Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga, pempengaruh media social, Siti Jamumall terpaksa membuang kandungannya gara-gara kandungan anggur atau molar pregnancy.
Menerusi Tik Toknya semalam, Siti memberitahu kandungannya terpaksa digugurkan selepas doctor mengesahkan dia mengalami kehamilan anggur atau molar pregnancy.
“Rancang nak sorok dulu berita kehamilan sampai bayi dalam kandungan besar sikit tapi tak kesampaian. Siti kena molar pregnancy,” katanya berkongsi.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia terpaksa menjalani prosedur mencuci kandungan dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya.
Ads
“Allah bagi pinjam sekejap. Doakan semoga semuanya selamat.
“Kena jalani prosedur untuk cuci kandungan. Takut tapi kena kuat,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Siti dan suaminya Khairul Aiman Abdul Kudus mendirikan rumah tangga pada 1 Jun lalu. Siti turut mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Kisah wanita ini sememangnya meruntun hati. Seorang ibu diuji dengan kelahiran anak istimewa, namun pada masa yang sama terpaksa menelan kata-kata paling menyakitkan daripada suaminya (ketika itu).
Bagi Aisyah Ellyy, ibu dari Indonesia ini, pengalaman melahirkan anak yang menghidap Down Syndrome sepatutnya menjadi detik penuh kasih sayang dan sokongan. Tapi realitinya berbeza. Dalam satu perbualan ‘deep talk’ bersama bekas suaminya, lelaki itu melontarkan kata-kata yang sukar untuk dilupakan.
“Kalau tahu anak akan lahir dengan Down Syndrome, lebih baik kita tak ada anak langsung dalam perkahwinan ini.”
Aisyah mengimbas kembali detik itu. Ketika itu, mereka baru saja mula menyesuaikan diri sebagai ibu bapa kepada Muhammad Al Fatih yang bukan saja menghidap Down Syndrome, malah turut didiagnosis dengan masalah jantung.
Aisyah sendiri tidak pasti apakah kata-kata suaminya itu lahir dari rasa menyesal atau sekadar luahan stres akibat keletihan. Namun tetap, sebagai seorang ibu, dia tergamam.
“Kata-kata itulah yang saya takkan lupa sampai bila-bila. Terasa sakit sangat. Hati ibu mana yang tak sakit, sedangkan sepatutnya kita saling bekerjasama sebagai pasangan.”
Walaupun kecewa, Aisyah tetap menjaga maruah bekas suaminya. Katanya, dia tahu bekas suaminya masih ada kasih sayang terhadap Fatih. Cuma apabila emosi tak stabil, kata-kata yang keluar sering melukakan.
Namun, hubungan mereka tidak kekal. Sekitar awal tahun 2023, mereka berpisah. Dan selepas itu, hubungan terputus sepenuhnya. Bekas suaminya menyekat nombor telefon Aisyah, dan tidak lagi dapat dihubungi.
“Masa Fatih masuk hospital, saya cuba hubungi dia. Keadaan anak tak sihat, saya harap sekurang-kurangnya dia tanya khabar. Tapi dia tetap diam. Tak peduli.”
Akhirnya, pada hujung tahun 2024, satu kejadian mempertemukan mereka semula sekurang-kurangnya secara komunikasi. Dan ketika momen itu datang, Aisyah hanya ada satu perkara utama yang ingin ditanyakan.
“Saya tanya, di mana peranan dia sebagai ayah? Saya tak minta duit atau apa pun. Dia juga mengiyakan hal itu. Saya cari duit sendiri, berniaga tudung. Apa yang saya harapkan, dia bertanggungjawab… mungkin sama-sama cari tempat untuk rawat anak kami, atau sekolah yang sesuai untuk anak kami.”
Sehingga kini, bekas suaminya belum lagi datang bertemu Fatih secara langsung. Tapi dia sudah mula mengirim susu dan lampin. Bagi Aisyah, itu sudah cukup buat masa ini. Dia tidak mengharap lebih.
Kini, hidup Aisyah jauh lebih tenang. Dia sudah pun mendirikan rumah tangga semula. Suami barunya bukan sahaja menerima dirinya, tetapi juga dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu dengan penuh kasih sayang.
Wanita hebat ini membuktikan bahawa biarpun pernah dilukai, kasih seorang ibu tidak pernah pudar. Malah, dia memilih untuk bangkit dan membesarkan anak istimewanya dengan kekuatan luar biasa walaupun pernah ditinggalkan di saat paling sukar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa bentuk kepala bayi boleh berubah sejak awal kelahiran. Ada yang hanya menganggap kepala bayi “penyet sebelah” sebagai perkara biasa, sedangkan ia mungkin tanda awal Sindrom Kepala Rata atau Flat Head Syndrome.
Menurut maklumat kesihatan awam, keadaan ini berlaku hampir 50% dalam kalangan bayi, terutama pada bulan-bulan awal kehidupan. Walaupun ia tidak menyebabkan masalah kesihatan serius, ia boleh memberi kesan kepada penampilan dan keyakinan diri anak apabila membesar nanti jika tidak dipantau dengan baik.
Sindrom Kepala Rata atau istilah perubatannya Positional Plagiocephaly berlaku apabila bahagian tertentu kepala bayi menjadi rata akibat tekanan berulang pada kawasan yang sama.
Keadaan ini berlaku kerana tengkorak bayi masih lembut dan tulang tengkorak belum bercantum sepenuhnya. Sebab itu, bentuk kepala bayi sangat mudah berubah mengikut posisi tidur atau posisi bayi dibaringkan terlalu lama.
Menurut World Health Organization (WHO) dan pakar pediatrik antarabangsa, perkembangan tulang kepala bayi pada tahun pertama kehidupan berlaku dengan sangat pantas. Oleh itu, penjagaan posisi bayi amat penting bagi memastikan bentuk tengkorak berkembang secara normal.
Antara punca paling biasa ialah bayi terlalu lama berada dalam satu posisi yang sama, terutama ketika tidur atau berbaring.
Keadaan ini semakin meningkat selepas kempen “Back to Sleep” diperkenalkan di seluruh dunia bagi mengurangkan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau kematian mengejut bayi. Kempen ini menggalakkan bayi tidur secara terlentang kerana ia terbukti lebih selamat.
Namun, apabila bayi terlalu lama tidur dalam posisi sama tanpa variasi, tekanan pada bahagian belakang kepala boleh menyebabkan kepala menjadi rata.
Antara faktor lain termasuk:
Kadang-kadang perubahan bentuk kepala berlaku perlahan dan sukar disedari. Sebab itu ibu ayah perlu lebih peka terhadap beberapa tanda berikut:
Jika ibu ayah mula nampak perubahan ini, sebaiknya dapatkan pemeriksaan awal di klinik kesihatan atau pakar pediatrik.
Berita baiknya, Sindrom Kepala Rata biasanya tidak menyebabkan kerosakan otak atau gangguan perkembangan serius.
Namun begitu, jika terlalu ketara dan tidak dirawat, ia boleh memberi kesan kosmetik jangka panjang seperti:
Sesetengah kajian juga menunjukkan bayi dengan plagiocephaly teruk mungkin mengalami sedikit kelewatan perkembangan motor, walaupun hubungan ini masih dikaji lebih lanjut.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal pediatrik antarabangsa mendapati hampir 46.6% bayi berusia 7 hingga 12 minggu mengalami plagiocephaly posisi.
Kajian ini menunjukkan risiko lebih tinggi berlaku pada bayi yang:
Pakar menegaskan bahawa keadaan ini sebenarnya boleh dicegah jika ibu bapa melakukan pemantauan posisi bayi sejak awal.
Walaupun bayi perlu tidur terlentang untuk keselamatan, ibu ayah masih boleh mengurangkan risiko kepala rata dengan beberapa langkah mudah.
Semasa bayi tidur terlentang, ubah arah kepala secara bergilir:
Ini membantu mengurangkan tekanan pada satu bahagian kepala sahaja.
Tummy time ialah aktiviti meniarap ketika bayi berjaga dan dipantau.
Ia membantu:
Mulakan beberapa minit sehari dan tambah secara berperingkat.
Jangan biarkan bayi terlalu lama dalam car seat, stroller atau baby rocker jika tidak perlu kerana kepala bayi akan sentiasa menekan permukaan yang sama.
Letakkan mainan atau bercakap dari arah berbeza supaya bayi belajar menoleh kiri dan kanan secara seimbang.
Walaupun ibu ayah digalakkan mengubah posisi bayi ketika berjaga, pakar kesihatan tetap menegaskan bahawa bayi perlu tidur dalam posisi terlentang bagi mengurangkan risiko SIDS.
Tips mengubah posisi bayi hanya boleh dilakukan dengan pemantauan ibu bapa.
Pada waktu tidur tanpa pengawasan:
Segera dapatkan pemeriksaan jika:
Rawatan awal seperti fisioterapi biasanya sangat membantu, terutama jika masalah dikesan sebelum usia 6 bulan.
Sindrom Kepala Rata memang biasa berlaku dan kebanyakan kes boleh diperbaiki apabila ibu ayah bertindak awal.
Apa yang penting ialah:
Bentuk kepala bayi mungkin nampak kecil bagi orang dewasa, tetapi perhatian awal ibu ayah mampu memberi perubahan besar untuk perkembangan si manja di masa depan.
Seorang penceramah seksualiti terkenal, Akhi Fairuz, jelaskan bahawa anak-anak berusia 13 tahun yang memasuki asrama berisiko jika ibu bapa tidak mengambil langkah yang sewajarnya.
Akhi Fairuz menerusi facebook miliknya memberitahu bahawa kenyataan itu diutarakan setelah ditanya oleh perunding kekeluargaan, Dr Taufiq Raziq mengenai usia yang sesuai untuk memasuki asrama.
Semalam Dr Taufiq tanya saya elok anak masuk asrama usia 13 atau 16 tahun. Benda ni ada pro & con. Untuk usia 13 tahun ok je, tapi syaratnya adalah…. Baca post Dr Taufiq di bahagian komen tau.”- Akhi Fairuz
Tanpa persediaan ini, anak-anak mungkin menghadapi kesukaran menyesuaikan diri, sekaligus berpotensi memberi kesan negatif kepada perkembangan mereka.
Melalui laman Facebook milik Dr Taufiq Raziq meluahkan rasa kebimbangan mengenai isu ini menjelaskan 5 perkara yang ibu ayah kena buat sebelum mengambil keputusan untuk menghantar anak ke asrama.
1. Pastikan anak sudah diajar untuk berdikari seperti mengemas tempat tidur, membasuh baju, cuci pinggan mangkuk dan skil untuk kehidupan.
2. Fahamkan anak yang setiap rakan-rakan di asrama nanti berbeza. Ada pendiam, ada peramah, ada pendendam, ada pembuli, ada terlalu advance bahkan ada yang dah terdedah dengan vape. Anak kena bersedia agar tidak berlaku kejutan budaya!
3. Bila homesick, jangan terlalu layan emosi hingga menangis tak henti-henti. Sedih dan rindu itu perlu, namun jika tidak dikawal, maka kemudaratan akan datang.
4.Anak kena didedahkan dengan sentuhan selamat dan tidak selamat. Mereka perlu tahu asrama adalah lokasi utama berlakunya gejala maksiat LGBT. Jangan layan jika ada ada orang nak jadikan adik angkat, ajak tidur bilik dia, tidur bersama satu katil serta tiada gurauan bila menyentuh private part.
5. Selalu bertanya khabar anak. Kerap melawat mereka. Usia 13 tahun ini agak fragile. Mereka baru akil baligh. Emosi dan perasaan anak sangat perlu dijaga oleh mak ayah. Bila emosi anak tak okay lagi mudah dia terjebak dengan benda benda tak elok
Tolong sampaikan info ni pada pasangan kita sekali.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.