Kehamilan

‘Mengidam’ Nak Pijak Rumput, Irwansyah Turutkan Permintaan Zaskia. Usia Kandungan Kini Sudah Tiga Bulan

Share

Wanita hamil dan mengidam itu memang sinonim. Cumanya apa yang diidamkan itu kadang kala ada juga yang aneh-aneh. Tapi itu semua lumrah dan proses yang perlu dilalui oleh wanita yang sedang mengandung. Tugas para suami pula adalah menunaikan apa yang isteri tersayang hajati.

Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah yang kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama bersama isteri, Zaskia Sungkar sering dilihat berkongsi tentang perjalanan kehamilan isterinya itu di media sosial.

Terbaru menerusi hantaran di Instagramnya, Irwansyah ada berkongsi cerita tentang isterinya yang hamil tiga bulan itu.

Baca: Demi Zuriat, Zaskia Sungkar Jalani Rawatan Kehamilan. Tinggalkan Kebiasaan Minum Kopi Bagi Pastikan Semua Lancar

Menurut Irwansyah, Zaskia baru-baru ini membuat permintaan untuk memijak rumput di rumah adiknya, Shireen.

“Masya-Allah, dari pagi sudah ajak ke rumah Shireen, katanya mahu memijak rumput di sana,” kongsinya di Instagram.

Bagaimanapun, Irwansyah melayankan sahaja permintaan isteri kesayangannya itu dengan sabar dan tenang.

“Nasib baik tak minta untuk pijak awan, kalau itu sahaja permintaannya, Insya-Allah boleh,” tulisnya lagi.

 

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Irwansyah meninggalkan respon positif dan ramai juga yang mendoakan kesihatan buat Zaskia.

Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011. Ini merupakan percubaan sulung mereka mendapatkan zuriat melalui proses IVF setelah 10 tahun menikah.

Sumber: Gempak & IG Irwansyah

Baca: Boleh Ke Berurut Ketika Hamil? Doktor Jelaskan Manfaat & Risiko. Ibu Hamil Kena Ambil Tahu!

Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam dan ulangan pada 11, Oktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Memandangkan situasi Covid-19 masih lagi belum reda dan program on ground bersama followers Pa&Ma tidak dapat dilaksanakan, buat julung kalinya Pa&Ma menganjurkan Merangkak Race SSPN x Pa&Ma secara virtual.

Dengan yuran penyertaan RM20, si comel akan mendapat akaun SSPN, t-shirt, medal dan e-sijil. Best kan?

Hanya 3 langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan video paling menarik dan menepati kriteria yang ditetapkan.

Ayuh apa tunggu lagi, daftarlah sekarang!!

 

 

 

IKLAN