“Hey, apa tak faham bahasa sangat ni” mungkin kata-kata ini pernah kita luahkan pada anak-anak kita. Sedangkan dia hanya mahukan perhatian dari kita. Sikapnya yang mengada-ngada tanda tangki emosinya kurang.
Normal bagi anak-anak jika mereka melakukan kesalahan namun ianya bukan tiket untuk mengherdik dengan kata-kata cacian. Kerana apa yang kita tanam itulah yang bakal kita tuai suatu saat nanti. Menggunakan kata-kata keras tidak membentuk anak-anak, malah mereka tidak memahami pun apa mesej yang ingin disampaikan. Kenapa? Ikut perkongsian daripada penulis keibubapaan ini.
Saya suka dengan parenting quote ni. Reminder yang sangat baik!
1. Bila tinggikan suara,
❎ anak tak dapat mesej yang kita cuba sampaikan.
️❎️ Yang dia dengar hanya suara bingit kita.
Bila kita rendahkan suara
✅️ lebih mudah anak tangkap mesej yang kita cuba sampaikan.
2. Ramai orang sangka, parenting adalah untuk
️❎️ didik anak
❎️ kawal tingkah laku anak
❎️ ajar anak berperangai macam orang dewasa.
Ads
Tapi sebenarnya parenting adalah
✅️ didik diri
✅️ kawal tingkah laku diri
✅️ bertindak macam orang dewasa.
3. Kerja kita bukan untuk didik anak jadi kejam untuk hadapi dunia yang kejam ni. ✖️
Tapi kerja kita untuk didik anak mencintai dan mendamaikan dunia yang penuh dengan kekejaman dan ketidak-manusiaan.✔️
4. HORMAT.
Menghormati anak, mengajar mereka bahawa, tak kira sekecil, sedaif dan selemah mana pun seseorang, semua orang LAYAK DIHORMATI.
Kata orang, sejuk perut ibu mengandung jika anak-anak mempunyai keperibadian yang baik. Seawal usia yang masih kecil, ibu ayah perlu mendidik mereka untuk menjadi anak yang baik.
Seperti yang dikongsikan ibu ini, Ija Juhari, dia bersyukur kerana anaknya tidak perlu disuruh untuk menunaikan solat. Katanya lagi, pendidikan solat bermula sejak anak masih bayi. Apakah kaedah yang digunakan oleh ibu ini?
“Mummy, dah pukul berapa?”
“Dah pukul 9, jom tidur.”
“Tapi Eesa tak solat lagi. Sekejap ya Eesa solat dulu.”
Begitulah setiap hari. Kalau di kejut bangun Subuh terus bingkas bangun. Tak pernah bertanya apa-apa sebab dia dah tahu masuk waktu solat.
Perut ibu mana tak sejuk kalau setiap kali anak yang ingatkan kita dia tak solat lagi. Hati ibu mana tak tersentuh bila dia bangun terus siapkan katil dan dia yang kejutkan kita untuk solat.
Bukan mudah untuk menjaga bayi berumur 4 bulan seorang diri tanpa seorang ayah. Tambahan apabila waktu-waktu genting seperti nak solat atau ‘nature call’. Tapi kekurangan itu membuatkan kita lebih kuat.
Orang selalu tanya bagaimana nak ajar anak solat sejak kecil?
Sebenarnya pendidikan solat untuk anak-anak bermula sejak bayi. Solat perlu diterapkan kerana ia adalah ibadah wajib bagi seorang muslim. Ia adalah tanggungjawab yang berat untuk kedua-dua ibubapa.
Umur 0-7 tahun adalah peringkat usia yang paling mudah untuk dibentuk. InsyaAllah di bawah ini adalah tips-tips yang saya amalkan kepada Eesa Putra sejak kecil.
Semasa Mengandung
1.Haramkan diri dari mendengar musik selama 2 tahun. Tiada lagu dari radio atau tv. Masuk kereta hanya pasang CD Al-Quran. Balik rumah hanya dengar alunan Al-Quran.
2.Banyakkan membaca Al-Quran. Waktunya adalah selepas subuh ketika menunggu masuk Syuruk. Sebelum Dhuha (jika waktu cuti). Selepas maghrib menunggu waktu Isyak dan selepas Isyak sebelum tidur.
3.Banyakkan membaca terjemahan Al-Quran untuk memahami kalam Allah. Bercerita dengan anak dalam perut dan sentiasa berdoa dengan doa-doa dari Al-Quran.
4.Banyakkan baca doa untuk anak-anak dan keturunan yang soleh. InsyaAllah berkesan.
Umur 0-7 tahun
1.Deria Mendengar dan Melihat Ibu bapa adalah role model anak-anak. Anak akan lebih mudah mengikut apa yang mereka selalu lihat dan dengar. Sewaktu masih bayi dan berumur 0-2 tahun mereka banyak mendengar selepas umur 3-4 tahun itu mereka banyak melihat.
Umur 5-6 tahun mereka akan meniru. Dengar dan lihat adalah dua deria yang utama sewaktu mereka kecil. Pertumbuhan kanak-kanak paling cepat adalah umur 0-7 tahun. Sebab itulah kita perlu memupuk kebaikan, disiplin dan sifat-sifat yang baik sewaktu mereka masih kecil.
2.Waktu Azan dan Masuk Waktu Solat Ajari mereka tentang Azan dan beritahu mereka bunyi azan menandakan masuk waktu solat. Ibubapa mesti sentiasa peka dengan Azan dan bersegera untuk menunaikan solat. Dari situ anak-anak akan faham tentang azan dan masuknya waktu solat. Nampak mudah tapi sangat berat sebab dari sinilah anak-anak akan mula melihat sifat ambil berat tentang waktu solat.
3.Sentiasa Solat Di Hadapan Anak-anak Bakat meniru anak-anak ini kadang-kala menggelikan hati. Tapi itulah salah satu dari didikan untuk kita mengajar mereka tentang rukun solat. Solatlah di hadapan mereka supaya mereka dapat meniru dan mengajuk kita. Kemudian terangkan apa yang mereka lakukan.
4.Puji dan Didik Memang susah nak khusyuk dengan anak-anak yang mengganggu solat kita. Tapi jangan jadikan ia sebagai satu halangan. Galakkan mereka untuk berdamping rapat dengan kita. Ajar mereka untuk solat di sebelah walaupun mereka hanya ikut untuk satu rakaat. Pujilah apa yang mereka lakukan walaupun ia salah. Jangan terlalu keras kerana kita mahukan mereka seronok bukan terpaksa.
5.Bawa Mereka Pergi Masjid & Surau Dekatkan mereka dengan suasana masjid dan surau supaya mereka sentiasa ingin solat pada waktunya. Sentiasa ajar mereka adab dalam masjid. Cari masjid yang children friendly. InsyaAllah mereka akan suka ke masjid.
6.Ajar Mereka Mengenal Allah dan Tuntutan Solat Ajar anak kewajipan solat dan kepada siapa kita bersujud. Ceritakan tentang kekuasaan Allah dna keindahan kehidupan di alam yang kekal. Sentiasa cerita yang benar tentang dunia.
7.Baca Al-Quran dan Berzikir Dekatkan anak dengan Al-Quran dan baca bersama mereka untuk memberikan kefahaman tentang suruhan dan larangan Allah. Sentiasa ingatkan tentang hukuman yang Allah sediakan untuk orang-orang yang melanggar suruhanNya.
Tiada apa yang lebih penting dari solat. Solat sahaja yang dapat menghalang dari pekara keji dan maksiat.
Tiada apa yang lebih penting untuk kita selain dari doa anak-anak yang soleh. Salah kita jika selepas mati mereka tidak tahu untuk berdoa untuk kita apatah lagi solat.
Solat itu tiang agama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan tak setiap kali di kedai makan atau ke mana-mana tempat, gajet dengan anak sukar nak berpisah. Jika tak dapat, mulalah anak buat drama sehingga ibu bapa pun jadi tak tenang.
Jadi pilihan terakhir terpaksa jugalah beri gajet untuk pastikan anak diam, ibu bapa pun boleh makan dengan selesa. Sebenarnya menurut Puan Ruby Atika, ada beberapa cara mudah untuk uruskan anak ketika di kedai makan. Berikut antara perkongsiannya.
Apa cara supaya tak payah bagi hp masa di kedai makan?
1) ibu mesti bawa buku kecik mcm buku 555 tu dan sebatang pensel/pen dalam handbag. Jadi masa di kedai, anak boleh conteng-conteng. Boleh ajak anak lukis orang lidi, lukis ulat gonggok, lukis robot, lukis keretapi..
2) buku 555 tu, boleh juga koyak kertasnya sekeping dua. Buat lipat-lipat pula. Lipat jadi jet terbang, jadi kapal, jadi love, jadi bunga.
Gambar Hiasan
3) kalau anak yang besar sikit, buku 555 tu boleh ajak anak main binggo.
4) guna duit syiling, ajak anak surih pada kertas dlm buku 555 tu. Nanti nampak gambar bentuk duit pada kertas.
5) main teka duit syiling ada di tangan mana? Kiri ke, kanan?
6) perhatikan gambar-gambar yang ada pada duit kertas. Sembang-sembang pasal warna duit dan gambar-gambar yang ada bagi setiap duit tu.
7) ayah campak duit syiling ke atas dan tekup di tangan. Anak dan mama kena teka duit kepala ke, ekor. Kalau makanan dah sampai, lagi banyak boleh buat. Sebab dah bersembang pasal makanan pula.
Ada orang yang bimbang anaknya buat perangai di kedai makan. Mungkin ibu bapa patut bersedia dengan mainan yang anak suka, sebelum ke kedai makan. Tak kira la Lego ke, kereta ke, torch light ke..
Tapi kalau duduk saja di kerusi terus mula dengan hp, memang susah dah nak tarik balik hp tu. Dia mesti akan marah punya.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak? Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang.
Ada sesetengah tu cakap, kalau tak garang perangai anak lagi menjadi-jadi. Sebenarnya ada caranya nak mendidik anak. Tak perlu pun asyik nak tinggi suara, marah dan pukul anak setiap hari.
Anak bila dari awal kita dah biasa cakap elok-elok dengan mereka, sampai besar pun mereka faham dan akur. Hanya dengan jelingan mata pun anak faham isyarat dari ibu ayah mereka.
Kenapa bila anak mengamuk, ibu bapa disarankan untuk peluk dan bukannya makin memarahi anak. Sebabnya anak akan mudah tenang bila mereka rasa satu aura positif dalam dirinya.
Berdasarkan perkongsian dari Prof Dr Muhaya, tak nak jadi ibu bapa garang pada anak, pertamanya kena bersyukur yang kita ada anak sedangkan orang lain dah usaha banyak kali, buat IVF 7 8 kali pun masih belum dapat.
Yang kedua cuba bayangkan macam mana kalau anak kita meninggal esok? Cuba muhasabah diri, pasti kita tak akan marah mereka lagi.
Lagi satu paling penting kita selalu marah anak sebab diri sendiri. Kita banyak dosa.
Nak kurangkan perasaan marah dalam diri, banyakkan bertaubat, kurangkan dosa. Bila kita dah tak marah pada diri kita, kita tak akan marah pada anak atau orang lain lagi.
Jadi sebaiknya minta maaf pada diri sendiri dulu. Berdiri depan cermin dan cakap saya maafkan awak, saya nak jadi baik. Betulkan diri sendiri, insya-Allah aura negatif akan pergi jauh dan aura positif yang akan datang dalam diri kita.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.