Ada waktunya kita mula rasa takut setiap kali anak mengamuk dan membentak bila mana keinginannya tidak kita penuhi. Hal semacam ini sebenarnya salah malah mak ayah perlu perbetulkan.
Sebagai ibu bapa yang mendidik, kitalah yang perlu membentuk anak dan bukannya takut dengan mereka. Menurut Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Siti Aisyah Rozalli, hal sebegini perlu diperbetulkan segera oleh mak ayah jika tak mahu anak terus hanyut dengan emosi dan akhlaknya sendiri.
5️ TANDA PERANGAI ANAK PERLUKAN BANTUAN SEGERA!
1. Menjerit setiap kali tak dapat apa yang dimahukannya.
2. Membentak dan kelihatan sangat marah bila diminta buat sesuatu.
3. Kita takut untuk larang kerana takut anak mengamuk.
4. Boleh berubah dari good mood ke mengamuk dan mengamuk ke good mood dalam waktu yang sangat singkat.
5. Kita takut dan buntu untuk tegur perangai anak kerana takut anak jadi bad mood.
Hmm…Kalau ada satu daripada senarai di atas, biasanya saya akan ajak parents untuk lihat pada perkara-perkara ini:
Ads
▶️ Ada tak moment yang parents dah cakap “tak boleh”, tapi bila anak menangis atau marah, tiba-tiba “tak boleh” bertukar jadi boleh?
Contohnya, kita kata “tak boleh aiskrim tau…”. Anak kita pun nangis… Kita tak larat tengok dia nangis, kita pun bagi aiskrim yang kita kata tak boleh tadi tu.
▶️ Ada tak waktu yang anak cakap elok-elok, kita buat tak peduli… Tapi, bila anak dah jerit, baru kita menyahut dan layan anak?
Contohnya, anak panggil kita elok-elok, kita sibuk dengan handphone. Pastu anak pun jerit “AYAH!!!!” Baru kita, “Apa dia?!”
▶️ Ada tak kita semak perkembangan kemahiran anak kita tu sesuai tak dengan umur dia?
Contohnya, patut umur anak kita tu dah boleh dah makan sendiri, tapi kita tak pernah bagi dan kalau anak kita macam susah sikit nak makan sendiri, kita terus tolong.
Ads
▶️ Ada tak kita ni terlalu permisif? Apa je anak nak, kita bagi sebab rasa tak boleh kalau nak kata “tak boleh”, “tunggu”, “bukan hari ni” pada anak.
▶️ Ada tak kita ni takut sangat nak anak rasa susah? Anak tak boleh buat sikit, kita “escape” kan anak kita. Anak rasa “homework” susah, kita marah cikgu.
Mama ayah. Sikap terlalu permisif dan “takut anak marah”, “takut anak susah” ni sebenarnya akan menimbulkan satu rasa negatif pada anak.
Anak akan timbul satu sifat yang dipanggil ENTITLED.
Bagi mereka, semua perkara yang berlaku ada kaitan dengan mereka. Bagi mereka, apa yang mereka mahu, mereka patut dapat. Bagi mereka, apa yang mereka rasa susah, mesti dimudahkan oleh orang lain.
Ads
Kasihan tau anak-anak macam ni. Mereka akan kurang sifat ketahanan terhadap cabaran dan akan membesar menjadi manusia yang sangat mudah stress dan putus asa.
So, jom take action, parents! Kenal pasti perkembangan anak kita secara holistik kenal pasti apakah yang sihat dan tak sihat dalam menguruskan tingkah laku anak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Semoga Allah mudahkan kita semua menguruskan anak kesayangan kita.
Anak ni saham ke syurga tau. Elok kita didik, inshaaAllah jadi penyumbang doa untuk kita nanti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya baru sahaja dapat tahu berita pemergian arwah Siti Sarah. Sedar tak sedar dah lebih 40 hari arwah dah kembali kepada penciptaNya. Kini amanah yang ditinggalkan diambil alih oleh Shuib sepenuhnya.
Apa yang membuatkan ramai kagum adalah Shuib begitu positif dan tak menunjukkan riak sedihnya depan anak-anak. Dapat dipuji juga dia tak kekok menguruskan anak bongsu, Ayash Affan. Kini tanggungjawab ibu dan daddy dipikulnya serentak.
Rutin baru yang membahagiakan
Menerusi perkongsiannya di instagram, Shuib memuat naik satu gambar menunjukkan Ayash sedang tidur dalam katil bayi dan dia menjelaskan inilah rutin barunya sekarang.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu telah mendapat respon positif apabila ramai yang menyatakan tanggungjawab ini adalah sesuatu yang menyeronokkan dan tidak stres. Malah yang ada, cuma kebahagiaan.
Bukan itu saja, ramai yang mendoakan agar baby Ayash sentiasa sihat dan menyenangkan daddy untuk menjaganya sehingga besar. Insya-Allah.
Dalam satu perkongsian lain pula, Shuib berkongsi video yang dia tengah memberikan Ayash susu. Walaupun hampir 6 tahun tiada bayi dan tak perlu bangun malam, cara dia menguruskan bayi begitu santai sekali.
Dalam video itu, nampak rambut Ayash sangat lebat dan begitu aktif. Jika arwah ibu ada pasti dia antara insan yang sangat gembira sebab dah lama menanti kehadiran orang baru dalam rumah.
“Dia Macam Dia”
Paling buatkan ramai peminat arwah Siti Sarah rasa terkesan, foto anak sulung, Uwais Al Qarni yang kelihatan termenung memang seiras sangat dengan ibunya. Renungan mata dan raut wajahnya benar-benar sama. Sekurang-kurangnya Uwais boleh jadi pengubat rindu Shuib pada arwah isteri.
“Anak lelaki yang mirip ibunya adalah seorang anak yang soleh..insyaallah”
“Ya Allah sama.. anak sulung ni petanda cinta. Saling tak tumpah..”
“Uwais sebiji rupa arwah ibunya semoga membesar jadi anak yang soleh, membanggakan ayah, dan jadi abang yang melindungi adik-adik ye Uwais… Aamiin Ya Rabbal Alamin”
“Rasa seperti selalu ada. Namun suasana yang berbeza..”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Panasnya dakapan ibu belum dapat dirasai si kecil ini tatkala ibu tersayang masih dalam keadaan koma.
Farah Hanis Fairol Haziri, bayi kecil berusia 41 hari ini memang ajaib. Sejak dari 2 bulan dalam kandungan, dia hanya bergantung kepada susu yang disalurkan menerusi tiub pada leher ibunya.
Sebaik dilahirkan menerusi proses pembedahan, bayi pra matang yang diberi nama Farah Hanis Fairol Haziri yang kini berusia 41 hari belum merasa setitik pun susu daripada ibu kandungnya, Kamareeah Arwae, 36, kerana wanita itu koma sejak tujuh bulan lalu.
KEAJAIBAN KERANA DIJANGKA TIDAK DAPAT BERTAHAN
Si kecil ini juga ianggap keajaiban oleh pengamal perubatan. Dia awalnyaawalnya dijangka tidak mampu diselamatkan kerana Kamareeah yang menghidap tumor di kepala Disember lalu menjalani banyak proses rawatan termasuk proses imbasan sekali gus memberi kesan kepada janin ketika itu.
Suami Kamareeah, Fairol Haziri Rahim, 44, berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.
“Pada awal usia kandungan, saya sudah mengetahui isteri mengandung dan ketika menerima rawatan, doktor memaklumkan bahawa janin mungkin tidak dapat bertahan.
“Isteri terpaksa melalui banyak proses imbasan dan doktor menerangkan mengenai risiko proses itu terhadap janin,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman SL Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, hari ini.
PEMBEDAHAN MEMBUANG TUMOR SEMASA KANDUNGAN 4 BULAN
Kata Fairol Haziri kepada Harian Metro, sterinya menjalani pembedahan membuang tumor sebesar bola ping pong dan ketika itu keadaan janin semakin membesar sehingga memasuki usia empat bulan.
Katanya, doktor memberitahu janin itu kemungkinan akan meninggal dunia dalam kandungan atau gugur sendiri kerana keadannya yang sangat lemah dan dia perlu menunggu detik itu dengan reda kerana nyawa isteri lebih penting.
“Selepas menjalani dua pembedahan termasuk membuang tempurung kepala, isteri dibenarkan pulang dan dalam tempoh itu kandungannya masih tiada tanda negatif.
KANDUNGAN SEMPURNA WALAU PUN IBU KOMA
“Sehingga usia kandungan 33 minggu, dia semakin membesar dengan normal dan pembentukan sifat yang sempurna sekaligus menimbulkan rasa tidak percaya di kalangan pegawai perubatan dan mereka mengambil keputusan untuk melahirkan anak kami melalui pembedahan.
“Bayi perempuan pra matang kami ini menghadapi sedikit komplikasi ketika proses kelahiran dan ditahan di wad kira-kira tiga minggu sebelum dibenarkan pulang,” katanya yang sebelum ini menguruskan kedai makan sebelum premis itu ditutup selepas kejadian yang menimpa isterinya.
PERNAH DISUSUKAN OLEH IBU SUSUAN
Farah Hanis sempat diberikan susu ibu oleh seorang ibu tumpang (susuan) selama dua minggu dan kini bayi ajaib itu bergantung kepada susu formula khas untuk bayi pra matang.
Selain Farah Hanis, pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Farras Hazim, 19 bulan, dan menurut Fairol Haziri, sebelum isterinya koma, anak sulung mereka masih menyusu badan.
“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan dia juga enggan minum susu formula kerana sebelum ini dia memang menyusu badan sepenuhnya… mungkin ia berlaku dengan mengejut menyebabkan dia tidak mahukan susu formula,” katanya yang kini tidak bekerja dan hanya mengharapkan ihsan orang ramai serta beberapa pihak bagi pembelian susu khas dan lampin pakai buang isterinya.
Fairol Haziri berkata, mereka ada menerima bantuan kewangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan bantuan bulanan sebanyak RM200 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedikit sebanyak meringankan bebannya.
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Fairol Haziri iaitu 0300141000081183.
Anak kelas pendidikan khas, bapa tak pernah rasa malu, bangga pencapaian anak. Seorang bapa membuktikan kasih sayang sejati tidak mengenal batasan apabila beliau tidak pernah merasa rendah diri memiliki anak istimewa yang mengikuti kelas Pendidikan Khas.
Anak Kelas Pendidikan Khas, Bapa Tak Pernah Rasa Malu, Bangga Pencapaian Anak
Sanusi Ali, seorang penasihat jualan kenderaan, meluahkan rasa bangga terhadap anak keduanya daripada empat beradik, Muhammad Hazem Sanusi yang kini berusia 13 tahun. Muhammad Hazem didiagnos dengan Disleksia ketika berusia 10 tahun oleh pakar perubatan.
Sanusi, 52, yang membesarkan anak-anaknya sebagai bapa tunggal setelah kehilangan isteri beberapa tahun lalu, berkongsi perjalanan anaknya yang istimewa itu.
“Hazem mula disahkan menghidap Disleksia ketika dia berumur 10 tahun. Saya segera mendaftarkannya di sekolah yang menyediakan kelas Pendidikan Khas bagi membantunya,” katanya.
Muhammad Hazem telah meraih Anugerah Tokoh Kokurikulum untuk Program Pendidikan Khas Integrasi sesi akademik 2024/2025. Beliau memenangi pingat emas dalam acara 100 meter lelaki bawah 12 tahun dengan catatan masa 14.87 saat.
Selain itu, Hazem turut menyertai pelbagai kejohanan seperti pertandingan petanque Pendidikan Khas jemputan antara daerah Kulim, Kedah, serta kejohanan merentas desa dan olahraga Pendidikan Khas untuk acara 400 meter dan 800 meter.
Walaupun berdepan kekurangan, Hazem tetap bersemangat mengambil bahagian dalam kem jati diri di peringkat sekolah, menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap aktiviti sukan.
Sanusi turut menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan menyedarkan masyarakat mengenai potensi anak-anak istimewa. Beliau percaya bahawa setiap anak istimewa berhak diberikan peluang untuk mengembangkan bakat dan minat mereka sepenuhnya.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.