Pejam celik, cepat saja anak-anak membesar. Rasa seperti baru saja mengandungkan dia, tiba-tiba hari ni dah boleh ke sekolah. Sudah tentu sebagai ibu kita mahukan yang terbaik dan teruja melihat perkembangan mereka kan?
Begitu juga dengan selebriti jelita, Anzalna Nasir, yang berkongsi pengalaman menghantar anak sulungnya ke sekolah. Mohamad Eidrees kelihatan sangat bersemangat dan tidak kekok untuk berkawan dengan kanak-kanak lain.
Menurut Anzalna, ketika menghantar Eidrees ke sekolah pada hari pertamanya itu seala perasaan bercampur-baur. Sebagai seorang ibu, katanya mengalir juga air mata melihat anaknya itu sudah besar dan boleh ke sekolah.
Sumber foto: Instagram Anzalna Nasir
Cerita Anzalna lagi, dia dan suaminya Hanif Zaki tidak pernah memaksa anak sulung mereka untuk ke sekolah. Keputusan untuk pergi ke sekolah untuk belajar dan berkenalan dengan kawan-kawan baharu sebenarnya pilihan Eidrees sendiri.
“Its Eidrees’ first day of school. Perasaan yang bercampur baur. Mengalir juga air mata mommy. Tiada paksaan Eidrees made the decision to go to school to learn and meet new friends.”
Sebagai ibu, Anzalna melahirkan rasa bangga melihat Eidrees yang begitu seronok dapat ke sekolah.
“So proud of him! Tapi nampaknya mommy pun back to school nak temankan Eidrees. Hopefully teacher tak halau balik!”.
Sumber foto: Instagram Anzalna Nasir
Biarpun teruja anaknya sudah bersekolah, Anzalna turut mengakui yang bukan mudah untuk berjauhan dengan anak tercinta. Semoga semangat Eidrees terus bertahan dan dapat belajar lebih banyak lagi di sekolah!
Ads
Sekadar recap, Mohamad Eidrees telah dilahirkan pada 31 Mei 2019 yang lalu sebuah pusat perubatan swasta. Berkogsi tentang pemilihan nama anak sulunya itu adalah bersempena gabunga Eidulfitri dan Idress yang merupakan nama salah seorang Nabi.
Pelakon jelita, Fasha Sandha menjadi inspirasi buat ibu-ibu di luar sana apabila kekal langsing biarpun sudah bergelar ibu kepada tiga cahaya mata.
Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata selepas menimang cahaya mata berat badannya bertambah dan dinasihatkan oleh doktor untuk mengubah cara pemakanan yang betul.
Katanya lagi, dia memilih untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat dan seimbang demi menjaga kesihatan secara menyeluruh.
“Saya kurangkan pengambilan gula, jaga makan dan kurangkan pengambilan nasi.
“Dalam sehari, saya hanya makan dua sudu nasi sahaja bukan dua senduk iaitu pada waktu pagi. Kalau saya makan lebih daripada itu, saya akan rasa menyesal.
“Selepas melahirkan anak, saya mudah naik badan tapi tipulah jika saya tak ambil sumplemen macam detox keluaran saya dan jaga makan buatkan saya lebih ringan dan yakin,” kata Fasha.
Gemar tampil sederhana
Walaupun bergelar selebriti popular, Fasha lebih selesa memilih gaya hidup yang sederhana dan tidak berlebih-lebihan.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menjelaskan dirinya lebih gemar tampil sederhana menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura.
“Saya merupakan orang yang sederhana, tidak meletakkan diri saya sebagai selebriti. Gelaran itu saya hanya guna bila bekerja sahaja.
“Jika tidak bekerja, hidup saya umpama orang biasa sahaja. Saya mengemas, bawa kereta, pergi pasar jadi mungkin perkara itu yang membuatkan saya lebih dekat dengan orang sekeliling.
“Saya hanya mengekalkan apa yang ada terus jadi diri sendiri terus merendah diri supaya orang dekat dengan kita tapi tidaklah terlalu sempurna, ada juga kekurangan,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati mana yang tidak gembira bila akhirnya dapat menatap wajah seorang bayi yang selama ini hanya hadir dalam doa. Hampir dua dekad bukanlah tempoh yang singkat setiap tahun penuh harapan, lumrah hati nan terdetik setiap kali lihat anak “Bilalah agaknya giliran aku?” Barangkali begitulah perasaan pasangan menanti zuriat, Mohd Khairuddin Ahmad, 51, dan isterinya, Noorul Izzah Marzuki, 44, yang sabar menanti hampir 19 tahun untuk menimang cahaya mata pertama.
Tanggal 17 Oktober lalu menjadi detik paling bermakna dalam hidup mereka. Bayi lelaki yang diberi nama Sheikh Muhammad Mohd Khairuddin lahir bukan sahaja membawa sinar bahagia, tetapi juga satu simbol kasih dan kesabaran.
Lebih manis lagi, tarikh kelahiran si kecil itu jatuh pada 25 Rabiulakhir, sama seperti tarikh lahir bapanya mengikut kalendar Islam seolah-olah tanda cinta dan doa mereka akhirnya bertaut sempurna.
Noorul Izzah berkongsi, saat mengetahui dirinya hamil selepas sekian lama mencuba, dia hanya mampu menangis.
“Saya tengok dua garisan pada alat ujian kehamilan pun macam tak percaya. Selama ni asyik satu garisan saja. Tapi kali ni, bila Allah kata ‘kun fayakun’ jadi, maka jadilah,” katanya.
Bukan mudah lalui perjalanan hampir dua dekad menanti zuriat. Mereka pernah berdepan keguguran pada tahun 2007 ketika kandungan berusia enam bulan. Ujian itu benar-benar menguji emosi dan keimanan mereka sebagai suami isteri. Namun, mereka tidak pernah berputus asa.
“Tapi kami tak putus asa kerana yakin ada harapan jadi selain berdoa, kami terus berusaha,” kongsi Mohd Khairuddin.
Pasangan ini juga melalui pelbagai rawatan termasuk In-Vitro Fertilization (IVF) sebanyak tiga kali. Dua kali gagal, malah pernah ditolak kerana masalah obesiti. Tapi mereka tidak berhenti berusaha. Percubaan ketiga akhirnya membuahkan hasil dan hasil itu kini sedang nyenyak tidur dalam pelukan mereka.
“Kami pun pernah dua kali cuba buat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebelum ini namun tak berhasil… pernah juga ditolak untuk buat IVF sebab kami obesiti.
“Tapi rezeki kami apabila isteri hamil dan dapat zuriat selepas buat IVF kali ketiga macam tak percaya, ibaratnya fantasi jadi kenyataan bila tengok anak dalam dakapan,” ujar Mohd Khairuddin Ahmad
Sementara itu, isterinya Noorul Izzah Marzuki meluahkan rasa syukur dikurniakan zuriat yang telah lama dinanti.
“Alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan semuanya okay, tak ada masalah dan syukur Allah SWT mudahkan.
“Tekanan tak ada anak sebelum ini ada tapi saya anggap mereka yang bertanya (soal zuriat) itu semua mendoakan… buat pasangan di luar sana yang belum ada rezeki, jangan putus asa dengan rahmat Allah SWT tapi kena ikhtiar juga,” katanya.
Lebih menyentuh hati, Khairuddin tidak pernah berniat untuk berkahwin lain meskipun tiada zuriat selama hampir 19 tahun.
“Orang terdekat dengan saya pun tak ada bagi cadangan itu (berkahwin lagi) dan bagi saya, belum tentu dapat zuriat.
“Tapi ada yang cadang ambil anak angkat cuma saya dan isteri tetap nak usaha.
“Tahun lalu pun, saya dan isteri dapat peluang ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Jadi waktu di Arafah, itu yang kami doakan (dapat zuriat) dan syukur kerana Allah SWT makbulkan.
Bagi pasangan menanti zuriat ini, kelahiran Sheikh Muhammad bukan sekadar rezeki, tetapi juga peringatan bahawa tiada doa yang sia-sia.
Kepada pasangan menanti zuriat yang masih belum dikurniakan anak, kisah ini menjadi bukti bahawa keajaiban masih wujud. Walaupun penantian itu panjang, jangan berhenti berdoa. Allah mendengar setiap keluhan dan tangisan yang kita sembunyikan. Cuma waktunya belum tiba.
Tekanan daripada masyarakat boleh jadi sangat mencabar. Belajarlah untuk tidak mengambil hati terhadap soalan “bila nak ada anak?” kerana kadang-kadang mereka tidak tahu betapa pedihnya soalan itu bagi yang menanti.
Masalah obesiti boleh menjejaskan peluang kehamilan. Cuba turunkan berat badan dengan pemakanan seimbang, senaman ringan, dan rehat yang cukup. Kadang bukan rezeki belum sampai, tapi tubuh belum bersedia.
Jangan takut untuk berjumpa pakar. Teknologi seperti IVF, IUI atau rawatan hormon mampu membantu. Namun, pastikan anda berdua faham prosesnya dan bersedia dari segi fizikal serta emosi.
Lelaki juga perlu kuat. Jangan biar isteri lalui semua tekanan sendiri. Kadang hanya dengan pelukan atau kata semangat, ia sudah cukup menenangkan.
Bila usaha sudah dibuat, selebihnya serahkan pada Allah. Ada rezeki datang cepat, ada yang lambat, ada juga yang hadir dalam bentuk lain seperti anak angkat atau rezeki yang tak disangka.
Bagi yang sedang meniti tempoh kehamilan, jagalah diri dan kandungan dengan penuh kasih:
Kisah Noorul Izzah dan Mohd Khairuddin ini bukan sekadar kisah penantian panjang, tetapi bukti bahawa kasih, doa dan kesabaran adalah kunci keajaiban.
Kadang rezeki datang bukan pada masa kita mahu, tapi pada masa Allah tahu kita benar-benar bersedia.
Dan bila akhirnya bayi itu hadir, kita sedar — setiap air mata yang pernah jatuh dulu, rupanya adalah bayaran untuk senyuman kecil yang kini ada di pangkuan kita.
Seperti mana yang kita ketahui, tahun hadapan kerajaan telah megeluarkan arahan penggunaan kerusi keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya. Ramai ibu ayah yang menyokong saranan ini dan tidak kurang ada juga yang sukar untuk menerimanya. Antara puncanya adalah bukan semua ibu ayah berkemampuan untuk membelikan kerusi keselamatan buat anak-anak mereka.
Walaupun begitu, ada ibu ayah yang sanggup berkorban apa saja demi menyediakan kerusi keselamatan dalam kenderaan untuk anak mereka. Bahkan ada yang sanggup mengenepikan keinginan sendiri demi keselamatan anak yang disayangi. Begitulah perkongsian Intan Dzulkefli yang melihat sendiri betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang sanggup menjual barang kemasnya semata-mata untuk mendapatkan car seat untuk anaknya.
.
Minggu lepas, selepas selesai urusan di bank, Insyirah merengek kehausan. Oleh itu, singgahlah kami di kedai serbaneka membeli air mineral. Entah macam mana, tiba-tiba terasa mahu singgah masuk ke kedai emas di sebelahnya pula.
Awkward terasa kerana pertama kali singgah di kedai itu. Waktu saya masuk, ada seorang wanita di dalam kedai itu. Saya duduk di kerusi sebelahnya. Insyirah leka minum air dan makan cookies.
“Nak beli gelang ke kak?” tanya salah seorang jurujual. Saya geleng kepala sambil tersengih.
“Tak… Ni saja nak tengok-tengok. Tak pernah datang sini.” kata saya berterus terang.
Apabila saya berkata begitu jurujual itu tersenyum sahaja sambil mengangguk lalu dibiarkanlah saya mencuci mata melihat berbaris gelang tangan di balik kaca.
Wanita di sebelah saya tadi ralit melihat barisan perhiasan emas. Lama sungguh dia merenung. Saya ni pula leka merenung gelagatnya berbanding merenung kerlipan emas permata di depan mata.
_
Tak lama selepas itu beberapa orang lagi wanita masuk ke kedai itu. Wanita tadi masih lagi terpaku seperti tadi.
Saya dalam pada itu sibuk juga melayan Insyirah mahu minum air dan membersihkan kotoran di mukanya yang comot makan cookies.
Masa berlalu, akhirnya tinggal saya dan wanita tadi semula berdua sahaja di kedai itu.
Apabila melihat jam, saya rasa sudah lama juga kami di situ. Tatkala saya mahu berkemas-kemas keluar, wanita itu rupanya sudah beredar dulu.
_
“Akak tu tadi tiap hari datang sini lepas dia datang jual barang kemas dia haritu.” kata jurujual itu tanpa diminta.
“Oo.. Mungkin nak aim beli yang lain kut,” ujar saya.
Jurujual tu tersenyum je.
“Akak tu kata, dia terpaksa jual. Masa dia serahkan barang-barang tu pun dia macam nak menangis. Tapi dia kata perlu duit. Nak beli carseat anak-anak dia.”
.
Kali ini saya pula yang tersentuh.
MasyaAllah…
“Semoga murah rezeki dia. InsyaAllah.” doa saya sambil diaminkan jurujual tadi. Kemudian kami berdua meminta diri kerana lihat langit sudah semakin gelap.
_
Waktu memandu pulang ke rumah, cerita tadi masih terngiang-ngiang lagi.
Seakan terbayang lagi betapa lama renungan wanita tadi. Mungkin dengan susah payah dia mengumpul duit untuk membeli barangan kemas tersebut, atau ada kenangan sentimental tentangnya, namun demi anak-anak, keputusan begitu yang diambil akhirnya.
Selama ini saya cuma membaca perkongsian dan kisah suka duka pengorbanan ibubapa membeli carseat untuk anak-anak di facebook.
Kisah ibubapa yang tekad membelikan carseat setelah salah seorang anak kembar mereka meninggal dalam kemalangan. Kisah surirumah ikat perut dan bersusah payah menabung untuk membelikan carseat untuk anak-anak.
.
Serta banyak lagi kisah yang menginspirasikan.
Namun, hari itu, saya mendengar sendiri, dan melihat sendiri. Betapa kadang menjadi ibubapa ini bermakna mengenepikan kehendak dan keperluan diri sendiri demi keselamatan dan keperluan anak-anak.
_
Hal carseat ini, kita semua ada ‘kasut’ masing-masing, struggle masing-masing. Namun, saya berpendapat betapa keras usaha setiap ibubapa mahu memberikan yang terbaik itulah yang patut dipuji.
Berkorban hal kesukaan. Berkorban wang simpanan. Berkorban harta kesayangan.
Saya cuma mampu doakan semoga semua urusan ibubapa yang sedang berusaha untuk menyediakan carseat untuk anak-anak mereka juga dipermudahkan Allah, walau kadang untuk urusan itu banyak berlaku konflik dan salah faham antara suami isteri, emosi yang bercampur baur, stress serta begitu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
.
_
“Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Surah Ali Imran: 159)
Apapun niat kita, moga Allah melihatnya sebagai amal yang membawa kita ke syurga, insyaAllah.
Segala susah payah kita, harta yang kita keluarkan atas niat kerana Allah, insyaAllah pasti Allah akan balas, tak di dunia di akhirat kelak. InsyaAllah.
Besar sungguh pengorbanan si ibu tadi. Mungkin sesetengah orang berpendapat ia perkara kecil, tetapi mungkin tidak buat wanita di dalam cerita ini. Semoga urusan ibu itu dipermudahkan dan dia dapat menyediakan kerusi keselamatan buat anak-anaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!