Bermula dengan anak lahir, rutin ibu berubah. Apabila masuk sahaja usia 6 bulan dan anak mula belajar makan, penyediaan makanan untuk anak juga penting bagi memastikan anak cukup zat.
Namun memikirkan untuk buat bubur anak yang mengambil masa lebih 30 minit mungkin agak lama ditambah pula dengan ibu bekerja yang sentiasa nak cepat. Ibu bergelar suri rumah pun tetap sama kerana nak juga buat kerja lain.
Ads
Selepas ini tak perlu nak fikir dua tiga kali untuk buat bubur anak. Cara yang dikongsikan oleh Kamsiah Mat Osman ini cukup mudah dan cepat dan hanya ambil masa 10 minit untuk siap.
Ads
Ads
Basuh beras bersih-bersih, masukkan dlm bekas dan isikan airSimpan beras tadi dlm peti sejuk beku semalaman,sebelah tu ayam untuk masak bubur anak,pack siap2 senang nak masak nntiTime ni boleh letak sayur atau apa-apa bahan lain, agak mengelegak terus masukan beras yg beku tdSemua dah bersatu mcm ni tuggu 10minit pastikan api sederhana kecil tau?Tadaaa…siap??setelah 10minitDh siap masak td pn_scha blend dan masukan dlm bekas mcmni☝?simpan dlm peti sejuk,time anak nak mkn keluarkan satu bekas rendam guna air panas.sehari 3kali ank pn_scha makan?sebekas beras td boleh dpat 5bekas
Anak-anak suka dengan makanan manis yang menyelerakan. Hidangan seperti kek cawan, pudding roti dan jeli aiskrim tentu jadi pilihan untuk hidangan pemanis mulut si manja. Variasi pilihan resipi khusus untuk si kecil anda jadikan hidangan pemanis mulut untuk anda jadikan pembuka selera mereka.
Penangan terung goreng ini bukan calang-calang. Belum sempat makan bersama nasi, terung bertuna ini habis licin, laku keras. Nak tahu macam mana cara nak hasilkan Terung Goreng Bertuna Rangup ini?
Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Pn Cik Sue Zakaria. Memang terbaik dan sedap!
TERUNG GORENG BERTUNA Pergi pasar kebetulan jumpa pulak terung haluih macam peha burung puyuh ni, punya geram terbeli jugak lah ciksue pun..sebab cute sangat.
Maka tergoreng lah haaa terung ni makan dengan sos macam tu je. Tak dan nak makan dengan nasik nak oiii dah habis ngap pun. Mudah sangat bahannya.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buko pandan merupakan pencuci mulut terkenal yang berasal dari Filiphia dan biasanya disajikan di majlis-majlis tradisi mereka.
Buko pandan bermaksud kelapa muda dan daun pandan. Rasanya yang berlemak ditambah pula dengan warna hijau asli dari daun pandan membangkitkan lagi selera. Memang sesuai dihidang pada musim panas.
Dia asyik Melintas je Kat FB, berkenan tengok sebab ada hijau, favorite colour kononnya, maka terhasil la buko pandan, katanya resepi dari Filipina, nak nangis rasa, sedap rupanya, rasa mcm ais cream pun ada. Alhamdulillah dapat jugak buat sendiri. Hidangkan ini untuk 3 @ 4 orang je ye. Saya je yang nak makan.
Saya share resepinya, seperti di bawah:
Bahannya:
1. 500ml air kelapa @ 1 biji kelapa ambil isinya 2. 2 sudu besar gula (manis buah, nak manis tambah gula lagi) 3. 10gram agar-agar serbuk warna hijau (1 pax kecil) 4. 1 sudu kecil coconut Pandan Emulco (dah tak perlu daun pandan) @ agar-agap biasa (putih@clear) pewarna hijau dan 1 helai daun pandan. 5. 1 cawan sagu mata ikan @ biji sagu 6. 250ml Whipping cream non diary 7. 1/3 cawan susu pekat manis 8. 1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa. 9. Ais
Caranya:
Seperti buat agar-agar, satukan air kelapa, serbuk agar-agar, gula dan pewarna didalam periuk. Kacau sebati dan panaskan sehingga likat dan mendidih. Kemudian masukkan didalam bekas yang bersesuaian biarkan sejuk dan membeku. Kemudian potong dadu.
Seterusnya didalam periuk yang lain didihkan air dan masukkan sagu mata ikan kacau – kacau perlahan, masak sehingga warna putih menjadi jernih, cuci dengan air paip dan toskan sagu tersebut. Ketepikan untuk step seterusnya.
Didalam bekas lain mix whipping cream seketika, tak perlu sampai kembang @ lama, kemudian masukkan susu mix lagi hingga sebati, siap. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang lebih besar. Satukan bahan-bahan iaitu agar-agar yang dipotong dadu (saya guna separuh je agar2) sagu, nata de coco, dan isi kelapa, kacau sebati semua bahan.
Nak makan, masuk dalam mangkuk lain tambah ais. Nak satukan ais dalam bekas yang sama pun boleh, tetapi nanti rasanya berubah @ jadi tawar. Jadi terpulang nak buat macam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!