Mencecah 2 Tahun, Ainul Dah Pandai Belajar Berdiri & Keluarkan Suara Lebih Satu Bunyi

Share

Setelah setahun selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulut di London, United Kingdom (UK), siapa sangka dengan kuasa Allah kini adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dilihat semakin membesar dengan baik.

Walaupun diusia yang bakal mencecah dua tahun sepatutnya Ainul dah boleh buat macam-macam namun disebabkan kekangan penyakitnya itu ketika lahir, pencapaian yang ditunjukkan hari ini sangat membanggakan kedua ibu bapa dan seluruh rakyat Malaysia.

Boleh dikatakan apa saja perkembangan terbaru Ainul ibu bapanya akan berkongsi dengan orang ramai. Ini kerana semua nak tahu apa yang Ainul boleh buat. Bukan itu saja doa orang ramai pun tak putus untuk si comel ini.

Terbaru, Ainul yang akan mencecah usia dua tahun pada Ogos depan telah kembali menjalani rawatan fisioterapi di GymCademy, Melaka. Sebelum ini aktiviti fisioterapinya banyak dilakukan dirumah. Kini setelah perkembangan makin bagus, Ainul mula ke kelas mengikuti siri fisioterapi secara berjadual.

ARTIKEL MENARIK [Meniarap Bantu Anak Kuatkan Otot Badan. Rajinlah Buat Tummy Time!]

Menurut Ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi dia turut gembira apabila melihat Ainul yang menunjukkan perkembangan positif dimana sekarang ini sudah pandai duduk dan berdiri.

“Yeayy Ainul dah start fisioterapi semula. Alhamdulillah bila Ainul dah pandai duduk dan berdiri ni, macam-macam Ainul boleh buat.

“Terima kasih @gymcademy ajar Ainul macam-macam aktiviti. Terima kasih pada guru yang ajar Ainul juga,” katanya.

Semakin hari nampaknya Ainul dah makin aktif, mula nak meneroka dan banyak belajar. Semuanya berkat doa orang ramai yang tak putus untuknya.

Mula belajar keluarkan suara

Bukan itu sahaja, Ainul nampaknya dah mula belajar mengeluarkan suara sendiri dan dia makin seronok bila mendengar suaranya itu. Keletahnya itu cukup mencuit hati dan perkembangan ini cukup dinanti-nantikan untuk dia menyebut Walid dan Mama pula.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Kalau Anak Lambat Bercakap, Guna Tip Yang Ibu Ini Kongsi Dari Pakar. Kena Buat Secara Konsisten!]

Melalui apa yang dikongsikan oleh walidnya di facebook, sebelum ini Ainul hanya mengeluarkan suara satu tone je sekarang dah pandai buat bunyi menggunakan lidahnya.

Kata walidnya lagi, Ainul banyak sangat tengok Omar & Hana yang ada lagu Lazz Susu Kambing.

Sebelum ni dia keluarkan suara satu tone je. Sekarang dah reti buat bunyi gunakan lidah dia.

Ni dia tengah nyanyi lalalalalala

Sumber : IG Nurul Erwani Zaidi & FB Ahmad Safiuddin

IKLAN