Kami ingin bertanya kepada anda, adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak-anak anda sahaja? Berapakah jumlah ‘pemain’ yang ingin anda hasilkan? Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kelihatan mudah, tetapi anda belum tentu bersedia dengan sebarang kemungkinan sehinggalah anda memiliki anak yang kedua dalam keluaraga. Apakah cabaran yang sering dialami oleh ibu bapa apabila anak kedua telah dilahirkan?
Reaksi anak pertama anda
Anak pertama anda mungkin akan menunjukkan beberapa perubahan kelakuan disebabkan oleh kelahiran adiknya yang baharu. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memberikan terlalu banyak perhatian terhadap kelakuannya, tetapi ambil sedikit masa untuk bercakap dengannya. Anak pertama anda mungkin akan memberikan reaksi dengan cara memicit-micit lengan anak kedua atau mungkin juga mencucuk matanya. Katakan kepada anak pertama anda secara lembut bahawa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan. Galakkan anak pertama anda berinteraksi dengan anak kedua dengan cara yang lebih baik yang ditunjukkan oleh anda.
Ads
Masa bersama dengan anak
Jika dahulu, anda hanya menghabiskan masa melayan kehendak anak pertama anda, tetapi kini tidak lagi. Anda mempunyai tanggungjawab untuk membahagikan masa dengan baik untuk kedua-dua anak anda. Ketika mana anda sedang menyuapkan makanan kepada anak pertama anda, anak kedua anda pula merengek meminta untuk disusukan. Anda perlu bijak untuk menangani situasi yang berlaku. Mungkin anda boleh meminta saudara terekat untuk menjaga anak pertama anda sementara anda menyusukan anak kedua.
Waktu napping
Kedua-dua anak anda pasti akan mempunyai waktu nap mereka pada waktu tengah hari. Pada ketika ini, anda boleh menenangkan diri anda sebentar ketika mereka sedang tidur. Walau bagaimanapun, waktu nap juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Anda akan mempunyai kesukaran untuk merancang sebarang aktiviti dan keluar dari rumah. Begitu juga sekiranya salah seorang daripada mereka terjaga daripada tidur dan merengek. Rengekan yang kuat pasti akan mengejutkan anak anda yang lain daripada tidurnya.
Ads
Keluar dari rumah
Sekiranya anda rasa bahawa keluar dengan seorang bayi sudah cukup sukar, anda belum tentu dapat membayangkan bagaimana untuk keluar dari rumah bersama dua orang anak. Anda memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap dan mempersiapkan kedua-dua anak anda. Selain itu, trip yang jauh amatlah tidak sesuai sekiranya kedua-dua anak anda masih kecil. Apatah lagi sekiranya anda perlu bersedia untuk menukar lampin dan memberi makan keduanya semasa anda dalam perjalanan.
Ads
Waktu tidur anda
Anda menidurkan kedua-dua anak anda pada waktu malam, tetapi belum pasti anda akan turut tidur dengan nyenyak pada malam tersebut. Bayi kedua anda mungkin akan mudah terjaga pada waktu tengah malam disebabkan oleh kelaparan atau ketidakselesaan yang berpunca daripada lampin. Anda tidak mempunyai sebarang pilihan selain daripada bangun tidur dan menyusukan bayi anda.
Jangan pernah menganggap setiap kelahiran baharu itu sebagai beban kepada anda. Sekiranya tidak diuji dengan kelahiran baharu, bagaimana anda boleh mengetahui tahap kemahiran anda dalam pengurusan anak dan rumah tangga? Oleh itu, anggaplah kelahiran baharu ini sebagai satu landasan untuk anda mengasah kemahiran anda untuk menjadi lebih cekap, fokus dan efektif dalam melakukan sesuatu perkara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terdapat bermacam-macam petua alami yang digunapakai oleh kebanyakan ibu hamil terdahulu dalam membantu diri melancarkan proses kelahiran.
Bagi anda yang sedang menunggu hari untuk bersalin, bolehlah amalkannya. Kebanyakan petua ini memang diakui berkesan. Semoga proses kelahiran anda kelak akan berjalan dengan baik dan dipermudahkan.
Dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin, amalkan makan telur separuh masak. Ia baik untuk anda kerana membantu memberi tenaga.
Apabila sudah mulai rasa sakit kontraksi, disarankan pula untuk makan sebiji telur mentah.
Minumlah apa-apa jenis minuman bercoklat yang dibancuh bersama dengan dua hingga tiga sudu kecil marjerin. Petua ini dikatakan dapat membantu laluan peranakan untuk terbuka dengan lebih cepat.
Sebelum ke hospital, rebus beberapa biji epal hijau. Setiap kali selepas melalui rasa sakit kontraksi, jika masih berkemampuan dan berselera, anda boleh makan epal yang telah disediakan ini.
Buah kurma diakui bagus untuk dimakan ketika anda mengalami sakit kontraksi. Hal ini kerana ia membantu tubuh secara semula jadi untuk menghasilkan hormon oksitosin.
Amalkan makan bendi apabila kandungan menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Menurut kata orang tua-tua, bendi sifatnya berlendir. Jadi, ia boleh menolong memudahkan proses kelahiran.
Bagi yang beragama Islam, amalkan membaca surah Maryam untuk memudahkan bersalin setiap masa terutamanya apabila tempoh kehamilan menghampir tarikh jangkaan bersalin.
Semasa kontraksi ‘menyerang’, bagi para Muslimah, perbanyakkan membaca surah al-Fatihah dan doa nabi Yunus serta kerap menyebut Ya Fattah berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
Perbanyakkan aktiviti berjalan mahupun naik dan turun anak tangga di trimester akhir kehamilan.
Bagi yang rajin bersenam, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah faraj. Ia membantu mempersiapkan organ-organ dalaman berkaitan proses kelahiran ‘bersedia’ untuk ‘bekerja’ apabila tiba masanya.
Amalkan menyapu minyak kelapa dara di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut bermula minggu ke -37 kehamilan.
Amalan berhubungan intim dengan suami dapat membantu laluan peranakan senang terbuka. Hormon prostaglandin yang terdapat dalam sperma suami merangsang proses itu. Anda dan suami hanya disyorkan untuk melakukannya bermula usia kandungan 37 minggu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas mengumumkan kehamilan keduanya baru-baru ini, penyanyi Aurel Hermansyah yang juga anak kepada penyanyi tersohor Indonesia, Kris Dayanti tampil mengumumkan jantina bayinya bersama suami, Atta Halilintar.
Dalam sebuah majlis ringkas yang dihadiri keluarga dan teman terapatnya, majlis pengumuman itu berlangsung cukup meriah.
Dengan tema pakaian biru dan merah jambu, Aurel dan Atta ternyata cuba mengelirukan sanak saudara. Namun kesemuanya cukup gembira bila mana pasangan ini mengumumkan anak dalam kandungan adalah bayi perempuan.
Menerusi Instagram pasangan itu, kedua-duanya turut memuat naik beberapa keping gambar kenangan bersama. Tidak terkecuali ibunda tercinta, Kris Dayanti yang turut meraikan majlis kecil itu.
Kata Kris Dayanti, walaupun pada mulanya meneka bayi lelaki, dia amat bersyukur dengan kurniaan bayi perempuan dalam keluarga mereka.
” Walaupun team baby boy salah semua tebakannya, kami selaku orang tua sangat bersyukur mendapatkan calon cucu perempuan inshaaaallah sholeha bercahaya.
“Kepada besan kami, saya ucapkan selamat bapak ibu Halilintar @genifaruk. Semoga menambah kebahagiaan keluarga. Amin yarabb,” kongsinya menerusi Instagram.
” Mereka menantikan cahaya. Srikandi yang solehah. Terima kasih Allah, terima kasih doanya bapak ibu saudara semua,” tulisnya lagi.
Jelas kebahagiaan kepada dua keluarga ini dalam menantikan orang baru dalam keluarga mereka.
Aurel dan Atta tidak terkecuali berkongsi perkhabaran gembira itu. Menerusi beberapa gambar dan video, majlis ringkas itu ternyata cukup meriah.
” Masya Allah! It’s a girl,” tulis Aurel ringkas di Instagramnya.
Terdahulu, pada awal Ogos lalu, Aurel dan Atta berkongsi perkhabaran gembira bakal menimang cahaya mata selepas mengalami keguguran pada Mei lalu. Dan kini usia kandungan Aurel sudah pun berusia empat bulan. Atta dan Aurel diijabkabulkan pada 3 April lalu.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Surah ini boleh dijadikan sebagai doa untuk ibu mengandung dibacakan kepada anak yang dikandung. Semoga ayat-ayat daripada surah ini menjadi penyejuk hati dan juga permintaan yang dimakbulkan, insya-Allah.
Surah Al-Fatihah
Surah ini boleh dijadikan sebagai doa penerang hati kepada ibu yang mengandung. Juga boleh menjadi penyejuk hati anak yang sedang dikandung
Surah Maryam
Latar belakang surah ini adalah tentang Maryam yang hamil sehingga melahirkan anaknya, Nabi Isa AS. Insya-Allah surah ini boleh dijadikan ikhtiar kepada ibu yang ingin bersalin untuk dimudahkan urusan.
Surah Al-Kahfi
Surah ini sememangnya sunat untuk dibaca pada setiap hari Jumaat. Jika sudah biasa dilazimi sejak ibu mengandung, boleh disambung sunnah ini apabila anak itu telah dilahirkan kelak. Semoga surah ini akan melindungi ibu dan anak yang dikandung dari fitnah dajjal.
Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
Surah-surah ini boleh dibacakan kepada ibu atau ibu itu sendiri boleh membacanya sebagai perlindungan ketika tidur. Insya-Allah malam dan mimpi akan dilindungi daripada gangguan syaitan.
Ayatul Kursi
Fadhilat ayat ini dibaca setelah selesai solat fardhu sangat besar. Ayatul kursi ini adalah ayat yang sangat berkuasa dan boleh melindungi diri dari kejahatan dan syaitan, insya-Allah.
Doa Dimudahkan Untuk Bersalin
Selain daripada surah-surah yang dinyatakan sebagai doa untuk membantu sepanjang perjalanan kehamilan, para ibu atau sesiapa sahaja boleh membacakan doa dalam bahasa yang mereka selesa sebagai permintaan kepada Allah untuk kesejahteraan ibu dan bayi. Doa untuk ibu mengandung tidak terhad kepada doa yang di dalam surah sahaja.
Doa yang dibacakan sendiri seperti, “Ya Allah, permudahkanlah kelahiran anakku ini, sihatkanlah kami berdua” juga memadai.
Semoga Allah memudahkan ibu untuk bersalin secara normal atau c-sec tanpa kesakitan yang melampau dan diberikan kemudahan sepanjang proses itu.
Para ibu juga boleh mendoakan dengan potongan ayat daripada surah Ibrahim, ayat 40;
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Ingatlah Allah tidak akan menolak doa hambanya kerana Dia memahami kemahuan dan apa yang baik untuk hambanya. Berdoalah seperti anda tahu doa akan dimakbulkan.
Riwayat oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Berdoalah kamu semua kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia akan dimustajabkan. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memustajabkan doa dari jiwa yang lalai lagi alpa.
Riwayat al-Tirmizi (3479)
Doa Untuk Anak Dalam Kandungan Dan Yang Dilahirkan
Imam al-Nawawi dalam al-Adzkar (hlm. 289) ada menyebut pada bahagian Bab Sunatnya Mengucapkan Tahniah dan Menjawabnya:
“Disunatkan untuk mengucapkan tahniah kepada orang yang menerima kelahiran. Berkata para Ashab kami (Syafieyyah): Disunatkan bagi seseorang untuk mengucapkan tahniah, berdasarkan riwayat yang datang daripada al-Husain RA (sebahagian ulama mengatakan al-Hassan bin Ali manakala sebahagian lain mengatakan dia al-Hassan al-Basri – Wallahua`lam – Pent.) bahawa beliau mengajar seseorang untuk mengucapkan tahniah dengan katanya: “Ucapkanlah!:
Maksudnya: “Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu, agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.”
Jika bayi itu perempuan ucapkanlah:
وبَلَغَ أَشُدَّهَا، وَرُزِقْتَ بِرَّهَا
Kemudian, disunatkan orang yang diucapkan tahniah itu untuk membalas ucapan itu dengan:
بَارَكَ الله لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَزَاكَ الله خَيْرًا، وَرَزَقَكَ اللهُ مِثْلَهُ، أَوْ أَجْزَلَ اللهُ ثَوَابَك
Maksudnya: “Semoga Allah memberkati keluargamu, memberkatimu kerana menjaga mereka, membalasmu dengan ganjaran kebaikan, dan memberikanmu rezeki seumpamanya.”
Jika orang yang diucapkan tahniah itu perempuan ucapkanlah:
Maksudnya: “Sesungguhnya moyang kalian (yakni Nabi Ibrahim) pernah memohon perlindungan untuk (anaknya) Ismail dan Ishak (alaihimussalam): “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”
Riwayat al-Bukhari (no.3371); dan Ibn Hibban (no.1012) dalam Sahih-nya
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan untuknya dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan, dan pandangan yang jahat.”
Doa-doa dan surah-surah ini adalah antara yang disarankan untuk dibaca sebagai doa untuk ibu mengandung. Ada juga yang sememangnya sunnah untuk dijadikan amalan seperti surah al-Kahfi dan juga Ayatul Kursi. Jika dalam kehidupan seharian disarankan untuk dibaca, apatah lagi ketika mendapat berita begini.
Selain itu ayat-ayat ini juga adalah sebagai penyejuk hati dan penyedap hati gelisah ibu yang mengandung. Jika dia tidak mampu untuk membacanya, sesiapa sahaja boleh membacakan bagi pihaknya. Semoga dengan bacaan kerap, urusan ibu hamil dimudahkan.