Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga, pempengaruh media social, Siti Jamumall terpaksa membuang kandungannya gara-gara kandungan anggur atau molar pregnancy.
Menerusi Tik Toknya semalam, Siti memberitahu kandungannya terpaksa digugurkan selepas doctor mengesahkan dia mengalami kehamilan anggur atau molar pregnancy.
“Rancang nak sorok dulu berita kehamilan sampai bayi dalam kandungan besar sikit tapi tak kesampaian. Siti kena molar pregnancy,” katanya berkongsi.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia terpaksa menjalani prosedur mencuci kandungan dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya.
Ads
“Allah bagi pinjam sekejap. Doakan semoga semuanya selamat.
“Kena jalani prosedur untuk cuci kandungan. Takut tapi kena kuat,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Siti dan suaminya Khairul Aiman Abdul Kudus mendirikan rumah tangga pada 1 Jun lalu. Siti turut mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu dan ayah memang tiada galang-gantinya. Dari kita kecil hinggalah dewasa, mereka tak pernah mengeluh susah. Malah kesusahan yang mereka alami disembunyikan sebaik mungkin.
Begitulah orang tua kita, sememangnya tidak akan berterus-terang meminta bantuan daripada anak-anaknya. Biar nyawa mereka di hujung tanduk sekali pun, mereka sama sekali tidak mahu menyusahkan anak-anak. Bahkan sering kali mengucapkan dengan bahasa mereka yang pada pandangan kita sebagai anak, semuanya baik-baik sahaja.
Namun hakikatnya sebagai anak cubalah selami ke dalam hati mereka. Kadang apa yang diucap tidak sama dengan apa yang di dalam hati mereka. Ini dek kerana, ibu ayah kita punya ‘bahasa’ nya yang tersendiri.
Ikuti perkongsian Abdul Muiez untuk kita sebagai anak memahami ‘bahasa’ ibu dan ayah. Renung-renungkan agar menjadi panduan di suatu masa kelak.
‘Bahasa ibu bapa yang tidak difahami anak-anak.’
Setiap kali saya call mak atau ayah, bertanyakan khabar, jawapan mereka sama. “Alhamdulillah sihat.”
Bila adik bercerita, barulah saya faham.
“Masa mak ayah cakap sihat, aku kat belakang mak ayah. Nak je aku jerit. Cakap ajelah mak ayah tak sihat.”
Tahu apa mak ayah jawab?
“Kesian Muiez. Nak balik jauh, kena pakai duit banyak.”
Allahu akbar
“Sekarang kau tahu kan, sihat ayah kau macam mana? Selalu cakap sihat, kesudahannya sampai ke ICU dah.”
Kalau nak tahu mak ayah sihat atau tak, tanyalah adik beradik yang jaga atau selalu menjenguk mak ayah di rumah.
‘Bahasa ibu ayah yang anak-anak kena faham.’
“Mak nak beli tu tak?”
“Tak nak.”
Jawapan sebenar, belilah.
“Mak ayah nak kami balik tak minggu ni?”
“Tak payahlah balik.”
Jawapan sebenar, baliklah mak ayah rindu.
“Mak ayah nak makan ni tak? Nanti kami beli.”
“Tak payahlah. Bukannya makan pun.”
Jawapan sebenar, belilah. Mak nak rasa.
“Baju raya mak ayah nak warna apa tahun ni?”
“Tak payah belilah. Baju lama ada lagi.”
Jawapan sebenar, belilah mak ayah nak sedondon dengan kau.
“Mak nak kami hantar ke?”
“Tak payahlah. Nanti pandailah mak pergi sendiri.”
Jawapan sebenar, hantarlah. Mak nak naik kereta kau.
“Mak ayah nak beli kek tak untuk hari jadi nanti?”
“Tak payahlah. Mak dah tak boleh makan manis.”
Jawapan sebenar, belilah. Nanti boleh makan sekeluarga.
Anak-anak, cubalah faham bahasa mak ayah sementara masih ada masa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian Noor Nabila, kakak kepada Neelofa ke Tanah Suci beberapa minggu lagu bersama anggota keluarga mengundang perhatian ramai.
Si comel Jebat Jayden, anak kesayangannya bersama bekas suami, Sharnaaz Ahmad juga turut serta bersama ibunya untuk sama-sama mengerjakan umrah.
Rupanya Nabila bernazar untuk turut membawa Jebat bersamanya ke Tanah Suci. Hal itu dikongsikan Nabila di Instagramnya.
“Alhamdulillah syukur sangat-sangat pada Allah, mommy dapat tunaikan nazar mommy untuk bawak Jebat Jayden Ahmad ke tanah suci mekah.
“Semoga Allah terima ibadah kami semua. InsyaAllah.
“Ya Allah, inilah tempat suciMu dan keamananMu, maka peliharalah aku dan anakku dari api neraka dan selamatkanlah kami dari seksamu pada hari engkau membangkitkan hamba-hambaMu ya Allah, dan jadikan lah kami tergolong dalam kekasihMu dan orang-orang yang taat kepadaMu,” tulisnya berkongsi.
Bahkan Nabila turut memuat naik videonya sepanjang berada di sana bersama Jebat dan ahli keluarga lain.
Biarpun perlu bersusah payah mengendong Jebat yang keletihan, namun Nabila menguatkan semangatnya untuk terus melakukan ibadah.
Malah banyak momen manis dikongsikan Nabila sepanjang berada di Tanah Suci.
Perkongsian itu turut menarik perhatian pengikut Nabila di Instagram malah mendoakan yang terbaiknya dan Jebat.
Terdahulu, pemergian ibu dan anak ini turut dihantar malah disambut kepulangannya oleh Sharnaaz sendiri.
Bila masuk je bulan Ramadan, ramai yang teruja nak rebut pahala lebih, termasuk solat tarawih.
Tapi bagi mak-mak yang ada anak kecil atau sibuk bekerja, nak ke masjid setiap malam bukan sesuatu yang mudah.
Jangan risau, mak-mak masih ada pilihan untuk tunaikan solat sunat Tarawih walaupun tak dapat ke masjid.
Sebenarnya Solat Tarawih boleh dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Jadi bolehlah mak-mak berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu, sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah
dan keluarga.
SOLAT SUNAT TARAWIH
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Solat Sambil Dukung Anak
Mungkin ada mak-mak yang besarkan anak kecil sendirian tanpa suami di rumah. Atau masalah lain anak kecil jenis tidur lambat dan asyik nak berdukung siap pakej meragam bila diletak ke bawah. Kalau situasi ini, nak solat pun tak khusyuk!
Namun masalah ini seharusnya tidak menjadi alasan untuk mak-mak tak buat solat Tarawih. Pendek kata, rugi! Apatah lagi Islam adalah agama yang memudahkan dan sudah tentu ada cara untuk memudahkan kaum ibu dalam hal ini.
Disebut dalam hadis
Sebenarnya jika berdepan situasi ini seseorang ibu itu dibenarkan mendukung bayi sambil bersolat. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra :
“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari)
Diharuskan
Dalam hal ini adalah diharuskan oleh ibu untuk mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Namun ada syarat-syarat yang harus ibu kena tahu…
1. Pastikan anak bersih dari najis, sebaiknya tukar lampin anak sebelum ibu bersolat.
2. Kawal pergerakan. Pergerakan yang dibenarkan atau tidak membatalkan solat iaitu tidak bergerak melebihi tiga kali berturut-turut.
3. Dada sentiasa mengadap kiblat.
4. Hanya dilakukan ketika keadaan memaksa. Adalah lebih baik anak dijaga seketika oleh orang lain ketika ibu bersolat.
Haaa… mudah kan? Kalau tahun lepas gagal buat, lepas ini mak-mak tetap boleh buat solat tarawih walau payah dengan anak-anak kecil. Moga mak-mak mampu kaut pahala berganda di bulan Ramadan ini.
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!