“Mencabar Juga Keluar Hari Ni” Mira Filzah Akui Masih Terkial-Kial Bawa Baby Keluar!

Share

Kemunculan sekeping gambar Mira Filzah yang membawa anaknya untuk menjalani pemeriksaan bulanan dengan menolak stroller anak mengundang perhatian ramai.

Tidak dilihat sebagai gaya mak-mak namun ramai yang menyatakan ibu cantik manis ini kelihatan cukup cantik seperti anak dara.

Biarpun tampil ringkas dengan gaya sederhana, namun penampilan Mira Filzah tetap stylo selepas bergelar ibu. Cantik sekali.

“6-week check-up for baby Khair Amir,” tulisnya ringkas di kapsyen.

Namun begitu, dalam bergaya stylo, membawa anak keluar sendirian buat pertama kalinya tetap bukan satu hal yang mudah kata Mira Filzah.

Masih banyak yang perlu dipelajarinya secara perlahan-lahan dan mula membiasakan diri untuk mempersiapkan segala kelengkapan anak dan sebagainya.

Menerusi Insta Storynya, Mira berkongsi cerita.

“Mencabar juga keluar hari ni. First time keluar dengan baby. Eh second.

“Hari tu masa 10 days check up. Terkial-kial lagi,” kongsi Mira lagi.

Pun begitu kata Mira, tak mengapa. Masih banyak yang perlu dipelajarinya dari hari ke hari.

Tambah membantu kata Mira, Confinement Lady (CL) yang menjaganya turut serta membantu. Jadi sudah tentu memudahkan kerjanya.

“Fuh tak apa tak apa, slowly ‘tepuk bahu’. Nasib baik ada CL ada sekali ikut,” katanya berkongsi.

Semoga urusan Mira untuk menambah ilmu keibubapaan dari hari ke hari dipermudahkan. Bila baby makin membesar, makin banyak ilmu yang kita dapat. Memang best!

 

Terdahulu, Mira selamat melahirkan putera sulungnya, Wan Mohamad Khair Amir pada 10 May lalu dan kini telah pun habis berpantang.

Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN