“Pohon tanam jenazah mak secepat mungkin. Tidak perlu tunggu sesiapa.” Mak macam dah tahu. Semua siap disediakan awal. Itu antara pesanan terakhir Allahyarhamah Muhyizan Muhyi kepada tiga anaknya sebelum meninggal dunia akibat barah usus pada 6 Mei bersamaan dengan 5 Syawal lalu.

“Menangis Saya, Seminggu Emak Pergi Baru Jumpa Nota.” Mak Dah Sedia Awal

Apa yang menyedihkan, nota itu baru ditemui tiga anaknya 14 Mei lalu selepas seminggu pemergian ibu dan mendapat perhatian ramai selepas salah seorang anak arwah, Nor Azuana Masshar, 36, berkongsi kisah di Facebook (FB).

Kemas bilik arwah ibu terjumpa nota 

“Menangis Saya, Seminggu Emak Pergi Baru Jumpa Nota.” Mak Dah Sedia Awal

Menerusi laporan Metro, Nor Azuana berkata, nota itu ditemui oleh adiknya, Nur Asyikin, 34, dalam almari baju ketika mereka bersama-sama mengemas bilik tidur arwah ibunya dengan adik bongsu, Muhammad Aizuddin, 30.

Nor Azuana berkata, nota itu ditemui bersama bungkusan berisi tudung berwarna putih, kain batik panjang, kain batik lapik, plastik lapik tilam dan telekung.

“Menangis Saya, Seminggu Emak Pergi Baru Jumpa Nota.” Mak Dah Sedia Awal

“Emak memang ada beritahu mengenai kelengkapan pengurusan jenazah disediakannya, seingat saya pada awal tahun ini namun saya dan adik-beradik tidak ambil pusing sangat kerana enggan berfikir ke arah itu.

“Lagipun, emak sihat ketika itu dan tak sangka pula ia petanda arwah akan meninggalkan kami.

“Menangis Saya, Seminggu Emak Pergi Baru Jumpa Nota.” Mak Dah Sedia Awal

“Saya menangis selepas membaca nota itu malah rasa ralat dan terkilan kerana tidak dapat gunakan kelengkapan itu bagi menguruskan jenazah emak. Saya bagaimanapun tetap lega kerana urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Temoh Stesen, Temoh, Perak iaitu kampung halaman emak berjalan lancar,” katanya.

IKLAN

Baru tahu menghidap barah usus

“Menangis Saya, Seminggu Emak Pergi Baru Jumpa Nota.” Mak Dah Sedia Awal

Nor Azuana yang bekerja sebagai jururawat berkata, ibunya disahkan menghidap barah usus tahap empat pada 27 Februari lalu iaitu dua hari selepas tiba di rumahnya di Taman Rambai Idaman, Bukit Rambai, di sini.

“Emak menetap di Taman Murni, Gurun, Kedah bersama abah (Masshar Ahmad, 62) manakala kami tiga beradik tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing.

“Menangis Saya, Seminggu Emak Pergi Baru Jumpa Nota.” Mak Dah Sedia Awal

“Pada 25 Februari lalu, emak datang ke rumah saya untuk membantu menjaga anak saya selepas pengasuh anak positif Covid-19.

“Emak sihat pada mulanya sebelum mengadu sakit perut dua hari kemudian dan sebaik dibawa ke hospital, doktor mengesahkan emak menghidap barah usus tahap empat. Lapan hari juga emak tidak sedarkan diri di hospital sebelum dibenarkan pulang pada 14 Mac.

IKLAN

“Sejak itu, emak tinggal terus di rumah saya dan sempat juga saya menjaganya termasuk bantu tukarkan beg stoma serta lampin pakai buang selepas pulang kerja,” katanya.

“Menangis Saya, Seminggu Emak Pergi Baru Jumpa Nota.” Mak Dah Sedia Awal

Tunjuk petanda sebelum pergi

Nor Azuana berkata, selain meninggalkan kiriman nota, ibunya juga ada menunjukkan petanda lain sebelum meninggal dunia.

“Paling tak dapat lupa, emak beritahu keinginannya untuk raya betul-betul tahun ini kerana dia dapat rasakan ini (raya) yang terakhir namun satu juadah raya pun dia tidak jamah.

“Allah lebih sayangkan emak dan saya bersyukur kerana ada di sisinya sebelum menghembuskan nafas terakhir walaupun berasa emak pergi terlalu cepat dan belum puas menjaganya

“Menangis Saya, Seminggu Emak Pergi Baru Jumpa Nota.” Mak Dah Sedia Awal

IKLAN

“Abah juga masih sedih dan tidak boleh bersendiri kerana ke mana saja pergi, emak yang akan temankannya. Kini, kami adik beradik bergilir-gilir menjaganya,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Azuana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan ibunya selepas dia berkongsi kisah berkenaan di FB.

“Niat saya berkongsi kisah itu sekadar untuk meluahkan perasaan.

“Diharap perkongsian itu jadi peringatan buat kita semua untuk bersedia ke alam sana kerana mati itu pasti,” katanya.

Kredit: FB Nor Azuana Masshar & Metro

Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

“Menangis Saya, Seminggu Emak Pergi Baru Jumpa Nota.” Mak Dah Sedia Awal

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI