketika itu keadaan mendung dan permukaan jalan kelihatan licin mungkin dek kerana hujan. Ada juga yang bertanya mengapa dia dan suami tidak sama-sama menaiki motorsikal tetapi jawabnya kerana dia sedang hamil lapan bulan.
Tidak mahu berlaku perkara yang tidak diingini berlaku, suaminya meminta dia menaiki bas dan dia pula mengiringi dengan motorsikal. Tambah wanita ini lagi, dia harus mengikuti kursus selama enam hari di Kuala Lumpur.
Memandangkan suaminya seorang rider penghantar makanan, dia mengambil peluang untuk memanfaatkan enam hari sepanjang di Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dengan mengambil tempahan di bandar besar itu.
Tonton video ini;
Tindakan suami ini yang sangat prihatin dengan keadaan isterinya serta sikap rajin mencari peluang untuk bekerja di Kuala Lumpur mendapat komen positif dari warganet.
Berikut antara komen yang ditinggalkan;
Semoga urusan wanita ini dan suaminya dipermudahkan. Didoakan semoga proses bersalin berjalan lancar dan kedua-dua ibu dan anak sentiasa sihat hendaknya.
Sesungguhnya wabak COVID-19 satu ujian buat kita semua. Banyak yang berubah sejak ia melanda Malaysia. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan, tahap kesihatan yang terjejas malah sesi persekolahan juga terpaksa dihentikan seketika sehingga masalah ini reda.
Kini kita bersyukur, hasil kerjasama seluruh rakyat Malaysia dengan kerajaan, kita dapat melihat keadaan semakin pulih. Banyak hikmah yang berlaku di sebalik ujian ini. Melalui penulisannya, Siti Suryani Yaakop berkongsi tentang perkara yang dipelajarinya sepanjang dua tiga bulan ini.
Ikuti perkongsi menarik ini.
Covid ni menjadikan saya semakin kuat percaya pada janji Tuhan…bila DIA hantar sesuatu musibah, pasti DIA hantar bersama dengan hikmah.
Hikmah ni begitulah. Tak dapat dibaca dan disedari dalam sehari dua. Kadang makan bulan baru kita rasa manisnya.
Saya simpan sini sebagai kenangan. Benda-benda yang telah saya dapat selama dua tiga bulan.
1. Saya rasa selama berpuluh tahun kita jadi rakyat Malaysia, ini pertama kali kita punya Perdana Menteri dan barisan menteri yang sangat baik, ambil berat, menenangkan, kool dan tak candu dengan politik. Orang lain sibuk nak buat apa pun, mereka sikit tak risau dan tak terjejas.
2. Malaysia Boleh! Selama ni kita laung, tapi kadang kita tak berapa yakin. Kali ni terbukti kita memang boleh. Dari negara kecil yang orang tak pandang, sekarang satu dunia kagum dengan kita.
Saya belajar begitulah. Letakkan satu benda walau tak nampak nilainya pada tangan yang betul. Ia mampu jadi luar biasa.
3. Saya belajar beratur dan bersabar walaupun saya orang yang tak boleh sabar menunggu sebelum ini. Masuk kedai, sabar. Tunggu barang pos, sabar. Ikut prosedur, sabar. Roti Gardenia habis, sabar….
4. Saya belajar buat kek dan kuih. Dua benda yang saya tak pernah buat seumur hidup. Saya rasa leceh, banyak kerja, banyak nak kemas. Beli kan senang. Sama je modal dia. Tapi, masa PKP jangan kata kek, cekodok pisang pun takda orang jual. Nak taknak, kena belajar buat sendiri. Rupanya, seronok!
5. Selain dari buat kek, saya belajar buat kabinet dengan suami. Bakat terpendam suami selama ini. Rupanya boleh tahan juga hasil kerja dia. Itu lah orang kata, benda kalau terdesak ni apa pun jadi.
6. Saya belajar kenal kawan. Masa sulit ni lah orang kata masa mengenal kawan yang benar-benar kawan. Yang susah saya lah susah dia. Senang saya dia pun gembira. Sungguh, sabahat-sahabat begini ni mahal nilainya.
7. Saya belajar buat baik. Jadi baik. Macam Ustaz Ebit Lew. Macam semua orang yang tak berhenti bagi bantuan. Apa pun orang kata, buat je baik. Bukan untuk orang lain. Untuk kita sendiri.
8. Saya belajar jangan menilai orang. Masa hot kes artis nak bantuan dulu, tiba-tiba kita dapat tahu Zarina Anne Joulie tak berhenti bagi bantuan pada orang susah. Sebelum tu macam-macam orang cakap dia. Judgmental is never good!
9. Saya belajar rupanya kalau tak keluar berjalan, saya hidup je lagi! Dulu masa takda PKP, habis duit entah buat apa. Asal hari minggu je, berjalan. Ukur pasaraya. Saya kata tak bolehlah tak keluar. Stress. Dan rupanya, langsung tidak. Tak ada apa pun. Helok je ha.
10. Saya belajar yang hidup ini sentiasa kena bersedia berubah dengan pantas untuk survive. Bila gaji suami kena potong masa PKP, kami belajar erti redha. Redha tu rupanya membuatkan kita boleh fikir dengan tenang dan matang. Nak stress pun buat apa. Masalah tu tetap tak hilang.
11. Saya belajar memberi itu sangat membahagiakan walau kita sendiri pun sebenarnya juga sedang susah juga. Oleh sebab anak saya bersekolah di sekolah swasta, yuran tetap kena berjalan. Disana ada ‘keluarga’ yang telah menjaga anak anak saya sejak sekian lama. Kita kongsilah apa yang ada bersama. Moga berkatnya sampai pada anak saya.
12. Saya belajar bahawa manusia yang baik itu sangat ramai sekali. Selama saya dan kawan-kawan buat Covid, bekalan makanan tak pernah putus. PPE cukup. Ramai orang buatkan. Malah ada yang sedekah macam-macam. Yang terbaik saya pernah dapat, Quran dengan tafsir perkata. Dah lama betul mengidam!
13. Saya belajar solat yang selama ini mudah sebenarnya berat. Surau tutup. Tempat solat tutup. Tuhan uji kita bagaimana susahnya untuk kita terus menjaga solat dalam keadaan begini.
14. Yang paling penting. Saya belajar nilai keluarga. Jangan ‘take for granted’. Selagi ada, kena selalu berjumpa. Dulu boleh berjumpa, takda masa nak jumpa. Sekarang banyak masa nak boleh jumpa, ‘tak dibenarkan’ jumpa. Allah tarik nikmat itu untuk kita sedar. Rindu orang yang ada pun dah sakit. Apalagi bila orangnya pun dah tiada.
Begitulah.
Allah Maha Baik. Tidak akan sia-sia tiap satu perkara walau kita nampak ia buruk pada awalnya. Sentiasa Tuhan hantar pengajaran supaya kita jadi makin kenal DIA dan faham erti hidup di dunia.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.