Tomato egg muffin, sedap dan mengenyangkan. Paling ‘best’ sebab boleh dimasak dengan menggunakan air fryer. Sesuai dinikmati sama ada untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Boleh juga dijadikan menu diet.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi ini tidak banyak. Tempoh masa untuk memasaknya pun singkat. Tidak perlu menggoreng. Bila-bila masa teringin hendak makan boleh terus buat. Menu mudah dan ringkas.
Tomato Egg Muffin
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang daun bawang di hiris
1 batang sosej(optional)
Sedikit lobak merah dipotong dadu
Sedikit lada benggala(optional)
Lada hitam dan lada sulah secukupnya
*serbuk cili (jika suka)
Ads
Menu Paling Cepat Mama Boleh Buat Bila Anak Lapar
Cara memasak:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang bersama lada hitam dan lada sulah. Campurkan dengan semua bahan-bahan lain. Kacau sehingga sebati.
2. Tuang bancuhan telur ke dalam cawan kertas muffin.
3. Tabur sedikit serbuk cili.
Ads
4. Bakar dalam air fryer dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit atau sehingga masak. Bergantung pada air fryer masing-masing. Enak dinikati ketika panas-panas.
Kebiasaanya warna kuih onde-onde bewarna hijau, dari air perahan daun pandan. Namun resipi kali ini sedikit berbeza kerana pemilik resipi, puan Lily Azhary
Onde-onde bunga telang, bagi yang pertama kali mendegar nama ini pasti tertanya-tanya bagaimana penyediaan kuih ini. Luaranya sangat cantik, dengan warna bunga telang. Lain daripada yang lain. Ikuti resipi penuh ini.
Kuih onde-onde bunga telang sebagai pemanis mulut berbuka puasa hari ini.
ONDE-ONDE BUNGA TELANG
Bahan-bahan;
2 cawan tepung pulut
1 cawan air ekstrak bunga telang
2 ketul gula melaka(dipotong dadu kecil)
1/2 biji kelapa parut muda (di ambil putihnya saja)
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
-Rebus bunga telang dengan 2 cawan air jadikan 1 cawan. Anggaran 50-70 kuntum bergantung kepada kepekatan warna yang di kehendaki). Sejukkan.
-Apabila sudah sejuk boleh mula buat adunan dengan mencampurkan tepung pulut dan air bunga telang tadi. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
-Bentukkan bulat dan isi inti gula melaka. Tutup adunan dan bentuk bulat semula. Ulang proses hingga doh habis.
-Rebus dalam air mendidih hingga bebola tadi timbul. Toskan , golekkan di atas kelapa parut yang sudah di gaul dengan garam.
Tips:
Setelah doh diisi inti dan di bentuk sapukan bekas/dulang untuk meletakkannya dengan sedikit minyak untuk mengelakkan doh melekat.
Kelapa parut jika mahu tahan lama, kukus sekejap kemudian gaul rata dengan garam.
Anak-anak cepat berasa jemu dengan menu yang disediakan lebih-lebih lagi jika menu tersebut berulang-ulang. Mama boleh cuba menu baru iaitu Nugget nasi yang boleh dijadikan kudapan si manja. Ikuti resipi dibawah.
Tauhu kalau kena cara masak memang sedap dimakan. Tambah pula bulan puasa ni mesti ada sahaja menu yang nak dicuba. Macam yang dikongsi oleh Iedayu Ieyz menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni (MAHN) dengan resipi tauhu berlauk yang super duper sedap katanya.
Lebih enak dimakan dengan sambal kicap Johor, memang tak terkata sedapnya. Pendek kata sebiji tak cukup la kalau makan. Buat banyak boleh juga disimpan untuk difrozenkan nanti.
Tauhu Berlauk? Ape tu?? Masa anak kedua si cantik #IrishNurIndah dah over 6months bagi dia makan benda ni tapi tanpa sebarang serbuk perasa.Sedap la kot pada dia ala-ala nugget gitu😂.First time jugak buat tu dpt resepi dr HBFM..
But now tauhu berlauk viral yg di olah jadi super duper sedap bila makan cicah pulak dengan sambal kicap Johor.Speechless guys 😂 Korang kena try! Resepi dah siap dekat setiap gambar.
Tipu la kalau korang kata makan sebiji dah cukup
Selamat Mencuba Guys
Bahan-bahan dia ye
Boleh dapat dalam 20-25 biji
Sebatang carrot (di cincang halus)
Dua ulas bawang merah/holland (di cincang halus)
Tiga tangkai daun sup (di cincang halus)
2 keping isi ayam(di kisar/cincang)
2 keping tauhu petak ( di potong)
2 pek tauhu telur (di potong)
2 biji telur
Cara penyediaan boleh tengok gambar:
Masukkan isi ayam yg sudah di kisar/cincang halus + tauhu petak + tauhu telur yg dah di potong siap ke dalam blender.Campurkan sekali 2 biji telur dan kisar sehingga hancur ye
Kisar sehingga hancur.Kalau nampak mcm x hancur tu godak2 sikit dlm blender and kisar lagi biar kisaran betul2 hancur.
Dah blender..Just mix it semua bahan td..Tambahkan
1sk garam
1kiub pati ayam
Sedikit serbuk lada sulah(optional)
Sedikit serbuk lada hitam(optional)
Serbuk perasa
Gaul rata ke semuanya .
Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
Ambil tempat kuih lompang / apam / tupperware and masukkan bahan yg dah di gaul rata td..Get ready untuk nak kukus pulak.
Kukus dalam 15 minit shj.
Cukup 15 minit dah boleh tutup api…Tadaaaa!!! Tauhu berlauk da masak 😍😍.Happy la sbb first time buat menjadi
Pecahkan sebiji telur . Kalau dah tak sabar nak makan tu, boleh la celup2 kan tauhu berlauk td yg dah siap kukus tu ke dalam telur and goreng and pastikan minyak betul2 panas utk elak minyak bertakung dlm dia 😂.Sat g gigit2 kluar minyak pulak
Lepas dah goreng toskan minyak.Kalau dah tak sabo sgt ngap jerk😋.Tapi Islam ajar kita jd manusia bersabar kan…so sabar la yerk
Tudia siap dah . Taburkan daun sup + bawang goreng + cili (nak bagi pedas terangkat)
Sat! Cara nak buat sambal kicap versi Johor.
Resepi bonda tercinta❤
Segenggam cili hijau
4 btg cili merah(kalau nak pedas)
4 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka /air asam
Kicap ikut la bnyk mana.
Tips dia ..Kalau pakai kicap manis,gula xyh bnyk..Kalau guna kicap masin, xyah letak garam..Kalau guna kicap lemak Jalen ( i likeee!!) Garam pun xyh letak.So korang pandai-pandai adjust la yerk . Asalkan kena dgn selera ye..
Lepas goreng hidang terus kat suami and anak-anak tudia sakannnn depa makan panas2 cicah pulak sambal kicap Johor. Marvelousss! Alhamdulillah habis 9 ketui 😂. Ada balance lagi kita buat frozen so boleh la goreng untuk kudapan petang tak pun standby utk stok buka puasa nanti..Btw,Thanks suami tercinta tolong sediakan bahan2 😘And anak-anak sebab well-behaved 😘
Thanks sudi baca resepi mudah by TecerAyu ❤
Selamat Mencuba Guys
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.