Apabila anak-anak bermain, tiba-tiba dia menarik diri dan mula bosan dengan aktiviti yang sedang dilakukan. Itu biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Ia akan terjadi sekiranya dia tak dapat apa yang dia inginkan.
Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa ada berkongsi tentang hal ini. Ketika anak tidak mahu beralah atau sentiasa mahu menang ketika bermain, itu menunjukkan dia tiada SELF CONTROL.
Macam mana tu? Ikuti perkongsian ini.
ANAK YANG ASYIK NAK MENANG : GALAKKAN ATAU HALANG ?
“Abang nak menang ! Abang nak juga !”
“Tak nak main lah . Tak nak kawan dah”
“Bosan lah main ini. Tak best”
Eyh tadi elok je main. Ini pun mainan pilihan anak.
TAPI bila dia kalah dia punya mengamuk lain macam. Habis semua kena termasuk Ibu Ayah
Ada yang:
TANTRUM
MERAJUK
Dan ada baling barang sampai terkena muka Mama
Begini sebenarnya banyak kebaikan Main Game berunsur ada kalah dan menang.
Sebab apa
1. Anak belajar Kemahiran bermain dalam kumpulan di mana dia perlu Menunggu , ambil giliran dan berkongsi dan sebagainya.
2. Anak belajar Social Rules di mana setiap permainan ada Peraturan perlu dia ikut untuk main
Ads
3. Anak belajar konsep Self Control di mana bila kalah atau menang perlu terima dengan hati REDHA
Tapi persoalannya anak tiada SELF CONTROL dan mudah rasa KECEWA atau ‘Frustation’.
Kecewa atau Frustation adalah satu perasaan di mana dia tidak dapat memenuhi kemahuan dia utuk mendapatkan hasil yang diingini termasuk dalam sesuatu situasi. (Britt & Janus, 1940; Waterhouse & Child, 1953, Brams, 1997).
Jadi hendak dia MENANG sentiasa ke?
Dan ini adalah ISU besar kerana dia tidak mahu KALAH ?
Jadi bagaimana ya untuk kawal anak anak ini ?
Sebenarnya ada sebab kenapa anak rasa MARAH, SEDIH KECEWA bila kalah dalam main game antaranya adalah
Dia fikir dia telah kecewakan Ibu Ayah dan kemungkinan kasih sayang kita akan berkurangan.
Mengikut Kajian anak anak perlu merasa Kecewa dan perlu seimbangkan perasaan ini kerana jika KECEWA berulang kali juga akan mengakibatkan anak anak tidak mahu bermain lagi (Canossa, Drachen & Sørensen, 2011)
Perasaan yang dia alami ketika Menang adalah perasaan yang menyeronokkan dan membuatkan mereka membina Keyakinan diri dan motivasi yang tinggi .
Ads
Namun bila kalah yang mereka rasakan MALU kerana tidak dapat mencapai expectation orang lain.
Anak tidak tahu bagaimana cara MENGAWAL Perasaan sedih , kecewa dan marah.
Oleh kerana itu kebanyakan anak yang belum cukup matang otak rasioanal mereka maka akan pilih cara mudah untuk aktifkan OTAK REPTILIA Mereka di mana mereka akan lebih mudah marah dan mengamuk.
Saya kongsikan 5 TIPS untuk bantu anak FAHAM KALAH dalam Game itu perlu:
1. Beri ruang luah perasaan mereka.
Ya perlu izinkan anak nyatakan anak marah kecewa atau sedih sebab kalah.
‘ABANG marah sebab kalah ya. Kali ini Abang kalah tapi Adik menang. ABANG boleh gembira untuk adik’ ‘Tidak mengapa Mama masih sayangkan Abang’
2. Beri peluang untuk KALAH
Ya ini juga saya banyak lakukan terutama pada anak anak yang memang mahu menang sentiasa di mana kita mencabar Frustation tolerance mereka.
Ajar mereka ini perasaaan KALAH dan it is OK. Ini perlu pengulangan.
Ya sangat penting terutama anak anak Autism yang ada isu Anxiety dan Frustation Tolerance perlu didedahkan kepada mereka untuk merasai perasaan kalah itu.
Ya perlu dedahkan pada anak seawall yang mungkin kerana ANAK mudah ikut dan faham bila kita tunjuk dari awal lagi.
Dari awal lagi Ibu Ayah boleh sahaja bermain game dan Ibu atau Ayah yang kalah patut menunjukkan Cara kendalikan emosi kalah dengan betul supaya anak boleh faham apa tindakan mereka.
4. Fahamkan apa itu MENANG & KALAH
Ya terangkan pada mereka apa itu menang dan apa ganjaran yang mungkin mereka dapat. Namun terangkan jug ajika KALAH juga adalah perkara biasa dan kita tetap sayang pada mereka.
Ajarkan mereka untuk usaha tapi bukan untuk melawan untuk menang semata-mata.
5. Ajar mereka RESPON yang sepatutnya mereka lakukan ketika MENANG atau KALAH
Ya ini antara Teknik untuk ajar mereka kawal perasaan mereka.
Dan ya jangan galakkan anak menyalahkan pihak lain ketika terangkan apa kalah dan menang ya.
Menyalahkan pihak Luar akan menyebabkan anak akan lebih MARAH pada permainan dan menjadikan pengalaman itu tidak positif. (Rosenzweig, 1935; Canossa et al., 2011).
Jadi lakukan SOCIAL STORY berulang kali untuk mereka faham.
Saya kongsikan beberapa Social Story di bawah”
Belajar sesuatu ?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak datang ke dunia dengan potensi yang luar biasa. Mereka penuh imaginasi, penuh rasa ingin tahu, dan sentiasa bermimpi besar — menjadi doktor, jurutera, guru, angkasawan, pelukis, atau juruterbang. Impian mereka adalah benih kepada masa depan yang hebat.
Namun benih itu hanya akan tumbuh subur jika disiram dengan sokongan, kasih sayang dan galakan. Dalam video inspirasi oleh Bintang Kecil, seorang anak bernama Arkan diberi peluang menjadi juruterbang sehari. Lebih daripada sekadar pengalaman menyeronokkan, ia menjadi bukti bahawa apabila anak diberi ruang dan percaya pada diri sendiri, mereka mampu menggapai langit — secara literal dan simbolik.
Lalu, apakah peranan ibu bapa dalam menyokong impian dan membina keyakinan diri anak-anak? Mari kita terokai lima aspek penting berikut.
MENGHARGAI DAN MENGAKUI IMPIAN ANAK
Anak-anak perlukan seseorang yang percaya pada impian mereka — dan orang itu ialah ibu bapa.
Dengarkan impian mereka, walau bagaimana aneh atau berubah-ubah sekali pun.
Tunjukkan minat dan tanya soalan untuk memahami lebih lanjut.
Bila anak rasa didengari, mereka akan rasa impian mereka bernilai dan layak dikejar.
Mesej penting: “Kalau ibu ayah percaya aku boleh, maknanya memang aku boleh.”
MEMBINA KEYAKINAN DIRI MELALUI PENGALAMAN
Keyakinan anak tidak lahir begitu sahaja. Ia terbina melalui:
Peluang mencuba: bawa mereka ke tempat berkait minat (muzium, perpustakaan, bengkel).
Tanggungjawab kecil: seperti mengurus jadual belajar, mengemas bilik.
Galakan semasa gagal: bantu mereka bangkit, bukan terus membetulkan.
Apabila anak diberi ruang mencuba, gagal dan bangkit semula, mereka akan lebih yakin menghadapi cabaran masa depan.
PUJIAN YANG MEMBINA, BUKAN MEROSAKKAN
Pujian yang betul membina, tetapi pujian yang salah boleh melemahkan.
Fokus pada usaha, bukan hanya keputusan
Contoh: “Bagus sebab kamu tak putus asa.” berbanding “Pandai betul kamu dapat A.”
Raikan proses pembelajaran, bukan kesempurnaan
Ini membantu membentuk growth mindset — iaitu kepercayaan bahawa kebolehan boleh berkembang.
Keyakinan sebenar terbina apabila anak tahu bahawa usaha mereka dihargai, bukan hanya pencapaian.
JADI MODEL DAN PENGARUH YANG POSITIF
Anak meniru lebih banyak daripada apa yang kita cakap — mereka meniru apa yang kita buat.
Tunjukkan keberanian anda mencuba perkara baharu.
Kongsi kisah kegagalan anda dan bagaimana anda bangkit.
Jadilah contoh tenang dan positif ketika menghadapi cabaran.
Keyakinan anak akan tumbuh apabila mereka melihat ibu bapa mereka yakin, jujur dan berani.
KOMUNIKASI YANG MEMBERI NILAI DAN SUARA KEPADA ANAK
Bercakap dengan anak bukan hanya untuk memberi arahan, tapi juga untuk membentuk cara mereka melihat diri sendiri.
Libatkan anak dalam perbualan tentang kehidupan dan dunia.
Hormati pendapat mereka walau masih kecil.
Jadikan masa berbual sebagai ruang terbuka, bukan sesi soal jawab.
Anak yang tahu suaranya dihargai akan lebih berani menyuarakan impian dan berdiri atas kaki sendiri.
Bila Impian Disiram Dengan Keyakinan
Impian anak-anak adalah titik mula kepada masa depan mereka. Dan ibu bapa adalah penjaga impian itu. Mereka tidak perlu menyediakan jalan yang sempurna, tetapi cukup untuk menjadi sayap sokongan yang membantu anak terbang lebih tinggi — dengan yakin, kuat dan berani.
“Anak yang dibesarkan dengan keyakinan akan berani mencipta peluang, bukan hanya menunggu nasib.”
Jadi, teruslah dengar, bimbing dan percaya pada mereka. Dari sinilah lahirnya pemimpin, inovator dan insan hebat masa depan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran anak-anak bukan sahaja memeriahkan rumah tangga tapi setiap anak itu dah ada rezeki untuk kedua ibu bapanya.
Begitulah yang dirasai oleh Datin Rebecca Nur Al-Islam yang dikelilingi 8 orang anak yang comel dan masing-masing tahu apa nak kena buat.
Menurut Rebecca dia suka anak ramai kerana adik beradiknya juga 8 orang. Semasa di awal perkahwinan ramai yang bertanya nak berapa orang anak?
“Dengan pantas saya selalu sebut nak 8 orang macam mak saya juga, dan niat itu akhirnya dimakbulkan oleh Allah sekarang.
“Cantik sangat aturan Allah untuk saya dan suami. Kini saya dah memiliki cinta hati ini,” katanya.
Rebecca berkongsi bila dah ramai-ramai berkumpul boleh bayangakn kemeriahan rumah tu macam mana. Tapi semuanya sungguh indah. Momen inilah yang dikenang bila semua anak dah besar.
Sebelum ini, Rebecca juga ada mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Aurora yang dilahirkan 8 Disember lalu. Jika diikutkan Aurora kira sebaya dengan Ahmet Reaggan, anak lelaki Rebecca yang dilahirkan 18 Julai tahun sama.
Sumber: IG Rebecca Nur Al-Islam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak usia tiga tahun seharusnya sudah boleh diperkenalkan asas menulis,supaya boleh menulis dengan sempurna apabila ke tadika. Macam tak logikkakkan, seawal usia tiga tahun sudah kena mengajar anak menulis. Tetapi inilah yang disarankan oleh Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini supaya apabila anak ke tadika, dia tidak menghadapi masalah untuk menulis. Lebih-lebih lagi, anak ini akan memasuki darjah satu. Lebih kesian, anak ini akan ketinggalan ke belakang mungkin terpaksa memasuki kelas pemulihan!
Berikut panduan yang disediakan oleh Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali yang boleh dimanfaatkan untuk mendidik anak-anak.
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak kanak yang seiring juga dengan kemahiran membaca. Tahukan anda bawa asas kemahiran menulis sepatutnya di pelajari dan di kuasai se awal usia 3 atau 4 tahun.
Boleh melakukan aktiviti melukis
TIP A
Cuba perhatikan adakah si kecil anda sudah boleh melakukan aktiviti asas menulis seperti berikut?
1.Boleh meluahkan rasa melalui lukisan.
2.Boleh dan mula berminat menggunakan pencil atau krayon atau marker untuk meniru dan menulis atau melukis.
3.Boleh meniru garisan lurus dan bulatan dan sudah mula dapat menulis simbol “X”dan juga “+”.
4.Berminat dan menunjukkan kesungguhan dalam menulis walapun belum sempurna sepenuhnya.
Perhatikan tingkah laku si kecil, ada kah tidak suka menulis atau meniru tulisan
TIP B
Sebagai panduan juga, cuba perhatikan tingkah laku berikut pada si kecil anda supaya anda dapat mengesan lebih awal masalah kemahiran menulis pada si kecil anda:
Tidak suka atau mengelak bila diminta menulis atau meniru tulisan
Lambat untuk meniru dan menulis
Mengalami masalah sukar mengingat bentuk huruf dan nombor
Kerap kali menulis secara terbalik atau secara kanan ke kiri
Pelbagai jenis pensil atau warna pensil, krayon dan sebaginya perlu disediakan bagi menarik minat sikecil anda untuk menulis.
TIP C
11 AKTIVITI BANTU ANAK SUKA MENULIS
Terdapat beberapa panduan yang boleh diambil bagi membantu sikecil anda menulis dan suka menulis.
1.Sediakan peralatan menulis yang pelbagai dan mencukupi. Beri anak pilihan untuk menulis di atas pelbagai bahan dan hanya terhad kepada menulis di atas kertas atau buku sahaja. Pelbagai peralatan menulis seperti notepad, kad, kotak, pelbagai jenis pensil atau warna pensil, krayon dan sebaginya perlu disediakan bagi menarik minat sikecil anda untuk menulis.
2.Sediakan huruf abjaid (dalam bentuk abjad plastik yang banyak terdapat di kedai kedai atau supermarket. Biarkan anak anda meniru menulis abjad berdasarkan huruf -huruf tersebut
3.Galakkan sikecil anda untuk melukis bagi menggambarkan ideanya setiap kali selepas sessi bercerita. Kebolehan melukis adalah asas kepada kemahiran menulis
4.Sentiasa tunjukkan pada si kecil anda nota-nota atau perkataan-perkataan bertulis antaranya yang terdapat dalam buku, majalah, menu, senarai membeli-belah dan sebagainya. Tunjukkan tulisan yang terdapat di mana-mana sahaja.
5.Mulakan latihan menulis dengan meminta si kecil anda menulis namanya sendiri dahulu. Kanak-kanak sangat suka menulis namanya sendiri dan juga nama nama orang rapat dengannya.
6.Bantu sikecil anda untuk menulis label namanya pada barang barang peribadi miliknya seperti beg sekolahnya, kotak pensil, pensil warna dan sebagainya.
7.Anda juga boleh meminta si kecil and meniru menulis perkataan dari majalah atau surat khabar atau mana mana gambar bertulis yang diminatinya.
8.Bagi membantu kemahiran motor halusnya, galakkan sikecil anda bermain dengan doh. Bantu dia membetuk huruf dengan menggunakan doh dan kemudian meniru menulis bentuk doh tersebut.
9.Selalulah berhubung dengan guru sikecil anda dan tanyakan bagai manakah kemahiran menulis di ajar di sekolah supaya anda boleh membantu dia meneruskan cara tersebut di rumah.
10.Berbincang dengan guru si kecil anda apakah kemahiran menulis khusus yang belum dikuasai oleh sikecil anda supaya anda dapat terus membantunya di rumah.
11.Berbincanglah secara santai dengan si kecil anda, tanyakan apakah aktiviti yang dilakukan di sekolah dan cuba selidik perasaannya tentang menulis. Adakah dia suka atau tidak dan kenapa?
Jadi, apa lagi ibu ayah, ini lah masa untuk mengajar anak-anak pada awal usianya. Lakukan secara santai untuk anak yang masih kecil. Maklumlah anak-anak kecil ni cepat bosan. Lakukan aktiviti ini secara menarik, bukan secara paksaan. Lakukan secara bermain sebagaimana Dr Mahani bagi 11 aktiviti di atas tadi. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.