Bayi lima hari maut, keluarga jemur 30 minit bawah cahaya matahari, dakwa ikut nasihat doktor. Seorang bayi perempuan berusia lima hari meninggal dunia selepas diletakkan di bawah cahaya matahari selama hampir 30 minit oleh ibunya, didakwa atas nasihat doktor.
Bayi Lima Hari Maut, Keluarga Jemur 30 Minit Bawah Cahaya Matahari
Kejadian tersebut berlaku di Hospital Sri Sai, Uttar Pradesh, India. Dilaporkan, ibu kepada bayi malang berkenaan, Rita Devi, seorang penduduk kampung Bhugai Mainpuri, bersalin menerusi kaedah C-section.
Dakwa Ikut Nasihat Doktor
Bagaimanapun pada bayi tersebut didapati mempunyai masalah kesihatan. Doktor menasihatkan pasangan itu supaya meletakkan bayi mereka di bawah sinar matahari secara langsung selama setengah jam.
Pasangan itu telah meletakkan bayi mereka di bumbung hospital pada 11.01 pagi. Setelah hampir 30 minit, pasangan itu membawa bayi mereka masuk ke dalam namun bayi tersebut telah meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Menurut pakar perubatan, pendedahan pada cahaya matahari adalah amalan biasa untuk mencegah jaundis di kalangan bayi yang baru dilahirkan. Bagaimanapun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati terutama ketika suhu tinggi.
Kematian bayi perempuan tersebut difahamkan adalah disebabkan strok haba dan pendedahan berlebihan pada suhu tinggi. Selepas insiden tersebut, doktor yang memberi nasihat kepada keluarga malang itu telah melarikan diri.
Ads
Menurut Ketua Pegawai Perubatan (CMO) hospital berkenaan, doktor RC Gupta, siasatan telah dijalankan susulan kejadian tersebut.
Kisah keluarga ini sungguh meruntun hati. Ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Impian sebelum ini untuk memberikan yang terbaik pada anak-anak tak kesampaian apabila diuji dengan ujian yang tak terduga.
Pasangan suami isteri ini mulanya mencuba nasib dengan berhijrah dari Kelantan ke Kedah dengan berbekalkan harapan yang menggunung tinggi untuk membina keluarga bahagia di tempat orang.
Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim, 35 tahun, merupakan seorang tukang masak di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Apabila terbaca iklan tentang sebuah restoran di Kedah memerlukan tukang masak, isterinya Nur Akmar Bin Mohd Yusof, 33 tahun mengajak untuk berpindah ke Kedah setelah pemilik restoran menjanjikan gaji yang memuaskan dan segala kemudahan termasuk rumah sewa disediakan.
Dengan membawa beg pakaian mereka pun bertolak ke Kedah dengan menaiki bas ekspres. Tiba di Kedah mereka disambut oleh pemilik restoran tersebut dan dibawa ke sebuah rumah kosong.
Di rumah itu, mereka hanya dibekalkan dengan sebuah periuk nasi sahaja. Dengan periuk nasi itulah mereka masak nasi, masak lauk-pauk atau pun air. Tidurlah mereka anak beranak di atas lantai tanpa sebarang alas pun.
Sementara menunggu gaji pertama, mereka hanya diberi wang antara RM10-RM20 saja untuk wang belanja atas alasan restoran belum ada pelanggan.
Keadaan mereka saat ini, sangatlah perit namun kekuatan mereka ialah menghitung hari menunggu saat akhir bulan untuk mendapatkan gaji yang dijanjikan majikan.
Majikan membelikan Encik Khairullah sebuah motosikal dengan janji bayaran bulanannya dipotong gaji. Setelah menerima gaji pertama, ditolak sewa rumah dan bayaran bulanan motosikal, jumlah yang diterima ternyata jauh beza dari yang dijanjikan namun mereka tetap bersyukur.
Dihalau dari rumah sewa
Bagaimanapun selepas tiga bulan majikan tiba-tiba memaklumkan dia tidak ingin lagi meneruskan perniagaan di restoran itu dan berhajat hendak berpindah ke KL. Mereka ditinggalkan begitu sahaja terkontang-kanting.
Lebih malang tidak lama kemudian, pemilik rumah sewa juga datang dan mengusir mereka keluar dari rumah kerana tidak membayar sewa rumah. Mereka diusir keluar dari rumah itu tengah malam setelah tuan rumah membuat laporan polis. Keadaan malam itu riuh rendah bila tuan rumah enggan lagi memberi tempoh kepada mereka. Kekecohan itu sampai kepada pihak masjid qariah.
Pihak masjidlah yang menguruskan mereka berpindah ke sebuah rumah baru atas ehsan pemiliknya pada malam itu juga.
Ditimpa kemalangan
Encik Khairullah akhirnya berjaya mendapat pekerjaan sebagai tukang masak di sebuah restoran lain. Hidup mereka yang suram sebelum ini kembali bersinar. Terasa mereka seakan kembali bernafas semula setelah tercungap hampir kelemasan sebelum ini.
Tetapi ternyata .. keindahan itu tidak berpanjangan. Mereka anak beranak diuji lagi. Baru beberapa bulan bekerja, Encik Khairullah telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 18 Jun tahun lalu.
Sejak itulah keperitan hidup mereka bermula lagi. Encik Khairullah terpaksa bertarung nyawa selama tiga bulan di wad dan kakinya hampir dipotong.
Dia menjalani dua kali pembedahan untuk membuang isi yang sudah rosak dan terkena jangkitan kuman sehingga ke paras paha.
Isteri terpaksa keluar bekerja
Saat itu pula, Puan Akma pula baru saja hamil anak ketiga. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, Puan Akma mengharapkan belas ehsan orang sekeliling untuk menjaga dua orang anaknya yang masih kecil bila dia terpaksa menjaga suami di wad.
Sejak kemalangan itu mereka hilang sumber pendapatan kerana suami bergaji hari. Puan Akma memutuskan untuk keluar bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan. Encik Khairullah pula setelah keluar wad, sudah tidak mampu bekerja lagi. Tinggallah dia di rumah menguruskan anak-anak. Tugas menyara kehidupan sepenuhnya di bahu Puan Akma sehinggalah diarahkan berhenti oleh majikan kerana telah sarat.
Selamat lahirkan anak ketiga
12 Januari lalu .. Puan Akma telah selamat melahirkan anak ketiganya. Alhamdulillah bil hospitalnya dijelaskan oleh seorang doktor yang bersimpati dengan nasibnya. Pulang ke rumah tidak dapat dibayangkan kesedihannya. Dia terbaring kerana di dalam pantang, suami pula terbaring kerana kemalangan.
Encik Khairullah tidak dapat menuntut apa-apa pampasan kerana kenderaan yang melanggarnya tidak mempunyai cukai jalan. Motosikalnya yang tersadai di tempat kejadian ketika kemalangan juga telah hilang. Encik Khairullah juga tidak dilindungi apa-apa skim PERKESO.
Sedekah Jumaat untuk beri sinar baru
Prihatin dengan nasib mereka anak beranak .. Sedekah Jumaat kita bertujuan untuk mengembalikan punca pendapatan kepada mereka suami isteri yang pandai memasak ini dengan menyediakan sebuah gerai buat mereka berniaga di hadapan rumah.
Rumah sewa mereka terletak berhampiran jalan besar di sebuah taman perumahan, berpotensi untuk menarik pelanggan apatah lagi keduanya mempunyai kepakaran memasak. Mereka boleh berniaga sambil menguruskan anak-anak.
Kita andaikan keadaan Encik Khairullah akan bertambah baik selepas tiga bulan lagi dan semuanya akan kembali stabil selepas enam bulan.
Buat masa ini, sewa rumah mereka (sebulan RM400) sudah tertunggak dua bulan. Kita berhasrat untuk membayar selama 6 bulan agar mereka tidak terbeban dalam tempoh itu.
Semoga Sedekah Jumaat yang kita niatkan untuk membantu Encik Mohd Khairullah Bin Abdul Rahim ini mampu membantu mereka untuk bangun semula. Jumaat yang barakah, semoga Allah permudahkan urusan kita sebagaimana kita mempermudahkan urusan orang lain, InsyaAllah.
Jika ada yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah terus menyumbang ke akaun Puan Natipah Abu (Sukarelawan yang banyak membantu orang ramai sekitar negeri Kedah)
KEPERLUAN RM7K
GERAI & SEWA RUMAH
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU
552107617521
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi terkenal, Alif Satar meluahkan rasa sebak apabila menerima sepucuk surat daripada dua cahaya mata perempuanya, iaitu Alisha Anugerah, 8 dan Ariana Mecca, 6.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa Umairah yang menghidap kanser mata tahap empat telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam semalam.
Kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak orang ramai.
Kata bapanya, Alisa Umairah didiagnos menghidap kanser ketika usianya setahun dan telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua matanya pada Mei dan Julai lalu.
Sebelum ini, menerusi beberapa hantaran di laman Instagram @era.je, adik Alisa yang berada dalam kritikal bertemu dengan selebriti popular, Elly Mazlein untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesihatan kanak-kanak tersebut.
Malah, sebelum ini juga Elly Mazlein telah mengunjungi adik Alisa di kediamannya yang terletak di Labis, Johor selepas selesai menjalani sebuah pembedahan terakhir pada bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsikan, artis wanita itu turut membawa beberapa buah tangan termasuklah gula-gula kegemaran adik Alisa.
Ely Mazlein menerusi Instagramnya turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan itu.
“Adik Alisa sekarang dah berlari di taman syurga. Adik Alisa seorang anak yang kuat. Adik Alisa berehat ya, Mama Lina akan sentiasa ingat Adik Alisa. Al-fatihah,” tulisnya.
Perut anak buncit selalunya tidak berbahaya, tetapi jika semakin besar, keras dan tegang, ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan serius. Ketahui punca, simptom amaran dan bila perlu segera berjumpa doktor.