Tak kiralah anak lelaki mahupun anak perempuan, sememangnya rapat dan manja dengan ayah. Kalau boleh tak mahu berenggang! Ada satu bonding yang istimewa antara ayah dan anak-anak ni tak sama seperti dengan ibu. Sebab itulah dikatakan ayahnya adalah role model untuk anak lelaki dan cinta pertama untuk anak perempuan.
Kadang-kadang bila rapat dengan ayah pun ada tersilap juga. Itulah yang berlaku pada kanak-kanak ini apabila dia dengan yakin didukung oleh seorang lelaki. Tak menangis atau minta diturunkan kanak-kanak tersebut akhirnya tercengang apabila melihat ayahnya berada di tempat lain.
Sebenarnya yang mendukung kanak-kanak tersebut adalah seorang lelaki yang mempunyai rupa seakan-akan ayahnya. Dengan bentuk badan dan pemakaian yang lebih kurang sama, maka tak hairanlah dia boleh tersalah ayah!
Orang di sekeliling sudah tertawa melihat kanak-kanak tersebut yang asyik memandang kedua-dua lelaki tersebut untuk mengenal pasti ayahnya. Akhirnya, dia menuding jari ke arah ayahnya yang sedang duduk.
Memang terhibur bila tengok gelagat kanak-kanak tersebut.
Pelakon dan pengacara, Lufya Omar memuatnaik video anaknya, Haura sedang melakukan aksi solat. Beliau yang berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sila jangan tiru gaya RUKUK ini. Hahahaha mana lah Haura belajar rukuk tangan ke belakang tu sayang. Masyallah takpe practice makes perfect, At least dah ada interest nak solat & sujud. Alhamdulillah
Balik rumah semalam die ambik tudung mummy jadi telekung die kononnya. Semoga menjadi anak yang mendirikan solat dan cintakan ilmu dunia dan akhirah. Aamin.
Keletah Haura yang comel menarik minat netizen. Ada juga yang mempunyai pengalaman yang sama. Ada juga yang turut menyatakan Haura mungkin nampak ibunya solat dan cuba meniru.
Kes penderaan anak asuhan seolah-olah seperti satu trend sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan ada sahaja kisah bayi atau kanak-kanak yang diperlakukan dengan kejam hingga meninggalkan kesan kecederaan dan trauma dalam diri mereka.
Mungkin secara luaran tak nampak sikap sebenar tetapi apabila anak dihantar dan dijaga baru pecah tembelangnya setelah anak menunjukkan beberapa perubahan mendadak selain sering menangis.
Melalui apa yang dikongsikan oleh seorang ibu, Fatin Zulhaq dia ada memuat naik satu status mendakwa anaknya telah didera ketika berada di bawah jagaan pengasuh.
Mengaku 18 tahun mengasuh, ada sijil
Pertama, nak cerita pasal mula-mula nak dapatkan pengasuh sebelum masuk kerja. Fatin dapat pengasuh ini dari sebuah kelab di Facebook. Pada malam tu Fatin start text die, tanya semua lah pasal anak dan pengasuh tu. Pengasuh tu sendiri mengaku dia dah 18 tahun pengalaman mengasuh, ade sijil dan kalau boleh nak limit jaga anak tu 2 org sahaja kalau keluarga dia tak kisah katanya.
6 hari selepas cari pengasuh selain dia, saya dan mak pergi ke rumah dia untuk suai kenal dan turut bawa si Lufya. Habis berbincang dan kami tetapkan untuk hantar Lufya lepas 9/9/19. Sebab masih cuti dan nak hantar mak balik kampung. Pengasuh terima dan minta bayar awal bulan mungkin takut parents tak jujur. So saya siap bayar awal bulan tu, tapi baby tak hantar lagi tau.
Masa first hantar Lufya terkejut ramai sangat anak asuhan yang pengasuh ni jaga, lebih 8 orang waktu tu. Dia cakap ramai yang transit baby ada 3 org termasuk Lufya. Bulan pertama hantar memang tak susah hati lagi. Walaupun bulan pertama hantar hanya 8 hari, kami masih bayar full. Sebab kami sangat percaya pada pengasuh ni.
Tiap kali nak hantar anak nangis, ambil petang mata bengkak
Bulan kedua, Fatin dan suami sudah rasa tak sedap bila hantar Lufya. Bila letak dalam carseat je menyebek nak menangis. Asal balik dari rumah pengasuh, mata bengkak macam baru lepas menangis yang lama. Jujur Fatin sebagai ibu, Fatin tahu anak Fatin macam mana dia, sangat mudah dijaga. Fatin kerja shift so kalau hantar pagi pukul 10am Fatin akan mandikan Lufya sesiap, dan kalau hantar pukul 2 petang sepatutnya kena ambil pukul 10 malam. Tapi selama hantar Lufya dengan pengasuh ni, 1 hari sahaja kami pernah tinggal Lufya sampai pukul 10pm, itu pun sebab Fatin shift petang dan suami ada operasi waktu tu. Tapi masih sama hantar 11 hari dan bayar full.
Mula minta naikkan bayaran
Pernah sehari tu Fatin tanya dia ni kenapa dekat leher Lufya macam ada lebam, kena semut ke? Tapi dia cakap itu tahi lalat tapi lepas 3 hari yang dia cakap ‘tahi lalat’ tu hilang. Lepas daripada tanya ni, pergi ambil Lufya dan pengasuh tu nak naikkan harga upah. Lepas bincang dengan suami keesokannya, kami bersetuju untuk bayar seperti yang dia nak. Sambil tu Fatin try juga lagi cari pengasuh lain dalam group tu.
Masuk bulan ketiga pada 12/11/19, Fatin sepatutnya kerja petang tapi Fatin hantar anak awal sebab nak ke rumah anak-anak yatim di Ampang (activist di sana). Fatin sempat text pengasuh sebab nak hantar anak awal. Dan ada depan rumah dia pukul 10.30 pagi untuk hantar Lufya. Bagi salam 5 kali tapi tak dijawab, dengar budak-budak gelak main-mainan, call baru pengasuh tu sedar. Rupanya dia tidur. Lepas itu letakkan Lufya baik-baik dekat tilam dia, sebab mata dia dah lali nak tidur. Dalam perjalanan nak ke Ampang tu, dalam hati ini memang gundah-gulana, siap bagi tahu suami suruh cari pengasuh lain.
Muka anak berbirat
Petang pukul 6, suami pergi ambil Lufya dan tengok muka anak berbirat. Suami tanya pengasuh, dia cakap kena cakar dengan anak asuhan lain. Suami ambil beg Lufya terus keluar dari rumah pengasuh tu. Waktu tu Fatin kerja, suami sempat hantar gambar Lufya. Hati ibu mana tak runtun tengok muka anak sampai macam ni. Bila tanya, dia suruh kita pula pergi settle kan dengan mak budak asuhan (budak perempuan) yang cakar Lufya tu. Ya Allah, mana tanggungjawab awak sebagai babysitter. Mak budak tu call lah Fatin minta maaf semua, padahal bukan salah dia. Itu pun entah betul ke tidak anak dia pukul, sebab anak dia baru 1 tahun 6 bulan.
Keesokan hari, Fatin dan suami pergi jumpe pengasuh dan niat kami memang nak tahu cerita sebenar. Sebab waktu ibu budak (Sue) yang kononnya pengasuh tu cakap dia cakar Lufya tu ada call dan bagi tahu Fatin, pengasuh cakap anaknya telah tampar Lufya. Nampak tak dah bercanggah, kami pergi dan kebetulan Sue ada dekat situ, kami bersembang secara profesional.
Pada awalnya, pengasuh tu minta maaf sambil mengalirkan air mata dan Sue sekali lagi minta maaf. Untuk pengetahuan semua Sue follow up Fatin pasal kes Lufya ni pada malam kejadian tersebut dan pengasuh hanya buat keras je. Suami tanya pasal kkm, katanya dia ada. Pada awalnya dia cakap dengan Fatin, Lufya kena cakar, dengan Sue dia cakap anak Sue tampar. Dan berdepan dengan pengasuh sendiri dia cakap anak kene permainan lego. Dan yang paling latest suami dia cakap anak asuhan lain jatuh dan tertampar Lufya.
Disyaki didera
Kalau mereka benar, Fatin pasti jawapan akan jadi sama tapi kenapa mesti lain-lain. Pengasuh siap tanya apa feedback, masih nak hantar tak. Keputusan Fatin memang tidak dan kami datang untuk ambil tilam dan barang-barang Lufya. Dalam kami berbincang dan nak tahu cerita tu saya luahkan semua pada pengasuh yang pada awalnya dia dah tipu saya, dan dia cakap anak asuhan dia hanya anak Fatin dan anak Sue sahaja. Selebihnya dalam 8 orang mcm tu adalah anak asuhan ibu dia yang berumur 50-an.
Suami bagi tahu, semalam pergi HKL doktor tak cek lagi. Tapi dalam surat doktor tulis Lufya disyaki didera. Mereka ada juga tanya masih nak buat report ke, Fatin keluarkan surat report yang dibuat oleh suami semalam dan tunjuk pada mereka dan sekarang hanya tunggu pihak polis jalankan tugas . Waktu ni memang nampak muka resah pengasuh tu.
Diharapkan dengan perkongsian ini boleh jadi peringatan bersama ibu bapa lain. Kalau rasa ada tak kena kena cepat bertindak kerana anak kecil belum pandai nak beritahu apa-apa selain hanya menangis sahaja.
Bukan mudah untuk menggalakan anak-anak ke pergi ke masjid terutama solat subuh. Pendekatan yang dilakukan oleh sebuah masjid iaitu Masjid Al-Syakirin, Gombak, Selangor patut dijadikan contoh kepada masjid-masjid lain yang belum melakukan usaha seumpama ini.
Muat naik sebuah video di TikTok akaun masjidalsyakirin meraih perhatian ramai apabila memaparkan sekumpulan kanak-kanak beratur menunggu giliran untuk dibayar ‘gaji’ oleh pihak masjid.
“Hari elaun pahlawan Subuh Masjid Al Syakirin.Setiap hari anak anak akan dapatkan cop dan hari ahad kami akan serahkan wang saku mengikut kehadiran mereka.
Insiatif yang dilakukan oleh ahli masjid berkenaan adalah sebuah program dipanggil ‘Subuh Warriors’ . Ia adalah untuk mengalakkan kanak-kanak yang solat subuh berjemaah di masjid tersebut.
Lebih menarik, pihak masjid akan memberikan satu op untuk setiap hari agi kanak-kana yang bangun pagi dan solat subuh berjemaah. Untuk memudahkan urusan mengira berapa banyak cop yang diperolehi oleh kanak-kanak, pihak masjid turut memberi sebuah buku kecil untuk menanda cop sebagai bukti mereka hadir setiap pagi. Setiap cop bernilai RM3!
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen rata-rata menyokong usaha yang dilakukan oleh pihak masjid, Biarpun ada kecaman yang menyatakan akan menyebabkan kanak-kanak solat demi duit, dakwaan itu tidak benar.
Sebaliknya usaha itu untuk memberi semangat untuk anak-anak solat dengan seronok, secara langsung lama ke lamaan akan sebati dalam diri mereka.
“Alhamdulillah.. Tahniah bg pengelola Masjid Al Syakirin Gombak.”
“Alhamdulillah ..jgn di pertikai usaha murni .. ini lah saham akhirat .. mendidik anak² bersemangat untuk bgn Solat berjemaah di masjid “
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.