Cepat masa berlalu, dah berusia lima bulan anak kedua Anzalna Nasir. Bagaimanapun yang menjadi perhatian ramai adalah kenyataan Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir yang menyatakan jika ada rezeki dia memang teringin anak ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anzalna di laman Instagramnya, dia berkongsi gambar comel Mohamad Emirhan yang tak lama lagi akan mula makan.
Apa yang menarik perhatian netizen, pelakon yang berusia 34 tahun itu mengakui dia tidak sabar untuk memberikan anak lelakinya itu adik baharu dan memintanya untuk membesar dengan lebih cepat bagi merealisasikan hasrat yang terbuku di dalam hatinya.
“Selamat berusia 5 bulan Emirhan! Cepat membesar ya, mama tak sabar nak bagi adik! Hahahaha,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.
Mommy beranak ramai pun tak ada masalah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan kecomelan yang dimiliki oleh anak kedua aktres itu.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mendoakan agar hasrat Anzalna untuk menambah anak dimakbukan Allah dan disebabkan kecomelan anak-anaknya, tidak kisah jika pelakon itu ingin anak ramai.
Sebelum ini, ramai yang memuji kecomelan wajah Emirhan selain mengakui dia kelihatan seperti anak orang Turki. Malah ada yang menyatakan anak sulung Anzalna, Eidrees seperti mommy manakala Emirhan ikut baka daddy.
Kredit: Instagram @anzalnanasir88
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Tugas menjadi ibu bapa antara tugas yang mencabar kerana tiada ibu bapa yang tak pernah melakukan kesalahan dalam mendidik anak-anak. Ada masanya kita terlalu keras dalam mendidik dan ada masanya kita mengabaikan kehadiran mereka. Mungkin tiada niat untuk berlaku seperti itu kepada anak-anak.
Berpandulah kepada agama ketika mendidik anak-anak dan semoga kata-kata nasihat daripada Ustazah Asma’ Harun dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua.
Kami dalam perjalanan pulang ke rumah, rindu kali ni lebih dalam pula rasanya, mungkin ketika tinggalkan anak-anak tempoh hari kurang bersedia. Agak kelam kabut kerana kesuntukan waktu.
Teringat Atikah, cahaya hati pertama kami, hari lahirnya pada hari sabtu baru ni ketika kami di terengganu. Umi Abi dah ucap dan doakan melalui mesej dan mohon maaf tak meraikan pada waktunya. Anak-anak dah biasa dengan ucapan doa sahaja, ada rezeki adalah hadiah dan sedikit jamuan kecil bersama keluarga kecil kami. Jika tiada, tidaklah terlalu kecewa, ia bukanlah satu kewajipan.
Bila en. suami tanya nak berhenti makan tak, memang dah agak lapar sebenarnya, saya mohon teruskan sahaja perjalanan, rasa tak sabar nak jumpa anak-anak tu lebih kuat, 3 jam lagi paling kurang perjalanan ini. Bila jauh begini, mulalah rasa dan terkenang salah silap pada anak, terasa banyak kesempatan ketika bersama tidak dihargai dan dimanfaatkan dengan kasih mesra, pendidikan dan pengisian membentuk jiwa dan peribadi. Berdoa agar Allah beri kesempatan waktu, hayat dan tenaga untuk menunaikannya.
Anak-anak perlu dan rindukan kita sebenarnya, walaupun kita depan mata, tapi mereka tak pandai meluah dan menzahirkannya. Janganlah kita terlalu mengukur kasih sayang anak pada kita melalui zahir perbuatan mereka sahaja, mereka belum cukup matang untuk memberi lebih.
Saya bimbang, jika kita terlalu banyak impian dan target dengan cara terlebih tegas (garang) diletakkan pada anak akan menjarakkan hubungan kasih sayang sejati yang perlu ditanam dan disuburkan, sehingga remuk hati dan mereka mula bina impian sendiri yang tiada kita di dalamnya.
Saya pernah berjumpa beberapa orang anak yang sanggup tidak bernikah hanya kerana mahu menjaga orang tua, bukan jodoh tak datang, tapi ditolak atau tidak meneruskan. Bila ditanya, dengan tenang menjawab, bimbang pasangan tak boleh menerima dan makin jauh hubungan dengan ibu ayah, bimbang terhalang untuk berbakti kerana banyak komitmen dan lain-lain sebab.
Allahu Akbar, kadang kelu saya bila jumpa orang sebegini, Allah kurniakan mereka melalui jalan utama ke Syurga, Allah rezekikan mereka mempunyai hati dan nekad setulus itu. Bagi saya itu pilihan yang harus dihormati dan usah buat andaian lain lagi.
Rasulullah SAW bersabda:
الوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الجَنَّةِ، فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ البَابَ أَوْ احْفَظْهُ
Maksudnya: “Ibubapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, Jika kamu mahu letakkanlah pintu itu atau jagalah ia”. [Riwayat al-Tirmizi (1900)]
Lalu terus saya muhasabah, ibu bapa bagaimanakah mereka, hingga si anak sanggup berkorban setara itu, melihat besarnya bakti si anak melambangkan tingginya kasih ikhlas si Ibu Ayah. Dan kita, ibu ayah bagaimana kita ?
Jangan kerana kita, anak-anak terhalang untuk menjadi anak yang soleh solehah. Kita perlu bantu anak-anak untuk menyayangi, menghormati dan berbakti kepada ibu ayahnya iaitu kita, melalui jalan mendidik dan memberikan mereka kasih mesra dan perhatian yang seimbang.
🌹
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka di sebalik ujian yang Allah bagi pada anak kecil ini, nampaknya ada ganjaran menanti. Mungkin semua ini rezeki buat Nur Khairunnisa’ Fadhilah atas kesabarannya kerana mempunyai ibu bapa yang cacat penglihatan.
Walaupun kedua ibu bapanya tak pernah melihat kecomelan wajah anak kecil ini sejak lahir, memiliki anak yang sangat memahami dan baik anugerah paling bernilai.
Sejak kisahnya tular tular di media sosial pada hari orientasi Tahun 1 baru-baru ini ternyata menjentik hati semua yang melihatnya. Biarpun belum mengenali secara dekat rata-ratanya yakin Khairunnisa dapat menjadi anak solehah dan menjaga kedua ibu bapanya dengan baik.
Disebabkan penularan kisah Khairunnisa ini, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah berjumpa dengan keluarga ini sambil menitipkan doa agar dapat terys berbakti pada orang tuanya.
“Tersentuh hati kecil ini…Sungguh matang..”
Perjumpaan bersama dengan adik Kahirunnisa’ telah dikongsikan sendiri oleh Mufti melalui posting di laman Facebook miliknya. Mufti juga dikatakan turut meluangkan masa, bersama kedua-dua ibu bapa murid berkenaan.
Sehebat maksud namanya
Jangan lupa bawa jumpa pak cik ya!
Sebelum ini ibu Khairunnisa, Nur Suhaida Norwi, 30 pernah berkata pada Harian Metro, Nisa adalah mata dan tongkat untuk mereka berdua pergi ke mana-mana.
Faham kami buta
Nur Suhaida berkata, anak tunggalnya itu sangat memahami ‘kekurangan’ mereka untuk bergerak ke mana-mana.
“Khairunnisa membaca papan tanda dan nombor kenderaan serta bertanya orang ramai dalam setiap urusan harian kami.
“Anak ini memang anugerah Allah, dia tahu dalam usia masih muda perlu berdikari dan berdiri sendiri untuk membantu kami yang buta,” katanya.
Sejak usia 4 tahun berdikari
Menurut bapanya, Mohammad Haizir sejak berusia empat tahun, dia dan isteri sudah mengajar Khairunnisa untuk rajin bertanya orang ramai sekiranya memerlukan bantuan ketika mencari jalan.
“Setiap hari dia dan isteri akan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Hang Tuah hingga Stesen Sultan Ismail untuk menghantar dan menjemput Khairunnisa daripada sekolah.
“Walaupun Khairunnisa nampak matang namun usianya tetap masih muda dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaganya,” katanya.
Pelakon popular, Norman Hakim menerusi instagramnya berkongsi kisah 15 tahun yang lalu dimana dia terpaksa menyambut kelahiran anak keduanya di dalam kereta.
Ketika itu dia mendirikan rumah bersama pelakon terkenal, Abby Abadi. Menurutnya lagi, saat itu Abby sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat ke dua mereka.
“Hari ni 15 TAHUN lepas,mama @abby_abadi112 bertarung nyawa dalam kereta untuk lahirkan anak ini & Allah s.w.t pilih papa untuk sambut kelahirannya dalam kereta…(sorry bok terpaksa crop pic sbb tak berhijab time ni..banjer telinga ckit jek😝)”
Memang comel habis gambar baby yang dikongsi oleh Norman. Norman turut meminta untuk agar pengikut di instagramnya meneka siapakah baby tersebut. Macam dah boleh agak siapa kan?
“Soalannya,siapakah anak itu?Boleh tolong tag dia tak & bagitau yang kitaorang sayang..sayang..sayang sangat kat dia dunia akhirat dan mohon sama2 doakan segala yang terbaik buat dia sempena ulangtahun kelahirannya hari ni…🙏🏻❤️🤗”
15 tahun berlalu, dah besar anak dara Norman dan Abby. Cantik manis orangnya, dia ialah Marissa Dania.
Umum sedia maklum bahawa pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi pernah berkahwin dan mereka telah pun lama berpisah. Mereka juga sudah berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Namun, apa yang menariknya tentang mereka adalah walaupun sudah lama berpisah namun Norman dan Abby tetap menjalinkan hubungan yang baik seisi keluarga.
Justeru, tidak hairanlah apabila kisah rumah tangga mereka menjadi perhatian sehingga dijadikan inspirasi kerana seronok melihat keakraban dan ukhuwah yang terjalin.
Norman dan Abby bercerai pada 2006. Menerusi perkahwinan tersebut, mereka memiliki tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 15, dan Maria Danisha Hakim, 12.
Selepas itu, Norman mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada 24 September 2011 dan turut dikurniakan tiga orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan, Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5, dan Mikayla Delisha Hakim, 1 tahun.