Pada Ogos yang lalu pasangan selebriti terkenal Scha Alyahya dan suami, Awal Ashaari mengumumkan kepada peminat bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua.
Kehamilan kedua tersebut adalah selepas 6 tahun mereka dikurniakan puteri sulung mereka, Lara Alana yang juga sering menjadi mencuri perhatian warga maya.
Setelah hampir lima bulan usia kandungan, masih ramai yang tidak dapat melihat kandungan Scha seperti kebiasaan ibu hamil yang lain. Hal tersebut membuatkan ramai yang berteka-teki dan mengatakan bahawa Scha dan Awal bakal menimang cahaya mata lelaki.
Demi tidak mahu menghampakan peminat-peminat yang begitu teruja dengan kehamilan keduanya itu, Scha dalam posting terbarunya di Instagram berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang hamil.
Ads
“Featuring babybump bump bump,” tulis Scha yang kelihatan semakin berseri memakai blaus berwarna putih.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mana-mana isteri pasti rasa dihargai dan gembira apabila suami sudi menemankannya setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal di klinik atau hospital pilihan. Keprihatinan suami sepanjang tempoh kehamilan pastinya dapat memberi semangat kepada ibu hamil yang segelintirnya mengalami alahan kehamilan. Bak kata pepatah, susah dan senang diharungi bersama.
Terdapat doktor yang berpendapat, suami patut menemani isteri sekurang-kurangnya sekali dalam trimester pertama, sekali dalam dalam trimester kedua dan lebih kerap dalam trimester ketiga.
Isteri bukannya meminta diri dimanjakan. Suami yang penyayang kepada si isteri dan anak dalam kandungan biasanya sanggup meluangkan masa yang ada untuk menemani isteri lakukan pemeriksaan antenatal. Percayalah, ia pasti meninggalkan momen berharga buat isteri yang tidak mungkin disedari oleh si suami.
Sebenarnya, ada banyak manfaat yang bakal anda peroleh jika kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal kehamilan. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal diperoleh oleh para suami.
Dalam keadaan tertentu, mungkin ada segelintir ibu hamil terpaksa membawa anak lain yang masih kecil bersama-sama semasa melakukan pemeriksaan antenatal. Ke hulu ke hilir, si kecil perlu mengikuti isteri termasuklah ke dalam tandas untuk mendapat sampel air kencing.
Sekiranya ada suami bersama, pasti ia lebih memudahkan semua proses rutin pemeriksaan yang perlu dilalui. Isteri pasti berasa lebih lega dan tidak mengeluh kepenatan.
Pemeriksaan antenatal pertama yang ditemani oleh si suami akan membantu isteri menerangkan kepada doktor dengan tepat maklumat sejarah kesihatan di sebelah bapa bayi yang dikandungkannya. Ini bererti, suami sendiri boleh bercerita lanjut tentang hal itu.
Dalam setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal, doktor akan berkongsi pelbagai informasi berkenaan perkembangan kehamilan dan kandungan. Jadi, apabila suami ada bersama, pelbagai ilmu dapat dikumpulkan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran bayi yang anda berdua nantikan kelak.
Pelbagai prosedur pemeriksaan antenatal perlu dilalui oleh wanita hamil. Setiap kali temujanji, isteri perlu menjalani ujian air kencing, darah dan paling menimbulkan kembimbangan kepada kebanyakan wanita hamil ialah ujian MGTT yang memerlukannya minum air gula yang pekat.
Jika ibu hamil menghidap penyakit atau masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, tekanan darah tinggi, berat berat berlebihan, hemoglobin rendah dan lain-lain, pasti ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Apabila doktor menerangkan tentang risiko komplikasi akibat masalah kesihatan semasa hamil yang mungkin dihadapi, isteri pasti berasa bimbang dengan keadaan bayi dalam kandungan.
Apabila suami menemani isteri, sekurang-kurangnya suami dapat memulihkan semangat dan sama-sama memikirkan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami itu.
Suami yang kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal pasti mengetahui apa sahaja informasi berkenaan bayi dan isteri. Sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor, anda suami isteri boleh berbincang dan bertanya lanjut dengan jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran tentang prosedur bersalin di hospital pilihan.
Selain daripada itu, semasa berjumpa dengan doktor, ringankan mulut untuk bertanya dengan terperinci tentang proses kelahiran seperti tanda-tanda awal bersalin, cara meneran yang betul dan macam-macam lagi.
Sebab itulah pentingnya suami temankan isteri untuk buat pemeriksaan kesihatan. Bukannya isteri tidak boleh berdikari, tetapi kehadiran suami dapat memberi semangat kepada mereka. Bahkan bayi dalam kandungan pun dapat merasai kasih sayang ayah mereka!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pendakwah selebriti Da’i Syed dan isterinya pengacara, Hana Ismail kini sedang menghitung hari menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, isteri kesayangannya itu tidak mengalami simptom kehamilan yang teruk malah kini teruja untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
“Insya-Allah saya dah nak menimang cahaya mata. Isteri saya dah sarat tinggal tunggu lagi dua, tiga minggu,” kongsinya.
Tambahnya lagi, isterinya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami alahan atau mengidam yang pelik-pelik sebaliknya dia yang mengidam sesuatu.
“Hana tak ada apa-apa simptom, tiada alergi, dia baik-baik sahaja tapi rasanya lebih kepada saya. Saya yang banyak mengidam daripada dia,” kongsinya.
Sementara itu, Syed bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam kerjaya lakonan dan perniagaannya.
“Nak jadi ayah ni rezeki makin banyak, Alhamdulillah. Dapat tawaran berlakon filem, ada buat agensi pelancongan dan isteri saya menjual batu-batu kristal.
Meninjau di Instagram isterinya, Hana juga mengakui teruja untuk menantikan cahaya mata pertama mereka malah kini dilihat semakin berseri-seri.
“Alhamdulillah, hajat nak ‘babymoon’ before my delivery dimakbulkan.
“Momen bersama suami disini takkan Hana lupa insyaAllah sampai bila-bila. Thank you, Cahaya selalu bawa rezeki tak disangka-sangka untuk umi and baba. Can’t wait to see you,” tulisnya di kapsyen.
Terdahulu, Syed dan Hana mendirikan rumahtangga pada 3 Disember 2022. Hana sebelum ini pernah mengalami keguguran i awal perkahwinan mereka.
Lengkap dua pasang! Satu kegembiraan pastinya buat MUA yang cukup dikenali ramai, MUA Bellaz yang mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak berapa lama lagi.
Menerusi Instagramnya semalam, Bellaz mengumumkan jantina anak keempatnya itu menerusi satu majlis ringkas bersama keluarga.
Selepas berkongsi gambar imbasan bayinya, ramai yang sudah mula meneka bayi di dalam kandungan yang kini berusia enam bulan itu merupakan bayi perempuan dan telahan ramai itu ternyata benar.
“It’s a GIRL, syukur alhamdulilah Ya Allah. Kakak Eica ada kawan dah.
“Moments harini tercipta bersama yang tersayang. Semua berteka teki, akhirnya harini Bellaz reveal kat depa dan jugak dekat hampa yang bertanya. Semoga baik-baik sahaja,” tulisnya berkongsi kepada semua.
Malah kata Bellaz lagi, dia bersyukur bila mana misinya dan suami untuk memiliki dua anak lelaki dan anak perempuan itu dipermudahkan Allah.
“Alhamdulilah maka selesailah misi 2 bunga 2 kumbang. Mat Nuart hang jangan macam-macam. Alhamdulilah semua rezeki dari Nya.
“Hai hampa, berpuasa yang ke 18 dah kita harini, kejap ja dah nak raya lagi 12 hari,” katanya teruja.
Dalam pada itu, baik di Instagram mahupun di Facebook, ribuan ucapan tahniah diterima selebriti media sosial ini sambil mendoakan agar kelahiran keempatnya nanti dipermudahkan. Tahniah Bellaz!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: @muabellaz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.