Measles Boleh Akibatkan Maut & Bengkak Otak. Ia Bukan Demam Ruam Atau Chicken Pox!

Share

Measles merupakan penyakit cegahan vaksin yang sangat mudah berjangkit, boleh mengakibatkan komplikasi seperti bengkak otak & pekak. Malah ia boleh menyebabkan maut!

Virus measles boleh berjangkit menerusi penyebaran titisan cecair dan sentuhan fizikal. Walau pun ia boleh pulih sendiri, risiko komplikasi meningkat tanpa imunisasi.

Dr Amirul Amzar berkongsi mengenai mitos measles yang selalu berlegar dalam masyarakat. Paling membimbangkan ialah ada sesetengah ibu bapa yang memandang ringan dan menganggap measles ini tidak berbahaya.

FAKTA #1:  MEASLES BERBAHAYA

Jangkitan virus ini sangat berbahaya. Ia boleh berjangkit dalam masa singkat.

1 dari 4 bayi bawah 1 tahun akan masuk ke hospital. Cirit birit & jangkitan telinga boleh berlaku . Malah ia menyebabkan pekak!

Bengkak otak (enchephalitis) dan boleh berulang 10 tahun lagi. Risiko kecacatan pada otak. 

Ia boleh menyebabkan kematian.

FAKTA #2: MEASLES TIDAK SAMA DENGAN CHICKEN POX

Ramai menganggap measles sama dengan chicken pox tapi virus penyebab kedua-duanya berbeza. Measles lebih merbahaya berbanding chicken pox.

FAKTA #3: SALAH SANGKA RUAM LAIN ADALAH CAMPAK

Ibu bapa perlu sahkan jenis ruam yang terdapat pada anak dan tidak terus mengatakan demam campak/ measles.

FAKTA #4: VAKSIN TIDAK MELINDUNGI 100%

Measles tetap akan berlaku walau pun si kecil diberikan vaksin MMR.

Semua perlu ambil vaksin untuk membina imuniti kelompok. Kalau kena juga ia tidak serius dan tidak menyebabkan kematian.

FAKTA #5: SUDAH DIJANGKITI MEASLES, TETAP PERLU VAKSIN MMR

Vaksin MMR tetap perlu diberikan kerana ia juga melindungi dari mumps dan rubella.

Tiada istilah vaccine oaverload. 100% kematian kanak-kanak akibat measles pada tahun 2018 tidak diberikan vaksin.

Sumber: Dr Amirul Amzar

Foto: BBC

IKLAN