Bukan setiap pasangan diberikan rezeki untuk melalui proses kehamilan secara semula jadi. Pun begitu terdapat beberapa inisiatif yang boleh dibuat untuk memastikan pasangan tersebut berpeluang untuk memiliki anak kandung mereka sendiri. Salah satunya adalah dengan menjalani rawatan kesuburan yang dikenali sebagai IVF. Ia merupakan singkatan dari perkataan In Vitro Fertilisation atau lebih dikenali dengan bayi tabung uji.

Artikel Menarik: [Mengandung Ramai Bawa Rezeki, Bukan Sebab Tak Ada Kerja Lain]

Istilah In Vitro, dalam bahasa Latin bermaksud dalam kaca kerana percubaan biologi awal yang melibatkan penanaman tisu di luar organisma hidup dilakukan di dalam bekas kaca. Istilah bayi tabung uji sering digunakan untuk merujuk kepada bayi melalui proses ini. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang rawatan IVF dari Dr. Salini Suhaila Nasir, Pakar Kesuburan & Sakit Puan, Hospital Metro IVF, Klang.

PROSEDUR RAWATAN IVF

Proses IVF adalah seperti berikut:

Langkah 1: Ubat kesuburan menerusi pemantauan pakar kesuburan diberikan untuk merangsang pengeluaran telur. Telur yang banyak dan matang diperlukan kerana sesetengah telur tidak akan berkembang atau membesar meskipun setelah pengambilan ubatan tertentu. Ultrasound transvaginal digunakan untuk memeriksa ovari dan sampel ujian darah diambil untuk memeriksa tahap hormon.

Biarpun Berhabis Buat IVF, Tak Kisah Langsung! Demi Merasa Nikmat Dukung Anak Sendiri

Langkah 2: Telur diambil melalui prosedur pembedahan kecil yang menggunakan imbasan ultrasound untuk mengeluarkan telur. Ubat untuk mengurangkan dan menghilangkan ketidakselesaan juga  disediakan.

IKLAN

Biarpun Berhabis Buat IVF, Tak Kisah Langsung! Demi Merasa Nikmat Dukung Anak Sendiri
Langkah 3: Pasangan lelaki diminta menghasilkan sampel sperma di dalam bekas yang disediakan untuk menggabungkan dengan telur wanita.

Langkah 4: Dalam proses yang dikenali sebagai pembiakan, sperma dan telur disatukan dan disimpan di dalam makmal untuk menggalakkan proses persenyawaan berlaku. Dalam sesetengah kes di mana terdapat kebarangkalian potensi persenyawaan rendah, suntikan Intracytoplasmic Sperm (ICSI) digunakan. Melalui prosedur ini, sperma disuntik terus ke dalam telur dalam usaha untuk mencapai persenyawaan. Proses ini dipantau dengan rapi agar persenyawaan dan pembahagian sel berlaku. Setelah berjaya disenyawakan, ianya dikenali sebagai embrio.

Biarpun Berhabis Buat IVF, Tak Kisah Langsung! Demi Merasa Nikmat Dukung Anak Sendiri

Langkah 5: Embrio biasanya dipindahkan ke rahim wanita dua  hingga lima hari selepas pengambilan telur dan persenyawaan. Alat yang dipanggil kateter atau tiub kecil dimasukkan ke dalam rahim untuk memindahkan embrio. Prosedur ini tidak menyakitkan untuk kebanyakan wanita tetapi sesetengahnya mungkin mengalami kekejangan ringan. Sekiranya prosedur itu berjaya, implantasi biasanya berlaku sekitar enam hingga sepuluh hari selepas pengambilan telur.

Baca Artikel Ini: [Geli, Kotor, Bahaya! Sebelum Nak Suap Anak Dengan Sudu Kedai Makan Pastikan Basuh Dahulu]

IKLAN

Mengapa IVF merupakan salah satu alternatif untuk hamil yang menjadi pilihan pasangan yang mencuba mendapatkan anak?

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya inginkan cahaya mata bagi melengkapkan keluarga kecil mereka dan rawatan ini adalah rawatan alternatif bagi mengetahui kesuburan setiap pasangan. Bagi lelaki yang mengalami fungsi sperma terjejas atau sperma yang tidak normal; kepekatan sperma yang rendah, sperma lemah atau saiz sel sperma yang tidak normal. Kaedah rawatan kesuburan lain mungkin tidak sesuai dengan keadaan sperma tersebut.

Biarpun Berhabis Buat IVF, Tak Kisah Langsung! Demi Merasa Nikmat Dukung Anak Sendiri

Begitu juga untuk kes wanita yang mempunyai masalah kerosakan tiub fallopian, gangguan ovulasi, kegagalan ovari pramatang atau endometriosis tahap tiga dan empat. Percubaan rawatan IUI yang gagal beberapa kali juga memerlukan pasangan mencuba rawatan IVF.

IKLAN

Biarpun Berhabis Buat IVF, Tak Kisah Langsung! Demi Merasa Nikmat Dukung Anak Sendiri

Apakah ciri-ciri pasangan yang boleh mendapatkan rawatan ini? (dari segi fizikal dan kesihatan)

Menerusi kaedah ini, IVF dapat membantu untuk mengatasi pelbagai masalah kesuburan, termasuk:

1. Wanita yang berusia
2. Sperma yang tidak subur

Biarpun Berhabis Buat IVF, Tak Kisah Langsung! Demi Merasa Nikmat Dukung Anak Sendiri
3. Kedua-dua tiup faloppian tersumbat
4. Mengalami endometriosis yang teruk
5. Gagal kaedah IUI
6. Masalah ovulasi
7. Kemungkinan penyakit yang diturunkan secara genetik

Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my

Biarpun Berhabis Buat IVF, Tak Kisah Langsung! Demi Merasa Nikmat Dukung Anak Sendiri

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI