Mengidam Tak Payah Beli, Buat Sendiri Je Roti Sangkaya, Versi Baby Pun Ada!

Share

Bagi yang pernah merasa Roti Sangkaya, roti kukus dengan sos pandan pastinya teringat-ingat akan rasa pandannya yang segar dan dihidangkan ketika panas. Saat disajikan di atas meja, perut yang kenyang pun terasa lapar kembali. Begitulah penangan Roti Sangkaya yang cukup enak dan segar rasanya.

Pun begitu, bagi yang mengidam atau teringin untuk merasa roti kukus yang satu ini, tidak perlulah ke restoran untuk menjamahnya sebaliknya boleh mencubanya sendiri di rumah. Rupanya tidaklah sesukar mana untuk menyediakannya sendiri, lebih-lebih lagi menyediakan sos pandannya.

Bukan hanya ibu hamil, bayi kecil kita dan anak-anak juga dapat menjamahnya sekali. Rotinya lembut dan memudahkan anak makan. Resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Farisha Sofea nampak cukup enak sekali. Gabungan santan, susu cair dan sedikit susu penuh krim buat rasanya berlemak. Jom cuba!

ROTI SANGKAYA VERSI BABY

Bahan Bahan :

Bahan A :
Roti wholemeal secukupnya dibelah 2

Bahan B :
1/2 cawan air pati pandan
1/4 cawan santan
1/4 cawan susu penuh krim
1 biji telur
1 1/2 sb tepung jagung non gmo

Bahan Lain:
Susu penuh krim suam / ASI

Kukus seketika Bahan A anggaran dalam 5 hingga 7 minit. Letakkan di dalam pinggan. Ketepikan seketika.

Di dalam periuk, satukan pula ke semua Bahan B dan kacau sebati.

Kemudian masak di atas dapur menggunakan api perlahan sehingga adunan menjadi pekat dan meletup letup.

Tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit susu penuh krim suam/ASI.

Siap sedia dihidang bersama roti.

IKLAN