Masih ingat mangsa Covid-19 yang meninggal 17 Mac lalu di Johor Bahru yang menjadi mangsa ke-2 korban wabak bahaya ini dan meninggalkan enam anak yang masih kecil.

Kini setelah sebulan pemergian arwah Mohammad Yusof Haron, 34, isterinya Noradilah Rani, 33, hilang sumber pendapatan untuk menyediakan keperluan anak-anak. Lagi-lagi dengan kehadiran Ramadan ia cukup dirasai.

“Selalu Tanya Bila Ayah Pulang, Tengok Anak Terus Sebak.” Isteri Mangsa Covid-19 Perlu Bantuan

Walaupun sebelum ini hidup dalam serba sederhana, suaminya sentiasa ada di sisi untuk menyediakan segala keperluan.

Bagaimanapun, pada 17 Mac lalu, selepas arwah suaminya dirawat selama seminggu di Hospital Permai, Johor Bharu, Allah ambil arwah. Difahamkan arwah disahkan positif pada 13 Mac dan punca jangkitan, dikatakan pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

ARTIKEL BERKAITAN [Arwah Tinggalkan 6 Anak Kecil. Ustaz Ebit Kongsi Nombor Akaun Isteri Mangsa COVID]

Hanya tangisan enam anak yang masih kecil iaitu Muhammad Danish Sulaiman,11, Nurul Huda, 10, Nurul Aisyah Sakinah, 7, Muhammad Usman, 5 , Nurul Najwa Humairah, 3, dan Muhammmad Luqman, 8, bulan, mengiringi pemergian ayah dikasihi.

Hanya mampu sedekah Al-Fatihah dan berdoa diberi ketabahan

Noradilah berkata, sejak suami meninggal dunia, apa yang mampu dilakukan ialah menghadiahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah dan berdoa diberikan ketabahan pada diri bagi membesarkan enam anaknya.

IKLAN

Beliau yang juga seorang suri rumah, berkata apabila arwah disahkan positif wabak berkenaan dirinya sedih dan putus harapan.

“Selalu Tanya Bila Ayah Pulang, Tengok Anak Terus Sebak.” Isteri Mangsa Covid-19 Perlu Bantuan
Enam anak arwah berusia 11 tahun hingga 8 bulan.

“Ketika di hospital arwah sering menghubungi keluarga melalui panggilan video dan kali terakhir sebelum dipindahkan ke wad rawatan rapi beliau memaklum dirinya sihat dan penyakitnya itu boleh sembuh serta meminta ahli keluarga sentiasa mendoakannya.

“Ketika dimaklumkan arwah meninggal dunia fikiran saya kosong dan bagaikan patah sayap kerana kehilangan orang tersayang serta tempat bergantung,” katanya BH Online.

Noradilah berkata, lebih memilukan, empat anak turut disahkan positif wabak itu dan menerima rawatan serta kuarantin pada tarikh sama arwah dimasukkan ke hospital hingga 29 Mac di Hospital Permai.

Noradilah bersyukur kerana sewaktu menerima rawatan di hospital ditempatkan di wad yang sama bersama empat anak dan selepas 16 hari dirawat, disahkan negatif pendemik berkenaan.

IKLAN

“Selalu Tanya Bila Ayah Pulang, Tengok Anak Terus Sebak.” Isteri Mangsa Covid-19 Perlu Bantuan

Wang simpanan semakin kurang

Kongsi Noradilah, selepas kehilangan suami mereka sekeluarga berhadapan masalah kehidupan kerana arwah tiada pendapatan tetap dan hanya melakukan kerja kimpalan besi di bengkel sendiri secara kecil-kecilan.

“Fikiran saya buntu kerana tidak bekerja dan wang simpanan yang sedikit juga semakin habis digunakan bagi membeli keperluan harian.

“Anak kelima dan bongsu juga sering bertanyakan, bila ayah mereka akan pulang ke rumah kerana sangat rindu dan masih tidak memahami erti kematian.

IKLAN

“Kami sekeluarga tinggal menumpang di rumah ibu sejak berkahwin dan sepanjang tinggal bersama, keperluan hariannya juga kami tunaikan sebagai tanggungjawab seorang anak,” katanya.

Mahu belajar buat kek dan roti untuk sara anak-anak

Tambah Noradilah, dia  bercadang untuk belajar membuat kek dan roti supaya dapat menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah bagi menyara pendidikan anak dan keperluan harian.

“Walau apa pun terjadi, saya tidak berpisah dengan anak dan berazam memberi pendidikan sempurna kepada mereka, termasuk melaksanakan hasrat arwah untuk menghantar mereka belajar di madrasah sebagai hafiz dan hafizah serta menjadi insan berguna,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Kredit Gambar: FB Aiza Syafinaz Aiza

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI