Beberapa hari lepas aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta membuat lawatan ke di Hospital Sungai Buloh. Perkongsian ini dibuat Che Ta melalui laman Instagramnya. Dia turut berkongsi beberapa foto bersama para ibu di wad bersalin hospital itu.
Sempat berseloroh, Che Ta mengatakan dia terasa seperti mahu ‘buat’ anak apabila melawat ibu-ibu di wad ini. Melihat kepada ruangan komen aktres itu, rata-rata pengikutnya terhibur dengan status tersebut. Walaupun melawat ke hospital, Che Ta tidak pernah ‘kalah’ dalam bergaya. Persalinan anggun dan nampak cantik seperti biasa!
Ads
Che Ta pandai pasang badan, kalau mengandung sekali lagi pun tak ada masalah. Teringin juga nak tengok rupa adik kepada si comel Aaisyah Dhia Rana. Mesti sama cute macam kakaknya
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung di Malaysia dari 18 Mac yang lalu dan kini dilanjutkan sehingga 14 April menyaksikan Tambak paling sibuk di dunia kini sepi setelah kerajaan mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya laluan tersebut bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas.
Ekoran daripada penutupan laluan tersebut, telah memberi kesan kepada ramai rakyat Malaysia yang rata-ratanya keluar bekerja ke Kota Singa itu. Terbaru menurut laporan akhbar Sinar Harian Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura semalam telah membantu membawa pulang 70 wanita hamil warga Malaysia yang bekerja di Singapura bersama-sama dengan 10 kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) melalui Tambak Johor.
“Dua buah bas telah digunakan untuk membawa pulang kumpulan ini yang berkumpul di Stesen MRT Kranji seawal jam 10 pagi,” menurut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Muhd Radzi Jamaluddin kepada Bernama.
Bawa Pulang Kerana Sudah Hampir Tarikh Bersalin
Beliau berkata, kumpulan itu telah mendapat perhatian awal pihaknya kerana mereka telah hampir cukup bulan untuk bersalin.
“Kami telah berusaha sedaya upaya supaya mereka pulang untuk melahirkan anak di kampung halaman masing masing,” katanya.
Beliau berkata, menurut kumpulan itu, mereka menghadapi kesukaran untuk melahirkan anak di Singapura dan telah mengambil keputusan untuk bersalin di tanah air.
“Ini kerana kedua-dua negara telah mengenakan pelbagai syarat dan larangan ke atas pelawat asing yang berubah dari hari ke hari yang mendorong kumpulan ini untuk pulang ke Malaysia secepat mungkin,” katanya.
Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Perlu Dikuarantin di Tempat Khas
Pada 31 Mac lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan semua rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di tempat khas yang ditetapkan oleh kerajaan berkuat kuasa 3 April.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung mulai 18 Mac, terdapat warga Malaysia yang tiada kenderaan sendiri mengambil pilihan berjalan kaki untuk pulang menyeberang Tambak Johor sejauh kira-kira satu kilometer.
Semoga penularan wabak ini akan berakhir tidak lama lagi dan vaksin untuk menyembuhkan akan ditemui. Sebagai rakyat yang prihatin, terus patuh dengan arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah dan amalkan pencegahan seperti yang disarankan. Teruskan berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Stay Safe & Stay At Home!
Pasangan selebriti Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan untuk anak kedua mereka pada Julai nanti. Berita gembira tersebut diumumkan secara langsung menerusi laman Instagram milik pasangan selebriti ini.
Bella kelihatan sebak sebaik belon dipecahkan Aliff mendedahkan jantina bayi mereka. Pendedahan jantina terpaksa dibuat secara langsung berikutan Bella tidak berada di sisi suaminya di Singapura berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penyanyi lagu Sayang Sayang itu ketika diminta Bella meneka jantina bayi, menyatakan tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan.
“Alhamdulillah, saya tidak kisah apa pun jantina, yang penting sihat,” kata Aliff.
Seluruh ahli keluarga Aliff termasuk adiknya penyanyi, Aisyah Aziz turut sama ketika sesi pendedahan itu. Mereka kelihatan gembira pengumuman berkenaan. Ketika menjawab pertanyaan Aliff, adakah sudah lama mengetahui jantina bayi, Bella memberitahu, dia sudah lama mengetahuinya.
Bella dan Aliff bernikah pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
“Terima kasih Bella kerana kuat melalui masa-masa sukar ini dan juga Ayden. Insya-Allah, nanti kita berjumpa. Tak sabar nak jumpa semua,” katanya. Terdahulu, Bella mengesahkan sudah rujuk semula dengan Aliff pada Julai tahun lalu.
Sebelumnya, pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 16 Mei tahun yang sama.
Teka-teki kehamilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhinya terjawab bila mana pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu tampil membuat pengumuman mengenai kehamilan keduanya yang kini sudah pun memasuki empat bulan.
Perkhabaran gembira itu disampaikan Tok Ti menerusi satu sesi dalam talian sebentar tadi. Malah menerusi instagram peribadi miliknya, penyanyi kesayangan ramai ini juga turut memaklumkan hal yang sama.
Perkongsian yang pastinya menggembirakan seluruh keluarga juga peminat-peminat penyanyi nombor satu itu.
“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua,” katanya sebentar tadi dalam satu sesi dalam talian.
Dalam pada itu, menerusi instagram miliknya, Tok Ti turut menghebahkan kehamilannya secara rasmi kepada semua pengikutnya.
“Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.
“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami,” katanya.
Turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Tok Ti turut memohon doa daripada semua agar kehamilan kali keduanya ini dipermudahkan sehingga tiba detik melahirkan nanti.
“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.
“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya,” katanya.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.