Mee Rebus Kelantan Menu Berbuka Dan Sahur, Mudah Je Nak Buat. Makan Pun Sedap!

Share

Selalu kalau masak untuk berbuka mesti menunya meriah lain macam, tapi bila waktu sahur nak yang ringkas dan mudah sahaja. janji mengenyangkan dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

Resipi mee rebus kelantan yang sangat mudah dan ringkas ini boleh dijadikan pilihan untuk menu bersahur. Kalau yang memang jenis tak makan nasi, boleh juga jadikan menu ini untuk berbuka juga. Tambah sedikit makanan lain seperti kuih dan air, siap untuk dihidangkan sebagai menu juadah berbuka.

Resipi Wajib Cuba: Buat Sendiri Meatball Ala Ikea Untuk Berbuka. Mudah & Sedap, Anak Pun Suka.

Bagi yang ingin cuba buat resipi ringkas ini, Ina Zarina dari Kak Ina Kitchen menerusi laman facebook Resipi Panas ada berkongsi resipi dan cara penyediaannya. Sedap dan mudah, jangan lupa cuba nanti!

Mee rebus kelantan

Sangat mudah…resepi ringkas..

Bahan-bahan kuah:

Bawang merah

bawang puteh

halia

lada hitam
–  tumbuk halus atau blend semuanya..

Daging /Ayam ikut suka

Sayur sawi

tomato

lada besar merah

Mee kuning (bahan agak2 la ya..)

Cara penyediaan:
1. Tumis semua bahan blend hingga wangi. Masukkan daging atau ayam atau fish cake/ ball akk tak masuk pun..

  1. Masukkan air..terpulang nak kuah bnyak mana.. letak garam gula skit aji atau kiub ayam..secukup rasa..
  2. Kuah dh gelegak..masukkan sayur + mee kuning..kalau suka pecahkan telur…Makan dengan sos cili..jika suka..ada lada jeruk lg sedap..
  3. Taraa..dh siap..

kredit:ina zarina ( kak Ina kitchen)

Resipi wajib cuba: Stok Pes Jimat Masa. Mudahkan Masak Untuk Berbuka & Bersahur. Confirm Puas Hati

 

IKLAN