Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi mengenai pemergian mangsa wabak COVID-19 yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dua hari lalu.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau mengenali arwah Muhammad Yusof Haron, 34, ketika bertemu di India dan Pakistan pada tahun 2003 dan 2007 malah bapa Allahyarham juga merupakan seorang pendakwah yang baik.
Anak-anak kecil lagi
Sebak menangis selepas video call Noradilah wife arwah Muhammad Yusof b Haron 34 thn meninggal asbab Corona Virus dan beliau memang ada masalah pernafasan dari sebelum ini.
Ads
Sebak tengok wife dan 5 anaknya positif covid 19. Tapi semuanya dalam keadaan sihat dan tiada demam or sesak nafas. Seorang lagi anak negatif dan kuarantin ditempat lain. Ya Allah tuhanku. Anak yang besar dah tahu. Yang kecil semua belum faham sangat. Anak dari 7 bulan sampai 11 tahun. Kecil lagi. Tengok mereka berlari dalam bilik sendiri di Hospital JB rasa sebak.
Jagalah diri
Ads
Malah Ustaz Ebit Lew juga turut menitipkan pesanan kepada semua supaya sentiasa menjaga diri dan ikut arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Saudaraku semua terus kita berjuang jaga diri dan kuarantin diri dan ikut nasihat KKM dan negara kita. Jika ada simptom terus buat pemeriksaan. Jangan tangguhkan. Jangan bercuti sana-sini. Sebaiknya duduk dalam rumah buat amal. Jaga kebersihan. Kita hadapi sebagai sebuah keluarga. Ini waktu bersatu hati. Supaya ALLAH sayang kita. Rahmat Allah sahaja boleh selamatkan kita.
Ads
Dalam pada itu, Ustaz Ebit Lew turut memberikan sedikit sumbangan dan berkongsi nombor akaun bank milik isteri arwah sekiranya terdapat individu yang ingin tampil membantu bagi meringankan beban keluarga arwah.
Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkn bersama orang-orang beriman. Semoga isteri dan anak-anak arwah segera sembuh. Amin.
Pasti ramai yang masih ingat kejadian yang sungguh menyayat hati berlaku pada arwah adik Afiq yang diperlakukan tanpa perikemanusiaan oleh suami pengasuh sendiri sehingga meninggal dunia.
Terbaru menerusi perkongsian ibu arwah adik Afiq, dah sebulan anak syurga ini pergi menghadap ilahi. Walaupun begitu, perjuangan untuk menuntut keadilan demi Afiq akan diteruskan.
Melalui luahan hati Puan Robiatul Adawiah, dia menceritakan kronologi kes yang berlaku pada anaknya dari awal dapat berita tentang Afiq tak sedarkan diri sehinggalah saat menghembuskan nafas terakhir.
27/5/21 genap sebulan peristiwa yang paling menyayat hati kami sekeluarga. Kat bawah ni wasap suami saya dengan pengasuh. Wasap 27/4 malam, 28/4 baru balas. Saya cuba call, tapi telefon dia tutup. Sikit pun dia tak tanya keadaan anak saya.
27/4/21 pada pukul 3.44pm saya masih di tempat kerja dapat satu panggilan dari pengasuh (IDA) “biey, datang Hospital Sungai Buloh sekarang, Afiq tak sedar”.
Dengar je anak tak sedar dunia gelap tiba-tiba. Kawan satu office je tahu macam mana saya waktu tu. Terus call suami, pergi terus ke Hospital Sungai Buloh menaiki motor. Bayangkan masa tu tengah hujan kami redah je. Kenapa la hospital yang paling jauh kau bawa. Hospital yang dekat ada, KJMC, PPUM, Hospital Shah Alam semua ni dekat dengan rumah. Saya tinggal kat Lembah Subang, dia pergi hantar Hospital Sungai Buloh.
Dah la jauh lepas tu Hospital Sungai Buloh ni khas untuk pesakit Covid sahaja. Dah tengok anak saya dah tak bernyawa kenapa dia tak terus call saya? Boleh dia cakap dia tak terfikir nak call saya. Sepanjang-panjang perjalanan dari rumah ke Sungai Buloh boleh kau cakap tak terfikir nak call aku??? Aku Ibu dia Ida. Apa yang kau cakap ni Ida??? Lepas doktor terima anak saya baru dia call saya.
Anda baca sendiri la wasap yang dia cakap kalau call ambulance lambat. Apaa??
Jadinya kereta kau lagi laju dari ambulance ya. Hebat!!!! Bayangkanlah kami pergi naik motor pun tak boleh nak cilok, jem sangat. Dia yang naik kereta tu macamana. Ke kereta boleh terbang? Waktu puasa start pukul 1 memang jem sangat-sangat.
Lepastu kau cakap laki kau buat CPR. Oh, pandai ya penagih dadah buat CPR. Sampai je Hospital Sungai Buloh dengan yakinnya kau cakap anak aku masih ada. Macam kau pulak doktor.
Jantung dah berhenti masa sampai hospital
Jumpa jer dengan nurse, nurse cakap tak boleh masuk nak tengok baby. Kami video call je dengan doktor kat dalam nak tengok anak. Terima kasih doktor bagi kerjasama. Doktor cakap masa dia terima anak saya tu jantung dah berhenti. Lepas buat CPR 10 minit baru ada balik. Entah dari pukul berapa lagi jantung anak saya berhenti. Yang serahkan baby kepada doktor tu laki dia ya, bukan pengasuh. Entah mana kau Ida masa tu.
Lepas nurse ambil semua detail dengan saya dia masuk ke dalam. Ida bagitahu nak pergi tengok anak kat laki dia kat bawah. Nurse keluar tanya mana pengasuh? Saya call Ida tanya kat mana? Tanpa rasa bersalah cakap dah kat bazar Ramadan. YA ALLAH, yang tengah kritikal tu anak asuhan kau, bukan anak kucing.
Otak dah rosak sebab oksigen tak sampai
Malam tu doktor scan cakap otak baby dah rosak sebab oksigen tak sampai. Luluhnya hati kami. Alhamdulillah, tengah malam doktor bagi masuk untuk jaga baby tapi atas risiko sendiri sebab kami dikelilingi dengan pesakit covid kat zon kritikal. Hati ibu mana tak sedih tengok anak dah tak bergerak penuh dengan wayar.
Adik tak pernah sakit, tak pernah demam tiba-tiba tengok adik dah tak bergerak macam ni. Mana tak meraung ibu dengan ayah. Malam tu kami bergilir-gilir jaga sebab salah seorang je boleh masuk.
Tak sempat kami buat report, doktor dulu buat report sebab tak tahu punca lagi kenapa anak saya jadi macam tu. Tengok la apa pengasuh tu cakap, dia tak tahu kenapa tiba-tiba tak bernyawa. Padahal laki kau yang bunuh. Laki kau pun buat macam orang tak tahu apa-apa.
Afiq tiada respon, doktor minta izin cabut alat pernafasan
Pagi 28/4 kami balik sekejap untuk tukar pakaian. Datang balik pukul 7 lebih. Doktor bagitahu tiada perkembangan yang baik dari semalam. Jantung adik makin lemah, darah makin kurang. Dah bagi ubat yang paling kuat, tapi tiada respon. Doktor berbincang dengan kami, untuk tak nak bagi baby sakit lagi kami terima doktor nak kurangkan 1 per 1 ubat.
Lepas kurangkan ubat, doktor cakap ambil masa lama lagi kalau macam ni, kesian baby. Doktor nak cabut alat bantuan pernafasan, kami redha. Pukul 12.18pm 28/4/2021 Muhammad Afiq Rizqin pergi meninggalkan kami. Masa ni kami masih tidak tahu punca kematian anak syurga kami.
30/4/2021 selepas bedah siasat baru terbongkar segalanya. Anak kami lemas sebab mulut dan hidung ditutup dan di saluran najis ada kesan koyakan sebab diliwat. Kami redha dengan ujian ini tapi kami akan fight untuk anak syurga kami.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau berkata, ia juga mengambil kira peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang dan Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain.
Katanya, berikutan penguatkuasaan PKPB itu, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.
Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, beliau berkata, mereka dikehendaki menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
“Hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
“Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup,” katanya pada sidang media.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
• Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
Kredit Gambar: Astro Awani & Sinar Harian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu membawa anak makan di luar yang tular semakin menarik perhatian orang ramai. Ibu bapa yang tidak terkesan kerana membawa anak keluar makan bukan satu tugas yang mudah.
Emosi anak-anak perlu dijaga namun perlu diambil kita juga keselesaan orang-orang disekeliling yang perlu dijaga agar tidak menggangu orang lain. Biar semua selesa dan jangan pentingkan diri.
Superdaddy, Encik Khairul Abdullah yang mempunyai anak autistik turut berkongsi kisah dan pengalamannya membawa tiga anak makan di luar.
Aku ni jarang makan kat luar dengan anak-anak. Maklumlah, bapa tunggal dengan 3 anak kecil, struggle wehhh. Tapi sesekali anak-anak request nak makan luar. Nak makan kat restoran, boring makan di rumah katanya. Jadi aku tunaikan. Macam biasa, pesan berjela dulu dengan anak-anak.
Makan kena cepat, jangan bergaduh, jangan bermain dengan makanan dan promise to behave, kalau tak kita makan di rumah. Sebabnya, aku tak mahu anak-anak aku ganggu orang lain yang tengah makan.
Dulu waktu diorang masih sangat kecil, pernah juga sekali dua aku bawa ke restoran. Sebab aku sendiri dah rasa burnt out, dah malas nak mampus dah, rasa terkurung, malas order dan rasa nak makan kat luar.
Tetapi bila baru nak order makan, anak dah menangis buat perangai dan nampak orang mula dah toleh dan pandang maka terus rasa give up pula. Terus aku rasa memang tak sesuai bawa budak kecil ke restoran. So aku hadap jelah makan kat rumah.
Bila diorang dah besar sikit dah masing-masing aktif berlari-lari, aku try juga makan di luar sekali dua dalam sebulan. Tetapi bila diluar kawalan, maka aku stop. Bila aku dah jegil depa dengan mata terbuntang dan sambil tunjuk jari tanda amaran pun depa tak peduli, maka aku stop makan kat luar.
Pernah sekali aku kena tegur dengan staff restoran sebab anak aku berlari berkejaran. Aku tengah minum sedutan akhir sambil clear table, nak kemas sikit sebelum beredar dan waktu itulah budak bertiga tu berlari dan staff datang tegur aku.
Aku terus insaf lah, taknak menganggu dan menyusahkan orang. So berbulan-bulan kami tak makan di luar.
Sekarang ni, selagi boleh aku makan jer kat rumah, samada aku masak atau aku order. Depa bertiga ni dah boleh pun behave di meja, tetapi sesekali perangai budak-budak terjadi jugak. Lagipun anak sulung aku tu autistik, so sometimes lain macam sikit perangai dia.
Jadi, kalau kami ke mall aku pergi selepas makan. Tapi kalau perlu makan aku akan discuss dulu dengan depa bertiga. Possible tak untuk makan jer ringan dulu then balik makan di rumah atau kalau nak makan di restoran, mesti ikut rules yang daddy tetapkan.
Alhamdulillah, terkawal semuanya. Takde orang jegil, jeling atau cebik pada kami anak beranak. Tapi kalau ada korang yang perasan anak-anak aku ada menganggu korang makan sebelum ini, aku minta maaf banyak-banyak.
Makan di restoran ni aku sentiasa ingatkan diri yang ini bukan rumah. Ini tempat awam. Walaupun aku bayar, semua orang yang datang tu pun bayar jugak. Aku bayar bil RM55, orang lain pun bayar bil sama atau lebih dari aku. Tak payah nak bangga dengan duit aku tu.
Semua orang datang nak makan dengan selesa tanpa gangguan hiruk pikuk dan hingar bingar, apatah lagi dengan budak kecil yang berlari, menjerit, meraung dan sebagainya. Begitulah.
Orang ramai faham jer keadaan kita bila depa nampak kita bawa anak kecil. Sometimes orang tak kisah sangat pun kalau anak kita setakat menangis sekejap atau menjerit sekejap asalkan ianya terkawal.
Asalkan nampak effort kita untuk mengawal anak-anak kita tu. Effort kita tu yang orang nak tengok.
Yang orang bengang nak mampus ni bila anak-anak kita biarkan berlari menjerit dan meraung, lepas tu buka Youtube kat phone kat anak dan volume sound dia sampai kedai sebelah pun bleh dengar.
Dan kita syok dok suap nasi sambil bergelak tawa tanpa hirau pun mata yang mula menjeling dan mulut yang mula mencebik ke arah kita. Lepas tu kita suruh pulak orang-orang tu balik makan di rumah kalau taknak bising-bising. Haishhhh. Macam-macam manusia ni nohhh.
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...