Proses melahirkan seorang anak memang cukup getir untuk dilalui oleh setiap wanita. Ia bagaikan mempersiapkan diri ke medan perang dan bertarung nyawa untuk sebuah kelahiran yang cukup indah.
Arif Muhammad, Youtuber popular dari Indonesia berpeluang melihat sendiri proses bagaimana isteri tercinta melahirkan bayi lelaki mereka. Momen yang cukup berharga itu dikongsi oleh Arif Muhammad di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsiannya itu, Arif berkongsi video ketika proses bersalin isterinya Dita Audina sehingga melahirkan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Arsenio Al Arif. Dalam video tersebut, Arif berulang kali menyebut kalimah Allahuakbar sepanjang menemani isterinya melahirkan.
Ads
Kagum dengan semangat isteri
Menerusi rakaman video itu juga, Arif menyatakan rasa kagumnya terhadap isteri yang bersalin secara normal. Menurutnya isteri tercinta sedikitpun tidak menangis bermula dari bukaan pertama sehinggalah bayi mereka dilahirkan. Memang hebat!
Dalam satu posting yang lain, Arif turut memuat naik rakaman video dia mengazankan bayi lelakinya yang comel.
Perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah oleh pengikut Arif di laman sosial. Rata-ratanya terharu melihat kesungguhan isteri Arif yang tidak putus asa dalam proses melahirkan cahaya mata.
Sesekali dapat tengok sendiri isteri melahirkan pasti jadi momen indah untuk dikenang oleh sang suami. Barulah tahu betapa besarnya pengorbanan isteri untuk melahirkan seorang khalifah ke muka bumi ni. Bila anak dah besar boleh juga pertontonkan pada mereka supaya mereka tahu akan pengorbanan ibu yang tiada galang ganti. Apapun Tahniah diucapkan buat pasangan ini!
Anak sudah masuk usia 5 tahun, barang permainan pun semakin banyak. Tetapi pernah tak ibu ayah membasuh mainan kanak kanak walaupun sekali? Eh…perlu ke untuk mencuci barang permainan si kecil?
Kredit: Freepik
Perlu ke membasuh mainan kanak kanak?
Pastinya ada dalam kalangan ibu bapa yang keliru, sama ada perlu atau tidak untuk mencuci barang permainan si kecil, bukan? Malahan, mesti terdapat ibu bapa yang berasakan tiada keperluan pun untuk basuh mainan kanak-kanak, kan?
Kebanyakan ibu bapa sering memandang remeh isu ini. Tetapi adakah anda terlupa bahawa bakteria dan kuman boleh berkumpul pada barang mainan si kecil?
Apatah lagi jika si manja mempunyai tabiat memasukkan mainan ke dalam mulut, khususnya bayi. Sudah tentu keadaan seperti itu memudahkan sebarang jangkitan bakteria dan kuman untuk menyerang si kecil.
Kekerapan untuk mencuci permainan tidak perlulah dilakukan setiap hari. Namun terdapat beberapa keadaan yang amat disarankan untuk proses membersihkan barang permainan dilakukan, seperti:
Barang permainan nampak kotor, khususnya apabila selepas dibawa main di luar rumah atau dikotori dengan makanan yang tumpah
Anak anda baru sembuh daripada sebarang keadaan kesihatan seperti demam atau selesema mahupun cirit-birit
Si kecil memasukkan barang permainan ke dalam mulut
Membersihkan sekurang-kurangnya sekali setiap hujung minggu/ bulan
Kaedah membasuh mainan kanak-kanak
Barang permainan, terutamanya seperti patung boneka seperti teddy bear sememangnya merupakan kegemaran si kecil. Walau bagaimanapun, permainan seperti itulah yang kerap menjadi tumpuan bakteria dan kuman.
Sebenarnya untuk mencuci permainan seperti patung boneka adalah mudah. Namun adakalanya sesetengah barang mainan kanak kanak memerlukan cara pembersihan yang lebih khusus.
Jadi berikut dikongsikan kaedah mencuci barang permainan si kecil yang boleh dicuba:
1. Membasuh mainan anak dengan mesin basuh
Patung seperti patung beruang atau arnab boleh dicuci dengan menggunakan mesin basuh dan sudah tentu ia merupakan 1 perkara paling menyenangkan bagi kebanyakan ibu bapa. Namun terdapat beberapa risiko yang perlu dihadapi.
Perkara paling utama sebelum membasuh mainan anak adalah dengan membaca arahan penjagaan pengeluar yang terdapat pada tag mainan si kecil, terutamanya permainan yang mempunyai butang.
Jika anda memilih menggunakan mesin basuh:
Pilih menggunakan kitaran lembut bersama air sejuk atau mungkin anda boleh menggunakan air panas (bergantung kepada kesesuaian barang permainan.
Masukkan bahan pencuci ringan yang tidak dicampur pewangi dan mempunyai bahan antibakteria. Jika tiada, anda boleh menggunakan sabun pencuci baju si kecil. Ikut arahan cucian pada botol sabun dan elakkan daripada menggunakannya dalam kuantiti yang banyak.
Jika saiznya muat, anda boleh memasukkan barang mainan ke dalam beg pakaian dobi jenis netting (netting laundry bags). Ia dapat membantu menjaga bahagian-bahagian tertentu pada permainan seperti mata dan rambut.
Secara umumnya, penggunaan mesin pengering untuk mengeringkan permainan anak dibolehkan untuk sesetengah jenis mainan seperti patung boneka walaupun ia bukanlah pilihan terbaik.
Ini kerana sesetengahnya mungkin mengandungi bahagian bergam atau bahagian plastik yang tidak dapat menampung haba panas daripada mesin pengering.
Namun, jika masih ingin menggunakan mesin pengering, pilih tetapan suhu panas yang rendah atau tidak panas.
Anda juga boleh memilih untuk menjemurkannya di bawah sinaran matahari atau berhampiran kipas untuk memastikan patung boneka tersebut cepat kering.
kredit: hellodoktor
2. Mencuci mainan kanak-kanak dengan tangan
Tidak semua permainan direka dengan cara yang sama. Ada sesetengahnya lebih sesuai dicuci menggunakan tangan, seperti lego atau barangan kitchen pretend play seperti pinggan mangkuk plastik.
Untuk membasuh barang permainan atau patung boneka menggunakan tangan, 3 perkara yang anda perlukan:
#Bekas yang cukup untuk mengisi air bagi menenggelamkan setiap permainan dan patung boneka, seperti baldi besar.
#Sabun pencuci ringan. Anda boleh memilih menggunakan sabun pencuci baju si kecil atau sabun pencuci botol susu bayi.
#Kain bersih yang kering.
Berikut adalah cara-cara untuk mencuci:
Untuk memulakan membasuh mainan anak menggunakan kaedah ini, anda perlu memenuhkan bekas yang anda ingin gunakan dengan air sejuk atau air panas suam.
Pastikan ia cukup untuk menenggelamkan setiap permainan anak anda.
Masukkan sesudu sabun pencuci bagi setiap per galon air.
Tenggelam timbulkan setiap permainan, supaya ia larut sekata antara air dengan sabun pencuci.
Rendamkan permainan untuk tempoh antara 15 minit hingga sejam, sebelum mencuci, bergantung kepada kesesuaian barang permainan.
Untuk mencuci, anda boleh memilih untuk menggunakan secara terus air daripada paip atau membuang air dalam bekas dan digantikan dengan air bersih. Cuci menggunakan kaedah tenggelam timbul, sama seperti untuk merendamkan mainan tadi sehingga hilang sabunnya.
Untuk mengeringkan patung boneka, anda boleh memicitnya beberapa kali untuk mengeluarkan air kemudian balut dengan kain bersih. Kaedah ini dapat membantu mengeluarkan lebihan air. Kemudian jemur atau keringkan berhampiran kipas.
Bagi barang permainan plastik seperti lego pula, lapkan dengan kain yang bersih sehingga kering.
3. Barang permainan kanak-kanak dengan komponen elektronik
Mencuci bahagian tertentu merupakan 1 cara membasuh mainan yang tidak boleh ditenggelamkan dalam air kerana mempunyai komponen elektronik atau muzik. Sudah tentu ia untuk mengelakkan sebarang kerosakan.
Kaedah ini hanya melibatkan proses mencuci bahagian permukaan mainan dengan mengelap luarannya menggunakan kain lembap bersama sabun pencuci lembut. Anda boleh menggunakan sabun pencuci pakaian bayi atau sabun pencuci pinggan biasa.
Paling penting, elakkan daripada menyebabkan bahagian komponen elektronik atau muzik terkena air.
Sebenarnya tidaklah sukar untuk membersihkan barang mainan si kecil, bukan? Ia cuma memerlukan kerajinan dan kesabaran untuk mengendalikan barangan yang bersaiz kecil.
Walau apa pun, cuba untuk mencuci barangan permainan si kecil sekurang-kurangnya sebulan sekali, okay? Sudah tentu ia dapat menjamin tahap kebersihan barangan si manja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Berita yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa yang mempunyai bayi dan anak kecil kini telah dikemaskini. Seperti umum sedia maklum, dalam Pembentangan Bajet 2020 pada Oktober tahun lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk program vaksin Pneumococcal dan akan diberikan secara percuma kepada bayi yang lahir pada tahun 2020.
Google Image
Bayi Lahir 1 Jan Tahun Ini Layak Dapat Vaksin
Dalam satu laporan berita oleh BERNAMA, memetik kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, bayi yang lahir bermula 1 Januari tahun ini layak menerima suntikan vaksin pneumococcal secara percuma.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dalam proses perolehan vaksin berkenaan untuk diedar ke semua klinik dan hospital dan suntikan itu dijangka dilaksana mulai Jun depan.
“Sebanyak RM60 juta diperuntuk untuk program vaksin pneumococcal ini,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Ipoh pada pagi ini.
Terdahulu, Dr Lee menyerahkan alat perubatan LEGA, yang merupakan inovasi tempatan untuk membantu pesakit berkaitan masalah paru-paru seperti asma dengan mengeluarkan kahak dan melegakan pernafasan, kepada Klinik Kesihatan Gunung Rapat di sini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lalu mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta daripadanya sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.
Dijangka mula diberikan pada bayi yang layak bermula Jun 2020
Laman Facebook Public Health Malaysia juga dilihat turut mengemaskini status mengenai suntikan Vaksin pneumococcal yang dijangkan akan mula diberikan kepada bayi yang lahir bermula 1 Jan tahun ini sekitar Jun 2020.
Sebelum ini vaksin pneumococcal tidak ditawarkan dalam suntikan imunisasi wajib tetapi boleh diambil oleh ibu bapa sebagai vaksin tambahan di klinik swasta dengan anggaran kos antara RM200 hingga RM300 untuk satu dos.
ibu bapa yang mempunyai bayi yang dilahirkan pada tahun ini, jangan lupa untuk dapatkan dos vaksin percuma buat bayi anda kelak.
Biasanya bila kita bercakap tentang senarai belanja dapur, ia bermaksud barang-barang makanan untuk dimasak. Keperluan ini sememangnya akan di beli setiap bulan dan seolah rutin wajib.
Cuma setiap keluarga mempunyai keperluan yang berbeza. Ada yang selesa membeli barang dapur sebulan sekali, ada yang suka tambah seminggu sekali mengikut bajet dan kewangan sendiri. Namun disebabkan keadaan sekarang ni, bila nak keluar acap kali mesti akan fikir dua kali kan?
Lauk dan sayur yang dibeli untuk stok 2 minggu. Kadang ada lebih lagi.
Jadi pilihan yang lebih baik adalah beli terus stok barang kering untuk sebulan dan lauk basah mungkin dalam 2 minggu sekali boleh tambah semula.
Semua bekas diletakkan label
Berikut antara perkongsian Puan Eiza Nas yang berkongsi caranya membeli stok barang dapur dan barang basah untuk kegunaan seisi keluarga. Apa yang boleh dipuji, susun atur barang makanan dalam peti begitu teratur sekali dan barang kering pula diletakkan satu tempat yang mudah nak ambil.
Selesai sudah tugas mengemas barang dapur. Mama nas bukan panic buying. Mama nas adalah monthly buying.
Semalam beli barang kering stock sebulan. Hari ini beli barang basah stock 2 minggu. 2 minggu lagi baru jumpa pula pasar raya. Barang kering 1 bulan lagi .
Ini cara mama nas organize barang mamanas. Sebab bukan mama nas sahaja chef dalam rumah ini. Ada lagi 3 chef yang dilantik juga. Jadi bila dah organize senang untuk semua.
Bila mereka tanya barang mereka cari. Dari ruang tamu mama nas boleh bagi tahu. Pasti mereka jumpa barang tu.
Sebenarnya organize ini memang bagus untuk mak-mak yang sibuk atau yang ramai chef dalam rumah. Ini sangat membantu. Jadi jom kita organize dapur kita. Agar senang hidup kita.
Dengan cara susun atur begini, keadaan dapur lebih tersusun dan kemas. Lagi satu bila diletakkan dalam bekas yang bertutup, lagi selamat dan tahan lama berbanding buka plastik dan ikat dengan getah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.