Anak-anak kecil ni ada saja perangai dia yang out of the box. Kadang-kadang buat kita marah, ada masanya buat kita terhibur. Kehadiran anak sebenarnya membahagiakan dan banyak memori tercipta sejak mereka ada dalam hidup kita.
Gelagat mereka tentunya mencuit hati, maklumlah mereka jujur dalam berkata-kata. Tanpa diduga, mereka akan bertanya soalan yang sukar untuk kita jelaskan.
Sama seperti adik comel ini yang menangis apabila melihat foto perkahwinan ibu ayahnya. Biarpun sedang teresak-esak, dia sempat bertanya ke mana dia menghilang kerana tak ada di dalam foto itu.
“Macam mana ibu tak sayang adik?.”
“Bukan, masa tu adik tak ada lagi.”
“Macam mana adik hilang?.”
Ads
“Bukan adik hilang, adik belum ada lagi.”
Di akhir video, ibunya memberitahu yang dia sayangkan anaknya itu. Video adik ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet terhibur dengan gelagat comelnya.
“Sis selalu jawab ada dlm perut. Tak lahir lagi.. Jauh lagi 😂😂😂,” kata Izzy.
“Anak sy masa kecik mcm ni la…hbis album kawin kami di koyaknya…smpai kena sorok la album kawin..,” tambah Hasnita pula.
Menurut MummyChimmy pula, “Alahai sedihnya..Kene ambik gambar lg sekali tu 😁 Baby2 PKP semua mesti dalam gambar kawin mak ayah dn ikut bersanding..Takkan ada pertanyaan camni 😅.”
Tambah Zarra, “Nasib baik takde kakak .. Klu tak kakak jd penambah perisa ckp adik anak angkat 😂😂.”
Ads
Kata thecahayaziarah pula, “Lepasni semua org kena ada ank dulu baru boleh sanding & photoshoot wedding ye guys..kalau tk jd kes mcm ni pening mkpak nk menjwb mne adik hlg 😂🤣.”
Macam-macam gelagat anak. Untuk pasangan yang bersanding dalam tempoh selepas PKP mungkinlah ada yang berkesempatan untuk bergambar dengan anak kan? Sebenarnya bila anak terfikir untuk bertanya hal seperti ini, mereka sebenarnya bijak dan sentiasa berfikir. Sekiranya anak-anak bertanya hal sebegini, responlah kepada mereka dengan baik untuk terus merangsang pemikiran mereka.
Pelakon, Shakilla Khoriri berkongsi video di mana dia sedang mengambil anak perempuanya, Ameena di lobby bangunan setelah Ameena selesai beraya bersama Fizi Ali.
Menurut Shakilla, dia berasa ralat kerana satu-satunya anak perempuan tercinta terpaksa bergilir-gilir beraya setelah dia dan Fizi Ali mengambil keputusan berpisah secara baik.
“Tahun kedua beraya dalam keadaan macam ni. I feel bad for her. Really”
Tambahnya lagi, dia sentiasa berpesan kepada Ameena agar menjaga tingkah laku serta menghormati sesiapa sahaja walaupun baru diusia 4 tahun.
“Takpa this year beraya dengan daddy. Aku harap anak kecil ni ingat setiap pesan mak dia. Sebab aku bersusah payah mendidik dan mengajar banyak perkara. Ameena makin besar, anak yang bijak. Mata kepala dia melihat apa yang dia lihat. Dia bercakap apa yang dia tahu. Mengikut contoh apa yang dia rasa BETUL yang orang buat depan dia.”
Shakilla turut mendedahkan dia tidak pernah memutuskan silaturahim Ameena dengan Fizi Ali walaupun sudah berpisah.
“Begitu lah anak-anak ni membesar.”
“Aku tak besarkan Ameena dengan perasaan dendam dengan siapa-siapa.”
Siapa yang tak kenal dengan pengacara yang pernah popular suatu ketika dahulu, iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain kan? Walaupun jarang berada di kaca televisyen kini, namun Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain masih lagi aktif di media sosial.
Ibu kepada empat cahaya mata ini gemar berkongsi di media sosial tentang kehidupan seharian tentang anak-anak walaupun sibuk dengan tugasan sebagai ibu dan isteri.
Setiap kali bekas pengacara Majalah 3 ini berkongsi foto bersama anak-anak, pastinya ramai yang tertarik dengan keindahan wajah si kecil ini kerana persis seperti kacukan Inggeris.
Malah ada yang bertanya sama ada Nurul Syuhada dan suami mempunyai darah kacukan negara luar kerana terserlah genetik Melayu Inggeris pada wajah keempat-empat anaknya itu.
Nurul Syuhada mendirikan rumah tanggan dengan suaminya Raja Amir Raja Azwa pada tahun 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Sudah menjadi kebiasaan kalau menonton filem, kita gemar mengunyah bertih jagung. bahkan ini jugalah kudapan yang akan kita berikan kepada anak-anak supaya mereka leka ketika filem sedang ditayangkan dan tidak merengek itu ini.
Tahukah anda, tabiat itu sebenarnya bahaya apatah lagi jika bertih jagung diberikan kepada anak yang berusia lima tahun ke bawah?
Satu insiden buruk telah berlaku kepada seorang budak lelaki yang diberikan bertih jagung oleh ibunya didapati tercekik makanan ini. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh ibunya, Nicole Johnson Goddard melalui statusnya di laman Facebook.
“Saya mahu berkongsi pengalaman yang membuka mata kerana tidak ramai yang tahu bahaya bertih jagung terhadap anak kecil. Kami menonton filem pada Sabtu lepas dan makan bertih jagung seperti yang selalu kami lakukan. Saya tidak berfikir dua kali ketika memberi bertih jagung kepada Nash. Nash ada tercekik sedikit ketika makan tapi dia nampak baik saja. Kami tak nampak apa-apa yang keluar dari mulutnya, jadi kami fikir semuanya elok. Apa yang kami perhatikan, dia sering terbatuk selepas itu.
Esoknya, dia masih elok saja tetapi saya perasan bunyi batuknya agak pelik. Itu yang membimbangkan saya. kemudian Nash nampak seperti kepanasan dan mula meragam. Saya dapati dia demam dan saya berikan dia ubat. Selepas itu, saya tidurkan dia. ketika tidur, saya dapati nafasnya lain macam.
Saya terus hubungi pakar kanak-kanak yang kami biasa dan beritahu padanya yang Nash harus diperiksa segera. Kami bawa Nash ke hospital dan doktor menjalankan ujian X-ray terhadapnya. Dia nampak seperti tidak suka dengan apa yang dia lihat, jadi dia jadualkan untuk buat pembedahan Bronchoscopy. Kami terus diterbangkan ke Denver untuk menjalankan prosedur itu. Saya menangis sepanjang dia dibedah.
Kata doktor, dia tercekik bertih jagung dan ia tersekat di paru-parunya. Hal ini menyebabkan Nash mengalami pneumonia pada paru-paru kiri. Doktor juga memberitahu mereka dapat mengeluarkan enam ketul bertih jagung ketika pembedahan. untuk memastikan mereka berjaya mengeluarkan kesemua bertih jagung itu, doktor terpaksa menjalankan prosedur yang sama selama dua hari.
Apabila para doktor sudah yakin Nash pulih, kami dibenarkan untuk membawanya pulang. Sememangnya pengalaman ini umpama menaiki roller coaster. Nash sememangnya anak yang kuat dan dia pulih dengan cepat.
Kalaulah saya tidak mempercayai naluri keibuan saya, dah tentu penyudahnya lebih teruk. Saya juga diberitahu bahawa bertih jagung tidak sesuai diberikan kepada anak kecil berumur lima tahun ke bawah. Saya benci untuk menggunakan alasan yang dia merupakan anak ketiga kami jadi saya terlepas pandang dan tidak peka dengannya.”
Ada masanya, perkara remeh boleh menjadi pengajaran kepada kita. Setiap hari kita mencuba yang terbaik untuk berikan keselesaan kepada anak-anak. Tidak pernah kita sangka, bertih jagung boleh mendatangkan kemudaratan seperti itu sekali kepada anak kecil. Maka, beringatlah dan pastikan anda pilih snek lain yang lebih sihat ketika menonton filem bersama yang tersayang.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.