Ramai ibu bapa berfikir bahawa memukul anak adalah salah satu cara menunjukkan keseriusan mereka setelah marah mereka tidak diendahkan. Atau sekurang-kurangnya, ia untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak terbabit dan membuatkan kanak-kanak itu lebih taat.
Satu analisis baru yang merumuskan kajian hampir 50 tahun tentang kesan memukul anak mendapati cara ini tidak berkesan untuk mengubah anak secara total. Malah, lebih malang lagi, ia berkemungkinan menimbulkan kesan sampingan yang negatif.
Kajian tersebut mendapati, kanak-kanak yang selalu dipukul membesar menjadi anak yang lebih degil dan lebih melawan ibubapa. Mungkin ia tidak kelihatan seperti itu dihadapan ibubapa mereka menyebabkan ibubapa merasakan tindakan mereka memukul itu adalah berkesan dan betul. Ini kerana kebanyakkan mereka melawan dibelakang ibubapa mereka. Mereka juga mempunyai keadaan mental yang kurang positif, dan berkemungkinan untuk anti sosial.
“Kami juga mendapati bahawa dengan memukul kanak-kanak, ia memberi lebih banyak keburukkan dari kebaikkan dan ianya memudaratkan jika perubahan jangka panjang yang ibubapa inginkan. Ia hanya memberi kesan segera ketika itu sahaja”
Ads
– Elizabeth Gershoff, Profesor Madya Sains Pembangunan Manusia dan Keluarga di University of Texas, Austin.
Mungkin ada ibubapa yang perasan, ada anak yang setelah dipukul dengan agak keras, masih mengulang perbuatan yang sama yang menyebabkan mereka dipukul itu. Ada sebahagian kanak-kanak pula yang makin dipukul, makin menjadi-jadi kenakalannya. Ini menunjukkan memukul bukanlah cara yang efektif mengubah perbuatan mereka.
Ads
“Fokus analisis kami adalah dikalangan ibubapa di Amerika, dari sisi perbuatan memukul anak sahaja dan bukan memaki atau lain-lain” kata Elizabeth Gershoff, Profesor Madya Sains Pembangunan Manusia dan Keluarga di University of Texas, Austin.
Ads
“Kami juga mendapati bahawa dengan memukul kanak-kanak, ia memberi lebih banyak keburukkan dari kebaikkan dan ianya memudaratkan jika perubahan jangka panjang yang ibubapa inginkan. Ia hanya memberi kesan segera ketika itu sahaja”.
Sumber: islamicparentingnetwork
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan perokok memandang ringan kesan asap rokok terhadap orang sekeliling, bahkan keluarga sendiri. Walaupun banyak kempen dilakukan kesedaran itu masih lagi belum membantu.
Bagi anak-anak yang terpaksa menghidu asap rokok, kesannya bukan hanya pada kesihatan tapi turut mempengaruhi perkembangan pembelajaran.
Menurut Dato’ Dr Mohd Rushdan Md Noor, ibu bapa yang merokok dan mendedahkan asap rokok kepada anak-anak (perokok pasif) menyebabkan anak-anak mengalami kesukaran untuk membaca, menguasai matematik, kurang kemampuan untuk menggunakan logik dan “reasoning skills”.
Ini adalah hasil kajian oleh Cincinnati Children’s Hospital Medical Center USA mengenai kesan asap rokok kepada persekitaran dan kesihatan kanak-kanak. Kajian ini menunjukkan bahawa walaupun pendedahan yang kecil, ia masih mampu memberi kesan yang bermakna kepada kemahiran anak-anak untuk belajar. WHO mengganggarkan 710 juta kanak-kanak dunia hidup di dalam persekitaran orang yang merokok.
Hampir 50% lelaki Malaysia merokok (Melayu: 55.9%, Chinese: 36%, Indian : 35%)*. Sudahlah keperluan fizikal dan spiritual anak-anak diabaikan, racun pula yang dihembuskan kepada mereka saban hari. Siapakah sebenarnya penyumbang kepada masa depan anak-anak yang gelap?
* Lim HK, Ghazali SM,Salleh S.
BMC Public Health, 2013;13:8
Bila dah ada anak perempuan ni, ayah kena jadi cinta pertama anak. Kenapa? Hubungan ini yang akan menjadi dasar untuk anak perempuan apabila meningkat dewasa. Ini kerana seorang ayah menjadi contoh dan perbandingan bagi setiap lelaki yang dikenalinya nanti.
Berdasarkan perkongsian dari Akhi Fairuz memang penting peranan seorang ayah untuk anak perempuan yang mungkin kita anggap biasa-biasa sahaja sebelum ini.
Ada yang bertanya saya, bagaimanakah cara seorang ayah memberi cinta kepada anak perempuan sehingga anak ini berasakan si ayah cinta pertamanya. Baik, mari saya kongsikan dalam posting ini.
Sebaik-baiknya ia perlu bermula dari awal, ketika bayi berada dalam rahim ibu, walau kita masih belum tahu jantinanya. Bacalah Al-Quran, berkomunikasi dengan bayi dan ucaplah kata-kata yang baik pada anak, juga pada isteri.
Bila anak ini dilahirkan, azankan di telinganya. Tak cukup dengan itu, si ayah harus belajar bagaimana untuk membasuh uri anak dan menanam ‘kembarnya’ itu.
Walau badan anak masih lembut, si ayah belajarlah untuk mandikan anak. Kena beranikan diri. Basuh berak anak jangan lupa. Jangan sekadar sental dengan tisu basah, basuh juga ia dengan air paip. Takkan nak harapkan mak mentua atau isteri yang tengah berpantang tu?
Bila anak berusia 7 hari, mohon si ayah cukur rambut bayi. Beli je mesin gunting rambut di Mr DIY. Kemudian, cukur pakai pisau cukur. Senang. Jangan beri alasan takutlah, kepala bayi lembutlah, rasa gelilah, eh, macam-macamlah. Anak kita tu, berilah servis yang terbaikya.
Bila anak selesai menyusu badan, bersambung pula dengan susu formula, ayah tolonglah belajar buat susu anak. Saya dulu, langsung tak tahu bab ini. Zero! Sampaikan berapa sukatan susu yang perlu diisi dalam botol pun tak tahu. kahkah
Tapi iyalah, bila anak minum susu, mulalah pukul 2 3 pagi duk merengek pada kita suruh buat susu. Jadi, janganlah pergi kejut isteri untuk buatkan. Ayah bangunlah tidur, buatkan dan beri pada anak. Dapat pahala tau.
Bila anak dah besar sikit, selalulah pelukmereka. Cium dahi, pipi, tangan dan ubun-ubun anak. Mereka akan rasa disayangi oleh seorang ayah.
Sebelum anak pandai untuk gosok gigi dan mandi sendiri, si bapa haruslah uruskan benda tu. Gosokkan gigi mereka, jirus dan sabunkan. Anggap saja ia satu khidmat yang kita beri untuk membantu isteri di rumah.
Sikatkan rambut anak perempuan kita selepas mandi. Belajar bagaimana nak ikat rambut mereka. Memang susah, dia lari sana sini. Ah, kau pandai-pandailah kunci pergerakan anak. Kahkah
Orang perempuan suka dipuji, maka pujilah anak perempuan kita selalu. Jangan kedekut untuk cakap comellah anak ayah, cantiklah anak ayah, bagi pickupline ke, apa sahajalah. Yang penting, kata-kata pujian.
Bila kita peluk anak, jangan lupa cakap, ayah sayang (sebut namanya). Buatlah setiap hari. Dan ajar anak kita tu cakap benda yang sama. (Namanya) sayang ayah.
Ayah dan anak perempuan perlu ada chemistry. Maksud saya, kena pandai masuk ketika mereka bermain. Sebagai contoh, bila dia naik atas badan kita, maka jadilah kuda. Bila anak main masak-masak, kita cubalah buat-buat rasa masakannya (walaupun tak ada apa-apa yang dia suap pada mulut kita). Gunalah imaginasi untuk mewarnai imaginasi anak kita.
Tonton kartun kegemaran mereka bersama-sama. Bab ini saya suka. Upin Ipin saya tengok bersama mereka, Boboiboy, Ejen Ali, Ultraman, Doraemon dan lain-lain. Err, sebenarnya bapak yang lebih suka, bukan anak. Kahkah
Ayah dan anak perempuan mesti ada trademark. Sebagai contoh, high five ke, fist bumb ke (macam Baymax dalam Big Hero 6), fist bumb macam dalam Ejen Ali ke (Neuro Style), colek ibu jari ke, macam-macamlah yang boleh dibuat.
Bila anak dah pandai bercakap, jadilah pendengar yang baik. Mendengar dengan penuh minat apa yang anak kongsikan, ceritakan, aduan dan sebagainya. Tunjukkan yang kita prihatin dan mendengar apa yang mereka katakan. Bukan anak cakap, mata kita dok mengadap phone layan group wassap.
Ayah kena sentiasa berkomunikasi dengan anak. Tanamkan persoalan akidah pada anak, bercerita, kongsikan kisah-kisah Nabi serta ajarkan doa-doa dan Al-Quran.
Si ayah wajib berkongsi pada anak-anak, berkenaan private part, sentuhan selamatdan tidak selamat, menjaga aurat, soal akil baligh anak perempuan dan isu-isu melibatkan kesihatan reproduktif.
Bila anak perempuan ini meningkat usia remaja, ketika itu mereka akan rasa bapanyalah lelaki paling baik, kacak, prihatin, pendengar yang baik dan boleh berkongsi cerita. Maka, mereka tak akan sewenang-wenangnya beri cinta pada lelaki tah mana-mana yang dia jumpa di sekolah, dalam internet atau tepi jalan. Mereka tak akan pilih lelaki selekeh untuk menjadi pasangan hidupnya.
Aku rasa cukup 18 point ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Moga kita menjadi bapa-bapa yang disayangi anak perempuan dan lelaki. Amin.
Kau tahu kawan, salah satu punca berlakunya kes cabul seorang bapa kepada anak perempuanya adalah disebabkan si ayah tidak berperanan sebagai seorang bapa. Beliau bertindak sebagai diktator di rumah dan mahu anak takut padanya.
Sejak anak perempuan ini kecil, langsung tak disentuh, dipuji, dimandi, disuap makan dan dibelai. Bila anak ini dah akil baligh, dah besar, tumbuh payu dara dan sebagainya, si jantan ini akan melihat anak dengan ‘pandangan’ yang lain. Tak rasa itu adalah anaknya.
Bila anak dah mula boleh bercakap, memang seronok kita melayan. Dengan gaya comel dan suara manja anak, tak puas rasanya bersembang dengan anak ni. Bercakap tentang gelagat anak bercakap, sebuah video yang dikongsikan Jehan Miskin meraih perhatian ramai.
Di dalam video tersebut dapat dilihat anaknya, Axel Nova Rhee sudah mula pandai bercakap dan menyebut beberapa perkataan seperti Appa, Amma, Nana, cat, piza dan sebagainya.
Reaksi Jehan setiap kali anaknya berjaya menyebut setiap perkataan memang priceless. Nampak sangat seronok dan bahagia bila anaknya yang kini berusia 18 bulan dengan petah menyebut setiap perkataan yang diajar.
Rangsanglah anak yang dah mula belajar bercakap. Ada beberapa cara yang boleh kita buat seperti;
Tip 1: Face to Face
Apabila bermain dan berinteraksi dengan anak anda, rendahkan badan, supaya dapat bersemuka dan bertentang mata. Anda boleh duduk di lantai dan anak duduk di kerusi, atau baring di lantai bila anak bermain di lantai. Dengan cara ini, anak anda dapat melihat dan mendengar apa yang anda sebut dengan lebih baik.
Tip 2: Intonasi Menarik
Kanak-kanak mudah tertarik dengan melodi. Tak hairanlah mereka memberi respon yang sangat baik pada lagu. Jadi apa salahnya kita bercakap dan berinteraksi dengan anak menggunakan intonasi berlagu yang menarik. Ia secara langsung boleh menarik minat anda untuk mendengar dan memahami apa yang kita cakapkan.
Tip 3: Mainan Yang Merangsang Deria
Dah nama pun kanak-kanak kan, mestilah mereka sukakan mainan. Bermain adalah waktu belajar bagi mereka. Tapi, kita sukar untuk mendapatkan perhatian anak sekiranya mainan tersebut membosankan atau terlalu sukar untuk kanak-kanak fahami cara untuk bermain.
Tip 4: Guna Ayat Yang Ringkas
Keseronokan berinteraksi adalah bergantung kepada sejauh mana kita memahami sesuatu bahasa. Semakin faham dan tahu menggunakan bahasa, semakin mudah dan seronpk untuk kanak-kanak berinteraksi.