Tidak dinafikan semua ibu bapa jadi tegas dan garang bila ia berkait dengan didikan anak. Sama seperti aktres Noor Khiriah, walau pun mempunyai karakter yang lucu, tapi dia amat tegas.
Didikan dan disiplin itu bermula dari rumah. Tidak kira anak lelaki mahu pun perempuan, ketegasan ibu bapa memang perlu terutamanya bila menetapkan peraturan. Noor Khiriah telah berkongsi di Instagram beliau video berdurasi 56 saat itu menunjukkan dia bertanya kepada anak lelakinya sesuatu.
Ads
Camera sorok masa rekod ni.Ni cara saya, memang sy msk air tapi saya akan jd singa bila bab anak2..dlm zaman yang makin ngarut ni..time main..mainlah, time seyes..seyes..
Kadang2 sedih, mak ayah dah bagj semua cukup..bila besar lain jadinya..Bapaknya dah ckp..klu wat pangai pelik2..anta sekolah pondok..sebab kat sana anak2 br taw camne hidup berdikari..-Rotan tu acah je?
Video yang di tonton oleh lebih daripada 81 ribu dalam masa 9 jam ini akhir. Para netizen seolah-olah mengimbau kembali kenangan semasa kecil dahulu apabila ibu bapa memanggil dan kenangan dirotan. Hakikatnya apa yang dilakukan oleh Noor Khiriah ini bagus dan wajar dicontohi walau pun dia hanya acah-acah dengan rotan sahaja.
Anak juga sama seperti kita. Emosi mereka tidak menentu malah kadang-kadang mudah terganggu dan moody sepanjang hari. Sudahnya semua ini mengakibatkan mood yang kurang enak pada kita. Sebenarnya ada caranya untuk pulihkan emosi anak.
Dengarkan penjelasan mengenai otak anak daripada pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar. Paling menarik ada tip yang dikongsikan olehnya untuk mengubah emosi anak.
Menurutnya lagi, otak kanak-kanak sentiasa berkembang. Pada saat dilahirkan hingga usia mencecah 5 tahun mereka alami fasa otak berkembang. Seolah seperti sebuah bangunan yang sedang disiapkan.
Menariknya pada usia 5 tahun hampir 90% otak mereka berkembang seperti otak orang dewasa. Walaupun begitu, kajian dapati otak bahagian Prefrontal Cortex (PFC) adalah bahagian yang terakhir terbentuk sempurna.
PFC letaknya di belakang dahi. Pusat berfikir, mengurus emosi, buat pertimbangan, belajar dari kesilapan, pengurusan masa, tempat buat keputusan dan analitikal.
Bagi anak lelaki, bahagian ini akan sempurna terbentuk apabila mereka berumur 25 tahun. Pada anak perempuan ketika usia mereka mencecah 24 tahun.
Sehingga usia mereka matang, proses ‘berfikir’ masih diurus di bahagian emosi. Antaranya ialah amygdala. Bahagian ini ialah pusat takut.
Memandangkan otak anak masih dalam ‘work in progress’ ibubapa wajib berhati hati dan miliki strategi dalam membesarkan mereka. Strategi yang terbaik ialah Brain Based Strategy yang selari dengan perkembangan otak mereka.
Inilah juga kaedah dalam neuroparenting. Salah satu tip untuk kecergasan otak anak adalah dengan merangsang aktiviti fizikal anak.
Biarkan mereka berlari, melompat atau gunakan tangan untuk manipulasi objek. Main pasir dan bina bangunan dari pasir adalah antara contohnya.
Aktiviti sebegini akan sebabkan 4 neurohormon penting keluar. Neurohormon itu adalah serotonin, dopamin, endorfin dan norepinephrine. Kesemuanya penting untuk belajar.
Serotonin adalah neurohormon penting berkaitain motivasi dan mood. Aktiviti fizikal yang dilaklukan oleh anak akan bantu stabilkan selera makan dan bantu mereka untuk dapat tidur yang berkualit opada pada waktu malam nanti.
Apabila hormon rendah atau tidak stabil ia sebabkan anak jadi moody. Motivasi untuk lakukan sesuatu termasuk makan akan menurun. Endorfin pula ialah neuhormon painkiller semulajadi. Ia juga jadikan mood lebih baik.
Norepinephrine pula bantu anak jadi lebih alert, kuatkan memori serta tingkatkan konsentrasi.
Apabila norepinephrine stabil anak mudah menjawab soalan, mudah ingat apa yang dipelajari atau lalui.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usaha mendidik anak-anak memang memerlukan kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi bila anak sudah pandai membuat keputusan sendiri. Dilema ibu ayah dalam nak mendisiplinkan anak-anak memang besar, kadang-kadang ada yang buntu dengan sikap anak-anak.
Ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mendisiplinkan anak-anak tanpa perlukan paksaan. Puan Wawa Shauqi, Parenting Influencer, berkongsi kaedah yang digunakan olehnya dan dalam masa yang sama anak-anak ternanti-nantikan misi seterusnya.
Dulu saya ada guna satu apps ni untuk disiplinkan anak. Kalau anak buat perangai elok, dia dapatlah mata. Kalau buat perangai tak elok, mata kena tolak.
Awal-awal tu, saya rasa best jugak. Sebab anak jadi patuh cakap.
Tapi lama-lama, saya rasa saya yang jadi kejam. Sebab guna apps tu untuk ugut anak. Kalau anak tak buat benda yang saya mintak, mata dia kena tolak.
Meraunglah kawan tu!
Dalam keadaan meraung tulah diorang buat apa yang saya suruh. Takut sangat kena tolak mata.
Masa tu rasa something wrong. Metod disiplin patutnya bukan untuk disiplinkan anak je. Tapi untuk latih parent jadi lebih baik jugak.
Saya stop guna apps tu.
Sampailah saya terbaca dalam satu buku ni. Penulis ni kata, dia tak suka kaedah sticker chart, reward chart, rasuah dan seangkatan dengannya. Especially bila anak buat perangai, dan kita nak hukum anak dengan tarik reward tu.
Sebabnya;
1️⃣Behavior anak di-judge. Bukan dididik dan dipupuk.
2️⃣ Ia bersifat memanipulasi. Kita ugut anak ikut cakap kita. Next time kalau dia nak orang ikut cakap dia, dia pun ugut-ugut orang.
3️⃣ Anak tak belajar disiplin pun. Anak ‘behave’ sebab nak reward. Kalau takde reward, dia tak kesah pun untuk buat perangai.
4️⃣ Anak tak belajar pun macam mana nak tolerate dengan perasaan kecewa. Dia tak belajar pun untuk macam mana nak selesaikan masalah.
5️⃣ Anak taknak buat sesuatu kalau tak ada reward.
6️⃣ Anak tak nampak perkaitan perangai dia dengan hukuman yang dia dapat.
.
Tapi…. Kalau tanya pendapat saya yang arif sangat bab struggle dengan rutin anak ni, BOLEH. Tapi 1) Sebagai mission board. 2) Untuk bantu anak yang ketagih gajet.
Syaratnya, – Misi yang ditetapkan tu kita bincang bersama anak. Dapatkan persetujuan bersama. So win-win situation. – Misi yang diletakkan tu logik. Dan sesuai dengan keupayaan anak – Tak banyak sangat. Nanti anak mudah demotivated nak selesaikan – Do it gradually. Biar sikit asal usaha istiqomah – Keluarkan dari list mana-mana misi yanb dah berjaya jadi tabiat
Pendek kata, guna untuk MEMOTIVASI. Bukan MEMANIPULASI.
Bab nombor 2 tu, reward ni sebagai PENGECUALIAN. Sebab kita tau kan, budah yang ketagih gajet ni, bukan senang-senang nak kurangkan. So, bolehlah ‘dimaafkan’ unyuk guna kaedah reward ni.
Contohnya, dah buat 2 dari task yang tersenarai, boleh dapat 20 minit gadget time.
Ni ‘mission board’ saya buat untuk anak. Sebelum tidur, cuba sembang pasal misi esok. “Esok, kita nak jadi champion. Mama akan tolong Ammar buat subjek Math yang Ammar minat tu.”
Sembang kasi semangat. Buat macam misi tu, adalah misi yang anak nanti-nantikan. Takdelah anak jadi takut. Sebaliknya dia nampak benda tu sebagai misi bersama yang dia suka nak buat.
Sebagai seorang ayah, anak perlu berwaspada dengan tingkah laku anda bila berhadapan dengan anak-anak. Anak-anak cenderung menjadikan ayahnya sebagai role model dalam hidupnya. Pernah tak dengar bila cikgu tanya anak-anak. “anda nak jadi apa besar nanti?” anak akan menjawab “Nak jadi macam papa!” Anak akan menjadikan ayahnya sebagai contoh.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
5 Benda Anak Belajar Daripada Seorang Ayah
1. Anak belajar KEMAHIRAN BERUNDING
+ Dengan mak, anak anak ni boleh mintak apa apa je sebab mereka tahu mereka boleh manipulasi mak mereka lebih daripada mereka boleh manipulasi ayah.
+ Ayah ni sifatnya lebih authoritative. Mereka terpaksa gunakan cara yang lebih halus untuk tackle dan tawan hati si ayah ni. Daripada situ mereka belajar skill berunding yang mana sangat diperlukan bila anak kita dah masuk ke alam pekerjaan nanti.
2. Anak belajar IKUT ARAHAN
+ Walaupun yang biasanya membebel ni emak tapi arahan seorang ayah lebih ringkas, jelas dan tegas
+ Emak biasanya dah berpuas hati kalau 1/10 arahan mereka dipatuhi dan ditaati tapi jaga-jaga dengan arahan seorang ayah. Walau 9/10 arahan dah dipatuhi, ianya masih dikira melawan dan akan ada hukuman yang akan menanti.
3. Anak belajar KAWAL EMOSI
+ Dalam keadaan kecemasan dan tekanan, biasanya seorang ayah ni akan lebih tenang dan boleh buat keputusan
+ Daripada situ akan kita akan belajar untuk buat keputusan yang rasional dan logik walaupun sedang dikuasai emosi
4. Anak belajar KEMAHIRAN MELINDUNGI
+ Ayah ni sifat semulajadinya adalah PELINDUNG kepada keluarganya
+ Seorang ayah akan melindungi isterinya daripada semua jenis ancaman. Tak kira la ancaman penjahat luaran ataupun ancaman tekanan & kepenatan
+ Dari sini lah anak kita belajar untuk menjadi pelindung kepada keluarganya sendiri suatu hari nanti
5. Anak belajar MELAYANI PASANGAN HIDUP
+ Cara layanan ayahnya kepada emaknya sendiri akan menjadi ‘references’ ataupun sumber yang akan anak kita contohi bila dia dah dewasa nanti
+ Kalau ayahnya suka berkasar dengan emaknya, dia pun akan cenderung untuk berkasar dengan pasangan hidupnya nanti
+ Ini kerana anak kita walau nampak macam tak tahu apa-apa, mereka ni pemerhati setia.
+ Mereka pantau semua kelakuan kita dan mereka akan tiru satu persatu kelebihan dan kekurangan kita. Itulah kenapa mereka ni adalah CCTV terbaik dunia!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...