Setiap hari menyediakan menu untuk anak kecil kita pastinya terasa buntu. Variasikan menu pilihan yang disediakan kali ini untuk anak-anak kita. Misi ibu pastinya untuk mengenyangkan anak sekaligus menaikkan berat badan si comel.
Apa kata cuba variasi resipi di bawah untuk selera berbeza anak kita. Olah dan jadikan lebih menarik supaya dapat menarik perhatian si kecil kita. Jom cuba.
BUBUR JAGUNG PULUT
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
100gm isi jagung manis
100gm isi jagung pulut
150ml santan
Air untuk mereneh secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa.
2. Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
3. Seterusnya, tuangkan santan dan kacau sebati.
4. Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.
Info: Rasa lemak santan dan manis jagung dapat memecah selera anak-anak untuk makan lebih daripada biasa. Bubur ini boleh menjadi puri apabila dikisar halus.
BUBUR AYAM BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
5 biji bebola ayam cendawan |dipotong kiub kecil
100gm brokoli |dipotong kecil
2 ulas bawang putih |dicincang
Air untuk mereneh secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa.
3. Masukkan bebola ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.
Info: Untuk rasa yang lebih asli, gunakan isi ayam yang dipotong kecil untuk menggantikan bebola ayam cendawan.
Ads
BUBUR GANDUM SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
200gm gandum
1 biji bawang merah |dicincang halus
1 ulas bawang putih |dicincang halus
50gm lobak merah |dihiris memanjang
2 helai daun bawang |dihiris
1 sudu makan sos tiram
300ml air
Stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris.
5. Setelah kesemuanya sebati, hidangkan bersama hirisan daun bawang.
Info: Pastikan sayuran dimasukkan pada saat akhir dan dimasak tidak terlalu lama agar khasiatnya terjaga.
Menu Anak 9 Hingga 12 Bulan
SUP AYAM DAN NASI PUTIH
Ads
BAHAN-BAHAN:
200gram isi ayam |potong dadu
Lobak merah |potong bulat
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai
1 cawan air
1 mangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk. Tabur sedikit garam.
2. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, serbuk ketumbar.
3. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi.
4. Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak.
5. Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.
SECRET FRENCH BAGUETTE
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti french baguette
3 biji telur
4 biji bawang putih |di cincang halus
1 sudu makan mayones
Sedikit mentega
Sedikit daun sup dan bawang- dipotong halus
CARA MEMASAK:
1. Potong sedikit bahagian atas roti dan keluarkan isi roti sehingga menjadi seperti sebuah lubang.
2. Ratakan sekeliling roti dengan mentega. Bakar selama 20 minit hingga garing.
3. Sementara itu, pecahkan telur dan kacau. Masukkan bawang putih, hirisan daun sup serta daun bawang, mayones. Masukkan juga isi roti yang dikeluarkan tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam roti.
5. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta sedikit cheese untuk rasa yang lebih enak. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit, 180’ Celsius.
Info: Penambahan keju pada hidangan ini akan membangkitkan selera si kecil anda kepada makanan yang baru diperkenalkan. Keju kaya dengan kalsium dan baik untuk anak anda.
Ads
STIK KEJU
BAHAN-BAHAN:
Pastri segera
3 sudu keju parmesan
3 sudu keju cheddar
Sebiji telur-dipukul
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Sapukan mentega di sekeliling pastri segera.
2. Taburkan keju parmesan dan cheddar di atas pastri tadi.
3. Kemudian potong pastri dalam bentuk memanjang.
4. Pintal pastri yang dipotong tadi sehingga ke hujung.
5. Sapukan sedikit telur di atas pastri yang telah dipintal.
6. Taburkan juga lebihan keju.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit sehingga kekuningan dan masak.
Info: Cheese stick ini sangat mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan proses dan waktu yang lama. Sesuai untuk dijadikan snek anak anda.
LEMPENG MADU
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
250ml air
Sedikit minyak zaitun
Madu secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya.
2. Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati.
3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat.
4. Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak.
5. Apabila masak angkat dan hidangkan bersama madu (jika perlu) di atasnya.
Info: Pastikan penggunaan api perlahan ketika memasak lempeng.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biskut mazola sememangnya biskut raya tradisi yang sejak dulu disediakan oleh mak-mak kita ketika kita masih kecil. Rupanya nak sediakan biskut ‘legend’ yang satu ini amatlah mudah. Hanya perlukan lima bahan sahaja dan biskut tersedia untuk diterap bersama anak-anak. PKPB yang masih berbaki bersama anak-anak ini, apa kata kita cuba.
Resipi yang dikongsikan oleh Masni Bahari bukan sahaja mudah tetapi resipi biskut mazola yang dikongsikan olehnya cukup gebu dan sedap. Hanya perlukan lima bahan sahaja dan gaulkan sebati sebelum diterap mengikut bentuk kesukaan. Cukup mudah. Jadi jom cuba!
Bagi mendapatkan bentuk bulat yang sama dan nipis anda boleh gunakan mat yang dikhaskan untuk brownies cookies. Biasanya boleh didapati di kedai menjual barang-barang kek dan biskut. Berbaloi sangat buat sendiri berbanding beli tau!
Resipi yang dikongsikan oleh Chef Fauzi Karim ini boleh dicuba oleh semua. Sangat mudah!
Pukul telur dengan kadar yang biasa. Tak mahu laju-laju tau. Manja-manja dah cukup. Masukkan gula icing. Sama juga. Gaul. Esen vanila. Gaul. Masukkan tepung. Gaul.
Panaskan coklat coins+unsalted butter secara double boiled.
Bila dah cair dan sebati, terus masukkan dalam adunan tepung, gula dan telur tadi tu. Bila dah sebati, masukkan dalam piping bag dan piping atas mat. Jangan lupa tabur peanut ya.
Masukkan dalam oven dengan suhu 140’c selama 30 minit.
Nak bagi anak makan sosej tapi risau akan bahan yang digunakan. Jangan risau, para ibu boleh buat sendiri sosej sihat untuk diberikan kepada anak. Tak susah pon nak buat.
Sosej baby boleh dijadikan sarapan ala-ala English, tambah dengan telur hancur goreng. Ataupun boleh juga dijadikan sebagai minum petang untuk baby. Jom lihat resepi sosej baby yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Shafiza Hana di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI SOSEJ BABY Nak kongsikan resepi untuk sosej mummy- mummy buat sosej bagi baby.. Boleh buat English breakfast tambah telur hancur goreng atau buat minum petang untuk baby..
Bahan- bahan: Bahan basah – 4- 5 ketul dada ayam – 2 biji bawang besar – 2 ulas bawang putih – 2- 3 biji telur – Sayur terpulang nak letak apa, saya pilih lobak merah, saderi, daun bawang nak sedap lagi tambah jagung – Sedikit air
Bahan kering – 4 sudu tepung jagung* – ½ sudu lada sulah* – 1 sudu chicken powder* – 1 sudu serbuk bilis* – ½ serbuk lada hitam* Bahan bertanda * saya gaulkan sekali dalam mangkuk.
Cara- cara: 1. Kisarkan semua bahan basah. 2. Tuang dalam mangkuk satukan dengan bahan- bahan kering, gaul sampai sebati. 3. Saya gunakan plastik ais krim untuk buat sosej. Kalau nak guna daun pisang lagi bagus ya. Tapi PKP ni kita guna mana ada dekat rumah je. Nak mudah isi dalam plastik ais krim. 4. Masukkan adunan dalam pipping bag so nanti tekan ja masuk plastik ais krim. 5. Ikat dan susun dalam periuk pengukus. 6. Kukus dalam 5- 10 minit sahaja… agak- agak dah masak tutup api keluarkan terus dari periuk pengukus ya. 7. Nanti sejuk buangkan dari plastik, simpan dalam bekas plastik… so nak makan nanti just goreng or grill sahaja…
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Boleh buat banyak- banyak dan simpan stok untuk anak- anak makan bila mereka nak. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual...