Menu Sihat Korea Sedap Dinikmati Bersama Anak

Share

Selalu tengok makanan korea “Japchae” dalam drama kan, nak buat menu ni tak susah pun. Menu yang berkhasiat ada bermacam sayuran ni boleh dinikmati bersama anak-anak sebab tak pedas pun!

Kalau nak guna suhun untuk gantikan bahan utama iaitu mi kaca pun tiada masalah. Mari ikuti perkongsian resepi di bawah oleh Puan Zurina Zulkefli.

Sumber: Puan Zurina

Bahan-bahan:

  1. Mi kaca (glass noodle)
  2. Biji bijan
  3. Sayur Pak choi atau bayam (direbus)
  4. Telur dadar (digoreng dan dihiris)
  5. Lobak merah (dihiris memanjang dan disangai)
  6. Cendawan shitake (dihiris memanjang)

Cara-cara penyediannya:

  1. Rebus mi kaca selama 5 minit sehingga lembut, kemudian toskan. Letak tepi.

2. Sediakan sos hitam dengan mancampurkan kesemua bahan di bawah dan masak di atas kuali:

  • 3 sb kicap cair/masin.
  • 3 sb kicap pekat.
  • 2 sb sos tiram.
  • 2 sb minyak bijan.
  • 1 sb gula/gula perang.
  • 1 sk garam.

3. Tuang sos hitam tadi ke atas mi kaca yang direbus tadi. Gaul sebati.

4. Masukkan campuran sayur tadi. Gaul rata.

5. Tambah biji bijan yang telah disangai. Siap, boleh dihidang.

Dah siap menu berkhasiat ini! Mudah bukan? Mi kaca atau nama lain, sweet potato noodles ini boleh dibeli di mana-mana pasaraya besar seperti Lotus, Aeon dan juga di Shopee.

Mi kaca dan suhun

Kredit: Puan Zurina Zulkefli.

IKLAN