Tidak dinafikan mengalir air mata menyaksikan kasih sayang keluarga ini menerima berita kehamilan anak perempuan mereka. Netizen ramai mengakui memang sebak!
Perkongsian video berdurasi 1.44 minit Puan @nabeelasara di Twitter menjadi tular sehingga ditonton sebanyak 464 ribu kali & diulang kicau sebanyak 26 ribu.
Ibu ini yang kini hamil lima bulan mengakui merancang kehamilan sehingga keluarga stabil dan percaya Allah adalah Maha Perancang. Dia juga berharap agar perjalanan kehamilannya berlangsung dengan baik.
Ads
Paling menyebakkan ialah bagaimana penerimaan keluarga dengan pelukan dan ciuman. Berita kehamilan ini diterima ahli keluarga dengan penuh kasih sayang dan rasa terharu.
When we first got married, we told ourselves we won’t start to plan for a family until we’re fully stable financially & mentally. Clearly, Allah is the best planner of all. Please pray for a safe journey for @ashrafhaled , nabila & mini AN ? #5monthspreggypic.twitter.com/EguZ5Wapvx
Ibu ini tidak menyangka perkongsiannya menyebabkan ramai yang menangis dan turut menghargai komen-komen yang mendoakan kesejahteraan kandungannya. Dia juga turut mendoakan pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata dipermudahkan.
Ads
Reaksi netizen mengakui tersentuh hati dengan video ini.
Masih ingat mangsa Covid-19 yang meninggal 17 Mac lalu di Johor Bahru yang menjadi mangsa ke-2 korban wabak bahaya ini dan meninggalkan enam anak yang masih kecil.
Kini setelah sebulan pemergian arwah Mohammad Yusof Haron, 34, isterinya Noradilah Rani, 33, hilang sumber pendapatan untuk menyediakan keperluan anak-anak. Lagi-lagi dengan kehadiran Ramadan ia cukup dirasai.
Walaupun sebelum ini hidup dalam serba sederhana, suaminya sentiasa ada di sisi untuk menyediakan segala keperluan.
Bagaimanapun, pada 17 Mac lalu, selepas arwah suaminya dirawat selama seminggu di Hospital Permai, Johor Bharu, Allah ambil arwah. Difahamkan arwah disahkan positif pada 13 Mac dan punca jangkitan, dikatakan pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
Hanya tangisan enam anak yang masih kecil iaitu Muhammad Danish Sulaiman,11, Nurul Huda, 10, Nurul Aisyah Sakinah, 7, Muhammad Usman, 5 , Nurul Najwa Humairah, 3, dan Muhammmad Luqman, 8, bulan, mengiringi pemergian ayah dikasihi.
Hanya mampu sedekah Al-Fatihah dan berdoa diberi ketabahan
Noradilah berkata, sejak suami meninggal dunia, apa yang mampu dilakukan ialah menghadiahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah dan berdoa diberikan ketabahan pada diri bagi membesarkan enam anaknya.
Beliau yang juga seorang suri rumah, berkata apabila arwah disahkan positif wabak berkenaan dirinya sedih dan putus harapan.
“Ketika di hospital arwah sering menghubungi keluarga melalui panggilan video dan kali terakhir sebelum dipindahkan ke wad rawatan rapi beliau memaklum dirinya sihat dan penyakitnya itu boleh sembuh serta meminta ahli keluarga sentiasa mendoakannya.
“Ketika dimaklumkan arwah meninggal dunia fikiran saya kosong dan bagaikan patah sayap kerana kehilangan orang tersayang serta tempat bergantung,” katanya BH Online.
Noradilah berkata, lebih memilukan, empat anak turut disahkan positif wabak itu dan menerima rawatan serta kuarantin pada tarikh sama arwah dimasukkan ke hospital hingga 29 Mac di Hospital Permai.
Noradilah bersyukur kerana sewaktu menerima rawatan di hospital ditempatkan di wad yang sama bersama empat anak dan selepas 16 hari dirawat, disahkan negatif pendemik berkenaan.
Wang simpanan semakin kurang
Kongsi Noradilah, selepas kehilangan suami mereka sekeluarga berhadapan masalah kehidupan kerana arwah tiada pendapatan tetap dan hanya melakukan kerja kimpalan besi di bengkel sendiri secara kecil-kecilan.
“Fikiran saya buntu kerana tidak bekerja dan wang simpanan yang sedikit juga semakin habis digunakan bagi membeli keperluan harian.
“Anak kelima dan bongsu juga sering bertanyakan, bila ayah mereka akan pulang ke rumah kerana sangat rindu dan masih tidak memahami erti kematian.
“Kami sekeluarga tinggal menumpang di rumah ibu sejak berkahwin dan sepanjang tinggal bersama, keperluan hariannya juga kami tunaikan sebagai tanggungjawab seorang anak,” katanya.
Mahu belajar buat kek dan roti untuk sara anak-anak
Tambah Noradilah, dia bercadang untuk belajar membuat kek dan roti supaya dapat menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah bagi menyara pendidikan anak dan keperluan harian.
“Walau apa pun terjadi, saya tidak berpisah dengan anak dan berazam memberi pendidikan sempurna kepada mereka, termasuk melaksanakan hasrat arwah untuk menghantar mereka belajar di madrasah sebagai hafiz dan hafizah serta menjadi insan berguna,” katanya.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini, berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Upacara itu dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia, diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.
Tengku Puteri Iman yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu, yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Majlis Merenjis Air Mawar
Sultan Abdullah dan Tuanku Tunku Azizah kemudiannya berkenan berangkat ke majlis merenjis air mawar bersempena istiadat itu, disusuli dengan Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Adat Resam Melayu Tak Patut Dilupakan
Ketika ditemui pemberita mengenai upacara yang penuh adat resam budaya Melayu itu, Tengku Puteri Iman berkata upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.
Berharap Semua Berjalan Lancar
Katanya, beliau dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
“Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” katanya.
Biarpun dah masuk trimester ketiga kehamilan, atas rasa simpati, tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri untuk turun padang membantu mangsa banjir.
Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya yang mana dia bersyukur diberi kesempatan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir walaupun keadaan diri yang tengah sarat hamil 7 bulan.
Ernie turut ditemani suaminya, Syamel dan beberapa pihak lain lagi pergi ke beberapa lokasi yang terjejas di sekitar Shah Alam, Selangor.
“Terima kasih kerana izinkan saya ikut kamu, shurami! Pengalaman naik lori semalam best sampai bayi dalam perut pun bergerak-gerak gembira.
“Syukur Allah SWT permudahkan urusan kami semalam. Semoga ada kesempatan lagi untuk turut sama membantu. Amin,” tulis Ernie.
Menerusi hantaran berbeza yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, pasangan itu telah menyediakan makan malam untuk 300 orang, bekalan keperluan dan makanan kering untuk mangsa banjir.
Ernie juga turut luahkan rasa sedih dengan keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan tanpa dijangka sama sekali dan mendoakan agar semua mangsa terus reda dan dipermudahkan urusan.
Kredit: IG Ernie Zakri
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.