Kelahiran cahaya mata ketiga dalam keluarga Memey Suhaiza dan Norman Hakim memberi keceriaan buat mereka sekeluarga. Di tambah lagi dengan kehadiran Mikayla Delisha Hakim yang ditunggu-tunggu selama ini selepas mempunyai dua anak lelaki.
Menerusi Instagram Memey, nampak keterujaannya memiliki puteri baru. Malah dia juga ada memuat naik kapsyen dengan mengakui bau paling best adalah bau baby. Betul tak? Sebab tu 2,3 tahun selepas tu mesti rindu balik nak bau baby lagi.
Rata-rata peminatnya turut mengakui pendapat Memey dan sama-sama berkongsi pengalaman masing-masing.
Dalam ruangan komennya juga, Memey juga turut menyatakan hasratnya untuk memiliki 6 orang anak. Kalau betul apa yang dirancangkan Memey, nampak gayanya tiga kali lagi Memey akan dapat mencium bau best ni.
Ads
Namun Memey pun ada berseloroh juga, kalau mengenangkan sakit tu memang nervous tapi nak juga lagi.
Ads
Malah sebelum ini pun Norman ada berkongsikan yang dia memang nak anak ramai kerana dapat memeriahkan rumah tangganya.
Bukan setakat itu sahaja, netizen juga turut memuji cara penampilan Memey walaupun dalam pantang. Nampak begitu sopan dan perubahan fizikalnya pun kembali kurus.
Ads
“Cantik peradaban caranya berpantang”
“Suka tengok cara pantang Memey. Sopan sangat”
Kredit: Ig Memey Suhaiza & Norman Hakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses pemulihan diri terutamanya di bahagian luka pembedahan selepas melahirkan anak secara caesarean memakan masa yang lebih panjang berbanding ibu yang bersalin normal.
Apa yang boleh anda lakukan untuk membantu luka berkenaan cepat kering dan pulih ialah dengan mengambil makanan yang berkhasiat. Sebenarnya potensi diri anda untuk lekas sembuh turut bergantung kepada daya ketahanan tubuh. Oleh itu, pemakanan adalah penting untuk menjayakan misi ini.
Makanan yang baik adalah makanan yang boleh membantu anda mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan yang biasa dialami selepas pembedahan.
Makanan tersebut juga sepatutnya boleh membantu mengurangkan masalah penghadaman disebabkan oleh penggunaan antibiotik sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang kerap dialami oleh ibu selepas bersalin.
Protein
Bagi membolehkan luka dan tisu bercantum semula, tubuh memerlukan protein yang banyak. Menurut laman web vitamedica.com, tubuh memerlukan 0.8 gm protein untuk setiap kilogram berat badan. Jika berat badan anda 60kg, anda perlukan 48gm protein. Malah, selepas melahirkan anak melalui pembedahan caesarean, anda memerlukan lebih banyak sebab ada luka yang perlu disembuhkan. Sumber protein baik yang lain adalah seperti telur, ikan, ayam, daging lembu dan kekacang.
Tenusu yang diperam
Selepas pembedahan, doktor memberi pesakit antibiotik, ia bertujuan untuk mengelak jangkitan selepas pembedahan. Pada masa yang, antibiotik berkenaan membunuh bakteria baik di dalam sistem penghadaman.
Bakteria baik sangat penting untuk membantu anda menguatkan sistem daya tahan tubuh. Untuk memastikan bakteria baik tidak berkurangan di dalam tubuh, anda digalakkan untuk mengambil yogurt. Namun, dinasihatkan untuk mengambil yogurt yang kurang gula dan pewarna.
Serat
Ubat tahan sakit, diet pemakanan yang berubah, dehidrasi, stres dan aktiviti fizikal yang terhad semasa proses berpantang akan jejaskan proses penghadaman.
Selain daripada perlu minum banyak air, anda perlu mengambil pelbagai jenis makanan yang kaya dengan serat untuk mengatasi masalah penghadaman. Antara yang boleh diamalkan ialah buah prun. Ia ada kandungan serat mudah larut yang boleh melembutkan najis. Makanan lain yang tinggi dengan serat seperti kekacang, epal, pear, oat dan flaxseed.
Buah-buahan
Tekanan dan ubat hospital boleh menambah beban bahan teroksida di dalam tubuh. Tambahan pula, ia boleh menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel badan.
Selepas melahirkan anak melalui pembedahan caesarean, anda sangat memerlukan makanan yang ada antioksida kerana dapat mengurangkan masalah-masalah ini.
Selepas pembedahan, anda perlu makan lebih banyak makanan antioksida dengan makan buah-buahan berwarna terang seperti strawberi, bluberi, raspberi dan delima. Selain antiooksida, buah-buahan yang dinyatakan ini turtu mengandungi anthocyanidins yang kaya dengan vitamin C.
Sayur-sayuran
Vitamin A diperlukan untuk membantu tubuh membaiki dan memulihkan tisu lembut, membran mukus dan kulit. Dicadangkan anda mengambil lebih vitamin ini (lebih kurang 10,000 IU Vitamin A dan 15,000 IU beta karoten) selepas pembedahan. Sumber beta karoten adalah seperti lobak merah, sayur berdaun hijau, tembikai susu, mangga dan aprikot kering.
Buah-buahan sitrus
Vitamin C adalah vitamin larut air yang bantu tingkatkan kandungan kolagen. Kolagen adalah protein paling banyak dalam badan. Bila terjadi proses memperbaiki luka, kolagen sangat penting untuk sembuhkan luka.
Oleh itu, ambillah makanan yang kaya dengan kandungan vitamin C. Antaranyaseperti yang ada di dalam buah oren dan buah-buahan sitrus yang lain. Sumber vitamin C lain yang bukan dalam keluarga sitrus juga boleh diamalkan. Anda boleh makan jambu batu dan kiwi juga.
Kekacang dan bijian
Zink bagus untuk menguatkan fungsi imun tubuh. Badan memerlukan zink untuk bina dan aktifkan sel yang terlibat dalam sistem imun. Zink juga penting untuk memperbaiki luka dan mineral ini penting untuk sintesis protein dan perkembangan sel.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mula membersihkan mulut bayi beberapa hari pertama selepas lahir perlu untuk memastikan kebersihan mulut dijaga dari awal. Selepas menyusu, lap gusi bayi dengan tuala kecil yang bersih dan lembap untuk menanggalkan plak.
Ibu bapa perlu tahu kerosakan gigi boleh berlaku sebaik sahaja gigi tumbuh di dalam mulut. Satu keadaan kerosakan gigi yang serius di kalangan kanak-kanak kecil adalah “karies botol susu” yang berlaku apabila bayi itu dibiarkan menyusu secara berterusan dari botol susu, formula, air gula, atau jus buah-buahan semasa tidur atau pada waktu malam.
Sebagai ibu bapa, anda perlu jadikan rutin membersihkan gigi anak dan buang persepsi ‘baru gigi susu kalau rosak pun nanti tumbuhlah gigi baru’. Jika mentaliti ini ada dalam diri anda, bila dapat anak seterusnya pun anda akan fikir hal yang sama.
Jadi sebaiknya buat langkah ini untuk memudahkan anda membersihkan gigi dengan mudah.
• Mewujudkan rutin pembersihan mulut yang baik di peringkat awal usia.
• Menyelia pemberusan gigi kanak-kanak sehingga berumur enam tahun.
• Gunakan ubat gigi bersaiz kacang hijau untuk mengelak anak anda menelan secara berlebihan.
• Bagi membantu anak anda memberus gigi, berdiri di belakang mereka dan condongkan kepala ke atas supaya semua permukaan gigi boleh diberus menggunakan kaedah gosokan yang lembut.
Selain tip tersebut, anda mungkin boleh mencuba tip yang dikongsikan Lamy menerusi Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel yang menggunakan kayu sugi untuk membuang tompok putih di gigi anak.Saya nak berkongsikan pengalaman saya mengenai kayu sugi yang sangat berkesan menanggalkan kesan degil pada gigi anak saya. Anda boleh mendapatkan kayu sugi di kedai sensei dan ianya sangat murah.
Saya beli sepaket (20 gram) berharga 50 sen sahaja. Sebelum menggunakannya, rendamkan kayu sugi dalam air suam selama 10 minit, kemudian gosokkan kayu sugi itu pada kesan degil di gigi anak anda.
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan diet sihat, maka diet militari 3 hari mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk tujuan itu.
Namun mendengarkan namanya yang agak lasak itu, ramai yang takut untuk mencuba kerana khuatir terpaksa menjalani diet yang ketat selama beberapa hari.
Persoalannya, apakah yang dimaksudkan diet militari 3 hari dan adakah ia berkesan? Relaks, jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu jawapannya!
Apa itu diet militari 3 hari?
Untuk pengetahuan anda, diet ini adalah antara diet yang paling popular di dunia dan dikatakan mampu mengurangkan 5 kg berat badan dalam masa seminggu.
Ia dinamakan sebagai military diet kerana berasal daripada diet para askar di Amerika Syarikat yang berhasrat mengekalkan berat badan yang ideal lagi sihat.
Diet militari 3 hari akan melibatkan anda mengikuti pelan diet yang agak ketat selama 3 hari diikuti pula dengan cheat day selama 4 hari pula sejurus selepas itu.
Diet ini mungkin akan berlangsung selama beberapa minggu lamanya dengan turutan yang sama sehinggalah berat badan yang ingin dicapai oleh anda tertunai.
Persoalannya, bagaimana cara diet ini dilakukan? Adakah ia akan melibatkan pelan makan dengan waspada selama 3 hari dan makan seperti biasa selama 4 hari?
Bagaimana buat diet militari 3 hari?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, diet sihat ini terbahagi kepada 2 fasa yakni fasa 3 hari dan fasa 4 hari yang akan dijalankan selama 7 hari.
Untuk 3 hari yang pertama, anda mesti mengikuti diet rendah kalori untuk sarapan pagi, makan tengah hari serta makan malam tanpa snek di antara waktu makan.
Selama 3 hari yang sangat penting ini, jumlah kalori yang dibenarkan untuk diambil hanyalah sekitar 1,100 ke 1,400 kalori sehari – agak rendah bagi orang dewasa!
Untuk 4 hari yang seterusnya pula, anda boleh amal diet sihat dengan sedikit kelonggaran namun dengan syarat kalori dalam sehari itu tidak boleh terlalu tinggi.
Jadi, memang benar bahawa ia melibatkan pelan makan dengan waspada selama 3 hari dan makan seperti biasa selama 4 hari yang akan berulang dalam beberapa minggu.
Contoh menu yang boleh dicuba dalam diet ini!
Tidak tahu apa jenis makanan atau minuman yang perlu diambil sepanjang menjalani diet militari 3 hari ini? Tenang, anda boleh cuba contoh menu di bawah ini:
Hari pertama
Untuk hari pertama, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,400 kalori.
Sarapan pagi
Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
Separuh limau gedang
Secawan kopi atau teh
Makan tengah hari
Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
Separuh ikan tuna
Secawan kopi atau teh
Hari kedua
Untuk hari kedua, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,200 kalori.
Sarapan pagi
Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
Sebiji telur rebus
Separuh pisang
Secawan kopi atau teh
Makan tengah hari
Sebiji telur rebus
Secawan keju kotej
5 biji biskut
Secawan kopi atau teh
Makan malam
2 biji sosej tanpa roti
Separuh cawan lobak dan brokoli
Separuh pisang
Separuh cawan aiskrim
Hari ketiga
Untuk hari ketiga, anggaran pengambilan kalori dalam sehari adalah sekitar 1,100 kalori.
Sarapan pagi
Sebiji keju cheddar
5 biji biskut
Sebiji epal
Secawan kopi atau teh
Makan tengah hari
Roti bakar dengan sapuan jem atau mentega
Sebiji telur (bebas cara masakan)
Secawan kopi atau teh
Makan malam
Secawan ikan tuna
Separuh pisang
Secawan aiskrim
Justeru, adalah penting untuk anda tahu semasa ketiga-tiga hari ini anda digalakkan untuk minum air kosong dengan cukup seperti mana yang disarankan oleh pakar.
Untuk 4 hari berikutnya pula, tiada sebarang garis panduan yang diberikan kerana anda bebas mengambil apa-apa jenis makanan dan minuman namun dengan syarat.
Syarat tersebut adalah anda harus memastikan pengambilan kalori dalam sehari tidak lebih daripada 1,500 untuk mengelakkan pertambahan kalori yang tidak perlu.
Adakah diet militari ini berkesan?
Meskipun diet sihat ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik, namun pengehadan pengambilan kalori sudah pasti akan dapat mengurangkan berat badan anda.
Jadi, boleh dikatakan bahawa diet ini adalah berkesan dan tidak berisiko tinggi kerana ia langsung tidak melibatkan hari untuk anda tak mengambil makan atau minum.
Namun, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor atau pakar diet terlebih dahulu sebelum anda memutuskan untuk cuba diet militari 3 hari ini ya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...