Membacakan buku aktiviti kegemaran Lisa Surihani untuk anak. Dia juga mendedahkan yang aktiviti ini membolehkan ibu bapa mempelajari banyak perkara.
Lisa Surihani yang memiliki dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 3 tahun dan Yusof Leonne, 1 tahun 8 bulan berkongsi aktiviti kegemarannya ini di Instagram. Katanya, aktviti ini selalu dilakukannya bersama anak-anak.
Malah setiap bulan, anak-anak dibawa ke kedai buku untuk membeli buku dan mereka menyukai buku. Antara tip yang dikongsi Lisa ialah semasa membeli buku yang mempunyai karakter dikenali anaknya dan kemudian bertukar kepada karakter yang lain pula.
Lisa mengakui ini adalah proses pembelajaran untuknya juga di mana dia lebih mengenali anaknya yang mempunyai minat yang berbeza. Lisa juga tertarik apabila kedua-duanya boleh memberikan perhatian kepada beberapa topik yang dibaca. Dia turut menggalakkan Yahaira & Yusof bertanyakan soalan ketika mereka membaca bersama-sama.
lisasurihani 9th January 2019 : amongst the activities I love doing with the kids – story time. Every other time monthly, I would take the kids to book stores to instil the interest and love for books. It started off with buying books of characters that they were familiar with and love and am slowly introducing them to different authors and characters.
As a parent, it is too a learning process for me. Getting to know my kids more who are two different individuals and may have different interests. It is interesting when I discover the sort of attention span they may have on a particular topic. I hope to encourage questions and conversations on the specific topics we read about together. Am open to suggestions. Do share if you have if you have any. From one parent to another. ❤️
Mengapa anak sekarang bersikap agresif? Walaupun geram dengan tingkah laku mereka, elakkan daripada menjerit dan kerap marahkan anak.
Dibimbangi bila terlalu kerap kena marah anak-anak akan membesar dalam suasana negatif dan akhirnya mereka akan mencontohi sikap buruk tersebut sebagai individu yang pemarah.
Sebenarnya anak-anak usia antara setahun hingga 4 tahun memang kerap bersikap agresif. Jangan cepat memarahi mereka, kerana itu adalah cara mereka memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu, demikian terang Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose.
ANAK-ANAK SEKARANG LEBIH AGRESIF ATAU SEBENARNYA MEREKA ITU LEBIH EKSPRESIF!
Adakah anak anda mudah sangat:
Mengapa anak-anak sekarang lebih agresif? Atau sebenarnya mereka lebih ekspresif.
“SEBENARNYA, PADA USIA 1.5 TAHUN HINGGA 3.5 TAHUN DAN MUNGKIN MEMBAWA KE 4,5,6 TAHUN ADALAH USIA DI MANA ANAK-ANAK MULA MENGEKSPRESIKAN DIRI MEREKA”
Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu.
Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi.
Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja.
Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.
MEMAHAMI GENERASI MILLENNIA
1-JANGAN CEPAT BERSANGKA BURUK
“JIKA ADA ANAK 1 HINGGA 2 TAHUN YANG KELIHATAN MAHU MEMUKUL ANAK LAIN, JANGAN CEPAT BERSANGKA BURUK KEPADANYA”
Dia sebenarnya mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu.
Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar.
Apa yang Ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, Ibu tolong pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan;
‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’
Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya.Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.
2-SETIAP GENERASI MEMPUNYAI KARAKTER BERBEZA
Setiap generasi mempunyai karakter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan melinia berbeza dari segi kecenderungan dan karakter mereka.
“KEBANYAKAN GEN MELINIA INI LEBIH EKSPRESI. SELALU DIKATAKAN DEGIL, KERAS KEPALA DAN MENUNJUK PERASAAN”
3-SKIL PARENTING KURANG
Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Millennia ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan.
“ADA IBU BAPA TERLALU LEMBUT SEHINGGA SEMUANYA DIBIARKAN.
ADA YANG TERLALU KERAS DAN TIDAK ADA RUANG BERBINCANG.
ADA YANG TERLALU SUKA MELARANG DAN MENAKUT-NAKUTKAN”
Sebenarnya Gen Millennia bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak.
Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu.
Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.
IBU KONGSIKAN 5 LANGKAH MUDAH DIDIK GENERASI MILLENNIA
1 – BAWA ANAK-ANAK BERMAIN DENGAN AKTIF
Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor.
Lebih baik outdoor.
“BILA MEREKA BERMAIN, MEREKA DAPAT MENGEKSPRESI DIRI MEREKA.
MEREKA BOLEH MENJERIT-JERIT, MELOMPAT DAN BERPELUH”
Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.
Cucu sulung ibu, semasa itu baru berusia 2 tahun suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kaji balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang.
Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.
2 – KURANGKAN GAJET
Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV.
“BILA ANAK-ANAK BERMAIN VIDEO GAMES, MEREKA AKAN MENGALAMI ADRENALIN RUSH”
Bila mereka tidak dapat bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka.
Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu.
“PILIH GAMES YANG BAIK DAN CUBA GAMES ITU DAHULU SEBELUM DIBERI KEPADA ANAK-ANAK KECIL ANDA.
JIKA ANDA SENDIRI RASA TAK MENENTU SELEPAS BERMAIN GAMES ITU, APATAH LAGI ANAK-ANAK KECIL”
3 – KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak.
“GULA YANG TAK NAMPAK, MAKSUDNYA KITA SENDIRI YANG MEMASUKKAN GULA ITU.
GULA YANG TAK NAMPAK, CONTOHNYA MINUMAN SODA, FAST FOOD DSB”
Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang.
Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging. Tenaga dan ‘state’ kita semasa memasak adalah amat penting kerana itulah tenaga yang sampai kepada anak-anak kita.
Jika keadaan diri kita semasa masak banyak menyumpah-nyumpah, maka ke manalah perginya tenaga negatif itu kecuali ke dalam makanan yang dimasak dan kemudiannya dimasukkan ke dalam badan anak.
Tenaga tidak boleh dimusnahkan atau dicipta. Ia hanya berubah bentuk.
4 – ELAKKAN MENJERIT-JERIT DAN KERAP MARAH-MARAH
Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu.
Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb.
“BILA TERLALU SUKA MEMARAHI, MARAH KITA ITU SUDAH TIDAK ADA MAKNANYA.
MALAH IA MENJADI CARA HIDUP YANG ANAK-ANAK AKAN IKUT”
Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu.
Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah.
Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.
5- KAWAL DIRI BILA NAK MARAH
Jika anda nak marah sangat, jika anda sedang berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup muka ke bantal atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.
Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.
Salam Kasih dari Ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh University of Essex, didapati bahawa anak perempuan yang mempunyai ibu-ibu yang selalu membebel lebih cenderung untuk berjaya daripada mereka yang mempunyai ibu yang terlalu “sporting’ ataupun terlalu terbuka.
Kadang-kadang ibu menjadi seperti singa hanya untuk mengingatkan anda tentang sesuatu. Anda terpaksa mendengar bebelan-bebelan, peringatan atas perkara yang anda telah lakukan dan dirasakan salah. Yup, Sebenarnya semua bebelan itu berbaloi buat anda.
Kajian ini dilakukan lebih daripada 15,000 gadis remaja berusia 13 tahun dan 14 tahun selama enam tahun. Hasilnya mendapati bahawa wanita muda yang mempunyai ibu bapa (biasanya ibu) yang sentiasa mengingatkan anak tentang tugasan, sekolah, dan tanggungjawab, anak lebih cenderung untuk masuk ke kolej dan mempunyai pekerjaan (bergaji tinggi).
Untuk anak mempunyai masalah disiplin dan berkahwin pada usia remaja juga kurang. Mengongkong tidak semestinya datang dalam bentuk yang anda fikirkan, tetapi mempunyai lebih banyak hubungan dengan menetapkan harapan yang konsisten sebagai orang tua. Salah satu perkara yang ditemui semasa kajian dilakukan yang mungkin mengejutkan anda adalah kanak-kanak sebenarnya sedang mendengar apa yang anda “bebelkan” walaupun anda menganggap mereka ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Ketua kajian, Ericka G. Rascon-Ramirez mengatakan tak kira apapun, ibu bapa yang akan tetap mempengaruhi keputusan.
“Dalam banyak kes, kami melakukan apa yang kami percaya adalah lebih mudah bagi kami, walaupun ini adalah terhadap kehendak ibu bapa kami. Tetapi tidak kira betapa kerasnya kami cuba menghindari cadangan ibu bapa kami, kemungkinan besar mereka akhirnya mempengaruhi, dengan cara yang lebih halus, pilihan yang kami anggap sangat peribadi. “
Ia seolah-olah apa yang dicipta oleh ibu bapa menjadi piawaian dalam minda anak-anak mereka. Tindak balas remaja biasa yang kami terima bertindak hanya sebagai topeng bagi mereka. Mereka sebenarnya tak suka dengar ibu membebel, tetapi sebenarnya bebelan mak tetap menjadi!
Penyelidik juga mendapati bahawa perempuan yang bukan pelajar terbaik tetapi mempunyai ibu yang ketat atau “megongkong” dapat mengurangkan kadar kehamilan remaja sebanyak 4%, yang agak tinggi (walaupun jatuh) di Britain dan Amerika Syarikat.
Disaat kita mungkin merasa seperti kita tidak dihormati, atau sombong, kadang-kadang kita seperti tergiang suara ibu sendiri (atau bapa) mengingatkan kita tentang apa yang perlu dilakukan atau apa yang tidak boleh dilakukan. Betul tak?
Cuma sebagai ibu bapa, elakkan daripada merenung kesilapan anak anda. Bantulah anak anda untuk Berjaya.
Dalam kehidupan anda sendiri, adakah anda percaya penemuan kajian ini benar? Adakah ibu anda membesarkan anda seperti ini? Adakah anda seorang ibu bapa yang “memaksa” dalam membesarkan anak perempuan?
Pasangan selebiriti, Ozlynn dan juga Johan Raja Lawak berkongsi aktiviti harian sepanjang bulan ramadan di instagram mereka. Namun, si kecil Moleiq menarik perhatian ramai kerana kegigihanya yang berpuasa, solat penuh waktu termasuk terawih walaupun baru berusia 2 tahun 9 bulan.
Menurut Ozlynn, dia tidak pernah memaksa anak bongsunya itu berpuasa dan solat kerana memahami Moleiq masih kecil dan tidak diwajibkan untuk melaksanakan ibadah ini namun Moleiq tetap berkeras untuk solat dan berpuasa sama seperti ahli keluarga yang lain.
“Moleiq bangun subuh dan ngaji.. tak nangis, tak kejut pun.. dia bangun sendiri bila dengar semua busy lepas sahur.. tapi lepas solat dan ngaji kita bagi dia susu.. upah dia solat dan ngaji subuh tadi.. pelan-pelan kayuh okehh..”
“Jujur Moleiq kitaorg tak pernah paksa untuk solat.. InsyaAllah sempat nanti hari ni aku buat video bagitau macam mane cara kiteorg bimbing dorang ok.. sejujurnya tiada niat lain.. sekadar berkongsi cara.. kitaorg percaya semua ibu bapa ada cara masing-masing.. kami just berkongsi cara kitaorg.. mane tau boleh dimanfaatkan buat yang memerlukan.. semoga anak-anak kita yang berpuasa pada harini berjaya habiskan puasa dan solat fardhu ok”
Walaupun Moleiq masih kecil, namun dia berjaya melengkapkan solat fardhu 5 waktu dan juga terawih sehingga ke witir. Ozlynn menegaskan memang tiada paksaan untuk anak-anak bersolat dan berpuasa. Semuanya dilakukan dengan kehendak sendiri setelah melihat ahli keluarga lain yang solat dan berpuasa. Tambahnya lagi “Doakan Moleiq strong.. kami tak paksa tapi dia yang nak. Kami bagi je dia makan tapi dia yang tak nak”
“Moleiq full puasa.. kami tak paksa.. sebab puasa pertama dan kedua dia tengok semua tak nak makan.. so dia nak puasa kiteorg bagi try je.. dia bangun sahur, solat 5 waktu lengkap ngaji dan full terawih sampai ke witir.. haihhh hati mak mane tak tacing, bila tengok anak semangat.. berapa kali tanya adik ok ke? Oleiq lapar ke? Sebab dia baru 2tahun 9bulan.. risau nak susu ke.. yang pasti dia aktif.. tetap ceria..”
“Chantiq full day puasa sama seperti tahun-tahun yang sebelum ni.. Alhamdulillah jugak Moleiq solat fardhu lengkap 5 waktu dan berjaya habiskan terawih sampai ke witir.. tak rengek langsung..”
Ozlynn pernah untuk tidak mengejutkan Moleiq bersahur semata-mata untuk memberikan anaknya berehat dari berpuasa tapi malangnya Moleiq tetap terus berpuasa.
“Kami cuba tak nak kejut dia sahur.. nak bagi dia enjoy makan tak payah puasa.. sekarang ni kitaorg yang lemah sebab dia cakap dia puasa.. tak apa satgi nak pujuk dia minum susu.. nak cakap mama belanja adik sebab puasa 2 hari.. esok puasa balik.. dan hari ni niat kami suami isteri nak belikan dia toys sebagai hadiah atas sifat dan sikap dia yang “ada hati”..”
Tambahnya lagi, dia sebak kerana dia bukanlah ibu bapa yang baik dan sempurna namun dikurniakan anak-anak yang sangat baik. Ozlynn turut memohon doa semua agar keluarga mereka sentiasa dalam keadaan yang baik-baik.
“Sebak la bila cakap pasal anak-anak ni.. sebab kami bukan la parents yang baik.. tapi berusaha perbaiki setiap hari untuk jadi yang terbaik.. Moga ALLAH permudahkan urusan kami dan keluarga kita semua.. aamiin Yaa Rabb❤️💕😢🥺😭 kami tidak perlukan pujian atau kejian cuma kami mohon selitkan kami juga dalam doa kalian.”
Rata-rata warganet kagum dengan ketabahan Moleiq dan mendoakan Moleiq agar sentiasa menjadi anak yang solehah.
dahh87 kagum betul dengan didikan family akak… alhamdulillah…😍… semoga Moleiq berjaya dunia akhirat…❤️
nrhwz cute❤️
kilang_tudung_borong Moleiq umur brapa… Hebatnya moleiq berpuasa penuh👏👏
callamilkbyummi Chomeellll moleiq. Bijak solehah pula tu ❤️
hasfalina Wah moleiq pun dh belajar puasa..hebat nya..3 thn ye dia?
eznyez 🙌
madanaya03 Aamiin…..comey moleiq..,😍😍😍😍…malu tau yg kat luar sana dh besar pjg, wajib utk nya berpose, tp byk alsn klu nk pose…
nor.gie8 Comel nyaaa…..moga Moleiq berjaya puasa hari ni n seterus nyaaa……👏👏
Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Xantiq dan Moleiq.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!